CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azlina697

Bowling

[Copy link]
Post time 5-3-2008 02:54 PM | Show all posts

Reply #760 ReuK's post

hehehhe... a'ah dah kawin... dah kawin pun leh aktif sukan ape...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2008 09:12 PM | Show all posts
Originally posted by akughi at 5-3-2008 02:11 PM
mak oiiii gatey nyer mamat ni....


uik. gatai ka? mano ado. tu den invite jo. kut kalu nak join tourney tu sekali boleh jo. kalu dtg nak tgk2 pun leh gak. leh kenai2. lain kali leh la invite kalu ado aktiviti memboling hehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2008 10:27 AM | Show all posts
ada sesapa nak bola 2nd hand tak? klu ada blh PM ye....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2008 04:44 AM | Show all posts
uik. siap ado bola laie nak dijual. musti pandai main. den ajak masuk tourney x mau. jom la join sekali
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2008 11:17 AM | Show all posts

Reply #765 sonadid's post

malu la... tak biasa men torney2 nie... coz  x consisten.. kekadang banyak gak longkangnyer ... bola tu ada dpt dr member kat singapore...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2008 10:50 PM | Show all posts
den pun kengkadang masuk longkang. biaso la tuh. memang susah nak konsistan main boling nih. kalu konsistan, mau buek duit jo la main boling tuh hehe

* camno, nak join x? den ado update senarai peserto kek thread den tu. p la tgk

* bola yg ekau nak jual tu bape lbs?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2008 02:34 PM | Show all posts
ade sape2 nk main boling petang ni tak. LOVE kat area ampang point. nk main tp takdek geng.. huhu....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 02:37 PM | Show all posts
LOVE pun ade nk jual bola boling.... yg berminat... contact lee....   saiz 16, tersilap beli.... berat la pulakkkkk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2008 09:25 AM | Show all posts

Reply #768 L.O.V.E's post

hehehehe... jauh la ampang point... berat nya saiz 16... bole angkat ke... kalau kida... kida yg terangkat...hehehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 02:37 PM | Show all posts
micha pn ader nk jual bola bowlng. berat 10..... sape nk beli cntct k.

nway sape nk join micha main bowlng ptg nih kat ampang point. jom
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2008 02:31 AM | Show all posts
Hello all!
Wah lama banget tak posting kat sini.
maklumla dah 2bln ++ xmain boling.

hahaha tunggu kemunculan ku di alley2 boling starting this 28th March onwards.. ngaa!

6/4 & 27/4 ada tonament boling.. lalala takotnya akuuuu!

L.O.V.E-->  uiyoo beratnya bola.. ish3!
Sy gune bola 9 je..
slalu main kat ampang point ekkk?



[ Last edited by  gepren at 22-3-2008 02:34 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2008 08:32 AM | Show all posts
Originally posted by L.O.V.E at 17-3-2008 02:37 PM
LOVE pun ade nk jual bola boling.... yg berminat... contact lee....   saiz 16, tersilap beli.... berat la pulakkkkk...



16?  whoaaaaa  tu yang terberat tu...
saya guna 10 aje.. tu pun kira average aje..
teruk2 pun 11...

16? - tak larat nak angkat -- terus terbaling ke belakang

*teringat first time main bowling kat federal - nak bowl aje -
terlepas .. terus tercampak ke belakang  bowling tu...
nasib baik tak kena orang... ishhhh  gs
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 11:48 AM | Show all posts

Reply #767 sonadid's post

x confident nak join torney nie... masih belajar lagi, hook pun dapat2  buat lagi, nanti klu da bleh baling hook br la buleh join torney2 ni... xde la malu sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 02:38 PM | Show all posts
Hai... saya baru kat sini.....
Bole kiranye kita sharing2 pendapat kat sini.....
Dulu masa umur 18 tahun bole di katakan SETIAP hari main bowling...

Adala amek training sesikit.....(hooker)
Bowling ni sebenarnye ada 2 style main, 1) Bola spinner  2) Bola hook
Tapi kebanyakan pemain kebangsaan kita adalah hooker, bola hooker dan bola spinner pulak tak sama function kerana berlainan cara balingan nyer.

Saya start ngan  bola 10, 11 & 13++. 16 pound plg berat ( lum cuba lg)

Untuk yang nak main hook (balingan masuk pocket) . Biasanyer bola anda hendaklah mengikut spesifikasi hook. Bila anda beli bola hendaklah berbincang dengan  (Mamat yg drill bola)-setiap kedai bola mesti ada nyerrr tukang tebuk bola. yg sememang nyer arif dengan setting bola ikut pada tuan punyer jari.

Bola yg sedia ada di lane memang tiada setting hook. Bole juga baling ikut hook tapi ada cara balingan yg tertentu-pro saja tahu.
Tapi yg paling utama sekali apabila hendak buat balingan. Step anda wajib betul. Cara nyer anda hendaklah mengira step dari garisan tpt balingan.

Itu belum lagi bacaan dot2 di lane. Sume ada peranan nyer untuk mendapat strike. Sampai di sini saja. Sekiranye ada yg berminat akan saya sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 04:12 PM | Show all posts

Reply #775 nasuha27's post

smbg la lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 02:09 PM | Show all posts

Reply #775 nasuha27's post

bole la ajar LOVE.... minat sgt nk belajar... anyway, thanks for the tips
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2008 08:29 AM | Show all posts
'Ini pencapaian terbaik'

ZULMAZRAN masih mampu mempamerkan persembahan
terbaik meskipun mengalami kecederaan.

PEMAIN negara, Zulmazran Zulkifli menceriakan skuad boling Malaysia apabila muncul juara bagi kategori lelaki pada Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Malaysia di Pyramid Megalanes semalam.

Zulmazran bijak menggunakan kelebihan yang ada untuk menumpaskan bekas juara dunia 2003, Mika Luoto dari Finland.
Pada perlawanan akhir itu, Zulmazran mengumpul 438 jatuhan pin (224 dan 214 jatuhan pin) berbanding Louto yang sekadar meraih 371 jatuhan pin.

"Ini adalah pencapaian terbaik saya sejak menyertai kejohanan ini pada 2001. Hampir setiap tahun, saya berjaya melangkah ke pusingan step-ladder," kata Zulmazran yang pernah muncul naib juara pada tahun 2003.

Zulmazran,24, berjaya mengatasi kesakitan ekoran kecederaan pada jari tangan kanannya untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada permainan.

"Saya masih mampu memberikan persembahan terbaik walaupun terpaksa menahan kesakitan sepanjang kejohanan ini berlangsung."

Terdahulu pada pusingan suku akhir, Zulmazran mudah menyingkirkan pemain Hong Kong, Cyrus Cheung dengan 412-373.
Begitupun, dia terpaksa bekerja keras untuk menumpaskan Jason Yeong-Nathan dari Singapura pada separuh akhir.

Dalam pada itu, hajat untuk menyaksikan Malaysia menjuarai kategori wanita tidak kesampaian apabila juara bertahan, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi sekadar berpuas hati di tempat kedua.

Zandra gagal mempertahankan kejuaraannya itu selepas tewas 375-489 kepada pemain Singapura, Jazreel Tan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 06:55 AM | Show all posts
Boling: Malaysia atasi Pilihan Dunia

ZANDRA menyumbangkan satu mata buat pasukan Malaysia
selepas menewaskan Jazreel Tan di Bandar Sunway semalam.


BARISAN negara membuktikan kehebatan sebenar mereka apabila menumpaskan Pilihan Dunia (ROW) 4-1 pada saingan Piala Canon 2008 di Pyramid Megalanes, Bandar Sunway semalam.

Malaysia diwakili Daniel Lim, Kelvin Keong, Zulmazran Zulkifli, Sin Li Jane dan Zandra Aziela Ibrahim Hakimi, sementara ROW diwakili Jason Yeong-Nathan dan Jazreel Tan dari Singapura, Venessa Fung (Hong Kong), Andrew Frawley (Australia) dan Mika Louto (Finland).

Dengan kemenangan itu, Malaysia membolot AS$10,000 (RM32,038) sementara Pilihan Dunia membawa pulang AS$5,000 (RM16,019).

"Saya gembira kami menang Piala Canon. Bagi saya, ia merupakan tempat di mana kami boleh mencungkil lebih banyak lagi bakat. Kini kami temui Sin Li Jane dan Kelvin yang boleh menerima tekanan," kata jurulatih negara, Halloway Cheah.

Dalam perlawanan pembukaan yang menggunakan format one-game bagi setiap pemain itu, Daniel Lim tewas dengan 214-229 jatuhan pin kepada pemain Singapura, Jason.

Pada perlawanan kedua, Sin Li Jane berjaya menyamakan kedudukan untuk Malaysia apabila menewaskan Vanessa dengan 224-218 jatuhan pin.

Dalam perlawanan ketiga, pemain remaja negara, Kelvin menewaskan pemain Australia, Andrew Frawley, 256-211 jatuhan pin. Zandra pula menewaskan Jazreel Tan dari Singa- pura 172-160 jatuhan pin.

Zulmazran terus menceriakan peminat tempatan apabila menewaskan juara Piala Dunia 2002 dari Finland, Mika Louto dengan 222-183 jatuhan pin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 09:09 AM | Show all posts

Reply #1 azlina697's post

lama dh x main bowling

mau dekat 6 tahun agaknya

sem depan nk g main bowling la

lepas gian
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 02:53 PM | Show all posts
Salam semua,
Saya ni da lama bersara dr bowling. Jarang main.hehehehe
Suka untuk berkongsi ilmu. Pasal tak semua orang nak ajar benda2 gini. Main bowling ni sebenar yg plg susah nak konsisten (lg nk dpt average tinggi -200 ke atas). Sebabnye tgn manusia ,bukan tgn robot. hehehehe same to me....

Ok, sambung le aritu nyer borak2.
Ini amat mudah dan bole train sendiri kat umah setaip hari. (praktis tanpe bola)
Dah ok baru pakai bola.

Step biasa (4 step).
Step 1- langkah kaki knn kedpan.Tgn knn pun mula hayun bola ke dpan.
Step 2-kluorkan kaki kiri langkah kedpan plak,tgn knn mula hayun kebawah.manakala tgn kiri angkat ntuk balancing cam zandra tu.
Step 3-hah cam kedudukan zandra tu.iaitu kaki kanan langkah kedepan dan band. tgn  yg pgg bola trus hayun belakng.tgn kiri still balance.wat masa ni tak yoh le bongkok2 cam pro. biasa kan tuk step je dulu.
step 4- apalagi , kaki kiri  sliding ke depan dan  lepaskan bola anda. Make sure kaki langkah dulu baru tgn knn ikut dan lepas bola untuk dapat anjakan kelajuan bola.

Tips baling bola paling berguna-pada aku lerrr
-Bila hayun bola tu, make sure ketiak jgn buka leluassss sgt-tgn lurus
-Lepas baling tu tgn biasakan trus naik atas dan sentuh belakng kepala, like the profesional tuu haa. Hehehehehehe. Barulah tegak bola tuh. idak le ke longkang jooo

Kat tgh lane kalo korang tgk ada dot2 itam pada setiap board. Hah tu paling berguna tuk bola hook. Ada kiraan untuk dot tu sume . Termasuk bola sparring. Bola sparring bola ke dua yg di guna kalo ada pin yg masih tak jatuh yg biasanye lbh ringan dan kurang hook nyer. lg tuk attack single pin. yg ni tuk yg da pndai main hook lg yg da tahu berapa board bola die masuk. aku guna bahasa mudah.takut korang tak pahe nanti. kekekekeke

kalo yg bola tegak tu better amek dot yang paling tgh tu je.kasi hantam tgh dulu. jgn dpt split rongak tgh dah le. hehehehe

dulu aku slalu dipaksa main bola yg berat2 oleh sifu ku. walaupun aku tak terangkat. tapi lama kelamaan baru tahu. pakai ringan camno pin nak jatuh dikk oiiii. biar lane tu bergegar kkekekeke. For begginers pakai 11 pound ok. ikut la berat badan anda.

biasa diorang bawa byk bola tuk ikut kesesuaian lane. Standard 2 bj ler. First ball and seconda ball. Ha bola tu hang jgn duk main beli je. tanya ngan promoter berapa berat, apa kelebihan die. Dari yg masuk spi bola yg takde hook lnsung. Kena study bola tu dulu baru beli. pasal bola pung bukn mura wooo.
Lane pun dua jenis 1-sintetik 2-wooden.  
K see yaaa next time......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.321463 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list