CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: monorail

SALAM DARI JERANTUT DAN KUALA LIPIS ( VERSI 9 )

[Copy link]
Post time 10-8-2011 03:36 PM | Show all posts
Reply 739# tangkaijering

hai tangkaijering

idokle komeh..komeh keje kat kontan ni haa..
meco dah penuh, taksempat komeh nak keje kat situ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2011 03:39 PM | Show all posts
assalamu alaikum......
apa khabar orang2 pahang yang cun2 dan ensem2...

selamat berpuasa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2011 06:06 PM | Show all posts
Reply 735# ciklala
balik wehhh...mok ayoh ada lagi...adik beradik..sepupu sepapat sedara mara semua ada lg kt kg tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 06:12 PM | Show all posts
Reply 743# monorail

ingatkan demeh tak balik dah..raye ni demeh balik lepeh ke??
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 06:13 PM | Show all posts
Reply 742# Hang

hai momod hang.
selamat berpose
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2011 06:16 PM | Show all posts
Reply 744# ciklala
dah berpuluh tahun merantau...tak penah tak balik raya....raya pose lah....raya aji adalah 2 3 kali tak balik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-8-2011 06:17 PM | Show all posts
Reply 742# Hang
wa'laikum mussalam ....

tkasih masuk bod phg...selalu nmpk kat utara jer...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 06:46 PM | Show all posts
Reply 742# Hang
wa'alaikumussalam...
selamat berbuke puase
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2011 06:48 PM | Show all posts
Reply 738# tangkaijering
bakpe ngajok ke lepih beramei-ramei? apenye ade kek situ eh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2011 06:52 PM | Show all posts
Reply 749# sepulnuar

banyok sepul......salah satu ialah
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 06:52 PM | Show all posts
Reply 740# ciklala
gitu le kekdahnye. ayam bandor kan udah educated.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 06:56 PM | Show all posts
Reply 750# monorail
ape kebendenye tuh? maap lah, kome ni tak penah jejak kaki ke sane.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2011 07:03 PM | Show all posts
Reply  monorail
ape kebendenye tuh? maap lah, kome ni tak penah jejak kaki ke sane.
sepulnuar Post at 10-8-2011 18:56

satu2 nya batu jalan yang ada angka sifar di Msia ni...tak leh jumpa kat mana2 selain lipis...BTW sepul org mana?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 11:20 PM | Show all posts
Bln pose baru pakat nk balik..xkiralah,Jerantut @ K.Lipis @ Kuantan ..

Waalaikumsalam pd yg beri salam.
sepul
mono
cikLala
Hang
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 07:35 AM | Show all posts
Reply 753# monorail
saye ni orang johor, beloh jb situh. tesesat kat sini sekali-sekale.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 07:37 AM | Show all posts
Reply 754# masarju
mm, bulan pose ni macam takde napsu pon nak balik kampung. malas bebeno je rasenye. mesej orang kampung kat pesbuk aje udoh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2011 03:43 PM | Show all posts
Reply  I-chi-ban
yessssssssssssssssss...aki we dah masuk semula....lama bebeno tak borok...
monorail Post at 9-8-2011 23:51



    sokmo juga jengok sini...ketnye tak OL je...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 03:56 PM | Show all posts
Hebat bazor ramdhan jeghantut..


JERANTUT 10 Ogos – Bazar Ramadan Bandar Baru Jerantut di sini, sememangnya unik dengan pelbagai aneka makanan dan minuman tradisional Melayu Pahang untuk juadah berbuka puasa.

Sebagai Bandar Taman Negara yang kaya dengan khazanah sejarah dan keindahan alam semula jadi selain cara hidup masyarakat Melayu di pesisiran Sungai Tembeling, amalan berbuka puasa tidak akan lengkap jika tidak dihidangkan dengan sajian berasaskan ulam-ulaman dan ikan air tawar.

Ia terbukti apabila usaha Majlis Daerah Jerantut (MDJ) membuka bazar berkenaan untuk memberi peluang kepada pengusaha tempatan mempromosikan makanan berasaskan sumber tempatan termasuk ikan sungai.

Antara makanan tradisional yang boleh diperoleh di bazar Ramadan itu termasuk asam tempoyak, asam rom (isi biji getah yang ditumbuk), rom perah (buah perah dari hutan Taman Negara), umbut bayas (pokok palma hutan) dan ulam-ulaman yang cukup membuka selera.

Begitu juga kuih tradisional masih betah mendominasi pasaran sebagai juadah berbuka puasa seperti campuran gula kabung, daun pandan dan kelapa yang masih mempamerkan ciri tradisional makanan Melayu Pahang.

Bagi penduduk bandar ini dan kawasan berdekatan, jika tidak berkunjung ke Bazar Ramadan Bandar Baru Jerantut, berbuka puasa bagaikan tidak lengkap.

Dalam kalangan peniaga bazar Ramadan pula, bazar Ramadan itu umpama lubuk rezeki untuk menambahkan pendapatan.

Boleh dikatakan apa sahaja juadah yang dijual asalkan berkualiti, bersih dan lazat akan dibeli pelanggan pada hari berikutnya malah ada peniaga bazar berkenaan yang telah dikenali dengan juadah istimewa mereka.

Bazar Ramadan Bandar Jerantut juga menjadi tempat pertembungan antara budaya Melayu Pahang dengan negeri lain apabila peniaga mempamerkan jualan yang mempunyai cita rasa berbeza seperti masin, pedas, masam dan manis yang dikaitkan dengan negeri tertentu.

Biasanya, juadah yang dijual oleh peniaga dari Kelantan yang menetap di sini mempunyai rasa manis dan warna yang menarik.

Begitu juga peniaga yang berasal dari utara yang menetap di tanah rancangan Felda berdekatan, juadahnya agak pedas dan sinonim dengan makanan bercirikan gulai atau kari, asam pedas, acar limau dan pajeri.

Maka tidak hairanlah budaya makanan ala ‘mamak’ atau India Muslim menjadi tarikan pengunjung bazar ini apabila pelbagai jenis murtabak dengan variasi rasa didominasi oleh peniaga Melayu.

Boleh dikatakan setiap kali Ramadan, murtabak mendapat perhatian ramai malah sanggup beratur berjam-jam asalkan memperoleh makanan itu.

Pertembungan budaya dan kepelbagaian juadah makanan merupakan aset bagi bandar ini dalam sektor pelancongan.

Dalam semua jenis makanan yang dijual, peniaga tempatan negeri ini tetap betah dan mempamerkan juadah berasaskan ikan Sungai Tembeling yang kaya dengan kelazatan dan keaslian isinya berbanding kawasan akuakultur tempat lain.

Walaupun mahal, pelanggan sanggup berbelanja antara RM30 hingga RM50 untuk mendapatkan ikan bakar, asam tempoyak, pais tempoyak dan masak lemak ikan salai.

Salah satu sajian ikan sungai yang cukup menyelerakan iaitu masakan ikan lawang salai pedas yang cukup sinonim dengan penduduk Hulu Tembeling, Jerantut.

Pastinya terliur apabila melihat juadah yang disajikan di bazar itu seperti masak asam tempoyak, asam rom, umbut bayas, masak lemak dan asam pedas yang dicampur ikan Sungai Tembeling.

Bagaimanapun, pelanggan yang baru tiba di bandar ini perlu berhati-hati dan bertanya terlebih dahulu harga seketul ikan patin dan kelah kerana harganya boleh mencecah antara RM40 hingga RM80 seketul.

Pendek kata, sajian tradisional Melayu Pahang yang dijual di bazar Ramadan dan restoran bandar Jerantut benar-benar menguji kesabaran dan keimanan pengunjung setiap kali berbelanja.

Jika hanya ada RM20 di dalam kocek, janganlah sesekali cuba singgah di bazar atau restoran yang menjual asam tempoyak dicampur ikan patin dan kelah.

Ini kerana harga makanan itu boleh disamakan seperti mengunjungi restoran di kota London, Paris dan Venice yang boleh menyebabkan ‘poket seluar rabak!’
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 04:01 PM | Show all posts
jauhnye nk p jerantut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2011 04:15 PM | Show all posts
Reply 759# auntie_girl45 min drive jer.....hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.756655 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list