|
Reply #761 vivirp_25's post
Tak undi abg dini pun takpe
|
|
|
|
|
|
|
|
Vote Idol 01 dan Idol 10
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #763 houdini's post
dini ni...sejak ija balik sabah ni..asyik nangis jer.... |
|
|
|
|
|
|
|
sabar dini.....kami akan vote dini..gerak gempur vote for dini!!!:pompom: :pompom: :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Dini punya pasal nanti aku usaha gi vot |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #763 houdini's post
alah busyuk busyk majuk eeh....
:pompom: dah vote dah!:pompom: :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
oh lelaki sekarang ekk?.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #770 mendonan's post
lah..terlepas lah sikit pasal tali kasut tu...ingatkan malam ni....alah...camne ni...kekawan lain tau tak?..
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #771 kekkukus's post
ada repeat malam ni kul 9 ok.. |
|
|
|
|
|
|
|
utk makluman
aku dah vote cari idol; spectacular 1
sape yg diundi ?.. rahsia
bukan yg ngam-ngam hundred tau.. yg tu tahun 2005
tapi adalah kena mengena
ngam ngam .. dot ..dot |
|
|
|
|
|
|
|
morning..
hari ni hari terakhir 2007... cepatnya masa berlalu |
|
|
|
|
|
|
|
Komen Kak Cham pasal Mawi...
Kata Teman: Kontroversi program realiti bak irama dan lagu
Oleh Hanizam Abdullah
[email protected]
KALAU sudah namanya program realiti, tak dapat tidak mestilah diselubungi dengan kontroversi. Baik Akademi Fantasia yang masih lagi mempunyai tempat di hati peminat hiburan tanah air walaupun sudah masuk musim kelima, Sehati Berdansa yang baru saja melabuhkan tirainya Sabtu lalu, One In A Million (OIAM) yang tidak kurang popularnya atau Gang Starz yang akan memulakan sesi uji bakatnya di seluruh negara sekalipun, semuanya ada cerita di sebaliknya.
Namanya pun realiti jadi pelbagai kemungkinan dan kebarangkalian akan berlaku. Paling tidak pun ia menambahkan lagi asam dan garam dalam program itu. Apatah lagi program sebegini selalunya membabitkan sistem undian yang kemenangannya ditentukan di hujung jari peminat hiburan tanah air. Selalunya juga apa yang berlaku adalah peserta yang bakatnya ala kadar saja tetapi barangkali nampak kacak dan lawa serta memiliki aura, kemenangan berpihak kepadanya.
Kontroversi terbaru dalam program realiti berlaku di pentas Sehati Berdansa apabila ada yang berkata kemenangan pasangan Vanidah Imran dan Rashidi Ishak kerana sudah ditentukan pihak Astro. Bukan tak bengkak hati pasangan itu kerana penat-penat belajar menari ada yang kata kemenangan dirancang pula. Teman harap janganlah ambil hati sangat dengan kenyataan sebegini kerana kontroversi sebegini adalah lumrah dalam program realiti.
Yang penting, Sehati Berdansa adalah sebuah program yang menarik. Bukan sekadar seronok melihat pasangan suami isteri yang sama-sama berjuang untuk mencapai satu matlamat tetapi ia juga menjadi satu platform untuk beramal apabila sebahagian kutipan hasil undian SMS itu disalurkan untuk rumah atau persatuan kebajikan. Cuma kalau ada pun yang teman tak berapa berkenan adalah apabila ia menampilkan kanak-kanak dalam pakaian yang tak berapa sesuailah.
Bolehlah menari tu tetapi ada baiknya jika kanak-kanak itu tidak didedahkan dengan pakaian yang agak menjolok mata. Bayangkan budak sekecil itu sudah dipakaikan dengan baju ketat sendat yang menampakkan perut dan pusat. Kain pula jarang dan bergelek sakan pula di pentas. Mungkin ada yang kata, mereka budak lagi yang payu dara pun tak berapa nak ada. Tetapi kalau sudah sejak kecil lagi diajar untuk beraksi separuh boleh di pentas, apa nak jadi dengan dunia kita!
Kontroversi juga melanda program OIAM yang kini sudah masuk musim kedua. Baru saja bersiaran dan mula memasuki episod penyingkiran Jumaat lalu, ada yang tak berapa puas hati dengan cara salah seorang jurinya, Syafinaz Selamat yang kononnya selalu berpihak kepada salah seorang peserta yang kebetulan pula anak saudaranya. Percayalah, Syafinaz tahu apa yang dia buat. Siapa kata, kontroversi tak akan singgah kepada individu bergelar juri dalam program realiti. Kudsia Kahar tahu sangatlah penangan jadi juri ni.
Beralih ke pentas yang lebih besar lagi, Asian Idol, ada juga yang bengkak hati dengan kemenangan penyanyi Singapura Hady Mirza sedangkan kalau ikutkan suara, ada peserta yang lebih baik lagi. Tetapi wajah macam Hady Mirza itu, anak dara mana yang tak cair melihatnya. Lalu, tak hairanlah kalau banyak undian memang berpihak kepadanya. Aah... bukan cerita baru jadi teman tak kuasa hendak mengomel panjang mengenainya.
Tak guna juga nak cerita kerana ia juga ibarat masih lagi mempersoalkan kemenangan Mawi pada musim ketiga AF. Jangan tak tahu ada kalangan yang masih lagi bengkak hati setiap kali memperkatakan mengenainya. Bukan tak ada yang sehingga sekarang masih lagi menghantar e-mel atau menelefon teman mengenai kehadiran Mawi dalam industri hiburan tanah air. Kata kalangan ini, buat apa diangkat sangat Mawi itu kerana dia bukannya bagus sangat - suara tak seberapa, rupa pun boleh tahan saja.
揔ak Cham la yang suka sangat Mawi tu... Pantang ada saja cerita mengenai Mawi, kalau tak satu muka surat tak sah. Asyik muka dan cerita Mawi saja. Baru tiga tahun dalam dunia hiburan tetapi sudah kering idea. Memang kelakar, dia nak jadi penyanyi ke atau ahli silap mata? Album pun tak berapa nak laku. Sudahlah Kak... jangan diberi sangat muka kepada Mawi tu, |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #778 kekekek\ catat
suka pulak baca komen kak cham kali ni
teguran dia pasal pakaian kanak2
dan ucapan selamat dia sempena menyambut thn baru
dan sudah tentu juga sbb komen ttg mawi tak bias |
|
|
|
|
|
|
| |
|