CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eddysheddy

ALBUM BARU! HADIAH Daripada HATI!

[Copy link]
Post time 12-12-2007 11:02 AM | Show all posts
yg keje dekat ngan kedai muzik,pegi lah tengok skang...ala kuar kejap je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2007 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by graxier06 at 12-12-2007 10:01
kalo x jumpa gak..per kata kita ikut plan smalam..

bom src jerr...


okeh..line clear!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 11:53 AM | Show all posts
Originally posted by mekot at 12-12-2007 11:34 AM


kedai ni kat ner eh? nak je gi sini kalau tower record tu tak release lg.



ops..silap kedai2 muzik
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 12:04 PM | Show all posts
Kat mana dah ada nie??/

Tension tul...

Takyah guna SRC dah lepas nie
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 12:06 PM | Show all posts
SRC sabotaj CT???? :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 12:20 PM | Show all posts
SRC ni saje je...:@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2007 12:35 PM | Show all posts
mmg takde lagi ke...???korang tak check kedai2 muzik.skang kan tgh lunch...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 12:46 PM | Show all posts
sesaper yg p lunch skrang tu p la cek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2007 12:55 PM | Show all posts
Originally posted by icelemontea at 12-12-2007 09:36 AM



masa tu tgh dok ngorat laki tengku zoyah...cinta terlarang ni gelora asmara dia mmg hebat   


   .... sadisnya ......
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 01:20 PM | Show all posts
Kakak Tua: Bila artis popular melakukan 'jenayah fesyen'....
12-12-2007 12:25:06 PM  

AGAK berat dan susah hati Kakak Tua hendak menyentuh pasal bab berfesyen ini. Tambahan pula yang hendak ditegur itu artis ternama dan yang menegur pula bak 'tunggul berhias.'

Tapi niat di hati ini hanya sekadar menegur. Kalau baik penerimaannya, Alhamdulillah, kalau tidak terpulanglah. Lagipun bukan semua yang dicakap oleh Kakak Tua ini  diambil berat.

Lagipun, takut pula orang berkata...Tepuk dada tanya selera. Badan kita, duitpun kita punya. Orang lain hanya menjatuhkan bibir atas dan bawah - Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa!

Namun sebagai orang lama, bila ada yang menyindir dan membuat jenaka cara berpakaian Datuk Siti Nurhaliza ketika pelancaran album terbarunya baru-baru ini, tak sanggup rasanya telinga ini mendengar kata-kata kurang enak yang dilontarkan.

Benarlah kata orang tua, bunga yang harum itu ada juga durinya.

Ketika rakan sekerja memberi komen..."Siti telah melakukan satu jenayah fesyen," hati tua ini terus nekad untuk menegur bukan sekadar Siti saja tetapi pereka fesyen Riezman Ruzaini yang langsung tidak memberi nasihat kepada Siti agar melupakan niatnya untuk berpakaian begitu.


Siti telah melakukan satu 'jenayah fesyen'?

Sebenarnya ramai juga artis kita yang pernah melakukan 'jenayah fesyen' seperti Siti dan ada pula tu yang sanggup membayar ribuan ringgit untuk khidmat pereka fesyen profesional agar keterampilan kelihatan lebih anggun.

Namun kadang kala, pereka fesyen yang diharapkan itu bersikap seperti 'Tikus baiki labu' dan memandai-mandai seperti 'Siuntut dipakaikan gelang'.

Maka berjalanlah sidang akhbar yang dinanti-nantikan itu dalam suasana yang meriah. Bertambah 'meriah' apabila ramai hadirin bagai terpaku melihat busana yang melekat di badan montok Siti.

Ramai hanya mampu berkata dalam hati, kenapa dan mengapa Siti sanggup bertukar 'imej' buruk, yang sakit di mata itu. Tapi hadirin yang berhemah mengambil sikap diam dan lihat termasuk wartawan yang bagai 'terkunci mulut' bila melihat 'kehebatan' Siti yang sudah banyak berubah sejak kebelakangan ini.

Orang kata ukur baju di badan sendiri. Agaknya Siti alpa yang paras rupa dan kemontokan badannya tidak memungkinkan dia berpakaian seumpama itu. Kalau model atau artis tinggi lampai seperti Nasha Aziz, Erra Fazira atau Aleeza Kassim mungkin sesuai mengenakan busana yang dicipta itu.

Sudahlah seluar ketat dipadankan dengan tali pinggang mencecah atas pinggang, disambut pula dengan serkup kepala berselendang lace. Cukup tidak sempurna jodohnya.   

Serkup kepala begitu memang menarik dan akan kelihatan ranggi dan moden seandai pemakainya berwajah bujur sirih dan runcing dan bukan bulat macam bulan purnama.


Wajah manis Siti sebelum ini belum pernah lagi 'tercemar' dengan busana sejelek ini.

Potongan wajah 'babyface' seperti Siti tidak sesuai, tambah pula bila litup kepala disengetkan sedemikian rupa. Timbul pula rasa kasihan di hati kerana tiada seorangpun dalam hidup Siti, baik suami, kakak mahupun kakak ipar yang berani menegurnya.

Bila kita berpakaian bagai nangka masak menyasak sarung, yang menjadi bahan ketawanya kita. Alangkah tragisnya bila orang yang ditertawakan itu adalah idola satu Malaysia.

Wajah manis Siti sebelum ini belum pernah lagi 'tercemar' dengan busana sejelek ini. Selama ini, Siti cukup berhati-hati bila memilih pakaian yang akan disarungkan ke badannya. Walau pernah dilabel 'kampung' atau konservatif, semua fesyennya molek dan berkenan di mata.

Tapi sejak akhir-akhir ini, Siti mula berani 'berfesyen' dan kelihatan agak seksi kerana badan yang langsing bertukar montok dan wajah comel lebih berisi.

Penampilan 'seksi' mahupun 'berisi' yang selalu disebut-sebut oleh rakan wartawan sebenarnya terkandung banyak subteks - yang tidak mampu terucap dengan kata-kata. Adat orang kita menjaga hati agar tidak tersinggung. Bagus juga sikap yang diambil oleh ini.

Cuma jangan menjadikan kebiasaan kerana kesedapan begini hanya akan membuat artis itu terpana dan terpesona sehingga mengambil sikap 'aku hebat'.

Maka jadilah seperti hikayat dongeng "The Emperor and his New Clothes'. Yang mana akhir-akhir sekali apabila semua tertawakannya, barulah si Maharaja sedar yang dia telah menjadi bahan lawak oleh sebab sikap angkuhnya sendiri dan tiada seorangpun disekelilingnya yang berani memberi teguran.

Bila sudah jadi begini, bukan semua yang dikritik itu akan menyalahkan diri sendiri kerana ketaksuban ingin dilihat hebat dan menawan. Selalunya, 'muka yang buruk tapi cermin yang dibelah.' Harap-harap Siti tidak begitu.

Tapi jangan pula dicontohi sikap pengacara Linda Onn, sanggup tidak turun padang menjalankan tugas yang sepatutnya mengharumkan negara, kerana angkara sehelai baju 'glamour' yang dianggap tidak sesuai, kononnya ketat dan begitu seksi. Wallahualam!

KAKAK TUA: Selalu terima kebenaran kerana tak sanggup 'Kata yang benar di tidakkan, rahmat Tuhan dilarikan'


** kakkak tua telah bersuara..ya riba ya riba kakkak tua tetap tk dapat dibeli oleh siti mcm reporters lain:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 01:20 PM | Show all posts
Originally posted by ColbyRaikkonen at 12-12-2007 12:04 PM
Kat mana dah ada nie??/

Tension tul...

Takyah guna SRC dah lepas nie


alamak colby pun dah tensen...maknanya mmg kes serius lah ni..lambat bebeno nak edarkan cd.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 01:21 PM | Show all posts
Siti sedia pakai tudungOleh Hartati Hassan Basri
[email protected]

Rap
Mohon anak depan Kaabah
KEMUNCULAN Datin Seri Siti Nurhaliza Taruddin, 28, memakai skaf menutupi sebahagian rambutnya ketika majlis pelancaran album terbarunya, Hadiah Daripada Hati, bagaikan petanda akan tampil bertudung selepas pulang dari Makkah nanti.
Siti berdoa depan kaabah dikurniakan anak

Malah, gambar kulit albumnya yang hanya menampilkan wajah, menguatkan lagi petanda itu walaupun penyanyi yang popular dengan lagu Biarlah Rahsia itu masih berteka-teki mengenai penampilannya selepas bergelar hajah nanti.

揑nsya-Allah, sememangnya ada hasrat memakai tudung. Tunggulah bila saya balik nanti. Apa yang penting, saya lakukan atas kerelaan hati sendiri dan bukan kerana terpaksa atau atas desakan peminat.

揔alau saya bertudung, saya masih boleh meneruskan kerjaya seni kerana penampilan boleh buat macam-macam. Perubahan yang dilakukan juga secara perlahan-lahan.

揗enunaikan haji juga impian saya sejak dulu kerana mahu melakukannya sebelum usia 30 dan selepas mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, Allah perkenankan doa Siti apabila akan menunaikan haji tahun ini.

揚ada kesempatan ini, saya memohon maaf kepada semua yang mengenali Siti jika ada salah dan silap,
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 01:25 PM | Show all posts
mmg nak kena bom si src ni...:@ :@ :@

ish...ada yg kata dah de kat kedai2 muzik sekitar KL....betul ke????
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 01:28 PM | Show all posts
kalo org kuat kat sini dh ngamuk dh tahap serius dh nieee....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 01:37 PM | Show all posts
org2 kat sitizone pn tgh ngamuk...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 01:44 PM | Show all posts
so ada update anybody????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2007 01:58 PM | Show all posts
loh..xdek lagi ker..geng?...

aku yg dok kedah nih lagi la..

dah keliling loq staq aku pegi ke kedai2 cd sekeliannya...

haram jadah...satu pon xdak...

vcd OTAI yg original pon xmai lagi..ish2..

lambat sungguh..

nak salah sapa la nI?...

aku dah HOTZZZZZZZZZZZZZZZZZZ:@
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 02:12 PM | Show all posts
aduiii korang duit minyak kete ngan motor tue bleh claim ngan snp tak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 02:13 PM | Show all posts
lah x dpt2 lagi ker?:O
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 02:15 PM | Show all posts

Reply #798 chelita's post

kalu x leh kenapa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.698538 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list