Assalammualaikum... Selama ni cuus banyak baca kisah2 dan pengalaman dalam forum ni,skrg cuus nak kongsi jugak pengalaman keluarga cuus dan cuus sendiri..harap2 abang kaulat ngan cheff tak marah. Cuus anak bongsu dari 8 beradik ayah ngan mak kawin muda..ayah kakitangan sebuah syarikat yang menguruskan perladangan takpayah laa yee cuus bagi tau syarikat mana dan dari kecik kami memang selalu berpindah randah..dari satu ladang ke ladang..felda ke felda..estet ke estet.. Dan secara jujurnya keluarga kami memang selalu diganggu tetamu tak diundang..nasib baik keluarga kami besar..jadi ketakutan tu kurang sikit..lagi pun macam2 kerenah yang ada...kami 8 beradik 4 lelaki dan 4 perempuan silang bunga kata mak...abang dan kakak no 4 adalah kembar,kembar tak seiras. Cuus nak cite,keluarga kami selalu diganggu,percaya tak kemana saja kami pindah setiap kali ayah ditukarkan mesti akan ada gangguan penampakkan pertama kali berlaku yang cuus ingat masa cuus darjah 6,waktu tu kami duduk dijohor kuaters,rumah tu besar banglo design lama tapi kawasan agak ceruk...maklum laa ayah jaga ladang,rumah satu2..jarak antara rumah pun jauh.. Masa tu abang yang sulong kat university jadi dia tak duduk sekali kak ngah pun kat university masa tu,jadi tinggal laa kami 6 beradik jee...rumah yang kami duduk tu ada 4 bilik...mak ngan ayah dah setkan anak lelaki satu bilik anak perepmpuan satu bilik,ayah baru ditukarkan kat daerah tu. Kejadian pertama berlaku masa 3 hari kami pindah..lepas semua barang dah habis kemas susun,kawasan rumah yang kami duduk tu agak luas dengan laman pokok2 buah ada laa 2-3 batang rambutan,tapi bila hari petang,senja,tak pun mendung nak hujan kawasan tu jadi suram dan kusam,kalau diingatkan balik meremang bulu tengkok...hihihihi Kami adik beradik memang kuat bergurau dari abg lang sampai lah ke saya..yelaa abg lang paling tua bila along ngan kak ngah takde..berlari sana berlari sini..menyakat...nak buat camne kengkawan takde lagi..masa tu kami pindah waktu cuti sekolah... Kejadian pertama yang cuus ingat berlaku waktu maghrib,waktu tu ayah suruh semua ambik air sembahyang sebab nak solat maghrib...bilik air ada 2 kat umah tu...cuus ambik air sembahyang dekat bilik air dapur,tengah2 ambik tiba2 berus gigi jatuh..cuus tengok laa..ambik dan letak balik,lepas tu..ubat gigi pulak jatuh..cuus dah mula rasa tak sedap hati...sebab bukan apa..kalau ikutkan ubat gigi ngan berus gigi tu dalam bekas tergantung mcm mana boleh jatuh..sedangkan bekas tak jatuh..barang2 tu seolah-olah dicampak campak... Masa tu bulu roma semua dah berdiri,yelaa...bilik air tu dah laa guna lampu mentol oren,jadi bertambah kelam bilik air..cepat2 cuus ambik air sembahyang pastu lari ke bilik solat..sampai situ semua dah ada,mak Tanya “kenapa dik?...berlari ni...”,cuus cakap takde apa...abang ngan kakak cuus yang lain semua gelak cakap cuus penakut... Nanti cuus cite lagi,mak cuus Nampak kakak kembar cuus,kat dua tempat berbeza dalam rumah tu.... |