CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42

[Copy link]
Post time 20-5-2022 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 20-5-2022 06:27 AM
saya suka guna tefal

Tak sempat rasmi periuk baharu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2022 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
.          .

.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 11:15 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2022 11:45 AM | Show all posts

yang tak nak bertolak ansur pun ada. dah bagi signal nak tukar lorong, ignore je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2022 11:46 AM | Show all posts
seribulan replied at 20-5-2022 08:05 AM
Tak sempat rasmi periuk baharu

samalah. periuk goshop pun tak pakai lagi ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2022 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 21-5-2022 10:45 AM
yang tak nak bertolak ansur pun ada. dah bagi signal nak tukar lorong, ignore je

Good for you makin saiko driver Msia ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2022 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 21-5-2022 10:46 AM
samalah. periuk goshop pun tak pakai lagi ni.

Buat hiasan je kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2022 12:22 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2022 02:14 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 21-5-2022 01:15 PM

l

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2022 07:37 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 22-5-2022 02:04 PM



Kenyataan Media KPK 21 Mei 2022 – Wabak Monkeypox Di Beberapa Negara Benua Eropah, Amerika Syarikat, Kanada Dan AustraliaBY DG OF HEALTH ON MAY 21, 2022

WABAK MONKEYPOX DI BEBERAPA NEGARA BENUA EROPAH, AMERIKA SYARIKAT, KANADA DAN AUSTRALIA
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada berita penularan wabak monkeypox di tiga (3) benua iaitu Benua Eropah (United Kingdom, Sepanyol, Portugal, Belgium, Peranchis, Itali dan Jerman), Benua Amerika (Amerika Syarikat dan Kanada) dan Australia. Sehingga 20 Mei 2022, lebih 100 kes telah dilaporkan dijangkiti virus monkeypox, sama ada kes disahkan mahupun yang disyaki. Kebanyakan kes yang dijangkiti ini tidak melaporkan sejarah perjalanan ke negara yang diketahui endemik penyakit ini. Laporan awal mengatakan sebahagian kes yang mengalami jangkitan monkeypox ini mendapat jangkitan melalui kontak langsung dengan individu lain (pesakit monkeypox).

Monkeypox disebabkan oleh jangkitan orthopoxviruses. Virus ini ditularkan kepada manusia melalui gigitan atau sentuhan langsung dengan darah binatang atau cecair badan dan luka haiwan yang dijangkiti. Virus ini juga boleh disebarkan melalui titisan sekresi pernafasan. Virus monkeypox ini juga boleh menular melalui kontak langsung dengan cecair daripada ruam makulopapular di badan orang yang dijangkiti atau dengan objek yang tercemar virus, seperti tempat tidur atau pakaian. Tempoh inkubasi biasanya antara 6 hingga 21 hari. Pesakit akan mengalami gejala selama dua (2) hingga empat (4) minggu.

Tanda-tanda jangkitan mirip cacar (smallpox), iaitu demam, keletihan, sakit kepala serta ruam makulopapular yang bermula di muka kemudian menyebar ke tapak tangan dan tapak kaki, diikuti oleh bahagian-bahagian tubuh yang lain. Pesakit juga mungkin mengalami lenguh tubuh badan, sakit bahagian belakang badan atau sendi, kejang otot dan pembengkakan kelenjar limfa. Kanak-kanak dan individu yang mempunyai tahap immuniti yang rendah (immune deficiency) mempunyai risiko dengan gejala lebih serius dan boleh menyebabkan kematian. Kadar kematian di negara-negara endemik monkeypox dianggarkan sebanyak 3-6%.

Penyakit ini telah dilaporkan di kawasan hutan hujan tropika di Afrika Tengah dan Afrika Barat sejak tahun 2005. Negara-negara yang terdapat di kawasan ini adalah Republik Demokratik Congo, Republik Congo, Cameroon, Republik Afrika Tengah, Nigeria, Ivory Coast, Liberia, Sierra Leone, Gabon dan Sudan Selatan. Monkeypox dianggap endemik di Republik Demokratik Congo (DRC), dengan lebih daripada 1,000 kes disyaki setiap tahun. Nigeria telah melaporkan wabak monkeypox yang besar pada tahun 2017 hingga 2018.

Kemungkinan transmisi jangkitan dari manusia ke manusia adalah terhad. Oleh itu, risiko virus ini tersebar ke Malaysia adalah rendah, kecuali sekiranya terdapat sejarah bersentuhan dengan haiwan yang dijangkiti ataupun kontak langsung dengan pesakit yang dijangkiti monkeypox. KKM telah menyediakan Soalan Lazim (Frequently Ask Questions – FAQ) mengenai jangkitan monkeypox bagi menjelaskan lagi mengenai penyakit ini. FAQ ini boleh dimuat turun dari laman Facebook CPRC Kebangsaan di

KKM akan terus memantau perkembangan situasi monkeypox ini melalui laporan yang dikeluarkan oleh pihak WHO dan melakukan pemantauan kes disyaki monkeypox di Malaysia di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA). KKM ingin menasihati pengembara ke kawasan-kawasan yang terdapat kejadian monkeypox di Afrika Tengah dan Afrika Barat dan juga negara-negara yang sedang mengalami wabak penyakit ini untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti berikut:

i.       Mengekalkan kebersihan diri yang tinggi, termasuk mencuci tangan dengan kerap selepas pergi ke tandas atau apabila tangan kotor
ii.      Mengelakkan daripada sentuhan langsung dengan luka pada mereka yang dijangkiti, sama ada manusia mahupun haiwan, serta objek yang mungkin tercemar dengan cecair tubuh kes, seperti pakaian yang kotor yang digunakan oleh orang yang dijangkiti; dan
iii.      Mengelakkan daripada bersentuhan dengan haiwan liar atau memakan dagingnya.
Pengembara  yang tiba di Malaysia dari kawasan yang terdapat jangkitan monkeypox dan mengalami gejala penyakit ini dalam tempoh 3 minggu selepas meninggalkan kawasan tersebut dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran. Maklumkan kepada doktor mengenai sejarah perjalanan tersebut. Elakkan daripada kontak langsung dengan individu lain dan lakukan pengasingan diri selama sekurang-kurangnya 21 hari bagi memastikan ruam makulopapular kering sepenuhnya.

Pada masa ini, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) mempunyai kapasiti untuk menjalankan ujian pengesanan virus penyebab monkeypox dalam kalangan manusia. Manakala Makmal Kesihatan Awam Veterinar serta makmal Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) juga mempunyai kemampuan makmal untuk menjalankan pengujian mengesan orthopoxviruses dalam kalangan haiwan. KKM sentiasa bekerjasama rapat dengan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan PERHILITAN utk memantau kejadian monkeypox dalam kalangan haiwan liar, termasuk yang diimport dari Afrika dan Benua Eropah.

KKM menyeru orang ramai untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala jangkitan monkeypox agar tindakan pengasingan dapat segera dilakukan serta pengesanan dan kuarantin kontak dapat dilaksanakan bagi mengekang penularan jangkitan. Semoga tindakan awal semua pihak dapat mengelakkan kemasukan virus monkeypox ke dalam Malaysia. KKM akan memaklumkan situasi jangkitan monkeypox dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
21 Mei 2022 @ 6:30 petang




;








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2022 05:45 PM | Show all posts
seribulan replied at 21-5-2022 12:20 PM
Good for you  makin saiko driver Msia ni

malas nak cari pasal. nak overtake, iols kasi je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2022 05:46 PM | Show all posts

ada dalam kotak lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 22-5-2022 04:45 PM
malas nak cari pasal. nak overtake, iols kasi je.

Tahu xpe...byk je penyakit2 muncul ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 22-5-2022 04:46 PM
ada dalam kotak lagi.

Same here bz di lapangan...

Tadi lunch Seoul Garden

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 12:04 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 23-5-2022 11:32 AM




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 11:04 AM | Show all posts
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI 20/2022 (15 MEI – 21 MEI 2022)
STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara kesuluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 9.0% pada minggu epidemiologi (ME) ke-20 tahun 2022 (ME 20/2022) berbanding ME 19/2022 (Rajah 1);

Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi  setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 50.0% (Rajah 2);
  • Jumlah pesakit kategori 1 dan 2 menurun sebanyak 50.0%; manakala
  • Jumlah pesakit kategori 3, 4, dan 5 menurun sebanyak 50.0%.

Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 menurun berbanding ME-19 (Rajah 3):
  • Penggunaan katil bukan kritikal tiada perubahan;
  • Penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 33.0%; dan
  • Penggunaan katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) tiada perubahan.

Jumlah kes memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) menurun sebanyak 45.0% (Rajah 4):

PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara juga menunjukkan penurunan.
Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 19/2022 dan ME 20/2022 (Rajah 5):
  • Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 5.2%;
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 26.6%; dan
  • Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC atau hospital menurun sebanyak 18.7%.

Untuk trend kes aktif COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), pada ME 20/2022 telah menunjukkan penurunan kes seperti di Rajah 6:
  • Trend kes aktif COVID-19 di bawah pemantauan CAC Maya pada ME 19/2022 turun sebanyak 29.9% (dari 35,167 kes kepada 24,647 kes) berbanding ME 19/2022.

STATUS TERKINI KES COVID-19
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 21 Mei 2022 (ME 20/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
  • Kumulatif kes baharu: 4,489,503 kes (kes aktif: 28,085 kes);
  • Kumulatif kes sembuh: 4,425,777 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 35,641 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,011 kluster (kluster aktif: 34 kluster).
Perbandingan antara ME 19/2022 dan ME 20/2022 (Rajah 7):
  • Bilangan kes sembuh pada ME 20/2022 meningkat sebanyak 21.1% (12,618 kes kepada 15,278 kes) berbanding ME 19/2022;
  • Bilangan kes baharu pada ME 20/2022 menurun sebanyak28.8% (19,137 kes kepada 13,630 kes) berbanding ME 19/2022 (Rajah 8);
    • Bilangan kes tempatan menurunsebanyak28.8% (19,108 kes kepada 13,615 kes); dan
    • Bilangan kes import menurunsebanyak 48.3% (29 kes kepada 15 kes).
  • Bilangan kes kematian pada ME 20/2022 menunjukkan penurunan kepada 12.1 %(33 kes kepada 29 kes) berbanding ME 19/2022; dan
  • Bilangan kes aktif pada ME 20/2022 meningkat sebanyak 17.5% (177,973 kes kepada 209,138 kes) berbanding ME 19/2022 (Rajah 9).



NILAI RT
Sejajar dengan peningkatan kes harian pada ME 19/2022, purata nilai RT juga menunjukkan penurunan sebanyak 3.1% pada ME 20/2022 berbanding ME 19/2022 (Rajah 10).

SURVELAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 20/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
  • Kadar positif sampel Influenza-Like Illness (ILI) bagi COVID-19 menurun sebanyak 37.3%, iaitu 7.5% pada ME 19/2022 kepada 4.7% pada ME 20/2022 (Rajah 11); dan
  • Kadar positif sampel Severe Acute Respiratory Infection (SARI) bagi COVID-19 pada ME 20/2022 adalah 1.64% (Rajah 12).


NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Bermula pada 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik. Perubahan fasa ini dapat dicapai susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam termasuk program vaksinasi COVID-19 dalam menguruskan penularan jangkitan COVID-19 dalam negara.
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
23 Mei 2022 @ 10.00 pagi





FOLLOW ME ON TWITTER @DGHISHAM




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 05:46 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 24-5-2022 12:12 PM




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 01:09 PM | Show all posts

Kenyataan Akhbar KPK 24 Mei 2022 – Situasi Semasa Kejadian Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Malaysia (ME 20 2022)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON MAY 24, 2022
SITUASI SEMASA KEJADIAN PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) DI MALAYSIA
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan mengenai situasi terkini penyakit tangan, kaki dan mulut atau “Hand, Foot And Mouth Disease” (HFMD) di Malaysia.
Bagi tahun 2022, sehingga hari terakhir minggu epidemiologi  (ME) 20/2022 (pada 21 Mei 2022), sejumlah 47,209 kes HFMD telah dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 20 kali ganda berbanding pada tahun 2021 sehingga ME yang sama, iaitu hanya mencatatkan 2,237 kes. Manakala kes dilaporkan bagi ME 20/2022 adalah 15,548 kes berbanding ME 19/2022 iaitu hanya 7,526 kes di seluruh negara, di mana peningkatan sebanyak 106.6% (Rajah 1). Peningkatan kes pada ME 20 telah dijangkakan berikutan pergerakan penduduk Malaysia semasa sambutan hari raya.

Pada tahun 2022, sehingga 21 Mei 2022, Negeri Selangor menyumbang jumlah kes terbesar berbanding negeri-negeri lain iaitu 13,640 kes (28.9%). Ia diikuti oleh WP Kuala Lumpur & Putrajaya 6,206 kes (13.1%), Perak 4,099 kes (8.7%), Kelantan 3,726 kes (7.9%) dan Sabah 3,352 kes (7.1%) sementara negeri-negeri lain sekitar atau kurang daripada 2,500 kes.

Kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah iaitu sebanyak 43,736 kes (93%), diikuti oleh kumpulan umur 7 hingga 12 tahun iaitu 2,765 kes (6%). Manakala selebihnya berumur lebih 12 tahun iaitu 696 kes (1%).
Berdasarkan survelan jenis virus (enterovirus) di Malaysia, tiga (3) virus utama yang menyebabkan penularan penyakit HFMD dalam komuniti pada tahun 2022, adalah Coxsackie A16 (CA16), Coksackie A6 (CA6) dan Enterovirus 71 (EV71). Pada tahun 2022, sehingga kini, terdapat dua (2) kes HFMD positif EV71 yang dimasukkan ke ICU kerana mengalami komplikasi radang otak (encephalitis). Kedua-dua kes tersebut adalah kanak-kanak berumur bawah 6 tahun.
Sehingga kini, sebanyak 1,168 wabak dilaporkan di Malaysia di mana tiga (3) negeri tertinggi mencatatkan kejadian wabak ialah WPKL & Putrajaya iaitu 413 wabak (35.4%), diikuti Selangor 143 wabak (12.2%) dan Perak 130 wabak (11.1%). Majoriti lokasi penularan wabak berlaku di taska, tadika dan pra-sekolah iaitu 711 wabak (61%) diikuti oleh rumah persendirian dengan 407 wabak (35%), dan juga pusat jagaan kanak-kanak sebanyak 42 wabak (3%). Wabak dikira apabila terdapat dua (2) atau lebih kes dalam satu lokaliti dan kes
mempunyai kaitan epidemiologi serta berlaku dalam tempoh inkubasi penyakit HFMD.
Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah telah menjalankan sesi libaturus dengan agensi yang menyelia pengurusan taska, tadika dan pra-sekolah, selain mengeluarkan surat alert. Sesi tersebut telah diadakan sejak minggu epid 17/2022 berikutan peningkatan kes HFMD di kebanyakan negeri. Sesi dibuat dalam bentuk sesi townhall, webinar, taklimat dan tunjuk cara terutama berkaitan proses disinfeksi.
Semasa sesi libaturus ini juga, penekanan diberikan kepada:
  • Saringan di pintu-pintu masuk taska, tadika dan pra-sekolah (gate-keeping) bagi memastikan tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum kanak-kanak dibenarkan memasuki premis.
  • Amalan mencuci tangan menggunakan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin, dan selepas menyentuh / merawat lepuh dan semasa mencuci najis kanak-kanak tersebut. Pengusaha taska, tadika dan pra-sekolah dinasihatkan agar menyediakan tempat mencuci tangan yag bersesuaian.
  • Membersihkan dan melakukan basmikuman alat permainan anak serta lantai rumah terutama tandas menggunakan larutan chlorine based.
  • Pengurusan lampin pakai-buang yang betul dengan membuangnya ke tong sampah bertutup.
  • Menggunakan peralatan makan dan minum yang berasingan dan tidak berkongsi barangan dengan anak-anak yang lain.
Pihak KKM sentiasa memantau kejadian penyakit HFMD di seluruh negara dan mengambil tindakan kawalan dan pencegahan bersama-sama Kementerian dan agensi lain, termasuk:
i)      menyediakan teks hebahan dan diberikan kepada pihak pengurusan masjid dan pasaraya untuk dibuatkan hebahan kepada pengunjungnya;
ii)     menjalankan hebahan berkala melalui kenyataan akhbar dan pengumuman kepada orang ramai yang tinggal di kawasan-kawasan perumahan khususnya yang mempunyai taburan kes sporadik yang tinggi agar mengambil langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang sewajarnya; dan
Bagi tahun 2022, sehingga 21 Mei 2022, tindakan kawalan dan langkah pencegahan bagi penyakit HFMD yang telah dilaksanakan di seluruh Malaysia adalah seperti berikut:
BilAktivitiBilangan
1Bilangan premis diperiksa5,124
2Bilangan premis ditunjukajar dan dipantau pelaksanaan disinfeksi3,157
3Penutupan premis (secara sukarela)41
4Penutupan premis (di bawah peruntukan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988)138
5Pembukaan premis108
6Persampelan354
7Pendidikan kesihatan20,366
Orang ramai terutama ibu bapa yang mempunyai anak kecil dinasihatkan agar tidak membawa anak ke tempat-tempat yang berisiko berlaku penularan jangkitan HFMD seperti taman permainan awam. Orang ramai juga dinasihatkan agar melaporkan kejadian kes HFMD yang berlaku di taska, tadika dan sekolah kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan kawalan.  
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
24 Mei 2022 @10:00 pagi

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2022 07:11 PM | Show all posts
seribulan replied at 22-5-2022 05:53 PM
Tahu xpe...byk je penyakit2 muncul ni

salah satunya virus monkey pox
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2022 07:12 PM | Show all posts
seribulan replied at 22-5-2022 05:54 PM
Same here  bz di lapangan...

Tadi lunch Seoul Garden

terngok jagung tu,lama tak makan jagung pasar malam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 02:52 AM GMT+8 , Processed in 5.597897 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list