CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 9teen

Siapa Shark, BF Aku Ni? & Kisah Kisah Lain (PENERANGAN : #726 - 19/11)

[Copy link]
Post time 18-11-2016 12:38 PM | Show all posts
Edited by life_love at 18-11-2016 12:39 PM
WhiskeyScotch replied at 8-11-2016 11:08 PM
Sampai skrg I menanti update. Tak update-update.

Seronok kot baca kisah TT. Nak juga tahu siapa ...

tetibe i pun rase gitu gak..
mane taukan tetibe plot citer ditwist 720 darjah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2016 12:42 PM | Show all posts
leh tak thread ni jd cam thread damerung tu..
ade link terus nak klik citer ..senang sikit nak revise ..
almaklumla..tt ni rajin flashback kite sume..
pastu gigih melompat citer..
siap bg iklan citer laen...
ingat x citer sekian-kian..
hah kan senang kite klik je citer tu..
senang sikit sel otak nak berhubung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2016 12:31 PM | Show all posts
Assalamualaikum. Maaf lambat gila aku dapat masuk dalam thread ni. Gila bersawang! Maaf kalau ada typo ke apa ke kat post kali ni.
Aku cuba jawab soalan soalan yang korang PM aku & tanya dalam thread ni sementara tengah sihat sikit sikit ni sebab ada yang speku aku dah masuk bawah tanah, walhal aku masih ada atas tanah bawah langit cuma baring atas katil lama lama.

Benda ni betul atau fiksyen?

Macam aku cakap sebelum sebelum ni, aku tak kisah pun sebenarnya tentang siapa siapa yang rasa aku cuba tipu atau ini semua kisah khayalan. Sebab niat aku pada mulanya, sekadar nak share cerita. Tak lebih dari tu. Even yang baca dan masuk dalam thread ni pun, baca gitu gitu. Tak ada sebarang untung & tak ada sebarang rugi pun korang masuk sini. Betul? Aku tak caj bayaran pun untuk korang baca apa yang aku cerita. Lainlah kalau setiap entry, aku mintak korang buat bayaran ke akaun aku kan? Aku tak caj duit. Aku tak jual produk & aku tak jual ebook cerita seram aku. So, konsepnya kat sini, takde siapa siapa pun yang rugi.

Kalau aku caj duit & aku tipu, itu lain. Dapatlah jugak duit tu aku guna buat kos berubat aku ke apa kan? Di zaman serba nak dirasionalisasikan ni...semua pun nak naik.

Plus, kalau aku memang minat bercerita, dah lama aku ke board yang khususkan untuk bercerita atau buat karangan ala ala fiksyen ni.

Kalau aku tipu, memang tak ada keuntungan pun pada aku. Sekadar nak dapatkan simpati? Maaf. Aku bukan orang yang cari simpati orang lain. Just sharing.

So, pada yang rasa aku tipu, terpulang sebab kita tak saling mengenali satu sama lain & korang tak pernah ada dalam hidup aku. Cuma baca apa yang aku share dekat thread ni. So, its okay bagi yang rasa ni fiksyen.

Pada yang rasa aku bercerita perkara yang benar tiada yang lain melainkan benar benar belaka sebenar benar kejadian yang berada dalam pandangan & pengetahuan ALLAH, terpulang.

Kenapa U tak inform & state exact location?

Ada sebab kenapa aku tak state location benda ni jadi. Aku tak deny apa apa. Aku tak confirmkan apa apa.  Sebab benda benda macam ni, biasanya orang tak nak cerita pada orang lain. To be honest, kau ingat aku kuat sangat ke nak tulis benda benda macam ni? Cukuplah dengan apa yang aku state dalam cerita cerita aku yang lepas tu. Baca. Hadam. Bayangkan sendiri. Kalau nak bayangkan tu maybe sikit sikit bolehlah kot, sebab tak berlaku kat diri sendiri kan? Kita ada keupayaan untuk faham & merasa bila benda tu pernah jadi pada kita.

Ada je forummers lain yang bukak thread yang akhirnya terpaksa didelete cerita cerita tu semua. Salah satu forummer tu masih ada dalam board MPS ni. Mula mula dia samarkan semua details. Tup tup, ada yang dapat sangkut pautkan antara setiap watak dan kena tempias pada watak watak tu dalam hidup termasuk hidup forummer yang UP cerita tu dekat thread dia. Sampai sudah dia rasa bersalah pada orang orang berkenaan sebab dia open cerita. So, aku tak nak jadi macam forummers tu. Kalau boleh, aku nak hubungan dengan semua yang aku ceritakan ni kekal macam mana sekarang ni.

Watak tu semua memang nama sebenar ke?

Macam yang aku inform, bukan semuanya nama betul. Ada yang aku samar samarkan namanya. Untuk jaga aib walaupun aku rasa diri dah aib bila bukak cerita macam ni. Ada yang aku dah terbalikkan namanya.

Kalau rasa ada yang dapat kaitkan antara watak watak yang aku samarkan ni dengan watak hidup sebenar dalam dunia ni, tolong simpan sendiri (even kalau betul kau pernah buat benda benda yang aku cerita ni dekat tempat & masa yang aku nyatakan sebab kaulah orang yang aku ceritakan dalam thread ni) Sebab secara tak langsung, kau akan tahu siapa sebenarnya Shark & siapa sebenarnya aku, yang bukak thread ni.

Ada pesanan untuk yang baca thread U?

Pada mak ayah dan cikgu cikgi yang masuk dalam thread aku ni, baguslah kalau apa yang aku ceritakan ni sikit sebanyak bagi sikit pencerahan tentang apa yang sebenarnya boleh berlaku di sebalik asrama tu. Tak semua benda yang nampak manis di luar, manis di dalam.

Cumanya, tak semua rasa macam ni. Hanya yang terpilih untuk jalani hidup macam ni je yang akan kena. Senang cerita, kalau Allah dah takdirkan kau kena buli, elaklah macam mana sekalipun, still kena buli dengan izin dia.

Mangsa memang biasanya jadi mangsa tanpa pembelaan bila pemangsa play victim. Itu yang jadi pada aku, dulu. Aku harap cerita aku yang walaupun tak habis & mungkin tak dapat dihabiskan dalam jangkamasa terdekat ni akan bagi impact dalam hidup korang. Jadi lebih cakna pada orang sekeliling korang.

Tak semua orang cerita masalah dia. Cuma kalau ada tanda tanda pelik tu, cubalah approach dengan hikmah. Jangan terus hembus je. Kadang kenyataan sebenar dalam hidup ni, lebih pahit & menakutkan dari yang korang sangka sangka selama ni.

Terima kasih jugak pada korang yang rajin men-CSI walaupun aku tak kata "Ya" dan tak kata "Tak", tapi korang still gigih men-CSI erk? Hahahah. Terbaiklah korang!

U sakit ke? Lama tak berupdate thread ni?

Hmmm...Ni last, aku memang tengah berubat (bagi yang PM tanya aku sakit ke?) Tak semua benda boleh berubat sekali, dua, tiga kali, lapan kali, boleh sembuh. Ada yang kena usaha berkali kali macam aku. Cuma kena ingat, semua benda ada ubat kecuali mati. Aku sakit bukan sebab kesan dari harrasment ke apa taw? Sebab aku tak pernah buat benda benda yang tak elok dengan mana mana lelaki secara sukarela selepas benda benda teruk yang terjadi dekat aku time sekolah dulu dulu.

Aku sakit & cuma boleh berubat cara kampung & bukan professional. And yes, memang ada kaitan dengan benda benda yang aku cerita dekat sini.

Tak percaya aku sakit? Hmmm...Tak kisah pun sebenarnya. Sebab ramai je forummers dalam ni yang out of sudden jatuh sakit lepas share apa yang dia lalui. Semuanya dengan izin ALLAH. Maybe sebab dosa dosa aku banyak sangat kot?

Apa cerita U dengan Shark?

Bagi yang duk tertanya tanya cerita Shark, aah dia masih kawan dengan aku. Dia manusia biasa, bukan roh gentayangan atau apa apa pun nama lain bagi benda alah tu. Lelaki. Orang Malaysia.

Dia memang ada confess dalam tempoh aku sawangkan rumah ni (jatuh sakit), yang dia biseks. Tak faham biseks? Sila bukak kamus sendiri. Aku tak nak terangkan sebab rata rata forummers semua dah matang.

Atas faktor apa dia kawan, aku tak tahu. Aku cuma bersyukur sebab dia sudi terus terang tentang sexual orientation dia. Aku tak kisah sebab apa dia maintain kawan dengan aku, sebab aku terima semua orang atas faktor aku sedar aku cuma manusia biasa bukan Tuhan. Aku pun bukannya banyak kawan sampai nak buang kawan kawan yang aku ada. Plus, aku masih stay single mingle. Masih kena cop bukan bukan.Takde masa nak judge orang sebab aku percaya dosa aku sendiri pun menimbun, baik yang aku perasan & yang aku dah lupa.

Doakan aku cepat sembuh & dapat masuk belajar macam biasa. Risau jugak sebab baru je start belajar & aku pun bukanlah budak pandai mana walaupun aku pernah belajar dekat sekolah berasrama yang wajib nyanyi lagu tentang pengorbanan orang dulu dulu dekat sekolah mendayu dayu tu time assembly. Dah tak nak ada apa apa benda mengikut. Dah tak nak ada apa apa benda mengundang. Insya-ALLAH kalau ada masa & lapang, aku akan sambung balik. Tu pun, kalau Admin tak apa apakan aku lah.

U ni lelaki ke perempuan ke lelaki jadian?

Setakat yang aku tahu dan setakat apa yang ada pada badan aku ni, belum ada lagi apa apa abnormaliti yang boleh menyingkirkan jantina lelaki pada kad pengenalan & surat daftar kelahiran aku. Belum ada tanda tanda silicon pada badan aku. Belum sulam kening. Belum buat hidung. Belum cucuk muka.

So, kesimpulannya aku lelaki taw? Aku bukan perempuan. Aku lelaki. Cuma didikan buat aku lebih bersopan santun & lemah lembut sikit. Sekarang dah kurang sopan santun supaya aku dapat maintain survive dalam dunia dog eat dog ni. Maaf kalau korang keliru dengan cara penyampaian aku, bahasa yang aku pilih & susun aturnya sampai korang buat conclusion yang aku ni perempuan.

Maybe dalam banyak banyak budak lelaki dekat luar yang korang jumpa, ada sorang yang berambut panjang lepas bahu. Kadang kadang rambut lepas, kadang rambut dia berikat, tu aku. Aku dah pandai bela rambut biar panjang sikit.

Last word sebelum berhibernasi?

Terima kasih sebab sudi baca apa yang aku share dekat sini. Sayangi diri korang. Sayangi diri ahli keluarga korang. Sayangi diri rakan rakan korang. Jadi lebih peka pada orang orang yang ada dekat sekeliling korang.

Ingat, husnudzon tentang apa apa yang kita tak pernah tahu. Aku tak nak apa yang pernah jadi pada aku, jadi pada orang lain. Aku tak nak diorang terseksa sebab pemangsa play victim.

Aku mintak maaf kalau penceritaan aku mengelirukan korang sebab aku tak perfect. Aku pun tak pandai mana nak menerangkan seterang terangnya apa apa yang jadi. So, cubalah fahamkan sendiri.

Insya-ALLAH, kalau ada umur, aku sambung apa yang masih belum terungkai. Buat sementara waktu ni, biarlah sampai sini dulu. Peace!
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2016 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
TT, banyakkan bersabar ye. Memang kita kadang2 tak tahu orang yang nampak gembira tu dalam hati dia macam mana. Luaran je nampak gembira. Aku pun kadang2 tengah sedih pun kalau chatting dengan orang tetap buat ayat macam gembira walaupun tengah tak ada mood.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2016 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Nov 20,2016 ~12.48am
1st time register as member and had been sr for few years. Suddenly tergerak nak say something yg dh lama dipendam.

To tt: I believed in ur stories/experiences. Cos i've been thru quite similar situations. Cuma berbeza waktu/lokasi/watak/unsur mistik/etc. Tp yg lainnya hampir2 sama..physically,emotionally n mentally,i've been through ur experiences cuma it happened in early 90's..n sadly i strongly believed such things still happens nowadays.

Cuma my brotherly advise to tt, stay strong cos Allah swt xkan menduga HambaNya lebih dr yg kita mampu, InsyaAllah..n keep on sharing cos u really inspiring others..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2016 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
To all readers@forummers,hopefully we can stop from being judgmental cos it's really unhealthy..nk percaya@tak pd kisah yg diceritakan tt, just tepuk dada n tanya minda anda.xde paksaan pun kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2016 12:03 PM | Show all posts
yeay TT dah update ! semoga TT cepat sembuh. we ols kat sini menanti cerita hangat TT.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 12:16 AM | Show all posts
TT is back. Semoga TT cepat sembuh dari segala penyakit. Jgn putus asa untuk sembuh. Teruskan berubat okeyh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2016 09:26 AM | Show all posts
9teen replied at 22-7-2016 12:05 PM
CERITA KETUJUH - SICKBAY

Ada satu cerita ni, maybe taklah seram mana agaknya. Mungkin boleh ambi ...

aiyoooo. ini boleh terkencing jugak on the spot klau kene
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh tt
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 10:59 AM | Show all posts
9teen replied at 1-8-2016 06:29 PM
Cerita ni sengaja aku upkan di petang hari sebab tak berani nak upkan bila malam tiba since masa aku ...

eeeiiyeee. pengotor nye bebudak pompuan tuuu, ada plak buang merata. aq yg pompuan pon geli. eerkkkk
elok je menikmati jem tuuu yeee. gulppp
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 11:07 AM | Show all posts
9teen replied at 2-8-2016 06:42 PM
CERITA DUA PULUH - USAHA

"Ayah ada cara nak ubat Ice?"

owhh, kira shark nie induk nye laa.di sebabkan adik beradik pompuan dye tak sempat lahir kedunia, bende tu turun ke shark sbb da takde pilih. tu yg kata tok ram turun songsang tuu.
sory TT klau speku ku ini tak tepat. kuikuikui
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 12:12 PM | Show all posts
9teen replied at 8-8-2016 07:23 PM
Aci tak kalau aku bagi selingan lagi?

Karang tak pepasal ada orang baling pinggan mangkuk dekat  ...

Burasakk !! Feveret ioulsss
Tapi dapat time hari raya yee, sbb tak reti nk membuat nyee
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 02:50 PM | Show all posts
Get well soon TT.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga ceoat sihat tt. Kami masih rindu kisah2 tt
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 02:41 PM | Show all posts
get well soon. in and out. be strong.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2016 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepat sembuh tt... Stay strong.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 11:47 AM | Show all posts
moga diberi ksembuhan ye..
syafakallah syifaan 'aajilan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 09:20 AM | Show all posts
semoga cepat sembuh..
aku masuk sekadar membaca, xde masa nak csi kebagai nih,..
beria nau nak csi bagai..

adoiiii

cepatlah masuk update, persetankan je jenis bongok camtu..
bai TT
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 10:09 AM | Show all posts
9teen replied at 19-11-2016 12:31 PM
Assalamualaikum. Maaf lambat gila aku dapat masuk dalam thread ni. Gila bersawang! Maaf kalau ada ty ...

aloloo...TT tak sihat ke rupanye
patut dah lama tak update
mohon berubat & semoga sihat kembali ya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.075030 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list