CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: freebird

Menteri bayar pelakun wanita RM1.5 miliyon

  [Copy link]
Post time 23-4-2012 11:44 PM | Show all posts
errr...i thot pendedahan yg dibuat di parlimen ada imuniti? ka itu dakyah semata2?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2012 11:44 PM | Show all posts
(tak kuar plak gambar...)
Dikabarkan kalu sekali main dapat 2 million, tak pasti yang  ...
FaithNoMore Post at 23-4-2012 23:39



    jadiknya driver yang mencuri duit 200 ribu tuh terlepas lah sebab dia telah memberi khabar yang menggumbirakan zuraida dan rakan2...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 11:47 PM | Show all posts
jadiknya driver yang mencuri duit 200 ribu tuh terlepas lah sebab dia telah memberi khabar ...
~anya~ Post at 23-4-2012 23:44



   Kalo bukan perangkap amenok kira terlepaslah anya....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 11:50 PM | Show all posts
perlu ke nak gertak?dedahkan skandal 250 juta NFC pon tak takut.inikan pulak gertakan mak lampir 1.5 juta
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 12:23 AM | Show all posts
Baca statement penafian Zahida tu, bengonglah perempuan ni Bab lombong arang batu kat Kalimantan tu yg tak bole tahan tu..Siapa abang-abang terangkat dia yg berjaya business kereta import dan lombong batu tu? kalau macam tu benarlah apa yg dikatakan Zahida tu dah kira jutawan dan terkaya seantero nusantara ni..Ni tak, berlakon mmg takde, pasal perniagaannya takde pulak keluar dalam mana-mana media tup-tup dia bole dapat berjuta ringgit..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 01:36 AM | Show all posts
Kesiannya puak2 ni....nakkan undi kena pitenah orang tanpa bukti2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2012 08:04 AM | Show all posts
glamer uols

Actress gains fame after allegations

PETALING JAYA: Actress Zahida Mohamed Rafik has gained more fame and Twitter fans following allegations of her relationship with a senior minister who allegedly paid her a substantial amount of money.

As at yesterday, the actress of the movie Anak Mami had garnered 7,000 followers on Twitter.

On Twitter, user Fared Isa tweeted to Zahida two days ago with “Hi millionaire. You kantoi already (You have been “caught”). Lol. I never heard your name before this till the news about you spread all over the country.”

Zahida gave an amused reply, saying: “Cool!!! Keep it up ok! Need my beauty sleep now, nite! Esok jgn lupa tweet lagi tau (Don't forget to tweet again tomorrow)! Cheers! At least I am a millionaire, you???”

Many of her Twitter followers had previously made scathing comments about her alleged relationship with the minister, with the actress giving mostly witty replies.

To another Twitter follower who teased her about living an easy life now, Zahida replied: “Excuse me, I work hard for the money. If you have no money, I can derma (donate) a bit. It's ok, Allah knows the truth.”

However, the trend changed yesterday when her followers began tweeting more positive comments to her, offering support and encouragement.

User Adlynn Jamlus said: “Bersabarlah dengan dugaan yang diberi..InsyaAllah ada hikmahnya..chill n cheers.” (Be patient through the hard times, God willing, there will be a silver lining).
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 08:09 AM | Show all posts
Kesiannya puak2 ni....nakkan undi kena pitenah orang tanpa bukti2
mr_oscar Post at 24-4-2012 01:36



    melayu busuk hati tgk m3layu lain senang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2012 08:40 AM | Show all posts
wa rasa dia ni proxy cum kekasih gelap la..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 08:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by mixed at 24-4-2012 08:57

Selasa April 24, 2012

Akaun Twitter Zahida Rafik 'Panas' Dengan Sindiran


Zahida Rafik

PETALING JAYA: Aktres Zahida Rafik menjadi semakin popular selepas tersebar dakwaan dia menerima sejumlah wang daripada seorang menteri kanan sehingga mengundang pelbagai reaksi panas menerusi laman sembang Twitter milik pelakon itu.

Kebanyakan pengikut Twitternya iaitu di @zahida_rafik menghantar pesanan yang menyindir selain teguran pedas berhubung dakwaan kononnya dia menerima wang kira-kira RM1.5 juta daripada VIP berkenaan.

Salah seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Fared Isa pada dua hari lalu menghantar mesej berbunyi: Hi jutawan. Anda telah kantoi saya tidak pernah dengar nama anda sebelum ini hinggalah berita anda ini tersebar ke seluruh negara.?

Zahida pula membalas dengan berkata; Sabar!!Teruskan usaha anda! Saya perlu tido sekarang, selamat malam! Esok jangan lupa tweet lagi tau sekurang-kurangnya saya seorang jutawan, anda pula?

Seorang lagi pengguna, Mohd Firdaus menghantar pesanan kepada Zahida lima hari lalu berbunyi: Untung laaa @zahida_rafik hidup senang-senang sahaja hujung minggu dapat RM200,000. Nak duit beritahu sahaja dekat menteri. Saya harap berita ini satu kebenaran.?

Zahida pula membalasnya; Maaf ye, saya bekerja keras untuk dapatkan duit. Jika kamu tak ada duit, saya boleh derma sedikit. Tidak apa, Allah akan tunjukkan kebenarannya.?

Bagaimanapun trend tersebut berubah apabila pengikut Twitter milik Zahida mula memberi komen yang positif terhadap pelakon itu apabila terdapat mereka yang menyokong dan memberi galakan kepadanya.

Seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Tengku Iskandar menghantar mesej berbunyi; Harap cepat selesai masalah ini sebelum makin melarat. Faham-faham sahaja la di Malaysia ini, semua hendak jadi hakim.?

Adlynn Jamlus pula menghantar mesej dengan meminta Zahida bersabar iaitu; Bersabarlah dengan dugaan yang diberi... Insya-Allah ada hikmahnya.

Sehingga malam Isnin, akaun Twitter pelakon Anak Mami The Movie ini mempunyai 7,069 pengikut.

Rabu lalu, pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi membuat laporan polis mendakwa aktres berkenaan mendapat wang berjumlah RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Bagaimanapun, Zahida dan menteri berkenaan telah menafikan tuduhan itu dan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang cuba memfitnah mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2012 08:56 AM | Show all posts
yang herannya, masa si supir buat police report pasal bohsia tua ni, tak kena tangkap pulak, walau pun bohsia tua tu ada buat police report tentang si supir...
heran anak ajaib...
balaci pprt melopong je lah sambil angguk-angguk...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 08:59 AM | Show all posts
skandal minah nih kalu kat gossip dah bertahun dah org dok sembang.. sekali picah.. balaci tetap kata ini pitnah...ini pitnah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 09:01 AM | Show all posts
korang sume jeles si retis ni jutawan.... kata balachi
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 09:02 AM | Show all posts
yang herannya, masa si supir buat police report pasal bohsia tua ni, tak kena tangkap pulak, walau p ...
freebird Post at 24-4-2012 08:56


memang ajaib
sisupir bebas keluar masuk balai lagik...

apapun pendedahan zuraidah tu bukannya buta2 tapi berdasarkan satu repot polis
maknanya ada bukti asas
sama ada isi repot polis tu betul ke idak itu bukan ler tugas zuraidah nak tentukan
lagipun buat repot palsu adalah kesalahan jenayah
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 09:06 AM | Show all posts
Tak da pulak pemberita berani nak tanya pendapat Najib pasal ni ya.... menarik jugak nak tau komen dia....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 09:07 AM | Show all posts
selain itu harap maklum yg wistle blower protection act dah berkuat kuasa disember lepas
mengugut atau mengganggu wistleblower boleh kena hukum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2012 09:09 AM | Show all posts
aku igt dlm UMNO hanya anwar jek jijik & kotor..org lain sume bersih & suci..rupanyaa dua kali lima yooooo..tu pun x sedar2 lagik
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 09:16 AM | Show all posts
memang ajaib
sisupir bebas keluar masuk balai lagik...

apapun pendedahan zuraidah tu bukann ...
petola Post at 24-4-2012 09:02



   yg bangangnya pencacai UMNO yg tahap sekolah rendah dok flat PPRT meskin hina dina nih leh pircaya ini pitnah sebab muntri UMNO yg maksum nih kata nak saman kalu sesapa yg buat citer lagik dia bagi duit... tapi apsal muntri nih tak saman ajer si pemandu tuh sendiri yg terang2 dia yg buat polis report....
nampak tak akal balachi UMNO setakat mana ajer mereka mampu pikir...??
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 09:17 AM | Show all posts
Semoga Tabah... jangan takut Allah bersama2 org yang benar

Zahida Rafik: 'Biarlah Tuhan yang hakimi saya'
LIANA SAHABUDIN
24 April 2012


SHAH ALAM – Artis Zahida Rafik yang menjadi perhatian ekoran dakwaan hubungannya dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal, terus menjawab siri mesej dihantar oleh peminat dan rakannya menerusi Twitter tetapi menegaskan, dia "tidak kisah dengan apa orang ramai" bercakap mengenai dirinya.

“Saya di sini bukannya hendak memuaskan hati semua orang dan saya tidak kisah akan apa yang orang ramai buat tanggapan terhadap diri saya, kerana ini adalah kehidupan saya dan saya percaya akan Tuhan,” kata Zahida dalam salah satu mesej yang dihantar lewat malam semalam.

Lewat petang semalam, Shafie secara terbuka menafikan dakwaan bekas pemandunya, Noor Azman Azemi yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada Zahida sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, segala maklumat yang disebutkan dalam laporan polis, yang dibuat oleh Noor Azman bulan lalu, adalah tidak benar sama sekali.

“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi yang bertarikh 13 Mac 2012, yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida binti Mohamed Rafik,” kata beliau yang juga Naib Presiden Umno.

Sambil menekankan bahawa dia masih "kuat semangat", Zahida berkata, orang ramai kemungkinan akan membencinya kerana isu semasa ini.

Bagaimanapun jelasnya, dia tetap sentiasa senyum kerana percaya pada dirinya dan juga Tuhan yang maha mengetahui semuanya.

Tinjauan Sinar Harian Online mendapati beberapa mesej yang agak 'pedas' telah dipadamkan daripada senarai mesej akaun beliau semalam.
Menjawab salah satu mesej, Zahida juga ada mengatakan bahawa "biarlah Tuhan yang menghakimi saya, kamu jangan jaga tepi kain saya okey."

Walau bagaimanapun, melalui laman sosial Twitternya dia penah mengatakan bahawa dia tidak akan berdiam diri dengan perkara ini, malah dia telah pun berunding dengan peguamnya bagi menuntut bela.

Melalui laman sosial Twitternya juga, Zahida juga ada dihina dan dilemparkan kata-kata yang tidak elok dan tidak menyenangkan oleh segelintir pihak yang masih tidak berpuas hati dengannya.

Zahida tetap bersabar dalam menghadapi semua dugaan itu dan meneruskan semangatnya untuk terus menjawab soalan dan pertanyaan peminatnya.

Bagi Zahida, biarlah apa orang hendak menganggapnya kerana yang penting dia tahu akan dirinya yang sebenar.

Zahida turut mendapat simpati dan sokongan daripada segelintir pihak yang mengambil berat akan dirinya dan juga sentiasa bertanya akan perkembangan terbarunya mengenai isu semasa diri beliau.

Dikenali sebagai Azmir Husni laman sosial Twitternya beliau pernah berkata, “kepada Zahida, harap bersabar dengan dugaan fitnah-memfitnah ini, kita orang sokong dari belakang."

Tidak lupa juga peminat Zahida yang lain dikenali sebagai Zarul Azwan yang turut bertanyakan khabar tentang Zahida dan juga menasihati Zahida supaya berbuat tidak endah sahaja dengan semua anggapan orang ramai itu.

Sehubungan itu, Zahida kini merasa lebih tenang dan tenteram kerana banyak pihak yang turut memberi sokongan dan dorongan terhadap dirinya mengenai isu ini.


Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 09:18 AM | Show all posts
aku igt dlm UMNO hanya anwar jek jijik & kotor..org lain sume bersih & suci..rupanyaa dua kali lima  ...
kecimpret Post at 24-4-2012 09:09



   dalam UMNO mana ada yg bersih..... mereka sendiri akui pun, tapi ko tgk ajer laa standard level pencacai UMNO nih......

Akhirnya Mamat Dalam Gambar Nih Kena Tangkap Dengan PolisPosted by Addin at 4/24/2012

Samseng Jalan Kebun
Polis menahan tiga lagi individu yang didakwa menyerang 'perkhemahan' aktivis yang menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma pada awal pagi Khamis lalu. Jumlah itu menjadikan kesemuanya empat orang ditahan polis setakat ini berhubung insiden serangan yang menyebabkan kecederaan ke atas siswa berkenaan. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh ketiga-tiga lelaki itu ditahan di Subang Jaya dan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Merusuh).


Dalam satu kenyataannya hari ini, Mohmad berkata pihak polis telah memperolehi perintah reman sehingga 25 April ini.

Katanya, dua daripada suspek berkenaan daripada Kampung Kebun, Kelang masing-masing merupakan seorang tukang kimpal berusia 30 tahun dan seorang penganggur berusia 28 tahun.

Seorang lagi suspek, daripada Kampung Pandan Klang merupakan seorang penganggur berusia 29 tahun.


Dalam kejadian awal pagi Khamis lalu, seorang siswa cedera apabila kumpulan yang berkhemah di Dataran Merdeka diserang sekumpulan lelaki yang didakwa 'samseng'.

Saksi berkata kumpulan itu mengepung pelajar di tapak khemah tersebut dan mula mengganggu kumpulan siswa berkenaan dalam kejadian bermula kira-kira jam 2.45 pagi.

Koordinator Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), Heng Kiah Chun memberitahu Malaysiakini bahawa kumpulan tersebut kemudiannya mengasari siswa berkenaan dan turut merobohkan khemah mereka.

Pelajar yang mengalami kecederaan itu dibawa ke hospital. Kumpulan berkenaan juga naik berang apabila pelajar berkenaan cuba merakam insiden itu menggunakan kamera dan telefon bimbit serta merosakkan sebahagian daripada alat rakaman tersebut. ~malaysiakini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.048486 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list