|
bila ia mula berbicara
takkan mungkin ada penyudahnya
detik demi detik
ia tetap bersuara
tapi adakah benar suara itu berkata
hanya mungkin khayalan kusaja
ku tidak mahu
ia sekadar khayalanku
biarlah ia menjadi nyata
agar ku rasa bahagia
adakah benar itu ia
semoga benar itu ia...
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by azz_azza at 8-1-2008 08:14 PM
bila ia mula berbicara
takkan mungkin ada penyudahnya
detik demi detik
ia tetap bersuara
tapi adakah benar suara itu berkata
hanya mungkin khayalan kusaja
ku tidak mahu
ia sekadar khay ...
Ketika kau terjaga
dan suria menyapa
dan rembulan bertanya
bagaimana khabar cinta
jangan kau terpana
menghela nafas yang sakit
dan menghunus belati asmara
kelak kau sedar
sebuah cahaya cinta hadir
bukalah pintu hatimu
helakan nafasmu
dengan kebahagian yang tak terduga |
|
|
|
|
|
|
|
Berikan aku dua bilah pedang Parsi,
Matahari timur dan bulan barat,
Biar ku ukir puisi terindah,
Rahsia nyata alam semesta. |
|
|
|
|
|
|
|
Matahari malam,
Datang dan pergi,
Tiada sedar barang seorang,
Kurnia hidup seribu hidupan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Agul at 8-1-2008 11:29 PM
Matahari malam,
Datang dan pergi,
Tiada sedar barang seorang,
Kurnia hidup seribu hidupan.
Bintang siang
bertaburan di hati
tiada siapa endah
kerdipannya menjamah hidup nan anggun |
|
|
|
|
|
|
|
Ribuan bintang,
Kerdip di hati,
Emas terang,
Menyinar alam,
Tak kan dapat,
Capai dan genggam
Tinggal disimpan,
Bayang di air. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Agul at 8-1-2008 11:39 PM
Ribuan bintang,
Kerdip di hati,
Emas terang,
Menyinar alam,
Tak kan dapat,
Capai dan genggam
Tinggal disimpan,
Bayang di air.
Kilauan bintang
terangi jiwa
lulur emas
keldipan hati
Gapai dan genggam
sedalam rasa
seutuh jiwa
usah khuatir
bayang air itu |
|
|
|
|
|
|
|
jin wan wo hui meng xiang ni
zhi you ni yi ge ren zai wo xin zhong
bu kanjian ni yi tian ,ru guo san qiu tian
wo hao xiang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #732 CEO@admin's post
|
|
|
|
|
|
|
Kisah padang pasir
Pelombong gigih,
Bersenjatakan tukul bersadur berlian,
Ke sana-sini mencari permata,
Khemah ditinggal,
Roti dan air,
Buat bekalan.
Penunggang kuda,
Berpedang kembar,
Berkuda putih,
Hujan dan panas,
Tiada hirau,
Hilang kelompok,
Sesat di gurun,
Lapar dan haus,
Kerana nasib,
Binaan kuno,
dapat dijumpa.
Penyair muda merindu bintang,
Hati sayu mangarang rasa,
Kulit kayu,
Jadi ukiran,
Bintang di langit,
Tiada hujan,
Sanggupkah dia,
Merentas gurun? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Agul at 9-1-2008 12:03 AM
Kisah padang pasir
Pelombong gigih,
Bersenjatakan tukul bersadur berlian,
Ke sana-sini mencari permata,
Khemah ditinggal,
Roti dan air,
Buat bekalan.
Penunggang kuda,
Berpedang kembar,
Berkuda putih,
Hujan dan panas,
Tiada hirau,
Hilang kelompok,
Sesat di gurun,
Lapar dan haus,
Kerana nasib,
Binaan kuno,
dapat dijumpa.
Penyair muda merindu bintang,
Hati sayu mangarang rasa,
Kulit kayu,
Jadi ukiran,
Bintang di langit,
Tiada hujan,
Sanggupkah dia,
Merentas gurun?.
Siapakah dapat mengungkap
tabir pelombong gigih
resah, perit dan getirnya
bercerita tentang keluh
kalau bukan dari rasa seorang penyair
Siapakah yang bisa luluhkan rasa
penunggang berkuda
tentang azab dahaga dan lapar
terpana dalam amarah mentari
pada desiran pinggir nasib
kalau bukan dari deria rasa sang penyair
Sang penyair bisa bercerita
sedu sedan dunia
yang sering menangis perit
Sang penyair
bisa mengungkap
cinta yang tersurat
maha dalam yang tak terungkap |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by CEO@admin at 9-1-2008 12:21 AM
Gadis Pereka Fesyen,
engkau ibarat sebuah syair yang lahir
dari seorang penyair budiman dan berhati suci.
Begitu indah, untuk di dendangkan
Sehingga apabila seorang penyanyi tanahair
melagukan namumu
niscaya ia dapat menidurkan unggas malam
Sungguh tiada kata lain selain keindahan yang ada pada dirimu
Tiada nafas yang akan ku hembuskan,
kecuali untuk memanggil namamu,
melagukan keindahanmu.
Tiada , jejak yang kan kutinggalkan kecuali
hanya untuk menari-narikan iramamu, mengikuti pesona dirimu
Dan tiada malam kan kuhabiskan,
kecuali hanya untuk bersamamu |
|
|
|
|
|
|
|
Indahnya malam ini Sukar diungkapkan Payah dilupakan
Ku tersenyum untuk satu ketika yang panjang Mendengar lagu itu Lagu dari suaramu
Sejenak terpaku Bukan kerana suaramu Demi kesanggupanmu
Senyumku bangkit semula, Dikala memori memintas, Indah pagi ini
[ Last edited by oli_nick at 9-1-2008 02:26 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by protonpersona at 10-1-2008 02:33 AM
indahnya dunia
seindah senyuman wanita
namun lebih indah
bila senyuman itu
milik wanita solehah..
di manakah
perginya senyuman itu..
semakin hari
tiada lagi
kuntuman senyuman yang teru ...
Senyum seorang wanita
lebih manis dari secangkir kopi panas pada dingin malam
mekar melilit diri penuh berwawasan
anak-anak bangkit penuh girang
celahan bibir wanita itu adalah redup
memayungi anak kecil
senyum wanita
adalah kegelisahan dalam antalogi rindu
resahkan mimpi-mimpi
sang lelaki |
|
|
|
|
|
|
|
My object of affection
This is the best so far
My undying love for you is not fading
Makes me ever effervesced nonetheless
You made my day again
My gratitude to you
Those murmurs are like my lullabies
Never fails to amuse me
You are my favourite pastime
Like the air
I inhaled you with my every drawn breath
Without any remorse
I am on cloud nine
And shall not return to reality
When you utter
A portrait of me makes your day
-not a single doubt-
|
|
|
|
|
|
|
|
malam yang dingin ni..ku coretkan tuk tatapan semua... .
entah ape slap n salh ku... setiap kali aku bercinta... pasti akan bertemu garis akhir... yang tidak menjanji kan aku kebhgiaan...
aku telah cuba menjadi sang kekasih yang setia... yang pegang pada janji... namun akhirnya kecewa gak... .
aku dipermainkan... soal hati dijadikan isu dalm hal pertelagahn...
sedangkan janji n sumpah telah dituturkan dari mulut insan yang aku sayang...
tapi..mengapa ini berlaku jua... apakah tidak cukup kesetiaan aku selama ini??apakah tidak cukup kasih sayang yang aku cuba ungkapkan??
ya..aku sedar..aku hanya insan biasa..yang tidak mampu melawan takdir... yang hanya mampu berserah dan berdoa...
tapi..mengapa insan itu sanggup menodai kesetiaan dan kejujuran yang aku berikan selamani...
perlukah aku menyepi tanpa teman?perlukah aku kesorangan mencari cinta?
aku tidak pasti dengan hati lelaki kini... yang tidak pernah memberi peluang untuk seorang perempuan mencintai dia dengan kesetiaan dan kejujuran... mereka hanya tahu menabur janji...
tapi mereka tidak pernah mengetahui..bila seorang perempuan itu telah memberi separuh kasih sayang dan kepercayaan kepada mereka... maka perempuan itu telah yakin bahawa lelaki itu adalah milik dia suatu hari nanti...
itu lah diriku... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #747 seroja23's post
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|