|
[tvN] Secret Forest - Cho Seung Woo , Bae Doona , Lee Joon Hyuk [Review dauswq:
[Copy link]
|
|
tak tgk pun...sj reply ko punya tag
sekrg is tak lyn drama korea dh..tggu drama appa ja
|
|
|
|
|
|
|
|
cisss ingat ko layan..beria la komen..
bagus la is..skg ko dh tukar jd mod
kat umah drama melayu ke?
admin kelab peminat patah,kaili?
|
|
|
|
|
|
|
|
org plg rilek dan tak disangka-sangka adalah dia...
@wonto punye feveret ni hehe...
|
|
|
|
|
|
|
|
>> PANDUAN REVIEW <<
Majlis Pengkritik Kdrama akan pertimbangkan untuk CARI 2017 K-Drama Awards, untuk tahun ke-6.
Bagi sesiapa yang sudah menonton drama Secret Forest / Stranger
Browse kmania.info for more info.
Anda boleh memilih mana-mana cara yang anda rasa memudahkan anda.
Tagkan @dauswq , @ismaha , @eddlisa_uyuk untuk menuntut kredit setelah masukkan review.
REVIEW BOX
(Pilih yang mana yang anda rasa mudah untuk dibuat)
CARA 1: >>KLIK SINI<<
CARA 2: >>KLIK SINI<<
---> Baca Review dari CARA 2 " >>KLIK SINI<<"
(Kredit extra diberikan kepada yang menulis / memasukkan review dengan lengkap/detail)
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Outstslation. Tak sempat nak tgk last ep |
|
|
|
|
|
|
|
I abiskan tgk drama ni dlm 1 minggu ni.. sggp hold dulu drama lain yg i tgh follow... vibe drama ni mcm bila i tgk drama signal & reply 88.. Bila hbs je tgk ep 16, rasa sedih x dpt tgk lagi... So far, ni drama terbaik thn ni yg i tgk...
Bila prosecutor hwang senyum, automatically kita yg tgk pon sengih hepi.. mcm leftenan han.. hopefully ada season 2.. siasat skandal PM plak... Tp season 2 mesti xde watak mr. yoon tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
SECRET FOREST
Rating Keseluruhan Drama: (9.5+8.4+8.7+3+4) =33.6/4=8.4)
Kritik Keseluruhan: " Sarat dengan cetusan misteri yang merungkai seribu persoalan mengenai kes pembunuhan seorang ahli koprat, Secret Forest membawa penonton menyelesaikannya dari perspektif seorang pendakwaraya. Setiap watak digambarkan sangat mencurigakan, bahkan tiada yang terlepas. Dibantu dengan teknik pengarahan yang mahir dalam suspens, ia satu perjalanan yang mengagumkan."
1. Cerita (9.5/10)
Bagi yang tak mengenai penulis skrip drama ini, Lee So Youn, beliau debut sebagai pengarah dan penulis untuk filem Bluebeard. Sebuah naskah berteraskan pada "suspens", Secret forest membuatkan penonton begitu teruja untuk menilai setiap ceruk persoalan cuba dibangkitkan, yang mana ianya mungkin terlepas jika tak diamati dengan betul-betul.
Satu lakon layar yang agak mengagumkan dalam merungkai persoalan berdasarkan dari perspektif seseorang. Dan pada masa yang masa, penulis juga membuatkan kita terpedaya mungkinkah hero juga adalah suspek utama kejadian kerana penyakit dialaminya.
Pencerahan diberikan pada pengakhiran cerita juga masih boleh diterima akal dan fikiran tentang motif kenapa dia suspek utama, dan peranannya sebagai 'whistblower' yang terpaksa mengabaikan prinsip hidup selama ini. Penulis juga banyak memberikan 'hint' kenapa dia menjadi suspek utama hasil interaksinya dengan hero, dan bagaimana dia 'mengawal' penyiasatan tersebut sejak dari awal tanpa disedari orang ramai.
2. Keberkesanan Lakonan (8.4/10)
Lakonan masing-masing agak hebat untuk diperkatakan.
Jo Seung Woo - Hwang Shi Mok
Hwang Shi Mok seorang yang berkaliber dan paling dipercayai untuk menerajui penyiasatan terhadap kes pembunuhan tersebut. Hasil penyiasatan membawanya lebih dalam tentang korupsi dan penyelewengan berlaku di kalangan pendakwaraya, ahli politik dan ahli koprat. Hwang Shi Mok jarang melontarkan emosi disebabkan penyakit dialaminya, dan perlakuannya juga agak 'subtle', malas teratur dan 'calculative'. Pada pendangan saya, ada kekurangan pada lakonan Jo Seung Woo untuk kali ini tapi tak diketahui di bahagian mana. Kekurangan ini membuatkan saya tak terlintas dalam fikiran untuk mencalonkan beliau.
Yoo Jae Myung - Lee Chang Joon [Best Supporting Actor]
Siapa sangka, pak cik yang terkenal dengan lakonan berentak komedi sebelum ini mampu menyampaikan persembahan lakonan yang agak cemerlang.
Bae Doo Na - Leftenan Han
Lakonan Bae Doo Na agak berkarisma selaku polis yang menyiasat kes ini tanpa terikat dengan protokol undang-undang dan arahan daripada seniornya. Cuma, perwatakannya tidak diperkembangkan dengan lebih menarik lagi , seolah-olah Secret Forest boleh bergerak sendiri tanpa kelibatnya di dalam ini.
Lee Kyu Hyung - Yoon Se Won
Syabas buat penulis kerana menjadikan watak Yoon Se Won tampak kabur pada awal kemunculannya, sedikit demi sedikit membuatkan kita mula menyedari kewujudannya. Satu lakonan yang agak baik.
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (8.7/10)
Jika anda biasakan diri dengan teknik pengarahan subtle tapi suspens, pengarah telah berjaya berbuat demikian. Penggunaan kamera yang jelas pada wajah setiap pelakon membuatkan kita kadang-kadang terpedaya dengan tingkah laku mereka. Satu kekurangannya pada sentuhan yang terlalu cepat dan tergesa-gesa, mungkin sedikit mencacatkan gerakan plot.
Sinematografi sangat hebat tentang bagaimana drama dapat dibentuk dari sudut yang 'hipokrit', 'gelap' dan 'suspens'. Pencerahan lampu yang malap dan tak keterlaluan juga agak membantu menghidupkan suasana drama yang suspens.
[Best Cinematography]
4. Skor muzik (3/5)
Instrumentalnya agak jelas tapi macam kurang sempurna.
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)
Great drama bagi yang meminati genre thriller, recommended!
Rating Keseluruhan Drama: (9.5+8.4+8.7+3+4) =33.6/4=8.4)
Nomination: Yoo Jae Myung
@ismaha @eddlisa_uyuk @isabel tacang
Review untuk dibaca: @atira @wima @idakamaruddin
|
|
|
|
|
|
|
|
dauswq replied at 6-8-2017 07:43 PM
SECRET FOREST
Rating Keseluruhan Drama: (9.5+8.4+8.7+3+4) =33.6/4=8.4)
reserved n baca nnt
blm layan lg tp mmg nk tgk
skg ni mmg stop layan kdrama x tgk pape pn mood xde hahaha
kene tunggu dulu nnt layan |
|
|
|
|
|
|
|
dalam rebiu tu, aku tak tulis spoiler..dont worry
boleh kau baca utk motivation..
bg aku, secret forest ni one the best drama this year
|
|
|
|
|
|
|
|
Last tgk suspicious partner, pastuh berehat dari tgk kdrama. Nih baru nak maraton secret forest. Baru masuk episode ke-3. Aku kagum betul cmana si shi mok nih berlakon takde perasaan. |
|
|
|
|
|
|
|
dauswq replied at 6-8-2017 07:43 PM
SECRET FOREST
Rating Keseluruhan Drama: (9.5+8.4+8.7+3+4) =33.6/4=8.4)
Br pasan uols dh tulis review...
Iols dh baca dan teruja nk lyn sbb rs mcm thn ni xde drama yg iols rs btul2 best gile...tunnel tu jela kot bg iols...tp drama tu pun impaknya xde la strong sgt maybe sbb dia strraightforward kn..
Tq daus...nnti iols marathon layan..iols dh start tgk kdrama balik ni..harapnya mood dh kembali la..hihi |
|
|
|
|
|
|
|
dah rindu dgn abam shi mok ni uols...
rasa nak tgk skali lagi je..
masa je tak mengizinkan |
|
|
|
|
|
|
|
Berdebarnya nengok cerita nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dauswq at 11-8-2017 03:14 PM
iols punya ribiu tak bgth spoiler..
harap2 leh motivate org lain nengok drama ni..
sat lagi, uols dh tgk bbrp episod..komenlah sini
ajak dak @idakamaruddin sekali
sorg2 jek dia tgk
tmbhn: nanti weols bincang dgn mod @ismaha & @eddlisa_uyuk tentang hal psl rumah borak pindah sini..
|
|
|
|
|
|
|
|
skrg dh episod berapa debar2 tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
best ke uols... ?
iols susah tul nak ambik mood drama skrg. hari tu layan chicago typewriter ambik masa dekat sebulan utk habiskan lagi 2 episode.. |
|
|
|
|
|
|
|
dauswq replied at 11-8-2017 03:13 PM
skrg dh episod berapa debar2 tu?
Nak masuk episod 10 nih. Saspen sungguh. |
|
|
|
|
|
|
|
ai tgh tgk drama tewan Princess Agent . Boring lak . Donlod drama ni .
Impact sgt uols . Drama korea 2017 plg ai ske. lee chang jung cam Obito ( anime naruto) khenz.
k pas ni vley sambung Princess Agent balik |
|
|
|
|
|
|
|
tak sama sbnrnye
sbb obito tu mmg clear jahat sejak kena brainwash dgn madara
lepas kena tarbiah dgn naruto, baru dia tetibe nak berkorban..
lain dr lee jang joon sbb dia dr awal lagi dh rancang utk buat collateral damage di akhir hidupnya
dia tak kesah ape berlaku pd dirinya, yg penting rancangan nye menjadi
tujuan dia kekalkan position hwang shi mok dan team nya di suatu masa adalah utk realisasikan perancangan nya tu..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|