|
JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)
[Copy link]
|
|
kalau pak we aku bagi gigi dia yg patah macam Halu bagi kat Aki, aku buang dlm tong sampah.:lol Geli!! wei....... .tapi kalau Halu yg bagi kat aku, aku simpan camne Aki simpan.
Bersemangat Halu main, sbb Aki datang, boleh masuk gol lak tu. Ada ke kata Aki tu mak dia, masa interview lak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Kimmy at 26-2-2005 21:23:
kalau pak we aku bagi gigi dia yg patah macam Halu bagi kat Aki, aku buang dlm tong sampah.:lol Geli!! wei....... .tapi kalau Halu yg bagi kat aku, aku simpan camne Aki simpan.
Bersemangat Ha ...
Halu tu memang lawak lerr... |
|
|
|
|
|
|
|
halu ngan aki...mmg sweet ~~~~~ |
|
|
|
|
|
|
|
gempak la halu.....maybe.........:pmuka::pmuka: |
|
|
|
|
|
|
|
apsal aki tu blur sangat hah kelakar betullah |
|
|
|
|
|
|
|
ader sinopsis utk semalam?:tq: |
|
|
|
|
|
|
|
suka mimik muka halu.....kiutnya......terutama waktu dia pakai jersi blue scorpions...... hidup blue scorpions............... ingatkan betul2 nak gaduh ngan Yamato ....... nasib baik bukan..... |
|
|
|
|
|
|
|
PRIDE - Period 2 (26/2/2005)
Aki (Yuko Takeuchi), Yuri (Noriko Nakagoshi) dan Chika (Megumi) sampai kat arena ais, diorang nampak sorang ahli pasukan Blue Scorpions dibawak ke ambulans...masa tu perlawanan dah pun mula...Aki tak dapat nak terima keganasan dalam 'game' tu...Halu (Takuya Kimura) jatuh kena tolak dan mulut dia berdarah, tapi kejap je dia dah bangun...dia tengok Aki tutup mata sebab tak sanggup nak tengok...
kat Face Off, Tomo-kun (Somegoro Ichikawa) try nak avoid Chika, tapi Chika cakap dia tak kisah pun pasal 'one-night stand' tu...Aki rasa pelik tengok team Blue Scorpions macam tak kisah je teammate diorang cedera...Yamato (Kenji Sakaguchi) cakap kat Aki benda tu dah biasa...
Yamato: "Halu terutamanya tak takut apa2...tak tahulah sebab apa kami sukakan ice hockey...penonton dan peminat pun tak seramai baseball atau bola sepak, tapi peminat kami sangat mesra...mungkin sebab tu kami tak kisah tercedera."
lepas tu, teammate yg cedera tu balik ke Face Off...dia mintak maaf kat Halu & the team sebab menyusahkan diorang...Halu masa tu tengah di'interview' oleh TV crew...
TV crew: "Halu-san ada teman wanita?"
Halu: "Teman wanita? Teman wanita...(Halu tengok Aki) Jurukamera, ikut saya...(Halu letak tangan atas bahu Aki) Saya kenalkan...ini...'mama' saya!"
Yamato nak hantar Yuri balik dengan kereta Tomo-kun...dia bagitau yg dia dan Halu tak minum arak dalam musim perlawanan...Yuri tanya pernah tak Yamato cakap bohong...Yamato try nak bagitau Yuri pasal kereta tu, tapi Yuri tiba2 je 'kiss'dia...Yamato tak jadi bagitau Yuri yg kereta tu kereta Tomo-kun, instead dia cakap kereta tu boleh pecut sampai 200 km/j...
Halu bawak Aki balik...Halu tengok Aki macam marah sebab Halu perkenalkan dia sebagai 'mama'...Halu cakap kalau dia perkenalkan Aki sebagai teman wanita dia, Aki akan dipermainkan...
Aki: "Awak kan dapat banyak kebaikan dari perjanjian kita? Awak boleh berseronok dan lepas tu tinggalkan macam tu je."
Halu: "Macam tisu?"
Aki: "Erm, macam tisu."
Halu: "Jangan bimbang, saya takkan buat apa2..."
Aki: "Dah tu buat apa ada perjanjian kalau tak nak buat apa2?"
Halu: "Dah tu nak buat apa?"
Aki: "Buat apa?"
Halu: "Bercium?"
Aki keluar dari kereta macam marah...Halu 'offer' nak nyanyi untuk Aki...
Aki: "Awak tak payah buat apa2 untuk saya. Awak jagalah diri sendiri."
Halu: "...Awak kan suka tengok permainan hoki?"
Aki: "Tapi saya tak suka tengok berdarah...macam sakit."
Halu: "...Saya takkan paksa awak...Tapi saya harap, awak jangan alihkan pandangan awak. Macam tu, saya akan jadi lebih berani."
Halu mintak bermalam kat rumah Aki...Aki rasa dahi Halu, lepas tu dia cakap Halu tak demam pun...Aki suruh Halu balik rumah idur...Halu nak bagi Aki hadiah...Halu bagi gigi dia yg tercabut dalam 'game hari tu kat Aki...
Aki: "Tapi saya tak nak!"
Halu: "Simpan je sebagai tangkal. Roh saya ada dalam tu."
Aki: "Roh?"
Halu: "Watashi no 'pride' (Maruah saya)."
esok harinya, Halu pergi melawat Yoko (Yuriko Ishida)...dia terkejut sebab nampak coach Hyoudo (Koichi Sato) kat situ, nak sembah coach Anzai...
Yamato makan kat satu restoran dekat rumah dia dan terserempak dengan Aki...Aki dapat tau Yamato baru je pindah ke kawasan tu...Aki 'assume' yg Yamato pindah ke bangunan apartmen putih yg cantik kat 'corner' jalan tu...Aki tanya macam mana Yamato boleh kenal Halu...Yamato cakap dia dulu junior Halu kat 'high school'...dia cakap kalau ada apa2 yg Aki nak tau pasal Halu, tanya je dia...Aki bagitau Yamato pasal perjanjian dia dengan Halu...Aki dapat tau yg dia bukanlah yg pertama buat perjanjian dengan Halu...
Aki: "Saya pun bukannya perempuan yg baik sangat...Saya ada teman lelaki di tempat yg jauh, tapi dah 2 tahun kami tak berhubung. Saya tau itu bukan alasan yg baik untuk buat perjanjian ni, tapi..."
Yamato: "Sebab apa awak nak bersama Halu-san?...Ah, saya tahu! Sebab dia sangat tampan, kan?"
Aki: "Tak, bukan begitu. Sebab dia cakap...hati dia tak pernah kesunyian."
kat rumah Yoko, lepas coach Hyoudo dah balik, Yoko bagitau Halu yg Hyoudo dan Anzai dulu adalah lawan dalam pasukan universiti...Halu tanya sama ada diorang pun bersaing untuk Yoko jugak...Yoko cakap dia taklah sepopular yg Halu fikirkan...Yoko cakap Hyoudo nak carikan dia kerja tetap...Yoko bagitau Halu pasal perasaan dia terhadap Anzai sekarang...dia cakap dia cuma ada perasaan kesal dan dendam terhadap Anzai sekarang, sebab Anzai tak nak mati di sisi dia, tapi pilih nak mati di sisi Halu...
Yoko: "Dia dah tak cintakan saya. Awak tak perasan sebab awak menyanjungi dia. Bagi saya, adalah sangat penting sama ada dia masih cintakan saya atau tak."
Halu: "Mustahil ke untuk awak mengingati dan mencintai Anzai sepanjang hayat awak?...Saya akan jaga awak dan Wataru. Saya tak harap awak jatuh cinta pada orang lain..."
Yoko: " andangan cinta awak sangat kejam..."
Yamato dan Aki berjalan balik rumah...Yamato bagitau Aki mak Halu tinggalkan dia dan lari dengan lelaki lain...Yamato cakap bila Halu balik rumah dari tadika, mak dia yg biasanya ada kat rumah tunggu dia balik dah takde...Halu dan abang dia pernah muncul kat TV dalam rancangan mencari orang...abang dia nangis tapi Halu tak nangis...
Yamato: "Saya pernah tanya kenapa Halu-san tak nangis? Dia cakap, agaknya sebab hatinya dah beku."
Aki: "Hatinya dah beku...agaknya sebab tu dia cakap hatinya tak pernah kesunyian."
Yamato: "Agaknya dia dah gunakan kesunyian sepanjang hayat masa tu."
Aki: "Kesunyian sepanjang hayat?"
Yamato: "Ada sorang coach yg dia sangat hormati beritahu dia yg dia tak boleh jatuh cinta sehinggalah dia bersara dari arena sukan. Tapi sebenarnya, dia memang takkan jatuh cinta...Dia takut. Kalau dah mak kandung pun tinggalkan dia, apatah lagi perempuan yg langsung tak ada hubungan."
Aki cakap sebenarnya dia pun dah lama putus asa terhadap boyfriend dia, cuma Halu je yg fikir Aki masih menunggu...Aki rasa kagum sebab Halu boleh bagitau semua tu pada Yamato...Aki cakap, agaknya sebab Yamato ni jenis lelaki suci yg tradisional...:lol |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan Period 2
team Blue Scorpions tengah practise...Hyoudo panggil 3 orang ahli pasukan dan beri arahan untuk 'block' laluan Halu supaya Halu tak dapat jaringkan gol...kat locker room, Hyoudo cakap pergerakan Halu 'simple' sangat, kelebihan Halu cuma sebab dia pantas...Hyoudo cakap team lain mesti dah 'study' pergerakan Halu, jadi senang untuk diorang 'block' Halu...Hyoudo suruh Halu gunakan peluang tu untuk pass bola pada teammates...Halu tak nak dengar, dia cakap dia cuma akan ikut style coach Anzai...Halu cakap Hyoudo jealous dengan Anzai sebab Anzai dulu 'star' dalam team manakala Hyoudo pulak bukannya sesiapa...Halu cakap Hyoudo cuma ada teknik dan tak gunakan perasaan...Halu bagi warning pada Hyoudo supaya jangan cuba pikat Yoko...lepas tu Halu blah dari locker room...Hyoudo cakap Halu macam budak 3 tahun...
Halu dan Aki tengah pilih video untuk diorang sewa...Halu suggests tengok video kat rumah Aki...Halu tak suka perempuan datang ke rumah dia...masa Halu pilihkan video, Aki cakap heroine dalam video tu semua sama, semua jenis yg 'menunggu'...
Yamato dan Yuri pulak tengah makan kat sebuah restoran mahal...Yuri tanya kerja bapak Yamato...bila Yamato tipu cakap bapak dia ada beberapa business, Yuri tanya sama ada Yamato akan mewarisi business tu nanti...Yuri mintak maaf sebab tanya banyak soalan pasal ni...dia cerita yg bila mak ayah dia bercerai dulu, mak dia hidup susah...Yuri cakap, dia tak kisah kalau lelaki tu ada perempuan simpanan atau berfoya2, tapi yg penting, dia tak nak hilang kehidupan iaitu jaminan dalam hidup...Yamato rasa Yuri ni jenis yg sedih, tapi Yuri cakap dia tak sedih...Yuri cakap, walaupun dia nampak macam ni, tapi dia pandai buat kerja rumah, dan selagi lelaki tu masih cintakan dia, dia akan balas cinta lelaki tu...Yamato nampak macam terganggu lepas dengar cerita Yuri...
balik dari kedai video, Halu dapat tau yg Aki dah dengar banyak cerita dari Yamato...Halu ketawa sambil cakap semua tu tak betul...
Halu: "Mak ayah saya masih ada, dan sangat mesra antara satu sama lain sampai budak pun tak tahan."
Aki: "Jadi kenalkanlah diorang pada saya."
Halu: "Ini kan cuma permainan? Takkanlah sampai nak perkenalkan awak pada diorang?"
Aki: "Sama ada cerita Yamato betul atau tak, itu bukan masalahnya. Memang pada mulanya saya simpati bila dengar pasal tu. Saya rasa awak ni sangat kasihan. Tapi saya bukanlah gadis yg akan menunggu selama-lamanya kalau itu yg awak fikir. Saya dah putus asa, sebab saya tahu dia takkan balik...tak, mungkin jugak sebab saya tak ada peluang bercinta...Saya bukannya boleh menggantikan mak awak...
Halu: "Jadi kenapa awak setuju?"
Aki: "Agaknya sama macam gadis2 lain, sebab awak mendapat perhatian ramai di atas ais."
Halu: "Saya akan nampak lebih teruk kalau saya bersara."
Halu tak jadi nak tengok video kat rumah Aki, jadi dia suruh Aki pulangkan video tu semua...bila Halu dah mula berjalan pergi, Aki jerit kat Halu...dia cakap yg dia cuma perempuan biasa, tak bercita2 tinggi dan tak ada impian...dia cuma gadis biasa yg suka berparti dan nak bersama boyfriend pada malam Krismas...tapi Halu dah jauh dari Aki masa ni...
malam tu Yamato tengah minum kat Face Off...restoran yg Tomo-kun cadangkan dan tambang teksi dah banyak gunakan duit Yamato...Halu ada kat sebelah dia dan suruh Yamato senyap sikit...dua2 pun dah agak mabuk masa ni...Yamato tengah bengang pasal Yuri, Halu pulak bengang dengan Yamato sebab cerita banyak hal kat Aki...diorang mula bertekak dan akhirnya cuba nak selesaikan dengan 'arm wrestling'...tak ada sapa pun yg menang, instead diorang dah rosakkan meja kat situ...Halu suruh Tomo-kun bayar harga meja tu...Tomo-kun masa tu datang dengan Chika...Tomo-kun macam semakin suka bersama dengan Chika...
Aki pulak tengah tengok video yg Halu sewa...dia tak pulangkan pun semua video tu...
dalam perlawanan seterusnya, Yuri dan Chika dah ada kat 'grandstand'...sekali lagi, 'game' jadi agak ganas...Halu kena 'block' dengan 2 orang players...Saeko (Saori Takizawa) perasan yg Halu dah pass bola pada teammates seperti yg Hyoudo arahkan, tapi Hyoudo macam tak berkenan pulak...
masa ni Aki kat 'jambatan perpisahan'...dia teringat macam mana Halu cakap yg boyfriend dia akan balik...
Halu: "Jarang dapat jumpa perempuan yg dapat menaikkan semangat. Kekasih awak akan balik...bila dah habis tenaga, dia pasti akan balik."
Halu pulak dah masuk 'bench'...dia tercari2 Aki...bila dia tak jumpa Aki among the crowd, dia ketuk kepala sendiri dengan kayu hoki...'game' hari tu seolah2 takkan berpihak pada Blue Scorpions...
Yamato dah kena langgar dan keluar dari 'game' untuk jumpa doktor...Yamato nampak Aki berlari2 masuk...
Yamato: "Aki-san!"
Aki: "Saya dah ingat! Saya dah ingat...masa saya mula2 tunggu dia dulu, saya dah berazam akan tunggu selama-lamanya dan percaya pada dia. Walaupun kadang2 saya rasa sunyi, tapi saya rasa sungguh tabah, comel dan sangat bahagia...Tapi kemudian, saya mula menyerah kalah pada kesunyian. Saya tak sukakan diri saya yg lemah pada masa tu. Tapi lepas tengok video tu semua, saya dah mula ingat perasaan tu. Saya nak terus sukakan diri sendiri. Saya nak terus jadi perempuan yg hebat, tabah dan comel macam dulu. Korewa watashi no 'pride' (Ini adalah maruah saya)."
bila Saeko tanya Yamato apa kena dengan Aki, Yamato cakap tak tahu, tapi Yamato yakin, Blue Scorpions akan menang kali ni...
Halu dah masuk balik 'game'...Halu kena 'block' lagi, dan dia nampak Tomo-kun panggil dia kat belakang...di tengah2 dua orang players yg block dia tu, Halu nampak Aki turun ke grandstand...Aki dengan spontan tutup mata dia bila nampak Halu kena 'sepit', tapi lepas tu dia teringat kata2 Halu, "Kalau boleh, awak jangan alihkan pandangan awak. Macam tu, saya akan jadi lebih berani." Aki akhirnya bukak mata...Halu senyum bila nampak Aki tengah pandang dia...dengan bersemangatnya dia tembusi pertahanan 2 orang players tu dan jaringkan gol kemenangan...coach Hyoudo pun nampak lega...
bila Halu 'tembak' Aki, Aki tersengih dan tunjukkan something kepada Halu...atas tapak tangan Aki ada gigi Halu yg tercabut tu...Halu macam rasa awkward, Aki pulak terus tersenyum happy... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by renee88 at 26-2-2005 07:37 PM:
cerite pride ni berapa episode...?? mana nak dapat full synopsis cerita ni....?
11 episod semuanya...
aku ingat lagi first time aku tengok episod hari ni (Period 3), aku menangis buat pertama kali tengok PRIDE...sebab terharu sangat dengan friendship dalam citer ni...:bgrin:
HALU! :pompom: HALU! :pompom: HALU! HALU! HALU! :pompom::pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
alaaaa...miss lagik!
baca komen korang cam best jek citer nih...
eh kalu beli vcd dia kat kedai..gambar dia cantik ke tak?
clear or blur?
subtitle lak ok ke tak?
kalu subtitle cam gampang mau aku mkn vcd tuh...ekekekek |
|
|
|
|
|
|
|
thanks whitedove sebab summarized previous episode...missla smalam....thanks again! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Guantanamera at 27-2-2005 07:16 PM:
alaaaa...miss lagik!
baca komen korang cam best jek citer nih...
eh kalu beli vcd dia kat kedai..gambar dia cantik ke tak?
clear or blur?
subtitle lak ok ke tak?
kalu subtitle cam gampang mau ...
gambar ok, clear. Subtitle?....... bolehlah faham. |
|
|
|
|
|
|
|
Drama Pride ni bukan aje pasal percintaan, tapi semangat persahabatan yg ditunjukkan olih Halu pada teman2 dia. Nampak aje dia cool, mcm tak ambil pusing, tapi sebenarnya dia banyak tolong kawan2 dia.
Aku paling suka bila Aki kata ....Maybe... kat Halu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kimmy thanks for answering my question.. |
|
|
|
|
|
|
|
halu : MAYBE....
aki : MAYBE..
halu : apa tiru cakap aku..
lol:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Kimmy at 26-2-2005 09:23 PM:
kalau pak we aku bagi gigi dia yg patah macam Halu bagi kat Aki, aku buang dlm tong sampah.:lol Geli!! wei....... .tapi kalau Halu yg bagi kat aku, aku simpan camne Aki simpan.
Bersemangat Ha ...
:lol :lol tapi kimmy idea nie ok gak... slalu kalo org cabut gigi dia tak simpan gigi dia kan.... rugi jerr... kalo hadiahkan kat org.... kiranya tak lerr terbuang sgt gigi tu.... :lol :lol |
|
|
|
|
|
|
|
maybe.... ^_^
"jangan alihkan pandangan mata awak..kerana itu yg membuatkan saya jadi berani...":love::love:
nape lar ayat2 Halu tuu best giler....
cair die buatnya...
camne la kalu jadi Aki... sasau arr.... |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak dah jatuh cinta.......ngan HALU......nampaknya kena lupakan JUN............. |
|
|
|
|
|
|
| |
|