CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
 Author| Post time 13-8-2012 02:27 PM | Show all posts
Wajah muram Alya di pandang lama. Timbul rasa kasihan dengan masalah yang dialami oleh Alya. Sudah beberapa kali Alya mengadu kepadanya tentang masalah yang sama, tetapi kini semakin teruk. Sanggup pula tunangnya menaikkan tangan ke muka.Tapi, Fandi tidak mampu melakukan apa-apa. Alya tunangan orang, Segala keputusan terletak di tangan Alya, dia cuma mampu menasihati. Walaupun Alya bukan lagi kekasihnya, tapi Fandi masih mengambil berat perihal Alya atas dasar persahabatan.

Terdetik seketika di hatinya kenangan saat indah sewaktu bersama dahulu tetapi segera dipadamkan. Fandi akur dengan ketentuan yang dia dan Alya tidak berjodohan. Takdir itu diterima dengan hati terbuka. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya.

“Yaya buntulah An” Alya berkata.

“Fikirlah masak-masak. Ini masa depan Yaya. Kahwin bukan untuk sehari dua” Fandi memberikan nasihat ringkas. Air kopi ais di dalam gelas di sedut lagi.

“Lebih baik Yaya berbincang dengan keluarga. Perkara ni serius. Berapa lama lagi Yaya nak simpan?” Alya menganggukan kepala.

“Nantilah, Yaya bincang dengan ayah, dengan ibu. Yaya cuma takut ayah dengan ibu sedih”

“Pak Zain dengan Cik Mai akan lebih sedih kalau dapat tahu, lelaki yang sepatutnya melindungi Yaya rupanya kaki pukul” Fandi membalas. Alya menarik nafas lagi, berat.

“Thanks An, sebab masih sudi nak berkawan dengan Yaya”

“Kita dah lama berkawan. Yaya tetap akan jadi kawan An sampai bila-bila”

“Yaya….” Alya menarik nafas sebelum meneruskan kata-katanya.

“Yaya betul-betul nak minta maaf dengan An. Yaya tak patut buat An macam tu. Yaya tak patut tinggalkan An” Fandi mengeluh. Ucapan maaf sudah acapkali di dengari dari mulut Alya.

“Cukuplah tu Yaya. Dah banyak kali Yaya minta maaf. An terima semua tu. Kita dah memang tak ada jodoh” Alya tersenyum hambar.

“Isteri An sihat?” Alya menukar tajuk.

“Sihat”

“An macam mana dengan dia?”

“Sedang berusaha”

“Usaha? Usaha apa?”

“Memikat hati isteri” Fandi tersenyum lagi apabila menuturkan ayat itu. Tidak perasan yang wajah Alya semakin muram. Yang sebenarnya, Alya mengharapkan jawapan yang berlainan keluar dari mulut Fandi.   

“An…”

“Ya?” Alya mendiamkan diri. Dia sudah menyusun ayat yang hendak dikatakan sejak awal tadi tetapi nampaknya, lebih baik dipendamkan saja.

“Yaya, kenapa?”

“Tak ada apalah”

“Cakaplah. Kalau An boleh tolong, An tolong” Alya mengeluh.

Jangan Alya. Dia sedang berbahagia sekarang.

“Yaya..” Fandi memanggil lagi lalu tersenyum.

Mungkin tak salah aku mencuba.

“Yaya…” Fandi memanggil lagi.

Alya menarik nafas panjang, mengumpul kekuatan untuk berkata-kata.

“An” Fandi mengangkat kening.

“Kalau Yaya cakap, Yaya masih sayangkan An, boleh tak An terima Yaya balik?” Senyuman Fandi pudar.


*****************************************************
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2012 02:30 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-8-2012 02:27 PM
Wajah muram Alya di pandang lama. Timbul rasa kasihan dengan masalah yang dialami oleh Alya. Sudah b ...

Grrrrrr.awat la perempuan ni lagu ni:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2012 02:51 PM | Show all posts
“Assalamualaikum” Fandi memberi salam apabila melangkah masuk ke dalam rumah. Sunyi. Kereta BMW milik Datin Haryati tiada jadi Fandi mengagak yang kemungkinan ibu bapa mertuanya keluar berdua.

Mana Sofea? Fandi tercari-cari. Jam di tangan di pandang sekilas, menunjukkan pukul sembilan setengah malam. Tiba-tiba Fandi berasa bersalah pula walaupun dia sudah memaklumkan lebih awal pada Fifi yang hari ini dia akan pulang lewat dari biasa. Cuma, dia tidak memberitahu Fifi sebabnya.

“Mak Ton” Fandi menegur Mak Ton yang ketika itu sedang membasuh pinggan di dapur menoleh.

“Baru balik Fandi?”

“Iya Mak Ton”

“Sofea mana?” Laju sahaja pertanyaan itu keluar dari mulutnya.

“Lepas makan tadi dia terus masuk bilik” Fandi mengangguk.

“Kamu nak makan ke Fandi?”

“Nantilah Mak Ton, saya nak mandi dulu”

“Ha, iyalah” Mak Ton menjawab, meneruskan kerjanya.

Fandi segera bergerak menaiki tangga. Di hadapan pintu bilik Fifi, Fandi berdiri kaku. Akhirnya, Fandi mematikan niatnya untuk mengetuk pintu. Lebih baik dia mandi dan bersolat dulu.

********************************************************
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 03:08 PM | Show all posts
FANDI cepat pikat SOFEA balik...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 03:11 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-8-2012 02:51 PM
“Assalamualaikum” Fandi memberi salam apabila melangkah masuk ke dalam rumah. Sunyi. Kereta BMW mi ...

konon konon saspen lah tu kan? :@





Fandi cepat mandi dan solat! Peluang ni... datin ngan datuk x ada
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 03:17 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 13-8-2012 03:11 PM
konon konon saspen lah tu kan?

Okeyyy setuju..
NIcki NEXXXXXXXTTTTTTTTTTTT

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-8-2012 03:24 PM | Show all posts
Tok Tok

Pintu bilik Fifi di ketuk perlahan. Tiada sahutan. Sekali lagi Fandi mengetuk pintu. Masih lagi penghuninya mendiamkan diri.

“Isk, takkanlah budak ni merajuk lagi?” Fandi mengeluh sendiri. Klik. Tombol pintu bilik Fifi di tekan ke bawah.

Nasib tak kunci. Fandi melangkah masuk perlahan-lahan. Hanya cahaya malap lampu tidur menerangi bilik ini. Fifi sudah pun berbaring di katil sambil menutupkan mukanya dengan bantal kecil.

Awalnya tidur....

Sebiji mug yang berisi susu di letakkan di meja kecil.  Fandi duduk di atas katil, di sebelah Fifi. Secara berhati-hati, bantal kecil yang menutupi wajah Fifi di alihkan perlahan-lahan, tidak mahu lena Fifi terganggu.

Bantal kecil yang menutupi wajah comel itu basah dengan air mata. Kening Fandi berkerut. Nampaknya, Fifi menangis sehingga tertidur. Kenapa dia menangis?

Apa lagi masalah dia? Rambut Fifi yang terurai menutupi separuh mukanya di tolakkan ke atas, menampakkan sisa-sisa air mata yang telah kering di wajah pemiliknya. Wajah itu di tatap untuk kesekian kali. Sudah agak berisi tetapi masih comel di pandangan mata. Fandi mengusap lembut wajah Fifi, dari pipi turun ke bibir. Fandi menarik nafas, cuba untuk tidak memperdulikan degup jantungnya yang kian lama dirasakan kian laju .

Perasaan simpati yang di rasai di awal pernikahannya telah mula bertukar menjadi sayang. Memang benar, hatinya sudah mula mengasihi Sofea, gadis yang telah terlanjur kerana cinta. Gadis yang dinikahinya atas nama kontrak. Hatinya yang pernah dihancurkan Alya seolah-olah sembuh dengan sendiri setelah mengenali Sofea Raihana. Kini, dia sedang cuba untuk merawat luka di hati Sofea pula, bukan kerana harta tetapi kerana dia sememangnya sudah jatuh cinta.

Gila? Tidaklah. Sofea itu isterinya. Biarlah apa orang nak kata. Dia tidak mahu ambil kisah. Tidak salah untuk dia menyintai isterinya sendiri biarpun terpalit sejarah hitam dalam hidup Sofea.

Tapi, apakah Sofea Raihana juga berkongsi perasaan yang sama? Ataupun, dia masih teringatkan Shah?

Sedikit sebanyak, hati Fandi disapa api cemburu. Tidak rela sekiranya Sofea Raihana terkenangkan lelaki lain, melainkan dia, suaminya yang sah. Hendak bertanya, Fandi tidak sanggup. Bimbang sekiranya Sofea terasa hati. Rasa cintanya  pada Sofea Raihana tidak mampu diluahkan dengan kata-kata, tidak tahu kenapa. Ianya dizahirkan dalam bentuk perlakuan, mengharapkan Sofea mengerti bahawa telah wujud rasa kasih dalam dirinya.

Kenapa dia menangis? Sekali lagi, soalan itu menerjah fikiran. Adakah Sofea marah padanya? Fandi menggelengkan kepalanya sendiri. Last edited by Nicki_Meow on 17-9-2012 11:18 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 03:29 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-8-2012 03:24 PM
Tok Tok

Pintu bilik Fifi di ketuk perlahan. Tiada sahutan. Sekali lagi Fandi mengetuk pintu. Masi ...

Fifi marah la tu .. fandi ni x paham2 lagi.. dah balik lambat .. fifi x minum susu lagi tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2012 03:32 PM | Show all posts
redsentra posted on 13-8-2012 03:29 PM
Fifi marah la tu .. fandi ni x paham2 lagi.. dah balik lambat .. fifi x minum susu lagi tu...

Teeeettttt! Salah!
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 03:34 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-8-2012 03:32 PM
Teeeettttt! Salah!

ooo salah ek... mesti fifi keluar & terserempak fandi & yaya....

Yaya nama ko x seganding fandi la....fandi & fifi baru la gandingan baikpunye
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 03:40 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-8-2012 03:32 PM
Teeeettttt! Salah!

Dia terjumpa fandi ngan si yayaaaaa keeeeee???




:@geram ngan si yaya

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2012 03:44 PM | Show all posts
freddianza posted on 13-8-2012 03:40 PM
Dia terjumpa fandi ngan si yayaaaaa keeeeee???

Teeeettttt! Salah jugeekksss

Teka lagi...teka lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 03:46 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-8-2012 03:44 PM
Teeeettttt! Salah jugeekksss

Teka lagi...teka lagi.....

Teringat kat sharkk ke?rindu kat fandiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2012 03:51 PM | Show all posts
Secara tiba-tiba, pandangan mata Fandi terarah kepada telefon bimbit Fifi yang berkelip-kelip. Tiada bunyi deringan kerana telah diprogramkan ke ‘silent mode’. Dengan rasa ingin tahu, telefon bimbit itu di capai. Nombor tanpa nama terpapar di skrin. Dahi Fandi berkerut lagi. Akhirnya, kelipan itu padam. Fandi menjeling Fifi sekilas, rasa ingin tahunya membuak-buak. Telefon bimbit di periksa. Terdapat 23 panggilan tidak berjawab dan 17 pesanan ringkas dari nombor yang sama.

Siapa ni?

Kotak pesanan ringkas di buka satu persatu.

Sayang, please pick up the phone.

I know you miss me too.

Sayang, I miss your smile, miss your lips, miss your kiss, miss the way you…

Fandi tidak sanggup membacanya lagi. Segera kotak pesanan ringkas di tutup. Nafasnya mula turun naik.

Telefon kembali berkelip-kelip menandakan ada panggilan masuk.

Fandi menekan butang ‘answer call’ tetapi tidak bersuara.

__________________________________________________________________
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 03:54 PM | Show all posts
Okeyyyy.diaorang ni seyes kena luahkan perasaan kalau tak sampai bila-bila pun statik kat situ juugakk..




Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 04:00 PM | Show all posts
Fifi nangis sbb.... fandi g dating ngn yaya la.. hehehee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2012 04:02 PM | Show all posts
“Sayang, thank you so much. I know you will finally answer my call. I still love you” Tanpa menunggu sapaan, Shark terus berkata. Agak lega kerana panggilannya berjawab kali ini setelah di cuba berkali-kali

“Shah?” Suara yang kedengaran di hujung talian bukan suara Fifi. Kening Shark berkerut.

“Siapa ni?”

“Ada apa kau telefon Sofea?” Suara di hujung talian kedengaran keras.

“Kau siapa, suami Fifi?”

“Ya, aku suami dia” Shark tertawa sinis.

“Kau boleh ceraikan dia lepas dia bersalin. Aku akan jaga dia. Kau tak payah menyusahkan diri lagi” Shark membalas.

“Kau dengar sini baik-baik. Aku taknak kau call Sofea lagi, sms, atau hubungi Sofea dengan apa cara sekalipun. Sofea bukan patung yang boleh kau mainkan, buang dan kutip sesuka hati. Dia ada perasaan!” Kata-kata itu membuatkan Shark panas hati.

“Hoi, berani lu cakap dengan gua macam ni? Lu tau gua siapa?” Shark menengking. Siapa lelaki ini hendak memberi nasihat kepadanya?

“Hello bro. Ada gua kisah? Gua tak tahu lu siapa dan gua tak nak tahu pun lu siapa. Yang penting, lu jangan cuba ganggu Sofea lagi”

“Eh, lu dengar sini..”

“Tak! Lu yang kena dengar cakap gua. Lu tak payah nak susah-susah kutip sampah yang lu dah buang dulu. Sampah tu tak ada harga pada lu tapi pada orang lain, harganya tak ternilai”

“Lu…”

“Get lost lah bro!  Sofea tak perlukan lu dalam hidup dia. Dia ada keluarga yang sayangkan dia, dan keluarga dia bukan lu!”

Talian di putuskan. Shark termengkelan. Dia cuba mendail lagi tetapi nampaknya telefon telah di matikan.

Sial! Sekali lagi Shark menyumpah.

Memang sengaja cari nahas! Kau belum tahu lagi siapa aku! Shark bernafas kasar. Telefon bimbitnya di campakkan saja ke lantai lalu dia bangun menuju ke beranda. Shark menebarkan pandangannya ke kota lumpur yang disinari cahaya lampu dari tingkat 17.  Kemudian, dia mengeluh lalu matanya dipejamkan.

___________________________________________________________________
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 04:05 PM | Show all posts
Nicki boleh tak gua nak lagi entri dari lu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2012 04:08 PM | Show all posts
freddianza posted on 13-8-2012 04:05 PM
Nicki boleh tak gua nak lagi entri dari lu

Lu apahal lak?




Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 04:09 PM | Show all posts
gua pun mau lagin3 dari lu la nicky
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.247048 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list