CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
Post time 13-8-2012 10:29 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 13-8-2012 10:06 AM
"Eh, awak tak tahu ke makan maggi masa mengandung rasanya dua kali ganda lebih sedap"

"Oh, ye ke ...

.... huuhuuuuuuu ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2012 10:31 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-8-2012 10:21 AM
“Saya kan dulu duduk bujang. Kadang-kadang, bosan juga kalau selalu makan kat luar. Kalau ada mood, ...

cepat cepat!! .. apa terjadi NEEEXXTTTTT ....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 10:38 AM | Show all posts
Errrrrr.malu tapi mahuu






Nicki sila NEXXXXXXTTTTTTTT
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 11:46 AM | Show all posts
nexttttt...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 12:06 PM | Show all posts
auwww...lomantikkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 12:07 PM | Show all posts
hotmum posted on 13-8-2012 10:27 AM
... ai pulak yang malu ... apesal???

Apesal? Sbb hotmum TERlebih vitamin imajinasi....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-8-2012 12:11 PM | Show all posts
hotmum posted on 13-8-2012 10:27 AM
... ai pulak yang malu ... apesal???

Menjiwai nampaknya Mum.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 12:12 PM | Show all posts
auntieagony posted on 13-8-2012 12:07 PM
Apesal? Sbb hotmum TERlebih vitamin imajinasi....

hahahaha ... maklum lah ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2012 12:12 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-8-2012 12:11 PM
Menjiwai nampaknya Mum.....

beseeeee .... hehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2012 12:15 PM | Show all posts
“Eh, kenapa tak tidur lagi ni?” Terdengar suara menegur. Mereka tersentak lalu masing-masing segera menjarakkan diri. Fandi mengangkat muka manakala Fifi tertunduk malu. Kelihatan Mak Ton sedang berdiri di pintu dapur dalam keadaan separuh mamai dengan baju kelawar serta serkup di kepala sambil menguap. Fandi menarik nafas, lalu mengurut tengkuknya sendiri.

“Sofea ni, lapar” Fandi menjawab, suaranya mendatar.

“La…kenapa tak kejut Mak Ton? Boleh Mak Ton masak” Mak Ton menjawab sambil berlenggang mengambil sebiji gelas. Air masak di tuangkan lalu dia duduk bersama mereka.

“Masak maggi aje pun Mak Ton. Bukan susah mana pun” Fandi menjawab.

“Kenapa Mak Ton tak tidur lagi?” Fandi pula bertanya.

“Terasa haus pulak, tu yang Mak Ton ke dapur, ambil air” Jawab Mak Ton lalu menguap lagi.

“Ooo..” Fandi membalas pendek.

“Kamu masak apa tadi, Fandi?”

“Maggi Mak Ton. Mak Ton nak? Ada lagi sikit dalam periuk”

“Boleh juga. Lapar pulak rasa” Mak Ton menjawab.

“Aik, mengandung juga ke Mak Ton?”

“Isk kamu ni. Mak Ton ni dah menopus, takde maknanya nak mengandung lagi. Cucu pun dah masuk lima orang” Mak Ton membalas membuatkan Fandi dan Fifi tersengih. Kelakar pula mendengar perkataan menopause bertukar menjadi menopus.

Mak Ton hendak bangun mengambil makanannya tetapi Fandi menahan.

“Takpelah, saya ambilkan” Fandi berkata lalu bangun. Isi periuk di tuangkan hingga habis dan kemudian, mangkuk itu di hulurkan kepada Mak Ton.

“Air Mak Ton?”

“Tak apalah. Mak Ton minum air masak aje” Mak Ton pantas menjawab.

“Awak” Fandi memanggil Fifi tetapi tiada sahutan.

“Awak”

“Sofea”

“Iya?”

“Awak nak susu?”

“Nak” Fifi menjawab perlahan. Fandi mengangguk sambil tersenyum. Seperti biasa, secawan susu di bancuh untuk Fifi.

“Nah, susu” Fandi meletakkan sebiji mug berisi susu di atas meja.

“Terima kasih” Fifi membalas tetapi dia langsung tidak memandang Fandi. Debaran di hatinya masih belum surut.

“Awak teman Mak Ton makanlah. Saya dah mengantuk” Fifi memberi alasan. Mug berisi susu di atas meja di capai lalu Fifi bangun, terus melangkah keluar dari ruang dapur tanpa menoleh lagi.


******************************************************************

Di dalam bilik tidur, Fifi duduk di atas katil dan dia termenung sendiri. Fifi memegang pipi, membayangkan kembali hangatnya sentuhan Fandi di pipi dan bibirnya sebentar tadi. Dia memejamkan mata lalu air matanya gugur.

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 12:18 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-8-2012 12:15 PM
“Eh, kenapa tak tidur lagi ni?” Terdengar suara menegur. Mereka tersentak lalu masing-masing seger ...

Nicki naseb baik hang sambung.terima kasihhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 12:19 PM | Show all posts
Potong stim daaa...


lady baru nak tepk dialog mcm ni:

"Awak! bau maggi la... Nasib baik tak bau petai"

Fifi kembali membuka matanya. Wajahnya merah dek rasa malu yang menerpa. Fifi menundukkan mukanya.

"Cepat lah awakhabiskan maggi tu. Nanti kmbang tak sedap"

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 12:24 PM | Show all posts
hotmum posted on 13-8-2012 12:12 PM
hahahaha ... maklum lah ...

Ada terlintas di hati + minda nak pendekkan "prohibition period"?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 12:27 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 13-8-2012 12:19 PM
Potong stim daaa...

Hahaha.... bau petai?  Ayat potong stim.... terus Fifi tak lapar dan gie tidur jer....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 12:27 PM | Show all posts
romantiknya fandi...hmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2012 12:31 PM | Show all posts
auntieagony posted on 13-8-2012 12:24 PM
Ada terlintas di hati + minda nak pendekkan "prohibition period"?

Hehehe...Tak pasal-pasal Mum kena buat satu lagi kenduri aqiqah next year....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2012 12:45 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-8-2012 12:31 PM
Hehehe...Tak pasal-pasal Mum kena buat satu lagi kenduri aqiqah next year....

adoooiii .... kenduri akikah yg no.3 pun tak lepas lagik ... hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 12:47 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-8-2012 12:31 PM
Hehehe...Tak pasal-pasal Mum kena buat satu lagi kenduri aqiqah next year....

hahahahahaa.pakat reramai la makan kenduri akikah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2012 02:16 PM | Show all posts
Episode 40

Alya memerhatikan Fandi di depannya yang sedang ralit menaip sesuatu di telefon bimbit. Tidak banyak yang berubah pada Fandi. Masih suka menyimpan rambutnya separas bahu. Air kegemarannya masih lagi kopis ais. Sikapnya juga masih kekal selamba seperti dulu.

Pada Alya, Fandi bukanlah seorang yang romantis, adakalanya gurauan Fandi agak kasar, mungkin terbawa-bawa dengan rasa persahabatan yang terjalin sejak zaman persekolahan. Dan yang paling tidak berubah, sikap Fandi yang mengambil berat perihal orang di sekelilingnya, termasuk Alya sendiri walaupun hati lelaki itu telah dia hancurkan.

Alya menarik nafas lalu dihembuskan perlahan. Bait-bait kenangan bersama Fandi timbul lagi di benaknya, bersilih ganti dengan wajah Radzi.  Kemunculan Radzi telah mengubah segala-galanya. Cinta yang disemai hampir lapan tahun lamanya musnah begitu saja. Tiada siapa yang harus dipersalahkan kecuali dirinya sendiri yang terlalu mengikut hati.

“Yaya” Alya mengangkat muka, tersenyum memandang Fandi.

“Kenapa termenung?” Fandi menyoal. Alya hanya menggelengkan kepala.

“Fikir pasal Radzi?” Alya mengangguk, separuh berbohong.

“Radzi tahu Yaya datang sini jumpa An?”

“Tak. Dia outstation ke Kuantan” Alya menjawab. Fandi mengangguk.

“Apa Yaya nak buat sekarang?” Alya mengeluh. Serentak dengan itu, dia menekan bibir yang telah hampir surut bengkaknya. Semuanya gara-gara Radzi yang terlalu cemburu buta lalu mukanya menjadi mangsa. Biarpun berkali-kali Radzi meminta maaf, hati Alya masih dilanda bimbang seandainya Radzi mengulangi perbuatan itu.

“Pak Zain dengan Cik Mai tahu pasal ni? An bertanya lagi, merujuk kepada kedua orang tua Alya. Alya menggelengkan kepala.

“Tak patut tunang Yaya buat macam ni. Ini dah kali ke berapa?”

“Dua” Pendek jawapan Alya. Fandi menarik nafas.

“Sebelum ni, Radz tak pernah pun naik tangan. Dua tiga menjak ni makin teruk” Alya menyambung katanya, perlahan.

“Yaya ada buat apa-apa ke?”

“Tak ada An. Radzi tu memang panas baran. Tapi, tak sangka pulak dia sampai hati nak buat Yaya macam ni”

“An rasa,kalau lagi sekali Radzi pukul Yaya, baik Yaya report polis”

“Report pada polis?” Fandi mengangguk.

“Yaya takut”

“Takut apa?” Sekali lagi Alya mengangkat bahu dan mengeluh lagi. Fandi hanya menggelengkan kepala.

“Yaya takut malu? Yaya takut putus tunang?” Masih tiada jawapan.

“Ini dah melampau Yaya. Baru bertunang dah naik tangan. Kalau dah kahwin?” Fandi berkata lagi. Ada nada kesal dalam suaranya. Dia sendiri tidak pernah berkasar semasa mereka bercinta dahulu. Dan apabila ada tangan yang mengasari Alya, sedikit sebanyak membuatkan Fandi merasa agak berang.

“Entahlah An…” Pendek jawapan yang diberikan. Alya mengeluh lagi untuk kesekian kalinya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 02:22 PM | Show all posts
Awatla ada orang kacau daun waktu si fandi dah suka kat fifi ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.075450 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list