CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KAULAT

Tetamu tak diundang

   Close [Copy link]
Post time 11-11-2011 12:26 PM | Show all posts
adoi! semput kejar thread nih! Tapi ceritanya menarik! Saya bersyukur sbb tak jumpa dan tak kenal sa ...
rozzelle Post at 11-11-2011 12:19



    Alhamdulilah tak pernah nampak....dan berdoa tak mahu nampak....takut terkejut terus Heart Failure.....ergg erggg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2011 12:42 PM | Show all posts
Hehehe... Tong Kiat kat mana ???
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 12:58 PM | Show all posts
Reply 751# Bella_Lun@


    memandangkan AX ni dah tua, dan memang resamnya telah menghampiri umur yang patut meninggalkan dunia ini, saya melihat seolah olah tiada bahaya atau kurang bahatya untuk mengambil risiko mati dalam proses rawatan membuang ilmu tersebut.

sekurang-kurangnya saya melihat 2 kaedah:

1-buat segala persiapan untuk mati, yakni seperti pemindahan nama untuk harta pusaka, surat wasiat, hutang piutang etc, dan mulakanlah proses pemulihan tersebut. jika pulih setelah erlantar 2-3 bulan, alhamduluillah. jika mati ketika terlantar itu, saya kira itu suatu kematian agak mulia.

2-kalau ada duit, boleh lah pergi umrah tahun depan, mislanya december atau januari ini. berdoalah, bertaubatlah di depan kaabah dan minta lah apa apa yang patut kepada Allah. boleh minta supaya Allah Taala bebaskan dia daripada ilmu tersebut, dan apa apa hajat yang difikirkan patut. kalaulah hukuman untuk melepeaskan diri dari ilmu tersebut ialah maut, saya kira maut di Mekah adalah satu kemuliaan juga, dalam kes ini.

sebenarnya tidaklah perlu sampai ke Kaabah kalau hendak bertaubat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 01:00 PM | Show all posts
Kat sini saya nak kongsi pasal kisah family besar saya.. saya pun tak pasti samaada apa yang berlaku ni disebabkan saka @pun penjaga keturunan.. kisah ni timbul baru2 ni oleh mak saudara saya sebenarnya. Dia baru je lepas ke darul syifa di Raub. Asalnye nak mendapatkan rawatan disebabkan penyakit lain. Tapi dia diberitahu org perawat disitu yg mereka tak boleh nak scan sebab ada sesuatu yang menutup, ada yang menjaga keturunan kami ni.
So, mak saudara saya ni pun bercerita lah dengan adik beradik dia.. Then dia mintak la adik beradik die pergi ke sana jugak tuk pastikan. Bile dah pergi sane, perawat tu bagitahu benda yg sama. Siap ckp benda tu asalnya dari Johor. (Kebetulannya, memang family kami berasal dari sana tp dah lama menetap di pahang).

Bile dah jadi gini, diorg pun mula la bercerita kisah2 pelik yg pernah terjadi sebelum nie. Saya mulakan dengan kisah Arwah atok saya.. mak saudara saya pernah berjumpa dia berjalan kaki dihujung kampong..  Mak saudara saya ni pun berhenti & nak tumpangkan Atok saya ni balik ke rumah la. Tapi dia jawab “xpe lah.. abah nak jalan aje”.. then m. saudara saya nie teruslah balik ke rumah. Sampai ke rumah, Atok saye nie elok je duduk kat beranda rumah sambil makan sireh!!
Masa atok saya meninggal pun ade kisah yg pelik. 3 malam berturut2 selepas jenazah dikebumikan, kami semua mendengar bacaan ayat al-quran dari bilik arwah.. tak ade sesiapa pun yang berani nak menjengok sbb pintu bilik arwah memang terbuka & memang gelap.. masing2 tak berani. Hehehe..

Mase kecik2 dulu (tak ingat umur mase tu tapi dlm 7-9 tahun la) saye belajar mengaji dengan jiran sebelah.. w/pun sebelah rumah je, tapi takut punye pasal tiap2 mlm memang berlari la nak balik rumah. 1 malam tu, mase tengah dok mencari selipar saye terpandang ke arah tiang eletrik depan rumah tok guru saye nie then nampak 1 kelibat berpakaian putih. Dada masa tu dah berdegup laju.. tapi mata ni sibuk jugak nak pandang 1x kali ke arah tu. Bile dah tengok sekali lagi, memang sah ade objek seolah pocong kat situ. Saye ape lagi terus pecut balik rumah.. sampai depan rumah, nampak abah saye berdiri bawah pokok rambutan, dlm gelap & pintu rumah tertutup.. saye siap tegur lagi “abah buat ape dlm gelap nie”.. sambil2 nak cover yg saye berlari ketakutan tadi.. Die jawab “saje”.. so, ketakutan dah reda skit.. terus masuk rumah & nak ke dapur. Mase jalan nak kedapur tu, saye mmg akan lalu bilik mak & abah saye. Mase lalu tu elok je saye nampak abah saye tengah solat!!.. tergamam sekejap & terus lari menuju dapur cari mak sye..

Ade lagi kisah2 pelik yg lain, nanti ade mase saye ceritakan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 01:13 PM | Show all posts
alhamdulillah..khatam jugak TT nie.. tahniah utk tuan tanah and chefmizan..

T pun nak share cerita pasal baby T mase tu umur dia baru 5 bulan mcm tu. Kita orang balik kg yer lah cuti hujung minggukan balik lah kg melawat family. Ptg x petang lah dalam 6.30 mcm sebb kita orang sampai kg pun dah pukul 5 lebih. tu kita orang termasuk baby lepak depan TV bentang tilam. mase tu T tengah main2 dengan junior. kebetulan anak T ni jenis kalau org tak biasa dia tak mau. tengah main-main dengan junior makcik T datang dok kat sebelah T sambil main dengan junior borak-borak dengan junior. ntah mcm mana dah dekat nak magrib lah mase tu anak T tetiba melalak. tak pernah-pernah anak T menangis mcm tu sejak dia lahir. cuak lah jugak.. ligat giler..semua orang dalam rumah tu panik lah.

kebetulan datang pakchik T ni dia suruh gie masuk bilik bawak anak T sekali. dah masuk bilik menangis lagi. lagi ligat. bagi susu tak mau. hubby dukung pun tak mo.. pastu tu T pun bedung. sambil bedung T selawat.. tak diam jugak dah sedu2 dah nangis nie. bile semua orang tanya kenapa..kenapa.. T pun angin lah.. hubby pun panik almaklumlah hubby T nie muaalaf so paham-paham lah kan.

bila baby dah nangis lama takut kene sawan pulak. x blh jadi nie T cakap dengan hubby you azan.. bila dah azan tu ader lah reda skit.. lepas tu sambung balik.. ntah macam mana lah.. yerlah sapa2 dah jadi emak mesti tahu perasaan tu mcm mana.. nak2 T nie blh dikatakan agak baran jugak.. T boleh ckp mcm nie.. "cube jgn kacau anak aku. aku tak kacau ko pun" dengan nada marah..lepas tu bacalah ayat kursi dan segala ayat yg terlintas kat kepala nie x lame lepas tu anak T senyap dah tertido. kesian tengok anak T masa tu.. tersangut-sangut dia..

T rasa pun salah satu nyer salah T jugak T sampai kg dah ptg hari tu mcm rembang.. cuaca x bagus lah.. n then mase sepanjang perjalanan tu hati mcm tak sedap..mata T dalam kereta meliar jerk tengok kiri kanan... tak tahu kenapa..

so far tu lah kali pertama dan harap2 tulah kali terakhir anak T menangis mcm tu. tak sanggup rasanya nya nak dengar.. kesian.. yg pasti hanya ALLAH yg tahu apa yg terjadi..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 02:32 PM | Show all posts
Hehehe... Tong Kiat kat mana ???
Bella_Lun@ Post at 11-11-2011 12:42



    Tong Kiat kampung cina....kat area kawasan ke jerantut...bandar koboi...hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2011 02:48 PM | Show all posts
Reply 751# Bella_Lun@


    Untuk pengetahuan Bella,kalau masa zaman AX Bella ni dorang anggap sebagai pelaris wajah.. Lebih kurang macam susuk tu la.. Cuma bezanya yang ni pakai jin,susuk pulak dijampi dan ditanam dalam kulit. Lelaki pun ada pakai sebenarnya,so tak hairan la zaman sekarang pun ramai artis lelaki yang pakai susuk tanam2 ni.. Cuma taknak la mengaibkan diorang sebab diorang mencari rezeki.. Bagaimana hasil rezeki tu biar ALLAH yang tentukan.. Kita manusia tiada hak nak menilai..

    Berkenaan bayangan makhluk hitam tu memang la diakui makhluk2 ni sesekali akan menampakkan diri diorang. Tak kira la apa jenis makhluk dan jenis pun. Diorang sekadar nak bagitau je la.. Saya sarankan pada Bella bagitau mak untuk nak buang benda ni memang susah. Memang kene ikut apa yang Bella cakap tu. Tapi buat secara mudah. Gunakan sedikit kekerasan pada AX bukan dari segi fizikal tapi mental dia.. Gunakan pendekatan psikologi. Dari penceritaan Bella bukan AX taknak buang atau takut mati tapi sebab pendamping AX tu yang mengawal dia... So cuba lagi dan sebagai keluarga kamu semua bertanggungjawab bagi memulihkan keadaan..

Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 02:51 PM | Show all posts
Tong Kiat kampung cina....kat area kawasan ke jerantut...bandar koboi...hehehe
sofiera Post at 11-11-2011 14:32



La, kat Pahang ke hahaha... Dlm otak ni dah pk kat Johor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2011 02:55 PM | Show all posts
Reply 765# mrsT


    Sekadar ingat mengingati la ye mrsT.. Lain kali bila bawa anak jalan,sampai rumah jangan terus masuk. Sebelum bagi salam,raupkan muka anak tu sambil selawat hembus pada ubun2 anak.. Bagi salam langkah masuk rumah dengan kaki kanan.. Suami pulak jangan la lekas2 sibuk nak ikut masuk. Tunggu dulu kat luar. Berdiri kat pintu menghadap ke laluan masuk pagar rumah selawat dalam hati dan hembus perlahan2 dalam 1 nafas. Bagi salam then baru masuk rumah dengan langkah kanan.. InsyaALLAH apa jua yang ikut takkan masuk sampai dalam rumah.

Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 02:59 PM | Show all posts
Reply 755# sofiera


    Yes lubuk yu... Lupa la.. Tau kan kisah lemas yang berlaku baru2 ni.. Sehingga mengorbankan beberapa orang yang lain.. Mangsa pertama tu orang kampung saya. Kawan rapat abang saya. Arwah baik oangnya dan suka sangat memancing.. Ada jugak kesah disebalik tragedi tu sehinggakan ibu saya telifon suruh saya balik.. Tolong keluarga mangsa dan beberapa orang kampung.. Macam biasa nanti malam saya cerita ye hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 03:02 PM | Show all posts
Reply 752# Bella_Lun@

tp bella kata AX tu byk mengamal ilmu kan
so pasti ke yg emak bella nmpak tu putoranggoh or dampingan lain
shiri sendri pon xberani cakap cume skdr bcakap ats ilmu yg dkongsi

kisahnya pon terbuka bile shiri mintak tlg tgkkan ayah shiri sndiri
mmg ayah pernah kena buatan org ... tp selain dr itu ayah sendiri ad mwarisi dampingan keluarga
dan masa arwah nenek, mak kpd ayah mninggal ayah yg sanggupkan menerima putoranggoh tu

disitu shiri dikenalkan dgn putoranggoh, "pakaian" bg pompuan wallahualam
nak kate penunduk spenuhnya x la tp cam mbuat somi syg camtu je la kot ...
knp shiri ckp puoranggoh itu cam penanggal

sbb pernah satu malam shiri mimpikan kawan pompuan shiri dtg dalam keadaan bogel separuh badan
dtg duk dalam pelukan shiri ... tp ap yg shiri nmpak cume dari kepala smpai pinggang
so bile shiri asyik tpikirkan mimpi tu berhari2 shiri rujuk pada guru shiri

dia la yg bgtau itu la penanggal, tp bukan budak itu, just dy mewarisi saka penanggal itu
dan katenya penanggal itu la putoranggoh
Penanggal/putoranggoh itu bersifat penggoda & charming
n pemilik dy mudah & disenangi .... wallahualam ...

maaf dari shiri kalau ada yg tersilap kata ....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 03:02 PM | Show all posts
Reply 764# CikTomei


    Penjaga keturunan cik ni pada perkiraan saya SAKA.. Sebab suka klon2 ni saka hantu raya je..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 03:10 PM | Show all posts
Reply  Bella_Lun@


    memandangkan AX ni dah tua, dan memang resamnya telah menghampiri umur y ...
jerangkoong Post at 11-11-2011 12:58


Salam jerangkoong...

Mmg la AX ni dah tua, tp hati sentiasa muda hahaha... Sebab masa dia muda2, kategori nakal2 jugak la dia ngan gang dia ni.
So dr muda ilmu dia tu dah dibiasakan dgn 'kenakalan' so sampai ke tua la perangai tu macam org muda.
Kadang2 datang keinsafan dia secara tiba2 (cthnye 3 tahun lepas dia menderita sakit slipped disk sampai kena operation), time tu baik kejap.
Bila dah lepas operation, balik ke perangai asal.
Org sekeliling yang dah tahu perangai dia ni, famili dia mmg dah nk kata surrender pun ye jugak.
Yang tahu ttg dia ada pakai ilmu ni pun tak ramai.
Yang taktau ni kutuk2 dia seolah-olah dia sendiri yang jahat yang taknak berubah bla bla bla...
Yelah, org bukan paham sgt kan bende2 mistik macam ni lebih2 lagi masyarakat moden skang ni.
AX ni pun actually bukan calang2 orang jugak.
Dia bekas pengetua, so mmg org kata bangsa pendidik yang ada otak la.
Tp tulah kan, bila diri dah dikawal ilmu tak elok...

Satu lagi jerangkoong, AX ni sendiri saksikan dgn mata dia, alami sendiri masa arwah ayahnye meninggal. Derita berbulan jugak la sakit, pastu bila diubatkan genap seminggu arwah kembali ke rahmatullah.
Bella pun saksikan dgn mata kepala sendiri masa arwah nak meninggal. Itu nanti Bella cite kan kemudian ye.
AX takot kot dgn cara kematian macam tu... Plus bende tu masih kuat kawal diri dia...
Ntahlah... AX skang macam dipulaukan pun ade.
Famili sedara mara macam dah tak amik kisah sgt pasal dia... Bukan pulaukan la kot tp lebih kepada dah taktau nk buat ape, sebab bende ni buka setahun dua, tp dah berlarutan smpi berpuluh tahun !!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 03:13 PM | Show all posts
Reply  sofiera


    Yes lubuk yu... Lupa la.. Tau kan kisah lemas yang berlaku baru2 ni.. Sehin ...
chefmizan Post at 11-11-2011 14:59



    Wahh...kan2 dah ungkit cerita ada pulak kesah sebaliknya.....kami sabar menanti...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 03:27 PM | Show all posts
Reply  Bella_Lun@


    Untuk pengetahuan Bella,kalau masa zaman AX Bella ni dorang anggap sebag ...
chefmizan Post at 11-11-2011 14:48


Yup, betul la tu Chef... AX ni siap kuatkan ilmu dia dgn menuntut lagi.
Agaknye masa tu muda2, gang2 pun sama jenis yang nakal.
Diaorg tak pk yang ilmu2 ni akan datangkan mudarat bila tua nanti.
Tp kan, Al-hamdulillah la... Gang2 AX ni yang lain2 nyer bila dah masuk umo 40 ke atas tu masing2 dah berubah.
Masing2 dah kawen ada anak bini, mmg berubah lah...
Cuma tinggal AX sorang2 je lagi sebab AX ada basic ilmu yg power sikit kan.
Bukan takde gang2 AX yang tolong sama nasihat AX utk berubah, tp AX ni amik jalan jauhkan diri dr diaorg.
AX ni akan cari kawan yang tak kacau peribadi dia, yg tak membebel kat dia.
Bella raser actually kawan2 AX taktau pun yang AX ni ada ilmu yang satu tu, so dia ingat AX ni menuntut ilmu yang sama ngan diaorg dulu je.

Mmg AX ni ada kot pakai ilmu pewaris wajah pasal ramai je perempuan yang terpikat ngan AX sampai dia slalu tak balik rumah dan lupa anak bini.
Tp yang bestnye ramai org jumpa AX ni dgn pompuan lain tp diaorg ingatkan AX ni dgn wife sebab AX ni cari scandals semua lebih kurang muka wife dia je hehehe...
AX ni pun suara, mak aiii... Sedap org kata smpi org gelarkan suara Broery Marantika.
Kalu menyanyi lagilah, cair........

Pastu lagi satu 'kelebihan' AX, biasanye kan kalu org nak marahkan dia kalu dia tak balik umah lama kan, orang dah marah berapi-api.
Tp bila AX balik, dan depan mata diaorg terus tak jadi marah sangat... Ada sorg pengubat cakap, jgn tenung mata AX kalau nk cakap sebab mata tu la yang simpan ilmu dia jugak huhuhu...

Wallahu'alam
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 03:29 PM | Show all posts
Reply 769# chefmizan

hheheheee..insyaALLAH akan di amalkan sian kat anak. yg T tahu kalau baru balik dr jalan jauh2 sebelum masuk rumah duduk kat luar dulu. jgn masuk rumah.

makacih lah chef
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2011 03:30 PM | Show all posts
Reply 771# shiri


    Tak jadi masalah shiri.. Disini kita berdiskusi.. Bukan mencari salah silap orang.. Kita berkongsi segala ilmu yang ada buat tatapan semua.. Yang baik jadikan amalan,yang buruk jadikan sempadan..

Wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 03:34 PM | Show all posts
Reply  Bella_Lun@

tp bella kata AX tu byk mengamal ilmu kan
so pasti ke yg emak bella nmpak tu  ...
shiri Post at 11-11-2011 15:02


shiri... Mungkin kita berbicara pasal 2 bende yang berlainan kot.
Yang Bella maksudkan di sini dan Chef betulkan ejaan adalah putarroungas...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 03:35 PM | Show all posts
Reply 775# Bella_Lun@


    saya tidak ingat sama ada kisah berikut ini diceritakan oleh tuan punya tubuh sendiri, atau diceritakan oleh rakan sekerja beliau. andaikanlah ia diceritakan oleh tuan punya tubuh yang kita gelarkan sebagai Ali.

Ali bekerja sebagai seorang pencuri. saya tidak tahu sama ada Ali ada mempunyai pekerjaan yang lain atau pun tidak. Ali bukan pencuri biasa, beliau seorang pengamal ilmu hitam.

Kehebatan ilmu hitam yang dimiliki oleh Ali ialah, beliau mampu untuk memasuki mana-mana ruang yang dapat dimasuki oleh cahaya, walaupun sekadar sebesar lubang jarum. oleh yang demikian, beliau lazimnya dapat masuk ke mana-mana rumah kerana biasanya di mana mana rumah pun ada bahagian yang dapat dimasuki cahaya. saya tidak pasti sama ada peti besi direka kedap cahaya. jika kedap cahaya, mungkin Ali tidak dapat masuk.

dengan ihsan Allah, Ali dikurniakan hidayah dan insaf lalu meninggalkan pekerjaan mencuri itu.

Ali mula mendekatkan diri kepada Allah, melaksanakan perintah-perintah Allah, memelihara solat berjamaah di masjid/surau, membaca dan mendengar hadis-hadis, membaca al-Quran, melapangkan masa untuk berzikir setiap pagi dan petang, menghidupkan malam dengan tahajjud etc, menghidupkan sunnah-sunnah Nabi dalam dirinya etc.

Ali menceritakan bahawa seringkali beliau bermimpi, suatu makhluk cuba menghampirinya (saya rasa ini adalah jin ilmu hitamnya itu) dan cuba untuk memaut tangannya tetapi semacam terdapat suatu perisai ghaib yang menghalang jin tersebut daripada menghampiri Ali. pendek kata , di dalam mimpinya, jin itu tidak dapat mendekati Ali walaupun berkali kali mencuba.

mimpi itu berlaku selama beberapa malam, saya tidak ingat jumlah yang tepat, mungkin saya tidak diberitahu akan jangka waktu sebenar. mungkin berminggu minggu. mungkin beberapa malam sahaja. cuma yang saya ingat, "selalu".

akhirnya, Ali tidak lagi didatangi mimpi tersebut, mungkin jin tersebut telah berputus asa untuk kembali kepada tuannya.

saya tidak pasti sama ada Ali masih hidup ketika ini. namun rakan-rakan sekerja yang lain, ada yang telah kembali k mengadap Ilahi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 03:36 PM | Show all posts
Reply 777# chefmizan

begitula seadanya chef ... niat sy pon skdr berkongsi ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.081381 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list