CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: LET'S CHIT CHAT

 Close [Copy link]
Post time 18-11-2024 10:50 AM | Show all posts
Freedom is the oxygen of the soul. Moshe Dayan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2024 10:50 AM | Show all posts
Freedom lies in being bold. Robert Frost


Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 10:50 AM | Show all posts
in the truest sense, freedom cannot be bestowed; it must be achieved. Franklin D. Roosevelt

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 10:50 AM | Show all posts
The day you stop racing, is the day you win the race. Bob Marley

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 10:50 AM | Show all posts
My vision of freedom is to be yourself. Osho
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 10:51 AM | Show all posts
There are more than 1,000 types of bananas growing in the world.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2024 10:51 AM | Show all posts

The letter 'E' is the most popular letter in the alphabet
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 10:51 AM | Show all posts
'Z' is the least popular.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2024 10:51 AM | Show all posts
Hazelnuts are the official state nut of Oregon, USA.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 10:51 AM | Show all posts
The Beatles' song 'A Day in the Life’ has a frequency only dogs can hear.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 10:57 AM | Show all posts
‘Biar orang buat kita.. Sabar’ – Aida Aris akhirnya bersuara


Aida mengambil pendekatan berdiam diri daripada memberikan maklum balas terhadap dakwaan bekas adik iparnya.




PETALING JAYA – Didakwa liat melunaskan hutang melebihi RM200,000, pelakon Aida Aris mengambil pendekatan berdiam diri daripada memberikan maklum balas terhadap dakwaan bekas adik iparnya.
Aida atau nama sebenarnya Siti Rohaida Mat Aris, 52, berkata, tindakan sedemikian diambil bukan disebabkan takut, sebaliknya mengikut nasihat ibu agar bersabar apabila menghadapi dugaan.
“Aku diam bukan takut. Aku diam sebab mak pernah pesan ‘biarlah orang buat kita.. sabar,” katanya dalam perkongsian di laman sosial.
Begitupun, pelakon asal Singapura yang sudah tiga dekad berada dalam arena seni itu meminta kepastian daripada pengikutnya mengenai keputusan dibuat.
Dia bertanya perlukah dirinya tampil selepas menjadi sebutan dalam media sosial susulan pendedahan dibuat bekas adik ipar di sebuah program televisyen dan Instagram.
“Patut ke aku tampil?” ujarnya ringkas.
Menerusi hantaran lain, Aida menzahirkan terima kasih terhadap mereka yang memberikan sokongan ketika dia berdepan dugaan tersebut.
Bahkan, dia juga bersyukur dan mengakui doa seorang ibu itu memang ada walaupun individu tersebut sudah lama meninggal dunia.
“Terima kasih semua. Doa mak tak pernah putus walaupun mak dah tak ada. Al-Fatihah buat mak dan abah,” tulisnya.
Terdahulu, individu dikenali sebagai Ziela Rashid membuat pendedahan mendakwa Aida enggan melunaskan hutang sebanyak RM208,000 yang tertunggak sejak empat tahun lalu.
Wanita itu sebelum ini mengakui tidak menyangka pelakon yang telah diisytiharkan muflis itu sanggup melarikan diri dan enggan membayar hutang yang melibatkan dirinya serta suami.- KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/11/18/biar-orang-buat-kita-sabar-aida-aris-akhirnya-bersuara/







Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 10:57 AM | Show all posts
lainnya muka?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 10:59 AM | Show all posts
Dua maut, Nissan Grand Livina terlanggar lopak




Keadaan kenderaan jenis Nissan Grand Livina yang terlibat dalam kemalangan maut meragut dua nyawa di KM 45, Jalan Kuantan-Kuala Terengganu berhampiran Merchang, Marang semalam.


MARANG – Gara-gara terlanggar lopak air, dua jurujual maut manakala dua lagi rakan sekerja cedera parah setelah kenderaan pelbagai jenis (MPV), Nissan Grand Livina dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 45, Jalan Kuantan-Kuala Terengganu berhampiran Merchang di sini semalam.
Kemalangan pada pukul 4.35 petang itu mengorbankan Ahmad Farid Izwan Mohd., 24, dan Muhammad Amir Ikmal Hashim, 20, yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.
Dua lagi mangsa iaitu Muhammad Shafiq Aizad Yusaini, 26, yang memandu kenderaan itu pula cedera parah pada bahagian kepala, manakala Muhammad Razlan Rashidi Abd Razak, 19, pula cedera lengannya.
Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd. Sofian Redzuan berkata, sewaktu kejadian, keempat-empat mangsa yang menaiki kenderaan syarikat dikatakan dalam perjalanan pulang ke pejabat mereka di Kuala Terengganu dari Kemaman.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan Nissan Grand Livina dinaiki mereka dikatakan terlanggar lopak air menyebabkan ia hilang kawalan.
“Kenderaan itu kemudiannya terbabas lalu merempuh sebatang pokok di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Mohd. Sofian berkata, pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan Ahmad Farid Izwan dan Muhammad Amir berada di tempat duduk penumpang belakang telah meninggal dunia.
Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun dekat sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/11/18/dua-maut-nissan-grand-livina-terlanggar-lopak/





Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:00 AM | Show all posts
Dua maut, Nissan Grand Livina terlanggar lopak




Keadaan kenderaan jenis Nissan Grand Livina yang terlibat dalam kemalangan maut meragut dua nyawa di KM 45, Jalan Kuantan-Kuala Terengganu berhampiran Merchang, Marang semalam.


MARANG – Gara-gara terlanggar lopak air, dua jurujual maut manakala dua lagi rakan sekerja cedera parah setelah kenderaan pelbagai jenis (MPV), Nissan Grand Livina dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 45, Jalan Kuantan-Kuala Terengganu berhampiran Merchang di sini semalam.
Kemalangan pada pukul 4.35 petang itu mengorbankan Ahmad Farid Izwan Mohd., 24, dan Muhammad Amir Ikmal Hashim, 20, yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.
Dua lagi mangsa iaitu Muhammad Shafiq Aizad Yusaini, 26, yang memandu kenderaan itu pula cedera parah pada bahagian kepala, manakala Muhammad Razlan Rashidi Abd Razak, 19, pula cedera lengannya.
Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd. Sofian Redzuan berkata, sewaktu kejadian, keempat-empat mangsa yang menaiki kenderaan syarikat dikatakan dalam perjalanan pulang ke pejabat mereka di Kuala Terengganu dari Kemaman.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan Nissan Grand Livina dinaiki mereka dikatakan terlanggar lopak air menyebabkan ia hilang kawalan.
“Kenderaan itu kemudiannya terbabas lalu merempuh sebatang pokok di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Mohd. Sofian berkata, pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan Ahmad Farid Izwan dan Muhammad Amir berada di tempat duduk penumpang belakang telah meninggal dunia.
Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun dekat sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/11/18/dua-maut-nissan-grand-livina-terlanggar-lopak/





Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:02 AM | Show all posts
Malaysia – Brazil perkukuh kerjasama meliputi bidang kesihatan, halal


Anwar ketika mengadakan pertemuan bersama Lula di luar Sidang Kemuncak G20.



PETALING JAYA – Malaysia dan Brazil membincangkan langkah-langkah bagi memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk kesihatan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia juga meliputi industri halal, keterjaminan makanan dan pertanian, sains, teknologi dan inovasi, semikonduktor serta alam sekitar dan perubahan iklim.
Selain itu, kedua-dua pihak turut menekankan komitmen untuk memerangi ketidaksetaraan, kelaparan dan kemiskinan serta berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat kedua-dua negara.
“Saya menyatakan penghargaan atas sokongan Brazil kepada Malaysia sebagai negara rakan strategik BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan), dan pelaburan Petronas dan Yinson.
Disamping itu, kami turut membincangkan mengenai pembaharuan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.
Beliau berkata demikian di Facebook rasminya ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva di luar Sidang Kemuncak G20
Dalam masa sama, beliau turut mengundang Lula untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur pada 2025 sebagai Tetamu Pengerusi.
“Malaysia dan Brazil akan meneroka inisiatif terbaik sewaktu Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN, manakala Brazil sebagai Presiden BRICS dan tuan rumah Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP).
“Saya yakin dan percaya hubungan diplomatik kedua-dua negara yang terjalin selama 65 tahun ini akan terus berkembang pesat demi manfaat bersama,” ujarnya – KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2024/11/18/malaysia-brazil-perkukuh-kerjasama-meliputi-bidang-kesihatan-halal/






Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:08 AM | Show all posts
Kalau itu tuntutan kenalah – Bung Moktar


Bung Moktar ketika ditemui selepas prosiding di Mahkamah Rayuan di Putrajaya. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!


PUTRAJAYA – “Kalau itu tuntutan (perintah mahkmah) kenalah…insya-Allah tiada masalah.”
Itu respons Datuk Seri Bung Moktar Radin yang kekal tenang sejurus selepas Mahkamah Rayuan memerintahkan beliau dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad membela diri atas tiga pertuduhan rasuah RM2.8 juta berkaitan pelaburan Felcra Bhd.
Terdahulu keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan mereka pada 7 September 2023 lalu.
Ini bermakna pasangan suami isteri ini sekali lagi perlu ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk membela diri terhadap tiga pertuduhan itu.
Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Noorin Badaruddin.
Panel tiga hakim itu memutuskan demikian selepas selesai meneliti hujahan bertulis dan hujahan lisan daripada kedua-dua belah pihak.

Pada 7 September tahun lalu, Ahli Parlimen Kinabatangan itu dan isterinya dilepas dan dibebaskan daripada tiga pertuduhan itu setelah Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan mereka terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 September 2022 yang memerintahkan pasangan tersebut membela diri.
Pihak pendakwaan kemudian memfailkan rayuan pada 18 September tahun yang sama.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua Bung Moktar, 65, yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra, didakwa pada 3 Mei 2019 menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan agensi berkenaan supaya melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Beliau didakwa menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid melalui Zizie Izette, 47, di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang pada 12 Jun 2015.
Pertuduhan ketiga Bung Moktar didakwa menerima wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah Norhaili Ahmad Mokhtar atas nama Zizie Izette untuk sebab dan tempat sama pada 19 Jun 2015.
Dalam pada itu Zizie Izette turut didakwa bersubahat dengan beliau melakukan perbuatan itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.
Pendakwaan terhadap Bung Moktar dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Sementara Zizie Izette didakwa mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) yang membawa hukuman yang sama. – KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2024/11/18/kalau-itu-tuntutan-kenalah-bung-moktar/#google_vignette





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2024 11:10 AM | Show all posts
Ahli keluarga buat bacaan Yasin di lokasi pencarian Mokthar


AHLI keluarga Mokthar (gambar kecil) hadir di lokasi bagi membuat bacaan Yasin dan mengikuti perkembangan operasi SAR di Sungai Pengkalan, Alor Gajah, Melaka.


ALOR GAJAH – Ahli keluarga Mokthar Othman, 61, pengurus kilang yang dikhuatiri lemas dipercayai tergelincir ketika ingin membuang air di Sungai Pengkalan, Taman Persisiran Sungai dekat sini, semalam membuat bacaan Yasin di lokasi, sejak awal pagi tadi.
Kira-kira 50 ahli keluarga di lihat berada di lokasi sambil menunggu perkembangan pencarian mangsa yang kini memasuki hari kedua.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Tc. Zulkhairani Ramli berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa telah diteruskan sepanjang malam tadi meskipun tidak menjumpai sebarang petunjuk.
Katanya, operasi pada hari ini akan dilakukan secara lebih intensif dengan penambahan jumlah keanggotaan dan pergerakan bantuan khidmat anjing pengesan Unit K9.
Pencarian Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) juga akan lebih jauh dari semalam.
“Untuk makluman, kita tidak menolak kemungkinan orang yang hilang berada di tempat lain. Pencarian di sini adalah berdasarkan beberapa petunjuk fizikal seperti selipar di tebing dan rakaman video daripada kamera papan pemuka mangsa,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Kosmo! semalam melaporkan gara-gara tandas awam berkunci, seorang pengurus kilang berusia 61 tahun dikhuatiri lemas akibat tergelincir dipercayai ketika ingin membuang air di Sungai Pengkalan, awal pagi tadi.
Zulkhairani berkata, panggilan kecemasan diterima daripada ahli keluarga mangsa pada pukul 5.39 pagi memaklumkan warga emas itu telah hilang dan dikhuatiri terkunci di dalam tandas awam di Sungai Pengkalan susulan menemui kenderaannya di lokasi berkenaan.
Mangsa dikatakan ada memberitahu kepada isterinya bahawa dia mengalami sakit perut sebelum keluar seorang diri untuk membeli makanan kira-kira pukul 1.50 pagi.
Dia bagaimanapun gagal dihubungi sehingga pukul 5 pagi menyebabkan ahli keluarganya keluar mencarinya di beberapa kawasan termasuk restoran mamak, hospital dan tandas awam. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/11/18/ahli-keluarga-buat-bacaan-yasin-di-lokasi-pencarian-mokthar/







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:15 AM | Show all posts
Ikan gempa bumi semakin kerap muncul


Ikan dayung ditemui di luar pantai California di Encinitas. - Institusi Oseanografi Scripps



SACRAMENTO, CALIFORNIA – Sejenis ikan digelar ‘ikan gempa bumi’ dilihat di luar pantai California, Amerika Syarikat, yang merupakan kali kedua ia ditemui di negeri itu pada tahun ini, lapor akhbar Metro UK semalam.
Ikan dayung atau ‘oarfish’ itu ditemui oleh seorang pelajar doktor falsafah (PhD) dari Institusi Oseanografi Scripps di Universiti California, selepas ia terdampar di pantai Encinitas minggu lalu.
Pelajar tersebut melaporkan bahawa ikan itu bersaiz antara 2.7 meter hingga 3 meter panjang. Ia lebih kecil daripada ikan dayung sepanjang 3.6 meter yang ditemui di luar pantai San Diego, California pada Ogos lalu.
Ikan berbadan panjang mirip ular itu sering digelar ikan gempa bumi kerana ia dianggap peramal berita buruk, khususnya bencana atau kemusnahan.
Menurut legenda, jika seseorang terlihat ikan dayung, ia adalah petanda amaran bahawa bencana alam seperti gempa bumi akan berlaku.
Misalnya pada tahun 2011, 20 ikan dayung ditemui di pantai Jepun sejurus sebelum gempa bumi dahsyat berukuran 9.0 magnitud melanda.
Justeru, penemuan ikan dayung adalah kejadian luar biasa kerana makhluk itu hidup di zon mesopelagik, kawasan air dalam di mana cahaya tidak dapat menembusi.
Namun, saintis-saintis marin mencadangkan bahawa corak cuaca yang berubah boleh menjadi punca penampakan ikan dayung yang lebih kerap. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2024/11/18/ikan-gempa-bumi-semakin-kerap-muncul/







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:17 AM | Show all posts
Vietnam is the world's second biggest coffee producer.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:17 AM | Show all posts
Brazil creates the most, with Colombia coming in third.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.248795 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list