### Macam Mana Protokol Flushing Batu Hempedu ni? Nota: Ini saya guna Protokol Flushing Batu Hempedu yang paling tipikal yer. Protokol ini saya tak kaitkan dengan mana mana doktor atau influencer kesihatan lain Flushing ni melibatkan minyak zaitun, jus lemon, cuka epal, dan garam Epsom. Biasanya ambil masa dua hari je. Caranya macam ni: 1. Persediaan (1-2 hari): Minum cuka epal untuk lembutkan batu hempedu. Asid malik dalam epal dikatakan bantu lembutkan batu. 2. Berpuasa: Hari nak flushing, disyorkan berpuasa, cuma minum jus atau makan ringan je. 3. Hari Flushing: Minum garam Epsom untuk bukak saluran hempedu, lepas tu minum minyak zaitun campur dengan jus lemon sebelum tidur. 4. Rehat: Baring lepas minum campuran ni, biasanya di sebelah kanan untuk menggalakkan pengeluaran batu hempedu. 5. Esok Pagi: Sekali lagi minum garam Epsom, dan najis keluar bersama objek yang sering salah dianggap sebagai batu hempedu atau batu hempedu itu sendiri InsyaAllah.
|