|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: EVERYDAY IS A SECOND CHANCE
[Copy link]
|
|
Mendapat pahala
"Orang yang membaca Al-Quran mendapat banyak pahala baik yang sukar membaca huruf-hurufnya mahupun yang sudah lancar membaca seluruh ayatnya," ujar Ustazah Siti A'isyah. |
|
|
|
|
|
|
|
Menanti detik sebelum hujan |
|
|
|
|
|
|
|
"Orang yang sukar membaca dan menyebut ayat-ayat suci Al-Quran akan mendapat kelebihan pahala bagi menandakan kemuliaan mereka di sisi Allah swt seperti yang diriwayatkan Sayidina Aisyah ra bahawa Nabi saw bersabda:
"Seorang yang lancar membaca Al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa taat kepada Allah, adapun yang membaca Al-Quran dan susah untuk menyebut bacaan tersebut maka baginya dua pahala." (HR Muslim)." |
|
|
|
|
|
|
|
Allah swt juga menjanjikan pahala yang amat besar dan kelebihan kepada orang yang membaca Al-Quran serta menjadikan Al- Quran bacaan utama dalam kehidupan hariannya.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran, maka baginya diberi 10 pahala dan ditambah 10 lagi kebajikan seumpamanya, tidak aku katakan (alif, lam, mim) itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf." (HR Tirmizi). |
|
|
|
|
|
|
|
Mendapat ketenangan jiwa
Kurniaan ini yang hanya boleh diberikan oleh Pencipta Keamanan dan Kasih Sayang.
Daripada al-Bara' 'Azib ra katanya: "Ada seorang lelaki membaca surah Al-Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian dia nampak awan menaunginya, dan awan itu juga menaungi kudanya, tetapi kudanya lari daripada lindungan awan itu. |
|
|
|
|
|
|
|
"Keesokannya lelaki itu pergi berjumpa Nabi saw lalu menceritakan apa yang berlaku.
Rasulullah saw kemudian bersabda: "Perkara yang berlaku kepada engkau itu adalah al-Sakinah (ketenangan dan rahmat yang disertai dengan para malaikat) yang turun untuk mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran." (HR Bukhari dan Ahmad). |
|
|
|
|
|
|
|
Meniti hari bersulam tangis |
|
|
|
|
|
|
|
"Oleh yang demikian, marilah kita amalkan membaca kitab suci Al-Quran setiap hari, walaupun hanya dengan sepotong ayat.
"Contohnya, membaca ayat Kursi satu amal soleh yang sangat bermanfaat buat pembacanya di akhirat kelak. Bahkan, ribuan malaikat ikut membawa bacaan tersebut hingga bergetar seluruh bumi. |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan berganjak pendirianku in |
|
|
|
|
|
|
|
"Terlalu banyak ganjaran yang Allah berikan kepadaMoga kita. Semoga bersama-sama kita amalkan membaca Al-Quran setiap hari kerana kita amat berhajat pada pahala kebaikannya, ketenangannya yang menembusi jiwa dan raga, juga kerana kita sentiasa mendambakan kebahagiaan yang kekal abadi di Syurga Firdausi," |
|
|
|
|
|
|
|
Selagi kita tak kembali bersatu |
|
|
|
|
|
|
|
DAPAT PETUNJUK KEPADA KEBENARAN
''Dengan Al-Quran itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaan-Nya, dan dengannya Tuhan keluarkan mereka daripada gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izin-Nya; dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.'' (Al-Maidah: 16) |
|
|
|
|
|
|
|
FADILAT MEMBACA AYAT KURSI
Membaca ayat Kursi sebelum tidur Rasullulah saw menjanjikan syurga bagi orang yang membaca ayat Kursi sebelum tidur. Sabda Baginda saw: ''Apabila engkau mendatangi tempat tidur (di malam hari), bacalah ayat Kursi, nescaya Allah akan sentiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga waktu pagi.'' (HR Bukhari).
Membaca ayat Kursi setelah solat Dijanjikan syurga buat mereka yang membaca ayat Kursi setelah solat lima waktu. Hadis daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda: ''Barang siapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tidak ada yang menghalanginya masuk syurga selain kematian.'' (HR An-Nasa'i). |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan berubah perasaan ini terhadapmu |
|
|
|
|
|
|
|
Biar digugat, biar dicabar, biar dihalang |
|
|
|
|
|
|
|
“Bila hijrahmu karena Allah, kamu akan terus melangkah walaupun sudah lelah’ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|