|
ok aku tepek citer penuh
Belum sedia bergelar pengarahOleh Nurulhisham Abdul Latiff
[email protected] Sharifah Amani mahu kumpul sebanyak mungkin ilmu pembikinan filem
PADA ketika beberapa pengarah muda sudah menunjukkan taringdalam industri perfileman tempatan, pelakon Sharifah Amani Syed ZainalRashid Al-Yahya mengaku dia belum bersedia untuk turun padang sebagaiseorang sutradara. Bukan peluang untuknya berbuat demikian tidak ada,tetapi aktres berbakat besar ini sendiri berasakan masanya belum tiba.
Paling tidak, dia mahu mengumpul sebanyak mungkin ilmupembikinan filem sebelum meletakkan dirinya pada kedudukan seorangpengarah filem. Bagi tujuan itu, sedikit demi sedikit pengetahuandikutip tatkala bekerja dalam beberapa projek sebelum ini. Terbaru, diamembantu pengarah Yasmin Ahmad, sutradara yang banyak mengangkatnamanya, mengarahkan filem Talentime.
Dan, gadis manis berusia 22 tahun ini berasakan,setiap saat yang dilalui sebagai pembantu pengarah cukup berharga buatdirinya. Daripada sekecil tugas sehingga ke tanggungjawab yangdirasakan tidak terpikul olehnya, sedaya upaya dia lakukan denganharapan semua pengalaman itu membantunya menjadi insan filem lebihberpengetahuan pada masa depan.
"Saya amat menghargai setiap pengalaman yang dipungutsepanjang bekerja bersama Yasmin. Jika sebelum ini saya hanya berlakondalam filem arahannya, kali ini, saya memikul tanggungjawab berbeza.Daripada mengangkat kamera sehinggalah tugas lebih besar, semuanya sayacuba," katanya ketika ditemui di Restoran Lemon di The Mines baru-baruini.
Baginya, tugas pengarahan bukanlah sebuah kerja yang bolehdianggap enteng. Justeru, dengan pengalaman yang masih dikira kurang,dia tidak berani terjun ke dunia itu dengan begitu saja. Selagi ilmubelum lengkap di dada, selama itulah dia tidak akan memaksa dirinyamemikul beban yang bukan ringan berkenaan.
![](http://www.bharian.com.my/Tuesday/Hip/20081021070707/mainpix2.jpg) | AMANI bersama Que Haidar. | Bukanmenolak langsung peluang yang diberikan. Malah produser David Teo turutberminat memberikan ruang untuk anak Fatimah Abu Bakar ini mengarahkanprojeknya sendiri sekiranya dia menunjukkan minat. Amani sendiridikatakan sudah pun mempunyai cerita yang ditulisnya untuk dijadikansebuah filem.
"Tunggulah sehingga masanya sampai," katanya yang bakal muncul bersama filem cinta, Selamat Pagi Cinta, pada 20 November depan.
Dalam filem itu, Amani digandingkan dengan seorang lagi pelakonmuda berbakat, Que Haidar. Manakala sebuah lagi kisah cinta dijayakanoleh Nur Fazura dan Pierre Andre. Filem yang dikatakan akan menyentuhhati ramai penonton itu diarahkan pengarah wanita muda, NorlianaShamsudin, yang masih lagi menuntut dalam tahun akhir di UniversitiTeknologi Mara (UiTM).
Penuntut Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (Seni Layar)itu juga akan mengarahkan sebuah lagi filem cinta, Cinta Alam Maya,bermula 16 November ini.
![](http://www.bharian.com.my/Tuesday/Hip/20081021070707/mainpix3.jpg) | PIERRE ANDRE dan Fazura. | Sebelumtirai 2008 dilabuhkan, lakonan Amani sekali lagi akan dapat disaksikanmenerusi filem aksi komedi Cicak-Man 2: Planet Hitam yang akan memasukipawagam bermula 11 Disember. Dalam filem arahan Yusry Abdul Halim itu,Amani diberikan peranan seorang gadis buta.
Dia juga akan menghiasi skrin panggung wayang sedikit masananti menerusi lakonannya dalam filem cinta remaja, Sayang You CanDance, bersama-sama pelakon Indonesia, Samuel Rizal, serta bakat baru,Dafi, Ebi dan Alam.
Ketika artikel ini ditulis, Pelakon Wanita Terbaik FestivalFilem Malaysia Ke-19 ini giat berlatih ilmu persilatan bagi sebagaipersiapan membintangi filem aksi pertamanya, Ransan, terbitan MerahMaya Motion Pictures. Filem terbabit bakal menyaksikan pengarahfotografi terkenal, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin, bergelarsutradara buat julung kalinya.
Selain Amani, turut membintangi filem berkenaan ialah Atilia,Aaron Aziz, Nasir Bilal Khan, Ahmad Yatim, Shoffi Jikan dan ramai lagi.
Pelakon Harapan Wanita Terbaik FFM18 ini juga tidak menolakkemungkinan drama bersiri lakonannya, Sindarela siaran TV3 disambung kemusim kedua. Dalam siri yang mendapat perhatian ramai itu, diabergandingan dengan Bront Palarae, Remy Ishak, Noorkhiriah, Ifa Raziah,Wan Sharmila dan Eira Syazira.
"Bercerita mengenai Sindarela, tentulah banyak kenangan pahitmanis yang dikutip sepanjang penggambarannya. Maklum saja, prosespembikinannya saja memakan masa kira-kira enam bulan! Ia projek lakonanpaling lama pernah saya jayakan.
"Namun, semua itu pengalaman cukup manis buat saya. Selepassekian lama bersama, pelakon dan kru sudah menjadi sebuah keluarga.Masih saya ingat, semua orang kelihatan cukup sedih apabila hariterakhir penggambaran.
"Saya dan Bront pula, memang nampak serasi di kaca TV. Tetapitidak ramai yang tahu, ada kala saya dan dia tetap bergaduh di lokasi.Yalah, apabila sudah terlalu lama bersama, macam-macam cerita yangterjadi. Tetapi, perselisihan faham antara kami tidaklah berpanjangan.Gaduh adik beradik saja (sambil ketawa kecil). Apa-apa pun, dialahantara pelakon lelaki paling berbakat yang wujud dalam industri ketikaini," katanya memuji.
Sinopsis Selamat Pagi Cinta
FILEM terbitan David Teo ini menceritakan dua kisah cinta yang berbeza.
Julia (Fazura), seorang wanita yang menderita akibat kematiansuami yang sangat dicintai. Kisahnya memaparkan bagaimana pertemuanJulia dengan suaminya berlaku, sehinggalah mereka berdua berkahwin.Ilham (Pierre Andre) lelaki yang baik dan penyayang. Julia mengenalinyadi sebuah kedai buku. Pertemuan singkat itu melahirkan 憆asa |
|