CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KAULAT

[BEST]Tetamu Tak Diundang- Volume 2 - KAULAT.

[Copy link]
Post time 17-6-2014 09:15 AM | Show all posts
chooper posted on 16-6-2014 09:14 PM
kene tabah.x boleh buat takot nnt lagi rasa takot.. banyak sgt cerita seram aku nih.. . setiap  ...

oii.. cerita la lagi.. pastu tiap kali cite jgn lupa tag aku tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2014 09:16 AM | Show all posts
KAULAT posted on 13-6-2014 02:52 PM
hai hest..
betul tu...kat sini boleh cerita jee apa yang nak cite...
yang penting iklas cerita.. ...

hai kaulat... mano poie lamo ilang?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 09:48 AM | Show all posts
cuus posted on 13-6-2014 10:54 AM
Kisah ni berlaku waktu tu ayah gi Kuala Lumpur ada mesyuarat...tinggal laa kami 6 beradik ...

cepat la cite cuss
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 10:44 AM | Show all posts
hest posted on 17-6-2014 09:15 AM
oii.. cerita la lagi.. pastu tiap kali cite jgn lupa tag aku tau

ini kisah aku,, baru lagi berlaku.. dalam tahun ni jgkla.. pada satu weekend tu aku dgn kakak aku pegi umah sedara aku kat nilai.so.otw balik hantar aku rumah sewa, kitaorg p mkn dulu.dlm otw nk balik kak aku asyik dahaga je,aku pulak sakit tekak,tp buat x tau je la. smp kedai mkn,kami turun dari kete,pelayan tu tgk je kami smp abeh mkn.. esoknya kakak aku demam, aku pulak x de suara. so, kakak aku cite kat abg aku, and abg aku dah syak kami kene sampuk sbb abg aku nmpk muka kakak aku buruk gile masa smp rumah.(aku dah sampai rumah sewa time tu). so,abg aku ni ustaz,so rukyah la sikit.alhamdulillah,, aku mmg x de suara dan badan letih nk tido je.isnin mlm,abg aku call srh psg al-quran sbb aku 'terkena'... selasa mlm, abg aku dtg ambk kat umah sewa aku dan die turun je dr kete dan peluk aku,aku terus jatuh jelepok kat tanah dan menangis. masuk kete, aku terus menangisla.. tp kuat jgkla benda dlm badan aku sbb x nak keluar.. 2x azan baru ok.. abg aku ckp muka aku pun buruk jgk time tu.. sepatutnye aku buat rukyah kat umah tp abg aku x leh drive sbb benda tu kuat,so buat kat tepi jaln dlm kete.otw nk ambk aku, abg aku diri bulu roma sbb maybe tahu ada hantu kat aku, hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 10:59 AM | Show all posts
ayucoco posted on 12-12-2012 02:16 PM
awk penah kna sihir ke??
teruk tul la manusia y main dgn sihir ni..
pentingkn diri btul..

xtau la penah ke tidak
tp ade kwn yg bley nmpk benda ni
penah nmpak lembaga hitam belakang saya
bila die cube communicate dgn benda tu
benda tu diam jek

pastu penah la gak g berubat 2-3 tempat
sbb ade yg ckp ade org buat sy
kasi nmpk mcm mayat hidup
sbb tu lelaki xde yg suke sy
tp sy tak rasa ade gangguan ape2 pn
tu yg xpaham

g darul syifa
die cakap xde pape
mgkin jodoh sy xsampai lg
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 09:13 PM | Show all posts
Assalamualaikum w.b.t..
Salam Ramadhan Al-Mubarak buat teman-teman semuanya..
Mohon maaf kerana mengambil masa yang lama untuk update sambungan cerita sebelum ni..
Sempena bulan baik ni saya kongsikan buat santapan teman-teman disamping sajian berbuka tadi..
Anggap la cerita ni dessert buat teman-teman semua dimalam jumaat yg barakah ni..

Peristiwa ni berlaku di Mersing sekitar bulan 9/10 tahun lepas. Malam kejadian tu adalah malam bagi meraikan hari terakhir seorang pendidik. Kejadian ni sebenarnya tak disengajakan pun.

Malam tu sekitar jam 10 saya sampai ke institusi terbabit dari KL. Sampai disana macam biasa saya disambut oleh kenalan serta tenaga pengajar yang lain. Sembang kosong mengenai telatah dan ragam anak didik serta berbual kosong. Sembang punya sembang jam ditangan dah hampir pukul 1 pagi.

Memandangkan esok agak sibuk jadi saya pun ambil keputusan untuk ke bandar nak cari bilik. Kenalan lain dah mula beransur pulang ke kuarters tempat tinggal mereka. Sampai dipintu keluar institusi, saya ditahan oleh pengawal keselamatan. Dalam berbisik beliau memohon bantuan saya untuk berbincang sesuatu.

Saya pun parking semula kereta dan terus mendapatkan pengawal tadi. Saya diminta untuk duduk sebab ada banyak perkara sebenarnya nak dibualkan. Oleh kerana saya dah lama tidak ke institusi terbabit saya pun layankan sahaja. Beberapa perkara diutarakan termasuk kes terbaru mengenai gangguan 'Pocong' dari luar.

Saya terus bertanyakan kedudukan tempat 'Pocong' tersebut selalu muncul. Saya dibawa oleh ketua pengawal tersebut ke kawasan belakang hostel pelajar perempuan. Melihatkan kawasan tersebut saya pasti ada 'ramai' lagi makhluk yang tak diundang melepakkan diri disitu. Memandangkan fokus utama saya adalah kepada 'Pocong' maka usikan serta kedatangan 'tetamu' lain tidak saya hiraukan. Untuk makluman teman-teman di kawasan institusi terbabit bukan sahaja semulajadi ada 'makhluk' ini malahan dikalangan pelajar sendiri pun ada yang membawa.

Saya ditunjukkan oleh ketua terbabit mengenai lokasi selalunya 'Pocong' tersebut memunculkan diri. Namun pada malam itu saya merasakan suasana serta angin bayu malam itu sangat berlainan daripada biasa. Firasat saya menyatakan ada sesuatu yang tak elok akan berlaku. Kawan saya bersama ketua tadi saya dindingkan sementara saya berusaha untuk halau 'gangguan' pada mereka.

Merasakan badan saya yang kepenatan saya sarankan untuk kami kembali ke kereta. Malangnya kami ketika hendak melangkah pergi didatangi oleh warden serta pegawai kanan institusi. Mereka berasa senang hati untuk menyertai kami ketika itu. Mereka berdua meminta untuk saya cuba memanggil 'Pocong' terbabit menunjukkan diri memandangkan seumur hidup mereka tidak pernah melihat makhkuk itu. Allahuakbar. Saya cuba mengelak namun kawan saya juga berpihak kepada mereka.

Sebelum panggilan dijalankan saya pagari mereka semua didinding kuarters bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Manakala saya pula menyiapkan diri sebaiknya kerana naluri saya kuat mengatakan kedatangan saya ini membuatkan segelintir 'makhluk-makhluk' yang berada dipersekitaran institusi terbabit tidak senang. Panggilan pertama dibuat. Keadaan dikawasan kami berdiri berubah dengan serta merta. Angin kuat, guruh dilangit berdentam dentum malahan mereka merasakan bumi seakan sedang bergegar. Namun saya gagal.

Panggilan kedua dibuat. Juga berkeadaan yang sama tapi kali ini hujan renyai turun. Langkah seterusnya saya ambil walaupun badan dah terasa terlalu penat. Saya teruskan panggilan ketiga yang mana panggilan ini memerlukan saya menampar permukaan tanah sehingga 'Pocong' terbabit muncul.

Dalam kesamaran serta rembang cahaya malam itu 'Pocong' terbabit muncul betul2 disebalik pokok dihadapan kami. Dengan mata yang merah menyala serta wajah yang hitam 'Pocong' terbabit merenung tajam kepada kami berlima. Kawan saya yang pada mulanya juga dikategorikan bersemangat untuk menyaksikan juga akhirnya tersembam menyembah bumi.

Kemunculan 'Pocong' terbabit yang hampir 1 minit cukup membuatkan warden tadi juga pitam walaupun 'Pocong' terbabit tidak melakukan sebarang tindakan diluar jangka. Akhirnya 'Pocong' terbabit berlalu setelah usahanya untuk masuk ke kawasan kami gagal. Setelah memulihkan semangat serta keadaan kawan saya dan warden, mereka kemudiannya dibawa ke kereta untuk rawatan susulan.

Semenjak kejadian itu tiada lagi kelibat 'Pocong' terbabit dikawasan institusi itu lagi.. Alhamdulillah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2014 01:43 AM | Show all posts
assallammualaikum chef,,....lamenye menghilang,...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 09:02 AM | Show all posts
Chef baca cerita chef ni buat manja teringat kembali. Apa yg chef cerita tu memang benar. Muka pocong tuu memang hitamm sessgt. macam muka terbakar sungguh. Walaupun dah  hampir 5 tahun berlalu,,manja sampai skg tetap tidak dapt lupa muka makhluk itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2014 05:22 PM | Show all posts
assalammualaikum...

cheff ada...seronok baca cerita cheff...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
macam tau je institusi yang mana.. sebab ada anak sedara pompuan baru habis belajar sana..
kaau betullah
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 09:50 AM | Show all posts
assalammualaikum..

cuus nak kongsi cite niii
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 10:00 AM | Show all posts


Ok ni cuus nak sambung cie lagi..bolehkan abang kaulat...
            Ni cite pasal ayah cuus...ayah memang selalu balik lambat kadang2 sampai pukul 1-2 pagi.. maklum la ayah jaga ladang,kadang2 ada majlis kenduri,rewang ke,mesyuarat ke mesti ayah kena hadir dengan kata lain tayang diri tu yang selalu terlajak sampai tengah malam tu...
           Ada satu malam tu,ayah dapat jemputan kenduri arwah,ada seorang peneroka tu meninggal dunia pagi tu,sebelum tu pun ayah dah datang ziarah masa nazak...kebetulan malam jumaat pulak tu..nak taknak ayah kena pegi bukan apa, lagi pun dah anak arwah bersungguh mengajak,ayah Tanya kat kami adik beradik ada sesiapa  nak ikut dia...sorang pun taknak ikut tu yang ayah pelik..biasanya kami berebut nak ikut..
           Sebenarnya bukan apa,kenduri  arwah malam...maknanya tak boleh main kat luar,kalau ada siang tentu2 kami semua nak ikut sebab boleh main2 dulu lepas baca doa..bole terus makan...hehehehe..maklum laa Zaman bebudakk...
          Sudahnya ayah pegi sorang..naik motor jee...lepas maghrib tu...kami tinggal ngan mak kat umah...lebih kurang dalam pukul 11.00 camtu ayah balik...kami semua dah tido,mak bukak pintu..masa ayah masuk jrr rumah mak dah rasa lain..ayah terus gi mandi...
          Lepas tu semua masuk tido..tiba2 jam 1 nak ke pukul 2 cuus terbangun sebab dengar orang mengetuk almari baju..cuus tido ngan kakak..cuus pusing jee..terkejut cuus sebab kakak cuus dah bangun sambil buat isyarat diam...(jari telunjuk kat mulut)..
           Cuus ngan kakak dapat dengar ketukkan tu...dia ketuk lepas tu dia cakar2 almari..kakak yang sorang lagi tido jee...macam takde apa2 berlaku..cuus terus peluk kakak cuus,cuus cakap..”kak ucu takut”,..kakak cuus ni berani sikit dia bisik kat cuus “,takpe diam jee..baca apa yang tau”,...tiba2..kakak cuus yang satu lagi tu bangun..bangun dan selamba jee jalan bukak pintu bilik keluar..cuus ngan kakak sorang lagi tengok jee...cuus tau dia mesti nak ke tandas...kakak cuus yang sorang ni memang ada satu tebiat macam mengigau dia kalau nak buang air dia akan bangun dengan mata macam separuh terbuka...macam mai2...
             Yang tak bestnya bila dia bukak pintu cahaya dari lampu luar menyebabkan bilik kitaorang samar2...masa ni laa cuus ngan kakak cuus Nampak jelas ada kelibat susuk orang atas almari baju kitaorang...rambut panjang...badan hitam...kelibat tu pelan2 menyusur almari duduk tepi almari pulak sambil pandang cuus ngan kakak cuus...kakak cuus pandang jee...lepas tu dia pegang tangan cuus dia tarik..lari terus gi bilik mak dan ayah cuus..
          Apa lagi terkejut laa diorang bila kami ketuk pintu bilik macam nak runtuh...mak ngan ayah bukak pintu Tanya kenapa...kakak ngan cuus cakap laa..ada hantu..dalam bilik..kebetulan kakak yang sorang lagi yang pegi tandas tadi baru kuar bilik air..dia pun terpingga pingga...terus mak ngan ayah masuk bilik..bukak lampu dan Tanya kat mana Nampak makhluk tu...cuus ngan kakak cakap laa..”dari atas almari..dia menyusur tepi ni”,...kata kami...mak ngan ayah tak igue pun kami sama ada kami cakap betul atau bohong..mak paling bertenang..sebab cuus rasa mak tau ada something..sebab mak pernah terkena sebelum nii...
        Malam tu kami tido ruang tamu ngan mak...ingatkan malam tu jee kami Nampak...malam esoknya pulak..abang2 cuus pulak kena..diorang bertiga tido satu bilik...cuus ngan kakak2 semua tido cam biasa..Cuma mak pasangkan yassin dalam bilik...
             Malam berikutnya abang cuus kena lagi teruk...orang lelaki tido tau laa..lasak...dalam bilik abang2 cuus banyak laa barang2 diorang...tengah tido malam tu..tiba2 kasut bola diorang dibaling ke abang2 cuus..terkejut laa diorang..tapi diorang buat tak tau jee..ingatkan apa benda...maklum laa semua tengah ngantuk...mungkin disebabkan abang2 cuus tak layan dengan balingan pertama...makhluk tu baling pulak bekas tin susu kosong ke lantai...apa lagi terkejut laa abang2 cuus...macam mana pulak tin tu boleh jatuh...
            Bunyi tin tu jatuh bukan perlahan tapi kuat..macam dihempas...diorang terjaga..hmmm masa dah terjaga nii laa...diorang bertiga Nampak kelibat makhluk nii duduk mencangkung depan katil..tengah pandang diorang...apa lagi...menjerit laa diorang...satu rumah bangun...mak ngan ayah berlari  dapatkan diorang...termasuk kami...
            Lepas mak dan ayah dengar cite diorang...ayah decide esok nak kena cari orang tengok umah ni..ada yang tak kena niii..mak paling setuju...
            Sabtu tengahari dalam pukul 11.00 pagi ayah bawak datang sorang pakcik..kami pun salam dan dengar laa apa yang pakcik tu nak buat...mulanya dia pusing satu rumah..dari depan sampai belakang..sampai jee dekat belakang stor pakcik tu berhenti sekejap..lepas tu dia jalan lagi...
          Selesai kat luar dia masuk dalam pulak..satu rumah dia teroka...hehehehe...selesai jee semua dironda dalam rumah, dia panggil kami semua berkumpul..pakcik tu cakap memang ada yang menumpang  dalam rumah ni...pakcik tu kata lagi benda ni baru masuk niii...ayah terus Tanya ,”sape yang bawak masuk?”,sambil pandang kami adik beradik,ayah suspek mungkin ada diantara kami adik beradik dah terambil atau terbawa balik barang dari luar...maklum laa anak2 dia semua lasak...
         Pakcik tu senyum jee...lepas tu pakcik tu minta kami semua hulur tapak tangan...semua hulur...spontan jee pakcik tu cakap...”emmm dia ngikut kamu”,...muncung mulut kearah ayah..apa lagi kami semua pandang ayah..ayah pulak serba salah...ayah Tanya  “ngikut macam mana?”,pakcik tu Tanya lagi “,ada tak 2-3 hari ni ziarah orang meninggal ke?gi gali kubur ke?”,ayah cakap ada...pakcik tu sambung lagi katanya makhluk ni ngikut ayah masa ayah ziarah orang meninggal...ayah cakap lagi “,saya pegi tahlil malam tu balik lambat laa..balik ikut jalan kebun “,
         Pakcik tu cakap  Dia  bukan belaan dia barang lama orang tinggalkan dengan kata lain dah tak bertuan jadi kebetulan ayah lalu kawasan dia malam tu dengan ada bau badan,pakcik tu cakap kalau kita baru balik ziarah orang sakit ke,orang meninggal ke,tahlil arwah ke makhluk2 ni boleh tau dengan bau badan kita..sebab tu kalau balik dari semua majlis ni kita kena mandi..baju rendam terus.
          Lepas isyak pakcik tu datang dengan barang2 untuk tujuan halau makhluk tu...kami adik beradik semua ada kat ruang tamu...pakcik tu bawak barang kain batik lepas..daun mengkuang..satu botol penyembur yang dalamnya air yassin..mula2 pakcik tu suruh kami semua zikir..dalam berzikir tu laa...cuus Nampak mak memandang ke dapur..kejap2 pandang ke dapur..cuus cuit kakak..pastu buat muncung kearah mak...kami pun tengok..apa yang mak pandang...
          Terkejut cuus ngan kakak bila kami Nampak satu kelibat tengah mengendap-ngendap dengan muka sebelah pintu...rambut panjang..mata merah..lepas tu Nampak jurai2 kain..tiba2 pakcik tu bersuara “,jangan pandang dia,biorkan jee dia,dia dah panas tu”,terus cuus pejam mata pandang bawah..abang2 cuus yang tadi duk zikir kiri kanan terus melilau cari apa yang kami Nampak...
           Selesai zikir pakcik tu suruh kami buka semua pintu tingkap..sebab dia nak mulakan sesi  kibas ataupun halau makhluk tu..dari ruang tamu kesemua bilik membawa kedapur...sebab pakcik tu cakap buang kedapur senang...masa kami ikut dia berkibas tu..paling lama kat dapur ada satu sudut tu,tepi almari untuk mak simpan barang kering..6-7 kali pakcik tu kibas kuat2 kat situ sampai lunyai daun mengkuang tu...pakcik tu cakap makhluk tu duduk situ..tu yang dia kena kibas banyak kali kat situ,selesai je kibas satu rumah..pakcik tu pagar dalam rumah dengan kapur setiap sudut rumah..pakcik tu cakap kalau nak pagar rumah sebenarnya dari dalam,tapi sebelum pagar kena bawak keluar dulu yang ada dalam rumah..kalau tak camne dia nak keluar kalau kita tak halau sebelum pagar...betul jugak...
         Semenjak dari  rumah dah dipagar dan sesi kibas tu takde dah makhluk tu..tapi ada kejadian lain lak yang lebih menyeramkan berlaku kat rumah yang kami duduk tu..kena kat kak ngah waktu balik cuti semesta..nanti cuus citekan...
         
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2014 05:22 PM | Show all posts
cuus posted on 10-7-2014 10:00 AM
Ok ni cuus nak sambung cie lagi..bolehkan abang kaulat...            Ni cite pasal ayah cuus...a ...

seram.. cuus kira kuat semangat jugak la kan. kalau saya dah pengsan gamaknya. tak sabar nak tahu story lain lagi ..

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 12:58 PM | Show all posts
nak check in jugakk
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 01:05 PM | Show all posts
KAULAT posted on 5-12-2012 09:47 PM
TAG tu just cakap camni jee.."YE SAYA SR JEE...",senang tak
dengan kata lain kumpul kredit g ...

YE SAYA SR JEE..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 01:48 PM | Show all posts
keep it up cuus...
Teruskan bercerita..
Lama dah suram rumah en kaulat ni..
hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2014 01:54 PM | Show all posts
cloudy_83 posted on 9-7-2014 07:48 PM
macam tau je institusi yang mana.. sebab ada anak sedara pompuan baru habis belajar sana..
kaau bet ...

Kalau cloudy_83 tau bagus la...
Berpesan-pesanlah kita kearah kebaikan..
Kawasan tu memang kuat gangguannya..

Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 01:56 PM | Show all posts
asfaz posted on 4-7-2014 01:43 AM
assallammualaikum chef,,....lamenye menghilang,...

Wa'alaikumsalam w.b.t asfaz...
Maaf la ye lama tak memunculkan diri...
Saya pun kadang-kadang terpaksa jugak menghilangkan diri..
hehehe


Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 01:57 PM | Show all posts
manja377 posted on 4-7-2014 09:02 AM
Chef baca cerita chef ni buat manja teringat kembali. Apa yg chef cerita tu memang benar. Muka pocon ...

Manja377 pernah bersuai kenal jugak ke dengan makhluk tu?..
Apa kata ceritakan sikit...
Buat meriah rumah en kaulat ni jugak kan..
hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 04:30 PM | Show all posts
hest posted on 12-6-2014 04:30 PM
chef dah stop forum.. bz dengan catering katanya

Assalamualaikum hest....
Saya tidaklah berhenti sepenuhnya...
Cuma kekangan masa sedikit untuk menjengah kesini...
InsyaAllah jika berkesempatan...
Pasti saya singgah...
Hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.233948 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list