Tapi kenderaan berenjin seperti jip dan motor x leh turun ke lautan pasir. Kuda boleh. Jalan kaki pun boleh. Sapa yang mai dari arah Wonokitri la best sbb mmg x perlu lalu lautan pasir untuk ke Penanjakan 1 / Bukit Cinta / Bukit King Kong...
Author|Post time 20-1-2020 04:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
aryn_mz replied at 20-1-2020 10:08 AM
ooo...ingatkan tutup semua
Nope. Tp kalau nak terlajak p ijen siap2 backup plan ye. 3 hari lepas ada berita gas beracun keluar dari kawah ijen kat local paper. Tourists are adviced not to get too close to blue fire... Sib baik bukan foot free day. Habis semua x leh pi... Hehe
Setelah lama terperam kat rumah di Surabaya kerana pandemic Covid19, Sabtu kemarin saya bertolak ke Air Terjun Tumpak Sewu lagi. Perjalanan kali ini hanya mengambil waktu 3 jam 15 minit untuk sampai di tempat letak kereta Coban Sewu. Dah ada jalan tol dari Surabaya sampai Malang / Pakis. Jadi lebih cepat. Kalau dulu kena habiskan waktu sekitar 4 jam 30 minit baru sampai.
Kalau dulu saya singgah anjung tinjau Desa Pronojiwo, kali ni saya memilih singgah kat anjung tinjau Ampelgading pula. Air terjunnya sama, Air Terjun Tumpak Sewu. Hanya beza sudut pandangnya je.
Kalau dari kota Malang, kita akan tiba di anjung tinjau Coban Sewu dulu. Sedangkan kalau kita datang dari arah kota Lumajang, kita akan sampai di anjung tinjau Tumpak Sewu dulu.
Masing-masing ada kelebihan & kekurangannya...
Coban Sewu, Ampelgading, Malang
1. Kos parking keta Rp 20,000 dan terhad. Jalan masuk ke parking sempit.
2. Tiket Masuk Rp 10,000 (Tempatan)
3. Dari parking ke Viewpoint dekat, tapi lebih mencabar kerana jalan tanah.
4. Kawasan anjung tinjau yang sempit. Anjung tinjau hanya berupa tempat yang terbuat dari buluh. Agak berbahaya jika basah. Kurang selamat kerana pagar hanya terbuat dari buluh yang diikat pada kayu yang ditanam ke dalam tanah. Spot terbaik adalah yang di tepi jurang. Sangat berbahaya apalagi selepas hujan.
5. Turun & naik ke air tejru utama: Menggunakan tangga besi vertikal yang dipasang ke tebing jurang tanpa tali keselamatan.
6. Jarak ke lokasi air terjun utama lebih dekat.
7. Route untuk dijelajah : Panorama - Air Terjun - Coban Bidadari - Tebing Nirvana - Telaga Biru - Panjat Tangga Vertikal - Parking
Viewpoint Tumpak Sewu, Pronojiwo, Lumajang
1. Kos parking keta lupa dan lebih luas. Jalan masuk ke parking juga sempit.
2. Tiket Masuk lupa.
3. Dari parking ke Viewpoint lebih jauh, tapi lebih rileks kerana jalan konkrit dan jalan menurun.
4. Kawasan anjung tinjau yang memadai. Tersedia 2 aras. Anjung tinjaunya merupakan sebuah bangunan. Pagar keselamatan terbuat dari paip besi.
5. Turun naik ke air terjun utama: Tersedia tangga dari buluh dan tangga besi. Ada handrail. Hanya ada 1 bahagian je yang kena turun / naik jeram kecil pakai tali.
6. Jarak ke lokasi air terjun lebih jauh. On the way ke air terjun utama tuh, boleh singgah Coban Bidadari sebab bila patah balik ke Tebing Nirvana, x lalu simpang tu.
7. Route untuk dijelajah : Panorama - Coban Bidadari - Air Terjun - Tebing Nirvana - Telaga Biru - Goa Tetes - Parking.
Untuk mereka yang dari kota Malang yang ingin menjelajah Goa Tetes, boleh suruh driver drop off kat Coban Sewu dan kemudian jemput di Tumpak Sewu.
Ada 2 gua di dalam Goa Tetes. 1 sedalam pinggang orang dewasa & 1 lagi sedalam dada orang dewasa. Sila bawa headlamp kalis air. Jangan guna phone sebagai torch kerana stalagmite and stalactite nampak lebih natural dengan sinar kuning.
1 Telah memuat turun aplikasi PeduliLindungi dari gedung aplikasi App Store / Playstore.
- Akan diperiksa semasa ketibaan & WAJIB untuk semua perjalanan domestik menggunakan kapal terbang, keretapi & kapal. Video cara daftar PeduliLindungi dapat ditonton di Panduan mendaftar PeduliLindungi Indonesia
- Lengkapkan butiran pendaftaran dan muat naik sijil vaksin anda yang ada kod QR melalui laman sesawang Kementerian Kesihatan Indonesia. Proses kemaskini mungkin memakan masa 3 hari kerja atau lebih. Rujuk diagram di halaman berikut.
2 Jika ingin untuk menggunakan SIM KAD Indonesia, boleh terus ke pejabat penjualan telco terdekat. Sila hadir sendiri, bawa passport & handphone yang akan digunakan. Hanya berlaku untuk 90 hari je.
3 Cetak tiket pulang anda.
4 Tidak wajib memiliki insuran tetapi lebih baik membeli insuran perlindungan COVID19 sebagai langkah berjaga-jaga.
5 Membawa bukti konfirmasi & pembayaran hotel 1 malam di kota tujuan. Tidak perlu penginapan yang ber CHSE.
6 Telah lengkap 2 suntikan vaksin > 14 hari pra pelepasan.
Suntikan dos booster / penggalak merupakan syarat wajib untuk melakukan PERJALANAN DALAM INDONESIA, bukan MASUK INDONESIA yang menggunakan pengangkutan darat, laut & udara untuk
1. Ke / dari provinsi lain (Contoh : Jawa Barat ke Jawa Tengah / Jawa Tengah ke Jawa Timur)
2. Ke / dari pulau lain (Contoh: Sumatra ke Jawa, Jawa ke Bali)
Syarat ini tidak berlaku untuk perjalanan dalam daerah aglomerasi (zon) yang sama, contoh JABODETABEK dengan menggunakan keretapi & kereta persendirian.
3 dos : Clear to go. 2 dos : Rapid Test Antigen 1 x 24 jam / RT-PCR 3 x 24 jam sebelum perjalanan. 1 dos : RT-PCR 3 x 24 jam sebelum perjalanan. Penyakit komorbid : RT-PCR 3 x 24 jam sebelum perjalanan & surat doktor. Umur 6 - 17 thn : Min 2 doses tanpa RTA / RT-PCR Umur < 6 thn : Ditemani pendamping yang telah lengkap vaksin (3 dos)
Kalau ke Gunung Bromo jangan lupa singgah Cafe 360 kalau sempat.
Cafe terbaru & teringgi se Jawa Timur ini terletak di lereng Lembah Jemplang berhampiran dengan Pos Jemplang dalam kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru (TNBTS).