|
[Dunia]
London Diserang Pengganas !!! (5 terkorban)
[Copy link]
|
|
aah
tetiba kata aku memurtadkan orang pula???
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik dah balik.. tmpt ni semua bas hop on hop off turun tuk tourist.. scary |
|
|
|
|
|
|
|
boyagombak replied at 23-3-2017 02:04 PM
Aiseh laba lu sudah salah la. mana ada timbak timbak dengan letupan bom. Itu orang cuma bawak kere ...
Timbak2 semua tak penting, yg penting lu orang semua tahu wa sedang holiday kat london. |
|
|
|
|
|
|
|
whitemagic replied at 23-3-2017 02:37 PM
aah
tetiba kata aku memurtadkan orang pula???
Why so defensive sis? Calm your tits down.
Habis kalau bukan murtadkan, mau panggil apa? Mengkapirkan? |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak halau hang@Otaku85 & jenih species hang dari Malaysia boleh ka? Ada otak ,sendiri guna
|
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 23-3-2017 04:12 PM
Jinjang sangat lu holiday kat London pun nak kecoh! Oooppp bukan London pun tapi Lombok s ...
Sila jeles sampai mampos |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya dah lama kan UK tak kena serang dgn terrorists. asyik belgium, germany dgn france. |
|
|
|
|
|
|
|
London: Angka terkini pihak berkuasa Britain menyatakan selain lima mati, termasuk penyerang dan seorang polis, kira-kira 40 lagi cedera dalam serangan di atas Jambatan Westminster dekat bangunan Parlimen, malam tadi (waktu Malaysia).
Puluhan mangsa dilihat terbaring di atas jalan raya selepas kenderaan pacuan empat roda dipandu lelaki berkenaan merempuh orang ramai di atas jambatan. Seorang mangsa dilihat berada di bawah bas.
Wanita yang diselamatkan dari Sungai Thames selepas terjun dari jambatan bagi mengelak dilanggar kereta itu, cedera parah dan antara mangsa yang cedera ialah tiga pelajar sekolah Perancis berusia antara 15 hingga 16 tahun.
Seorang saksi, Bernadette Kerrigan, yang berada di atas bas di jambatan itu memberitahu Sky News: “Saya nampak sebuah kereta yang bagaikan hilang kawalan merempuh orang ramai di laluan pejalan kaki.
“Ramai terbaring di atas jalan raya. Saya nampak sekurang-kurangnya 10 orang dan tidak lama kemudian ambulans mula sampai.
Wartawan Daily Mail, Quentin Letts, memberitahu LBC radio, dia melihat penyerang itu menikam polis sebelum penyerang terbabit ditembak di perkarangan Parlimen.
“Dia (penyerang) berlari masuk melalui pintu yang terbuka. Saya nampak dia seperti mencucuk polis berkenaan dan mangsa kemudian rebah. Penyerang itu kemudian berlari ke arah pintu masuk yang digunakan Ahli Parlimen sejauh kira-kira 20 meter sebelum dua anggota polis berpakaian biasa menembaknya,” katanya.
Perdana Menteri Britain, Theresa May, yang mengutuk serangan itu berkata: “Ini bukan kemalangan atau kebetulan. Ia adalah serangan kerana lokasi kejadian bukan satu kebetulan.
“Pengganas memilih untuk menyerang ‘jantung’ bandar raya kami, tempat semua bangsa, agama dan budaya bersama menyanjung nilai demokrasi dan kebebasan bercakap.
“Sebarang cubaan menggugat nilai-nilai itu akan gagal,” katanya.
Anggota polis yang mati dikenali sebagai Keith Palmer, 48, yang sudah 15 tahun berkhidmat.
Daily Mail melaporkan penyerang ialah lelaki Asia berusia pertengahan umur manakala Reuters melaporkan, polis sudah mengenal pasti identiti penyerang dan disyaki mempunyai kaitan dengan pelampau Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
#18
Old Today, 12:53 PM
Xploit Machine Xploit Machine is offline
Regular
Xploit Machine's Avatar
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2012
Location: West Malaysia
Posts: 679
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 61
Dislikes (Received): 2
Active Level
Send a message via AIM to Xploit Machine Send a message via MSN to Xploit Machine Send a message via Yahoo to Xploit Machine Send a message via Skype™ to Xploit Machine
Default
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x565.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x580.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x625.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x540.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x500.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x645.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x555.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x585.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x575.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x545.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x575.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x580.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x550.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x555.
|
|
|
|
|
|
|
|
Silap UK bagi masuk welfare leecher, kemudian welfare leecher buat hal pulak bunuh org, bikin nama busuk org asia |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 23-3-2017 02:35 PM
40 cedera
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x551. |
Mangsa yang dilanggar kenderaan dipandu penyerang. - Foto REUTERS/AFP
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 820x531. |
Hyundai Tucson yang dipandu penyerang. - Foto DM
London: Angka terkini pihak berkuasa Britain menyatakan selain lima mati, termasuk penyerang dan seorang polis, kira-kira 40 lagi cedera dalam serangan di atas Jambatan Westminster dekat bangunan Parlimen, malam tadi (waktu Malaysia).
Puluhan mangsa dilihat terbaring di atas jalan raya selepas kenderaan pacuan empat roda dipandu lelaki berkenaan merempuh orang ramai di atas jambatan. Seorang mangsa dilihat berada di bawah bas.
Wanita yang diselamatkan dari Sungai Thames selepas terjun dari jambatan bagi mengelak dilanggar kereta itu, cedera parah dan antara mangsa yang cedera ialah tiga pelajar sekolah Perancis berusia antara 15 hingga 16 tahun.
Seorang saksi, Bernadette Kerrigan, yang berada di atas bas di jambatan itu memberitahu Sky News: “Saya nampak sebuah kereta yang bagaikan hilang kawalan merempuh orang ramai di laluan pejalan kaki.
“Ramai terbaring di atas jalan raya. Saya nampak sekurang-kurangnya 10 orang dan tidak lama kemudian ambulans mula sampai.
Wartawan Daily Mail, Quentin Letts, memberitahu LBC radio, dia melihat penyerang itu menikam polis sebelum penyerang terbabit ditembak di perkarangan Parlimen.
“Dia (penyerang) berlari masuk melalui pintu yang terbuka. Saya nampak dia seperti mencucuk polis berkenaan dan mangsa kemudian rebah. Penyerang itu kemudian berlari ke arah pintu masuk yang digunakan Ahli Parlimen sejauh kira-kira 20 meter sebelum dua anggota polis berpakaian biasa menembaknya,” katanya.
Perdana Menteri Britain, Theresa May, yang mengutuk serangan itu berkata: “Ini bukan kemalangan atau kebetulan. Ia adalah serangan kerana lokasi kejadian bukan satu kebetulan.
“Pengganas memilih untuk menyerang ‘jantung’ bandar raya kami, tempat semua bangsa, agama dan budaya bersama menyanjung nilai demokrasi dan kebebasan bercakap.
“Sebarang cubaan menggugat nilai-nilai itu akan gagal,” katanya.
Anggota polis yang mati dikenali sebagai Keith Palmer, 48, yang sudah 15 tahun berkhidmat.
Daily Mail melaporkan penyerang ialah lelaki Asia berusia pertengahan umur manakala Reuters melaporkan, polis sudah mengenal pasti identiti penyerang dan disyaki mempunyai kaitan dengan pelampau Islam.
http://www.hmetro.com.my/node/215541 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 23-3-2017 02:39 PM
Negara negara Eropah sememangnya sedang membela teroris. Bagi lagi masuk, bagi rumah, tanggung keluarga dia orang.
Kalau dah bermingham tu confirm lah teroris Pakistan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok pengganas tu bernama Khalid Masood, 52. |
|
|
|
|
|
|
|
Jiran anggap Khalid Masood 'lelaki baik'
IWONA Romek merupakan jiran Khalid Masood. - Foto AP
LONDON: Khalid Masood, 52, penyerang yang ditembak mati di hadapan bangunan Parlimen Britain, kelmarin, dianggap seorang lelaki yang baik oleh jirannya.
"Beliau seorang lelaki yang baik. Saya sering melihatnya mengusahakan kebun di luar rumahnya.
"Beliau mempunyai isteri, seorang wanita Asia dan anak kecil yang masih bersekolah," kata bekas jirannya, Iwona Romek kepada Birmingham Mail.
Beberapa media lain melaporkan Khalid sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.
"Saya tidak dapat bayangkan beliau melakukan serangan itu. Kini, saya rasa bimbang sorang seperti itu tinggal berhampiran dengan saya," katanya.
Romek berkata, keluarga berkenaan berpindah dari Winson Green di barat Birmingham, sekitar Disember lalu.
Laporan menyebut, Khalid kini tinggal di sebuah pangsapuri berhampiran restoran Parsi dan kedai pizza di kejiranan Edgbastan.
Sementara itu, BBC melaporkan, Khalid mendakwa beliau bekerja sebagai guru ketika menyewa kereta yang digunakan dalam insiden berkenaan.
Solihull Enterprise dalam satu kenyataan menyebut, Khalid menyewa kereta itu daripada sebuah cawangannya di luar Birmingham. - AFP
http://www.bharian.com.my/node/263550 |
|
|
|
|
|
|
|
Isy...seram pulak nak melawat London next month.
Sure check ketat nak masuk sebb I akan guna emirates |
|
|
|
|
|
|
| |
|