|
salam maulidurrasul semua

12 Rabiulawal – Hari Keputraan dan juga tarikh Nabi wafat
12 Rabiulawal Merupakan satu tarikh yang Amat bermakna pada umat Islam kerana pada hari Isnin 12 Rabiulawal 571 Masihi, tahun gajah besamaan dengan 20 atau 22 April tahun 571 Masihi, merupakan tarih kelahiran Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yang merupakan penghulu anak Adam di dunia dan akhirat. Juga digelar Abu al-Qasim, Abu Ibrahim, Muhammad, Ahmad pemadam kekufuran dan kesyirikan.
Namun 12 Rabiulawal Bukan sahaja tarikh lahir Baginda, tapi pada tarikh 12 rabiul awal juga merupakan tarikh Baginda Wafat, iaitu pada , pada tahun 11 hijrah, ketika baginda berusia 63 tahun. (Lihat; Abu Hasan ‘Ali al-Husaini al-Nadawi, al-Sirah al-Nabawiyyah, dar ibn Kathir, Dimasyq, 2009, cet: 5, hlm:539). Bahkan Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam karyanya dengan sanad daripada Jabir dan Ibnu Abbas, pada 12 Rabiulawal juga Baginda diangkat ke langit (mikraj) (Ibn Kathir, al-Sirah al-Nabawiyyah, dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, cet:1, 2005, hlm: 35).
Di Negara Islam seperti Malaysia tarikh 12 Rabiulawal akan disambut setiap tahun dan merupakan cuti Umum di seluruh negara, sambutan Maulidur Rasul biasanya disambut dengan perbagai upacara seperti perarakan dan juga pengisian ilmu dan majlis majlis keagamaan yang dianjurkan pada pada setiap peringkat, bahkan di kampung kampung dan juga di rumah rumah juga sering diadakan sambutan Maulidur Rasul dengan mengadakan jamuan dan majlis selawat keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
Tujuan utama sambutan Maulidur Rasul ini Ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah s.a.w. Bukan sahaja mengingati sifat sifat dan kemulian baginda tetapi kita juga mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuagan baginda menyebar dan meninggikan syiar Islam, semoga dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta, kasih kepadanya serta meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT,
Dan diatas tujuan tersebutlah bermacam macam program seperti perarakan, nashid, ceramah ceramah dan forum diadakan bagi memberi pengetahuan kepada mereka yang tidak tahu mengenainya, memperingatkan mereka yang lupa untuk dijadikan teladan dan ikutan, namun ada yang mepertikaikan cara yang digunakan dan mengangganya satu perbuatan bidaah kerana perkara tersebut tidak dilalukan oleh Baginda sendiri, pada hakikatnya memang benar Rasulullah s.a.w. tidak mengadakan amalan berarak, berzanji ataupun nasyid seperti yang diadakan sekarang ini tetapi daripada pelbagai sumber yang boleh dijadikan sandaran, umat Islam digalakkan menyambut sesuatu peristiwa besar dalam Islam, kerana Hari-hari tersebut mengandungi falsafah dan makna dalam kehidupan seorang Islam. Ia juga merupakan lambang kemegahan dan kebesaran Islam.
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, hadis daripada Ibn Abbas dinyatakan bahawa ketika Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah, beliau telah melihat orang Yahudi berpuasa Asyura. Baginda bertanya sebab mereka berpuasa. Mereka menyatakan bahawa hari berkenaan adalah hari yang baik. Pada hari itu Allah s.w.t. melepaskan Nabi Musa a.s. dan Bani Israil daripada musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada hari berkenaan. Mendengarkan jawapan itu baginda menyatakan bahawa baginda adalah lebih berhak terhadap Musa a.s. daripada orang Yahudi, lalu baginda berpuasa dan menyuruh para sahabat berpuasa.
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa berdasarkan hadis yang dijelaskan di atas, umat Islam diharuskan memperingati hari-hari bersejarah kerana baginda Rasulullah s.a.w. pun ada memperingati hari karamnya Firaun dan terselamatnya Musa a.s. dengan berpuasa Asyura, sebagai tanda bersyukur terhapusnya kezaliman dan tertegaknya kebenaran.
Dalam al-Quran surah al-A’raf: 157 dinyatakan bahawa mereka yang beriman kepada Rasulullah s.a.w. dan memuliakannya, menolongnya dan mengikut cahaya yang diturunkan bersama al-Quran adalah termasuk dalam golongan orang yang beruntung.
Dalam surah al-Hajj: 32 terdapat firman Allah yang bermaksud: Barang siapa memuliakan tanda-tanda kebesaran Allah, maka sesungguhnya ia adalah satu gambaran ketakwaan hati.
Ayat-ayat al-Quran di atas menjelaskan bahawa orang yang memuliakan nabi adalah mereka yang untung di mana mereka akan dibalas dengan kebaikan iaitu syurga. Amalan ini memperlihatkan ketakwaan hati. “Tanda-tanda kebesaran Allah” yang dijelaskan di sini adalah umum yang tidak semestinya terkhusus kepada sambutan memperingati Maulidur Rasul.
moyas Post at 5-2-2012 11:39 
nota : Sabda Nabi s.a.w : “ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada . “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|