|
[Tempatan]
RM2.6 billion dalam akaun Najib adalah dari penderma, bukan dari 1MDB kata SPRM
[Copy link]
|
|
Majlis Tertinggi Umno tidak pernah dimaklum sumbangan derma, kata Shahrir
Published: 6 August 2015 3:25 PM
http://www.themalaysianinsider.c ... -derma-kata-shahrir
Susulan pendedahan derma RM2.6 bilion disalurkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shahrir Samad berkata, Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak pernah bertanya, dan ahlinya tidak pernah diberi taklimat mengenai sebarang sumbangan politik kepada akaun pemegang amanah presiden atau bendahari parti.
Pengerusi Kelab Penyokong BN (BNBBC) yang juga ahli MT itu dipetik blog pro Umno MyKMU.net sebagai berkata, MT dan jawatankuasa perhubungan negeri parti tidak pernah diberitahu mengenai apa-apa sumbangan atau derma politik yang diterima.
"Selama saya duduk dalam MT Umno dan Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri Johor, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT dan perhubungan negeri," kata ahli politik yang menganggotai MT sejak zaman bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Selain harta dan sumber pendapatan sedia ada, parti mempunyai kepercayaan kepada presiden, pengerusi Perhubungan Umno Negeri dan bendahari untuk mencari sumber kewangan bagi membiayai aktiviti politik dan pilihan raya," katanya dipetik berkata kepada portal itu.
Pada Isnin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib sebagai sumbangan derma, bukan wang pelabur strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Agensi anti rasuah itu juga mengesahkan penderma berkenaan dari Timur Tengah tetapi tidak menamakannya. Ia juga berkata akan meminta Najib tampil memberikan penjelasan mengenai sumbangan itu.
Dakwaan mengenai wang sebanyak RM2.67 bilion dalam akaun Najib pertama kali muncul pada 2 Julai dalam satu laporan The Wall Street Journal (WSJ), memetik dokumen daripada penyiasat Malaysia.
WSJ berkata sumber dana itu tidak diketahui, tetapi ia diterima melalui entiti berkaitan 1MDB dalam pelbagai tranche dan yang terbesar sebanyak AS$681 juta yang disalurkan kepada akaun Najib pada Mac 2013, menjelang pilihan raya umum pada Mei tahun sama.
Perdana menteri menafikan mengambil dana 1MDB untuk kegunaan peribadi, tetapi tidak secara langsung menjawab mengenai pemindahan dana itu.
– 6 Ogos, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.9Eg4mRYi.dpuf |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
"Selama saya duduk dalam MT Umno dan Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri Johor, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT dan perhubungan negeri," kata ahli politik yang menganggotai MT sejak zaman bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Selain harta dan sumber pendapatan sedia ada, parti mempunyai kepercayaan kepada presiden, pengerusi Perhubungan Umno Negeri dan bendahari untuk mencari sumber kewangan bagi membiayai aktiviti politik dan pilihan raya," katanya dipetik berkata kepada portal itu.
Nampak dan terserlah sungguh sungguh kemacaian nya.....
|
|
|
|
|
|
|
|
abbyhoney replied at 5-8-2015 01:19 PM
ramai yg dah beralih ke team tun sebab mungkin dah nmpak najib tak boleh dibela lagi...terlalu ban ...
Najib byk main duit bayar pengampu penjilat ni semua...pasal tu hutang tinggi...ngan rakyat pun dia beli ngan duit jek....
Ntah mana dia belajar betapa tingginya mental dia nak hadap rakyat umum ngan skandal dia tu...hebat gak la...hehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|