CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
 Author| Post time 22-9-2021 01:40 PM | Show all posts
GPS Dari Syurga

(Amaran : Citer ni tak berapa seram ye)

Pada tahun 2014, semasa aku berusia 22 tahun, aku berjaya mendapatkan lesen memanduku.  Tapi aku ni pemandu yang agak menggelabah sikit.  Pada cuti musim panas tahun yang sama, ibubapaku dah bawak anak lelaki aku yang masih kecil ke rumah percutian kami, cuma aku je yang kene pegi lewat sikit sebab hari Jumaat aku masih kerja. Pada masa tu, aku bawak kereta lama je, 2000 Chevy Cavalier yang takde penghawa dingin, dan alat pengecas kereta aku rosak jadi aku tak boleh nak cas sistem GPS aku.  Ditambah lagi, aku takde telefon pintar, jadi malam sebelum bertolak tu, aku cas siap-siap GPS aku di rumah, jangkaan aku, perjalanan dari tempat aku ke rumah percutian tu cuma 1 jam setengah. Tak jauh pun, tapi aku terlupa, hari Sabtu ni di NJ Garden State Parkway memang sesak teruk.



Hari Sabtu tu, aku keluar rumah awal pukul 8 pagi, aku dah siap-siap maklumkan pada ibubapa aku yang aku akan sampai sana paling lewat pukul 10.00 pagi.  Tapi, dah masuk pukul 10.45 pagi, aku masih di dalam kereta terperangkap dalam kesesakan yang luar biasa.  GPS pulak asyik berpusing-pusing suruh aku masuk sana masuk sini, aku pun ikut jelah.  Tapi setiap exit yang GPS suruh aku masuk tu membawa aku ke tempat yang sama sesak je macam tadi.  Lama-kelamaan, bateri GPS aku pun makin lemah dan aku dah kelam kabut sebab aku dah tak tau aku kat mana sekarang ni.  Dahle botol air minuman pun aku takde.

Jam dah masuk pukul 12.30 tengahari,  aku dah masuk bandar asing yang aku tak pernah pergi, dengan badan basah berpeluh-peluh, GPS aku pun dah mati, dan aku dah menggigil-gigil sebab gementar yang teramat sangat.  Aku telefon ibubapaku, tapi ibubapaku pun tak boleh nak buat apa sebab aku pun tak tau aku kat mana, nak hantar lokasi pun tak boleh sebab aku tak pakai telefon pintar. Mereka cadangkan pada aku untuk tanya orang di situ.  Aku jumpa satu balai  bomba ni, tapi balai tu langsung takde orang.  Aku pun baliklah ke kereta aku, kali ni aku menangis sebab aku betul-betul dah putus asa. Yang paling aku takutkan, kalau aku tak jumpa jalan balik. Kalau aku sesat dan hilang, kene culik ke.

Masa nilah aku teringat kat mendiang pakcik aku, aku namakan dia Pakcik C jelah ye.  Pakcik C ni pemandu limo.  Aku memang rapat dengan Pakcik C, aku siap namakan anak lelaki aku sempena nama pakcik C la.  Dalam fikiran aku, kalau Pakcik C ada mesti dia tau macam mana nak tolong aku dah dia kan keje pemandu?  Sambil menangis tu aku sebut-sebut nama Pakcik C.  "Pakcik C, saya dah sesat ni.  Macam mana saya nak pergi jumpa anak saya? Saya pun tak tau saya kat mana ni".

Tiba-tiba, aku terdengar mesin GPS aku tetiba mengeluarkan arahan dengan suara robotnya.  "Di papan tanda berhenti, belok kanan".  Terperanjat aku dibuatnya.  Aku tengok mesin GPS tu skrinnya gelap, aku belek-belek memang mesin GPS tu dah kaput. Berkali-kali aku tekan butangnya, tapi tak hidup pun. Sekali lagi ia bersuara,  "di papan tanda berhenti, belok kanan".  Aku jangka mungkin aku cuma ada masa seminit dua je sebelum alat ni betul-betul mati, jadi aku pun ikut jelah arahannya.  Sebaliknya, dalam setengah jam la jugak GPS tu memberikan panduan arah pada aku sampai akhirnya aku jumpa jugak rumah percutian tu.

Hati aku girang tak terkata, walaupun aku rasa pelik sebab sepanjang aku memandu tu, skrinnya gelap tak bercahaya, dan tak nampak pun paparan menu atau peta.  Bila aku dah sampai je, seperti biasa mesin GPS tu bersuara, "anda sudah sampai ke destinasi anda".  Kemudian, disusuli dengan ucapan, "selamat tinggal".  Kali ni mesin tu dah memang betul-betul mati.   Selama aku guna GPS tu, tak pernah-pernah aku dengar ucapan 'selamat tinggal' tu.  

Aku ceritakan pengalaman aku pada keluargaku.  Mereka yakin yang mungkin itu pertolongan dari Pakcik C.  Untuk Krismas tahun itu, aku belikan telefon pintar kepada diri sendiri, dengan harapan kalau lepas ni aku sesat lagi, aku dah ada GPS sendiri. Hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2021 12:48 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 23-9-2021 12:53 PM

Sumpahan Keluarga Gandhi

Dari tahun 1975 hingga 1977, Perdana Menteri India ketika itu, Indira Gandhi telah mengumumkan darurat kecemasan di seluruh India.  Darurat tu membenarkan penyelewengan hak-hak orang awam dan turut mengekang kebebasan bersuara.  Jadi, sepanjang darurat tu memang susahlah nak dapat berita yang betul-betul terjadi melainkan ianya sudah ditapis oleh kerajaan terlebih dahulu. Datuk aku, yang pada ketika itu duduk di Patna, Bihar mula memberontak dan senyap-senyap menerbitkan suratkhabar bawah tanah bersama-sama rakan seperjuangannya. Mujurlah dia dan rakan-rakannya tidak pernah ditangkap.  

Antara salah satu pelanggaran hak asasi manusia yang terjadi semasa tempoh darurat ini adalah kempen pemandulan secara besar-besaran yang diketuai oleh Sanjay Gandhi, anak kepada Perdana Menteri.  Hospital-hospital diberikan kuota untuk menjalankan operasi pemandulan ini setiap hari, lama kelamaan pihak hospital tak dapat nak cari lelaki-lelaki yang sanggup dimandulkan.  Akhirnya, untuk memastikan kuota dicapai, pihak hospital mula mensasarkan golongan lelaki gelandangan dan menjalankan operasi secara paksa terhadap golongan ini.  Datuk aku pernah mewawancara golongan ini, mereka menceritakan bagaimana pada malam sebelumnya mereka tidur di tepi jalan, mereka akan diculik, diberi pelali dan esoknya mereka dicampak sahaja ke tepi jalan dengan kemaluan yang sudah dineuter dan slip hospital dalam kocek mereka.

Semasa penculikan golongan gelandangan ini berleluasa, pihak hospital telah melakukan satu kesilapan dengan menculik seorang Sadhu yang sedang tidur di bawah pokok banyan.  Sadhu ni kalau ikut kepercayaan orang Hindu adalah pendita yang telah bersumpah untuk tidak mengadakan hubungan seks, Sadhu ni dikatakan sangat dekat dengan Tuhan mereka dan memiliki kuasa mistik.  Sadhu ni ada pantang larang tersendiri, mereka tak boleh potong rambut langsung sebab rambut mereka dikatakan menyimpan kuasa mistik yang dimiliki mereka.  Oleh itu, apa yang terjadi pada seorang Sadhu yang diwawancara oleh datuk aku ni memang sangat tak patut.



Sadhu tersebut sangat bengang dan marah semasa datuk aku menemui dia.  Sebab marah yang teramat sangat, Sadhu tersebut telah mencabut sehelai rambut dari kepalanya dan melempar rambut itu ke tanah.  Dia bertempik, 'aku bersumpah atas nama tuhanku Dewa Ram, tiada seorang pun daripada ahli keluarga Gandhi yang akan mati dengan tenang.  Sebagai bukti kuasaku, sesiapa sahaja yang membuka kitab Ramacharitmanas (sebuah kitab yang menceritakan pengembaraan Dewa Ram) pada hari ini akan jumpa rambut aku ni dalam kitab tu".

Datuk aku anggap itu semua cuma rasa marah Sadhu tersebut yang meluap-luap, dia tak fikir pun yang sumpahan itu akan menjadi nyata. Tapi, atas rasa ingin tahu, bila datuk aku balik rumah je, dia pun saja selak kitab Ramacharitmanas cetakan lama yang memang tersimpan di rumah dia.  Terkejut datuk aku bila nampak ada sehelai rambut kering dan kerinting terselit di mukasurat pertama kitab itu.  Walaupun begitu, datuk aku rasa Sadhu tu takdelah power sangat sampai boleh kenakan sumpahan mati. Keluarga Gandhi tu bukanlah calang-calang, memang keturunan orang-orang besar.

Bertahun-tahun kemudian, pada 23 Jun 1980, Sanjay Gandhi  meninggal dunia dalam satu kemalangan kapal terbang. Beliau hilang kawalan terhadap kapal terbang kecil yang dipandu oleh beliau. Beliau terus mati di tempat kejadian.  Pada 31 Oktober 1984, ibu mendiang, Indira Gandhi meninggal dunia ditembak oleh 2 orang pengawal keselamatan beliau di taman kediaman perdana menteri ketika itu. 21 Mei 1991,Rajiv Gandhi, seorang lagi anak Indira Gandhi dibunuh oleh LTTE.  Beliau mati semasa letupan bom oleh pengebom berani mati.  Masa nilah datuk aku teringat balik sumpahan Sadhu yang teraniaya itu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2021 12:50 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 24-9-2021 02:33 PM

Cerunam Kipapa, Oahu, Hawaii

Beberapa tahun yang lalu, aku bekerja di sebuah firma tenaga solar sebagai pengurus gudang.  Aku ditugaskan di gudang syarikat aku yang terletak di Cerunam Kipapa ni.  Gudang yang aku jaga ni agak istimewa sikit, ada 2 gudang tapi kedua-dua gudang ni merupakan gua buatan manusia.  Dulu gua-gua ni merupakan stor milik tentera dulu.  Tentera pada waktu itu menggali tebing cerunam ni sehingga 200 kaki panjangnya dengan keluasan kira-kira 20 kaki lebar dan 20 kaki tebal, lepas tu diperkuatkan lagi dengan konkrit.  Firma aku menyimpan peralatan dan material-material memasang panel solar dalam gudang ni lah.  Tapi dalam gudang ni memang takde elektrik dan air, jadi sumber cahaya dan elektrik kami adalah dari sistem solar dan generator sebagai sandaran, manakala kalau nak membuang tu disediakan tandas angkut untuk kegunaan kami.  Memandangkan kawasan ni pun kawasan cerunam yang berbatu-bata, talian telefon memang agak sukar nak dapat kat sini, kalau nak guna telefon bimbit kene memandu jauh sikit barulah jelas taliannya.


Aku bukan orang Hawaii, jadi masa aku dapat kerja ni, memang aku tak tau langsung yang tempat ni ada sejarah tersendiri.  

Jadual kerja aku adalah dari jam 6pagi ke 3 petang.  Pukul 6pagi memang masih gelap kat sini, kalau lampu solar masih belum terpasang lagi, aku kena pasang generator dulu dan aku terpaksa gunakan cahaya dari telefon bimbit aku untuk cari suis generator tu.  Unit gudang kami memang sunyi je.  Gudang-gudang lain agak jauh daripada gudang aku, dan aku pun jaranglah jumpa orang lain kat sini,  kadang-kadang adalah satu dua biji trak lalu nak ke gudang masing-masing.

Pada mulanya, tempat ni sama je macam gudang lain. Takde yang luar biasa pun, biasa je, tapi lama kelamaan aku mula perasaan beberapa benda pelik yang berlaku di gudang aku ni,  

  • Benda pertama yang aku perasan adalah bangkai binatang.  Mula-mula, aku jumpa banyak sangat bangkai sumpah-sumpah spesies Jackson di sekitar gudang aku ni.  Aku ingatkan mungkin sumpah-sumpah ni jadi mangsa kucing hutan kat tempat ni, tapi bila aku belek bangkainya, badannya masih elok lagi, tiada kesan cakaran mahupun gigitan.  Macam sumpah-sumpah ni tengah lepak-lepak atas pokok tup tup jatuh terus mati.  Lepas tu, aku jumpa bangkai binatang lain pulak, burung, burung hantu, merpati, itik, luwak, tapi keadaan bangkai ia elok je takde kesan serangan pun.  Takkan haiwan-haiwan ni semua mati sakit jantung?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2021 12:54 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 24-9-2021 02:36 PM


2.  Beberapa hari sekali, aku akan terdengar bunyi ketukan yang datang dari dalam kontena.  Kontena-kontena ni kami letak dalam gudang, dan setiap kontena dikunci siap mangga lagi.  Masa awal-awal aku dengar bunyi ketukan ni, aku cepat-cepat bukak pintu kontena , manelah tau kan ada orang ke binatang ke terperangkap dalam tu.  Tapi, takde. Kosong je.  Selepas beberapa minggu aku dengar bunyi ketukan tu, aku jadi malas dah nak layan dan aku biarkan je bunyi tu, nanti lama-lama tu berhentilah tu.  Aku tak rasa benda ni pelik, ni agaknye sebab material dalam kontena tu banyak besi, jadi besi ni kan boleh mengembang dan menguncup ikut suhu sekitar, tu yang keluar bunyi macam ketuk-ketuk tu.

3.  Ada satu hari tu, aku tengah berada dalam gudang.  Aku berjalan ke dalam gudang apabila aku terperasan di satu tempat tu, aku terbau macam bau badan manusia.  Baunya kuat jugak, macam bau badan orang yang tak pakai deodoran.  Tapi mana ada orang lain di gudang tu selain daripada aku. Aku teruskan jugak berjalan sampai ke penghujung gua tu.  Dah selesai kerja aku kat situ, aku pun berjalanlah ke pintu depan.  Di tempat yang sama tu, aku masih terbau bau badan manusia tu.  Kali ni baunya sangat kuat seolah-olah aku betul-betul di sebelah orang tu.  Sampai kat luar je, automatik aku angkat tangan dan cium ketiak sendiri. Eh aku pakai je deodoran.  Adakah ini semua permainan minda aku je?

4.  Di depan pintu gudang ni adalah meja tempat kerja aku, tempat aku periksa dan jawab emel serta buat kertas kerja di atas laptop aku.  Kadang-kadang tengah ralit bekerja tu, aku ada jugak dengar macam ada bunyi kucing tengah berlegar-legar di bahagian belakang gudang tu.  Tapi pergerakan haiwan tu macam lagi besar dari kucing.  Mula-mula, memang aku ada pergi tengok jugak, kotla ada haiwan sesat ke, tapi tak jumpa apa.  Lama-lama aku pun dah malas nak pegi tengok apa benda yang buat bunyi tu.  Aku anggap ni alat-alat besi kembang kuncup sebab perubahan suhu je.

5.  Pada satu pagi, aku dah sampai sini tapi keadaan masih gelap lagi,  sebelum pemandu trak aku memulakan perjalanan dia,  kami berdua terdengar suara perempuan menjerit, tapi suara tu datangnya dari arah atas gua tu.  Cerunam ni berketinggian 100kaki, dan suara tu kami kenal pasti datang dari puncak cerunam tu. Tapi suara perempuan tu takdelah menjerit kesakitan atau ketakutan, tapi jeritan dia berlarutan sampai 15 minit.  Aku dan pemandu trak aku husnozon, ni agaknya ada pasangan tengah memadu asmara kat atas cerunam, tu yang perempuan tu menjerit-jerit sebab tengah seronok klimaks kan.  Hahaha.  Beberapa minggu kemudian, sebab bosan, aku dan pemandu trak aku saja je memandu nak bersiar-siar di sekitar tempat ni.  Kami memandu berbatu-batu jauhnya sampailah kami jumpa gua buatan manusia yang terakhir.  Dari sini kami boleh nampak keseluruhan cerunam tu termasuklah gudang kami.  Masa nilah baru kami perasan yang atas gudang kami tu takde pun kawasan penempatan, takde jalan, takde rumah, takde apalah. Habis tu mana pulak datangnya bunyi perempuan menjerit yang kami sama-sama dengar hari tu?

6.  Nama pun gudang kan, jadi dalam gudang ni memang ada banyaklah mesin, kenderaan, bahan-bahan elektronik, perkakasan mekanikal, sistem solar dan sebagainya.  Tapi barang-barang  yang diletak kat sini banyak yang tiba-tiba je rosak, termasuklah barangan dan kenderaan peribadi kami.  Kami terpaksa hubungi juruteknik di ibupejabat untuk datang membaiki barangan di sini.  Banyak kalilah jugak mereka datang ke sini, tapi ada jugak beberapa kejadian ni, bila juruteknik datang eh eloklah pulak barang tu. Sampai juruteknik naik berang la jugak sebab dah bazir masa mereka datang jauh-jauh.  Dahle tempat ni terceruk, kalau ada shopping mall ke best jugak.  Akhirnya, juruteknik tu kasi syarat, kalau nak buat laporan kerosakan, kene ada bukti video yang memang barang tu betul-betul rosak dan tak boleh berfungsi.  Sampai macam tu sekalilah.

7.  Dalam banyak-banyak insiden ni, ada satu ni memang aku tak boleh lupe lah sampai sekarang.  Insiden paling seram bagi aku.  Pada hari tu, lepas je aku tolong pemandu trak aku angkut barang masuk trak die, tetiba aku diserang sakit perut pulak.  Tak dapat tahan punya pasal, aku terus berlari masuk tandas angkut, kunci pintu tapi belum sempat aku nak membuang, tandas angkut di bergoncang-goncang pulak.  Aku pun maki hamunlah pemandu aku tu, binawe tul aku tengah sakit perut ni dia pegi goyang-goyang pulak.  Dah tak bergoncang, aku pun terus keluar melompat dari tandas angkut tu.  Tapi tak nampak pun pemandu aku kat situ.  Aku berlari pulak ke gudang aku konon-konon nak kejarlah pemandu aku, tapi kosong takde orang. Trak pun dah takde.  Aku jadi bingung, cepatnya pemandu aku tinggalkan tempat ni.  Aku rasa tak sedap hati, aku cuba hubungi pemandu aku. Dia angkat panggilan telefon aku, dia cakap dia dah lama dah blah dari situ, dah masuk lebuhraya dah pun.  Bila aku ceritakan kejadian tadi tu, dia cakap aku ni gila, dia pun nak kejar masa, takda masanya dia nak prank aku.  Sejak tu, aku jarang dah nak pakai tandas angkut tu.

Aku sempat kerja kat sini setahun je.  Aku diberhentikan sebab perniagaan syarikat aku yang tak berapa maju.  Lepas berhenti tulah baru aku tergerak nak selidik sejarah tempat tu.  Nasib baiklah aku tak keje sampai malam masa tu, rupanya baru aku tau tempat ni terkenal dengan penampakan ‘night marchers’.  ‘Night marchers’ ni adalah roh-roh sebatalion pahlawan orang Hawaii yang suka berkawad sambil menyanyi, mengetuk gendang dan membawa senjata.  Katanya kalau terserempak dengan roh-roh ni, boleh mati.

Lepas aku tak keje situ, barulah aku tau jugak rupa-rupanya ada salah satu gua yang tak berapa jauh dari gudang aku tu adalah tempat sekumpulan krew  menemui ajal mereka.  Katanya, ada salah sorang krew tu hisap rokok, dalam gudang tu pulak tempat simpan mercun dan bunga api secara haram. Jadi paham-pahamlah macam mana kemalangan tu boleh terjadi….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2021 05:14 PM | Show all posts
Pulangkan

Aku bukanlah seorang yang percaya dengan kejadian paranormal ni, aku cuma minat je dengan kisah-kisah seram.  Apapun, aku masih lagi berfikiran terbuka walaupun aku sebenarnya tak percaya, bagi aku perkara-perkara yang tak dapat dijelaskan dengan logik akal ni adalah sesuatu yang menarik dan mencabar aku untuk mencari penyebab macam mana ianya berlaku.  Tapi ada satu perkara yang berlaku pada aku yang sampai sekarang aku tak jumpa jawapannya.  

Ianya terjadi beberapa tahun nan lalu,  aku ada seorang kawan yang dulunya satu bandar dengan aku, tapi dia dah berpindah ke kawasan pedalaman Ontario, Kanada.  Nak pergi ke tempat dia kene menaiki keretapi dan perjalanannya memakan masa 4 ke 5 jam la jugak.  Sejak berpindah tu, kawan aku ni selalu je datang melawat aku di tempat aku, jadi kali ni biarlah aku pulak yang melawat dia.  Tak sangka jugak peristiwa ni terjadi pada pertama kali aku ke rumah baru kawan aku tu.

Kawan aku berpindah ke bandar yang lebih kecil dari bandar kami dulu, bagi aku budak pekan, memang tempat ni agak kampung lah.  Belakang rumah dia tu ada hutan, bagi aku yang tinggal di hutan konkrit ni, nampak je kawasan banyak pokok aku terus cop tempat tu hutan.  Walaupun sebenarnya tempat tu tak diklasifikasikan sebagai hutan pun, kawasan tu cuma banyak pokok dan semak yang agak tebal sebab ianya tumbuh dengan liar.  30 ke 40 kaki dari belakang rumah kawan aku tu berpagar besi tapi pagarnya macam dawai kandang ayam tu je, dan lepas pagar tu dalam 250 ke 300kaki tulah hutan yang aku cakap tu.



Kawan aku dan adik beradik dia cakap,  kalau kita tinggalkan barang kita di sebelah pagar sana, barang kita tu akan dipulangkan semula kepada kita.  Tapi siapakah yang pulangkan? Diorang pun tak tau.  Aku dah teruja.  Malam pertama aku di sana, aku sengaja baling topi aku melepasi pagar rumah tu.  Beberapa jam kemudian, kawan aku cakap dia jumpa topi aku di anjung rumah dia.  Aku masih lagi tak percaya, dalam fikiran aku, ni mesti kawan aku yang kutip sendiri topi aku tu tapi tak ngaku.  Pada malam yang sama, aku baling balik topi aku tu ke luar pagar, pastu sepanjang malam aku berada di sisi kawan aku tu. Tapi, tak lama tu jugak, kitorang sama-sama jumpa topi aku tu di anjung rumah dia.  Ah ni mesti adik beradik dia yang jumpa ni.

Malam kedua,  di luar pengetahuan kawan aku dan keluarganya, aku pinjam jap kepala talipinggang dia pastu lempar sejauh mungkin di balik pagar tu.  Dan samalah macam topi aku tu, 2 jam kemudian kepala tali pinggang tu elok je terletak di anjung dia. Tapi itu masih lagi tak cukup untuk menyakinkan aku, aku rasa ni mesti ada orang dalam rumah ni ternampak aku baling benda tu. Walaupun aku dah rasa agak kecut sikit, tapi minda skeptikal aku tu masih mengatasi rasa kecut tu.

Malam ketiga, aku diajak untuk menjelajahi hutan tu.  Yang masuk hutan tu cuma aku, kawan aku dan sorang lagi kawan dia.  Kawan dia tu walaupun bertongkat sebab kaki cedera, tapi sanggup nak panjat pagar rumah kawan aku tu sebab nak ikut kitorang.  Kami bertiga pun berjalan menuju ke hutan itu dengan lampu suluh masing-masing.  Tapi aku berjalan kat depan, sebab kawan aku tu kena papah kawan dia yang bergerak lambat sebab bertongkat kan.

Aku dah berada 50 kaki di dalam hutan tu, lagi 2 orang tu masih di belakang aku.  Tiba-tiba, tup! Lampu suluh aku terpadam.  Aku tengok belakang, aku nampak lampu suluh diorang berdua pun sama-sama terpadam dengan sendirinya.  Kawan aku jerit kat aku suruh aku lari balik rumah.  Diorang dah lari dulu dah.  Aku pun tak tanya apa, aku pun turut berlari balik ke rumah kawan aku tu. Tengah berlari tu, topi aku tercicir pulak. Tapi memang takde maknalah aku nak patah balik amek topi tu.

Sesampainya kami di rumah, aku tergerak nak bukak beg aku yang letak dalam bilik bawah tanah.  Beg tu berzip, tapi bila aku bukak je beg tu, tu dia, topi yang tercicir tadi ada dah dalam tu.  Aku dah seriau, sape pulak yang pulangkan ni? Kalau nak kata kawan aku dan kawan dia tadi, aku nampak diorang berlari di hadapan aku tadi.  Kitorang sampai ke rumah ni pun bersama-sama.  Kalau diorang patah balik nak ambil topi aku mesti aku nampak, dan mesti diorang lagi lambat sampai dari aku.  Tambahan pula, kami kunci rumah ni sebelum kami masuk hutan tadi.  Topi dalam beg aku ni bukan topi lain, memang topi aku sebab aku cam sangat topi ni.

Kami enggan nak ungkit pasal peristiwa malam tu.  Aku dah taknak ambil tahu dah, aku taknak dah masuk hutan tu lagi.  Kitorang macam, oh benda biasalah tu.  Waktu aku nak pulang semula ke tempat aku, aku sengaja tinggalkan topi aku di rumah kawan aku, mana tau kan tiba-tiba topi tu nanti boleh muncul pulak kat rumah.  Tapi sampai sekarang aku tak dapat balik dah topi tu.

Lama-kelamaan, mungkin atas faktor jarak, aku dan kawan aku tu terputus hubungan.  Tapi sejujurnya aku nak sangat jumpa balik kawan aku tu, pastu nak ajak dia masuk hutan tu lagi.  Sebabnya seingat aku, banyak jugak kisah-kisah pelik yang dia tahu pasal hutan tu.  Aku ringkaskan macam ni jelah ye

1.  Kawan aku selalu je menjelajah hutan belakang rumah dia tu, tapi siang-siang jelah.  Dia selalu jumpa tali yang terikat dari satu pokok ke pokok lain.  Tapi setiap kali dia masuk hutan tu, setiap kali tulah tali-tali tu berubah jenis.  Dia tak rasa ada orang lain pun masuk hutan tu, tapi kalau masuk pun kenapa perlu ikat pokok?  Adalah jugak beberapa kali tu, dia nampak tali tu diikat sangat tinggi menghampiri puncak pokok.

2.  Kadang-kadang, dari rumah dia, dia nampak macam bayang-bayang orang di sebalik pokok dalam hutan tu.  Malam-malam tu, dia suka-suka je suluh ke arah hutan tu, dan dia pernah tersuluh mata binatang yang macam kucing, mata kuning bercahaya bila disuluh.

3.  Pakcik kawan aku tu datang rumah, pastu diorang pun saja suka-suka masuk hutan tu.  Pakcik tu jumpa botol kaca yang berisi air tapi botol tu bergabus.  Pakcik tu memang seorang yang berjiwa mistik, dia cakap botol berisi air tu adalah hadiah pari-pari hutan tu kepada dia, dan ianya membawa tuah.  Pakcik tu cakap, air dalam botol kaca tu boleh menyembuhkan orang, kalau ada ahli keluarga yang sakit, minum sikit je dah boleh baik semula.  

Tapi rasanya, memang sampai bila-bilalah aku tak jumpa jawapannya...

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 23-9-2021 12:48 PM
Sumpahan Keluarga Gandhi

Dari tahun 1975 hingga 1977, Perdana Menteri India ketika itu, Indira Ga ...

baru tau ltte ni dah lama kt india..dan ada juga isu xelok psl family Gandhi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2021 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
TT, boleh tolong translatekan tragedy keluarga Burari di Delhi? Terjumpa kes ni masa Google pasal sumpahan keluarga Gandhi. Dah baca English version. Meremang bulu roma tengok gambar mereka dan kes ni masih menjadi misteri sampai sekarang. Adakah keluarga ni memang anbil keputusan nak bunuh diri bersama atau pembunuh sebenarnya ada di kalangan mereka? Kalau TT dapat translate ke Melayu mesti best.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
fairy_fairy replied at 26-9-2021 05:46 PM
TT, boleh tolong translatekan tragedy keluarga Burari di Delhi? Terjumpa kes ni masa Google pasal su ...

I rsa accident time rituals..klau suicide xda yg selamat ni ada sorg yg selamat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2021 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
hunters replied at 27-9-2021 07:18 PM
I rsa accident time rituals..klau suicide xda yg selamat ni ada sorg yg selamat...

Ada ke yang terselamat?? I baca semua mati. Baru tengok tadi, Netflix pun akan tayangkan documentary on this case.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
fairy_fairy replied at 27-9-2021 07:43 PM
Ada ke yang terselamat?? I baca semua mati. Baru tengok tadi, Netflix pun akan tayangkan documenta ...

ada..dh tua yg terselamat tu..dlm umr 50an..dia xda time yg lain2 mati..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 04:08 PM | Show all posts
tq tt... tunggu cerita baru dari tt
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
fairy_fairy replied at 26-9-2021 05:46 PM
TT, boleh tolong translatekan tragedy keluarga Burari di Delhi? Terjumpa kes ni masa Google pasal su ...

kesian gmbr original mangsa smua di internet..kes zaman modern ni mudah bocor identify...sama mcm yg bunuh ank bini demi skandal di us sana...lupa tajuk dia ...ada crta kt tv jgk
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2021 09:19 AM | Show all posts
Apakah misteri tangga di tengah hutan sudah terungkai?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2021 02:23 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 30-9-2021 03:00 PM



Salam uols... memandangkan ada permintaan untuk I cerita tentang kes keluarga Burari ni, jadi untuk entry kali ni, I nak cerita pasal keluarga Burari.  Walaubagaimanapun, memandangkan kes ni memang tragis, jadi I taknak letak gambar keluarga ni ye.  Entry kali ni I ceduk dr wiki je dan fakta menarik dari paper The Economic Times


Misteri Kematian Keluarga Burari


Burari ni sebenarnya merujuk kepada nama tempat keluarga ini, iaitu Burai, Delhi, India.  Yang sebenarnya, keluarga yang terlibat dalam kes ni adalah keluarga Chundawat.  Keluarga Chundawat ni terdiri daripada, mak Narayani Devi (77 tahun), anak-anak lelaki, Bhavnesh (50 tahun), Lalit (45tahun), menantu perempuan, Savita (48thn), Teena (42 tahun), anak perempuan Pratibha Bhatia (anak kandung Chundawat tapi dah kawen tukar nama keluarga, 57 tahun) dan cucu-cucu Priyanka (anak kepada Pratibha, 33 tahun), Nitu (anak perempuan sulung Bhavnesh, 25 tahun), Monu (anak perempuan Bhavnesh, 23 tahun), Dhruv (anak lelaki Bhavnesh, 15 tahun), Shivam (anak tunggal Lalit, 15 tahun).  Bhavnesh ada sorang lagi anak lelaki tapi anak lelaki dia dah berpindah 3 tahun sebelum kejadian, dan dia waris yang terselamat.

Pada 2007, bapa kepada Lalit, Bhopal Singh, maksudnya orang tua lelaki dalam keluarga ni lah, meninggal dunia sebab sakit tua.  Selepas kematian ayahnya, Lalit ni berubah menjadi seorang yang introvert, dia suka termenung dan buat hal sendiri.  Lama-kelamaan, Lalit ni mula menyembah sebatang pokok dan memberi makan kepada binatang-binatang.  Pada suatu hari, Lalit ni berterus-terang kepada keluarga yang lain yang dia ni dah dirasuk oleh roh ayah dia, roh ayah dia menasihatkan dia cara-cara macam mana nak dapatkan kehidupan yang baik.  Bermula tahun 2013, atas arahan ayahnya, Lalit menulis diari.

Pada pagi 1 julai 2018, kira-kira jam 7.15 pagi, jiran keluarga ni, Gurcharan Singh, dia ni rajin berjalan-jalan di waktu pagi dengan salah seorang ahli keluarga ni, dia terperasan yang selalu teman die tu takde, lepas tu keluarga kedai ni pun tak bukak lagi.  Padahal kedai tu pukul 6pg dah bukak dah. Jadi dia ni pun pegilah ke rumah keluarga ni, dia nampak pintu terbukak, dia pun masuk dan dialah yang jumpa 10 orang ahli keluarga Chundawat, termasuklah Lalit sendiri tengah tergantung.  Gurcharan pun panggilah jiran-jiran lain dan pukul 7.30 pagi, diorang telefon polis.


10 dari 11 mayat ditemui - 2 lelaki, 6 wanita dan 2 orang remaja - tergantung di tengah rumah.  Kesemua mayat tersebut ditutup matanya dengan kain dan mulut mereka diselotep.  Ada beberapa mayat tu kaki dan tangannya turut terikat.  Mayat ke 11, wanita iaitu Puan Narayani Devi tadi ditemui mati dicekik di bilik yang lain.  Mayat-mayat yang tergantung tu rapat-rapat dan muka mereka hampir tertutup dengan kain, termasuklah dengan telinga pun kene sumbat dengan kapas.  Kain yang digunakan tu dari cadar tilam single.  Tapi cuma ada 5 bangku kecil, dipercayai keluarga ni bergilir-gilir guna bangku tu untuk gantung diri masing-masing.

Pada awalnya, polis daftarkan kes ni sebagai kes pembunuhan.  Tapi bila disiasat lebih lanjut, ada macam-macam motif kematian keluarga ni, dari bunuh diri beramai-ramai kepadalah ajaran ilmu sesat.  Polis turut menemui 11 buah diari dalam rumah ni, dan kesemua diari tu ditulis sejak 11 tahun yang lalu. Menurut Pesuruhjaya Polis, Alok Kumar, polis turut menjumpai nota bertulis tangga tentang macam mana nak ikat kaki dan tangan, dan kaedah dalam nota tu sama macam yang dijumpai di atas mayat.  Pihak polis masih lagi mengkaji isi kandungan diari-diari lain.  Ada satu diari ni tulis, 'semua orang kene ikat tangan mereka sendiri, dan selepas kriya (upacara) ni selesai, yang lain akan saling bantu leraikan ikatan tangan orang lain'.  Maksudnye, keluarga ni tak jangka yang mereka akan mati.

Dari sudut psikologinya, kematian ini mungkin disebabkan oleh kecelaruan psikotik yang dikongsi (shared psychotic disorder), yang mana ahli keluarga ni terlalu mempercayai antara satu sama lain sampai ikut je tanpa menyoal.  Ahli psikologi turut berpendapat yang Lali ni sebenarnya menderita gangguan delusi...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2021 03:40 PM | Show all posts
Di Sebalik Kematian Keluarga Chundawat


1.  Kebanyakan gambar-gambar yang ditemui di rumah keluarga Chundawat ni ditangkap semasa mereka sedang bergembira.  Ada gambar yang ditangkap semasa cuti di hadapan India Gate, ada yang sedang berkumpul mengelilingi si nenek Narayan Devi. Kiranya keluarga ni normal dan sangat mesra antara satu sama lain. Saudara-mara dan jiran tetangga susah nak percaya yang kematian 11 ahli keluarga ini adalah kerana pengaruh ajaran sesat, sebaliknya mereka percaya yang keluarga ini telah dibunuh.


2. Polis menemui nota-nota tulisan tangan mengenai 'bagaimana untuk selamat dunia akhirat'.  Antara nota yang dicatat ialah tentang bagaimana nak dapatkan formasi seperti pokok banyan yang cabangnya berjuntai-juntai.  'Dengan cara ini, Tuhan akan gembira'.  


3.  Ahli keluarga Bhatia (anak perempuan keluarga Chundawat kawen dengan ahli keluarga Bhatia ni) sebenarnya tengah menyiapkan persediaan perkahwinan Priyanka yang sudah bertunang sebulan sebelum kejadian ni.  Malahan, Priyanka yang bekerja di sebuah syarikat IT di Noida, sempat bersembang tentang majlis perkahwinan dia bersama-sama sepupu-sepupunya yang lain pada petang sebelum dia ditemui mati.  Kira-kira pukul 11 malam tu, Priyanka ada cakap mana nak pegi cari barang kahwin.


4.  Jiran-jiran lain mendakwa, 11 batang paip yang terkeluar sikit dari dinding rumah keluarga ni ada kaitan dengan ajaran sesat mereka.  Jiran ni cakap, 11 lubang paip tu adalah tempat untuk roh-roh ahli keluarga ni nak keluar.  Walaubagaimanapun, dakwaan ini dipatahkan oleh jiran dekat keluarga ni.  Keluarga ni ada menjalankan perniagaan papan lapis, jadi paip-paip ni sebenarnya untuk mengeluarkan gas beracun dari bahan kimia yang digunakan.  Polis sendiri pun dah menafikan yang paip-paip tu tiada kaitan dengan kes ni.


5.  Menurut polis juga, Lalit dipercayai dalang yang merancang pembunuhan diri beramai-ramai ini.  Lalit mula mencatatkan perancangan ini pada 2015.  Antara isi kandungan nota Lalit adalah bagaimana keluarga ni cuba nak menghubungi ayah Lalit yang dah meninggal dunia pada 2007 yang lalu.  Dari tulisan Lalit sendiri,nampak sangat yang Lalit ni berhalusinasi yang ayah dia berkomunikasi dengan keluarga dia melalui tubuh Lalit.  Lalit ni juga penggemar bahan-bahan sastera berunsur spiritual dan mistikal, dan dia turut mengamalkan Reiki.  Lalit ni dikatakan kehilangan suara akibat satu kemalangan, jadi dia hanya berkomunikasi dengan pelanggan-pelanggan dia melalui buku nota.


6.  Salah satu nota yang ditulis Lalit adalah mengenai azab dan bagaimana nak selamatkan keluarga dia dari azab tu.  Salah satu entry tu bertulis "Antim samay mein, aakhri ichha ki purti ke waqt, aasman hilegi dharti kaanpigi, us waqt tum ghabrana mat, mantra ka jaap badha dena, mein aakar utar loonga aur ko bhi utarne mein madad karunga (di saat-saat akhir, pada ketika setiap yang kau impikan dipenuhi,  langit akan terbuka dan bumi akan bergegar, jangan panik tapi teruslah melafazkan mantra dengan lagi kuat.  Aku akan datang menyelamatkanmu dan yang lain). Lalit mengaku yang dia menerima pesanan ini daripada ayahnya yang sudah meninggal.  Keluarga dia pulak memang percaya dengan benda-benda ghaib ni jadi diorang pun percayalah bulat-bulat yang kiamat akan datang.


7.  Polis juga percaya yang keluarga ini memang ikut bulat-bulat arahan yang diberi, dan bukannya dipaksa.  Salah satu nota tu tertulis yang ibu akan suapkan roti kepada semua ahli keluarga ma sabko roti khilayegi).  Keluarga ni dah memesan 20 keping roti dari kedai berhampiran dan membayar Rs200, tapi mereka tidak memesan sebarang sayur.  Polis turut menemui bil tersebut di rumah mereka.  Makanan tersebut dihantar ke rumah sekitar 10.40 malam.


8.  Seorang doktor pakar pernah ditanya tentang faktor kenapa sekumpulan manusia setuju nak bunuh diri bersama-sama, jawapan doktor tu,  mereka-mereka yang emosinya tidak stabil, mudah percaya bulat-bulat cakap orang lain dan lembut pendirian (vulnerable)  mudah nak terpengaruh dengan bunuh diri beramai-ramai ni.  Tapi dalam banyak kes, kumpulan ni ada persamaan samada dari segi umur, agama atau aspek lain.  Tapi dalam kes Burari ni, mangsa yang terlibat ni dalam lingkungan umur 15 ke 77 tahun.  Tahap emosi orang muda sangat berbeza dari golongan pertengahan usia dan orang tua.  Lagipun 11 orang adalah jumlah yang sangat ramai untuk kumpulan ini setuju untuk bunuh diri bersama-sama'.


9.  Bhawna Barmi, ahli psikologi klinikal senior di Hospital Fortis  Escorts, Okhla berkata, 'antara persamaan dalam kes-kes ajaran sesat bunuh diri ni adalah mereka percaya kepada teologi hari kiamat.  Selalunya juga kes ini terjadi kepada sekumpulan orang yang rasa terjerat dengan kehidupan mereka dan mereka percaya mereka tidak boleh nak mengawal akibat dalam hidup mereka. Jadi mereka percaya bahawa mati adalah satu-satunya pilihan bagi mereka.







Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2021 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Thank you TT sebab dah translate. Masa I baca pasal kes ni, kesian sangat sebab semua orang yang polis interview hanya ada kata-kata pujian untuk keluarga ni. Business mereka maju. Staff pun cakap boss diorang ni baik. Yang perempuan sorang tu baru bertunang. Boys paling kecil dua orang tu pula active main bola. Kalau dari pandangan mata luar, kiranya keluarga ni normal dan happy.

Latest I baca, rumah tu dah ada yang sewa. Jiran pun happy ada orang yang berani nak tinggal sana. Sebelum ni ramai yang cakap kononnya rumah tu berhantu. Yang bercakap pula orang luar. Padahal jiran-jiran keluarga kata takde pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2021 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
jiwakacau06 replied at 29-9-2021 03:54 PM
kesian gmbr original mangsa smua di internet..kes zaman modern ni mudah bocor identify...sama mcm  ...

Mula-mula tu ingatkan lakonan semula rupa-rupanya memang gambar mereka
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 30-9-2021 03:40 PM
Di Sebalik Kematian Keluarga Chundawat



ni general komen ..bukan nk racist ke hapa...tapi mmg bngsa india cenderung bunuh diri beramai2 agak nya...dekat Malaysia sndri ada kes bwk ank2 terjun kt landasan kereta api ..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 05:20 PM | Show all posts
jiwakacau06 replied at 1-10-2021 02:45 PM
ni general komen ..bukan nk racist ke hapa...tapi mmg bngsa india cenderung bunuh diri beramai2 ag ...

Masa I praktikal kat hospital dulu-dulu, doktor kat situ pernah share yang kadar kes bunuh diri ni agak tinggi jugak dikalangan masyarakat India. Dia cerita kalau kat estate-estate, banyak betul kes minum racun gramoxone tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 04:03 PM | Show all posts
tq tt.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.965707 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list