Post Last Edit by prettyuglybabe at 13-2-2012 13:54
MAKAM DOL SAID
Dato' Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-9 pada tahun 1802.Beliau merupakan seorang pemerintah yang lantang bersuara dan membantah pengenaan cukai yang dikenakan oleh British ke atas daerahnya.
Dol Said secara keras membantah kemasukan tentera British di Naning dgn menunjukkan kebijaksanaannya di dalam Perang Naning 1834.Ini menjadikan Dol Said wira yang terkenal kerana keberaniannya serta mengukir nama dalam sejarah melayu Melaka.Dol Said meninggal dunia pada 1949 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning.
RUMAH API TANJUNG TUAN
Rumah Api ini dibina di atas puncak bukit yang menghadap ke Selat Melaka pada tahun 1819. Ia dikawal dan diselenggarakan oleh Shahbandar Melaka. Sebuah radar untuk tujuan pengawalan laluan kapal-kapal besar di Selat Melaka baru saja dipasang di stesen rumah api ini pada awal tahun 1990.
MUZIUM ALOR GAJAH
Muzium ini dibina pada 1989 dan mempamerkan pelbagai barangan antik, tradisional, peralatan pertanian lama, serta koleksi gambar-gambar sejarah nostalgia dan senjata-senjata purba yang digunakan oleh masyarakat Melayu lama khusunya Melayu Minang.
Muzium yang terletak di Dataran Keris turut memperagakan budaya dan pakaian tradisional masyarakat melayu Alor Gajah yang banyak dipengaruhi oleh budaya Minang dan Naning.
Pengunjung boleh mengunjungi Muzium ini padahujung minggu dan masa cuti sekolah.Masuk adalah percuma.
TUGU KEMERDEKAAN
Ianya terletak di Dataran Alor Gajah. Tugu ini menandakan tempat berlakunya upacara pembacaan 'pemasyhuran' Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Tugu Kemerdekaan ini terletak di atas pentas terbuka yang terdapat di Dataran Keris, Alor Gajah
PANTAI TANJUNG BIDARA
Pantai yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka. Keadaan fizikal pantai yang landai dan pasir yang memutih serta angin sepoi-sepoi bahasa ini merupakan persaingan utama pantai Port Dickson yang terletak lebih kurang 70 km dari Masjid Tanah.
Pantai kegemaran ramai ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta, padang permainan kanak-kanak, surau, medan selera, tandas awam dan bilik mandi untuk keselesaan para pengunjungnya. |