|
Kuat Betul 'Instinct' Gadis Ini, Pakwe Kantoi Tunang Dengan Orang Lain
[Copy link]
|
|
TRAGEDI OKTOBER
Edited by AnggunSophea at 19-10-2017 08:32 AM
Tumpang luah perasaan. Nak share kat tempat lain, nanti org kenal. Kat sini selamat sikit. Dulu pernah jugak silent relationship. Ex BF tu memang jenis good looking, soft spoken, berkerjaya, non smoker, jaga batasan berlainan jantina dan lain2 yg murni suci belaka. Ni apa yang diperlihatkan pada I during relationship. Kitorang pun sebaya that time.
Kitorang selama in relationship, pernah keluar sama2 naik kereta shj. Dia ada motor, I pun ada motor. If kitorang decide nak jumpa naik motor, then we will datang asing asing. TAK PERNAH NAIK MOTOR SEKALI. Kalau superbike bawak org kan akan melekat dada dgn rider kan? That guy pakai superbike. So dia rasa tak manis lah kot. KOT Kitorang asalnya di kenenkan oleh kawan dr club motor sendiri. Tapi I disorok dari kawan2. Dilarang upload anything pasal dia.
End of September ex boyfriend tu cakap pasal tunang. Nak buat preparation for tunang kitorang KONONNYA lah. Then bulan October menjelang. His birthday on 25 October. I dah plan dgn my BFF nak buat SURPRISE to him. Even dia dah layan tak layan je I masa tu. I tetap nak buat, sebab Im appreciated him as a BF nampak tulus murni sesuci lebaran
18 October.
I tanya dia, balik Perak tak that weekend. Dia org Perak, kerja di Terengganu. I pulak kerja kat Perak. I nak plan his birthday's surprise. But dia kata dia tak boleh balik. Kena kursus ke natang apa lupa dah. Lepas jawab tu terus senyap takda contact dah. So im okay with that. 90% I percayakan dia
Pagi 20 October.
Pagi pagi buta w/app I. Buang tebiat je rupanya. "Salam. Ada kat mana? Kerja ke?" Morning takda, tanya khabar takda, tetiba tanya kat mana. I ada audit pagi tu. So i just read dan ignore. Sebab dia dlm seminggu ada lah sekali dua je w/a I as buat syarat bercinta. Tanya apa khabar, buat apa tu, kerja ke tak, sihat ke. Once I reply pertanyaan beliau, beliau akan terus menghilang utk next 3-4hari. So I fikir, setakat soalan dia mcm tu, I reply balik kerja nanti pun boleh kot. Bukan dia nak ajak jumpa pun. Dia kan kat Terengganu KATANYA!!!
Malam 20 October.
I settle kerja kat office agak lewat, sarung jacket, pakai helmet, start motor gerak ke tempat kerja BFF I. Nak bincang pasal SURPRISE BIRTHDAY ex BF tu lah. Masa lepak2 I tergerak nak pergi toilet Petronas kat area situ. Sedangkan tempat kerja BFF I tu ada je toilet. Ye lah, tuhan nak tunjuk kan?
Lepas keluar dari toilet, I start motor nak menghala ke office BFF I tu balik. I nampak sekumpulan mamat motor tengah isi minyak. Time ni dah malam tau, 8:45mlm lebih kurang. Semua mamat tu pakai helmet fullface, baju T-shirt je. So I assumed diorang konvoi dekat2 je. Maybe Lumut? I lalu je sebelah diorang. Sambil menuju ke office BFF, I mcm terbuai2 je. Teringatkan BF nun jauh di Terengganu. Motor mamat kat Petronas td sebijik mcm dia Dlm hati "tak sabarnya nak tunggu dia balik Perak"
Sampai je office BFF I cerita, I nampak geng motor mcm ex BF I tu masa tu. BFF I cakap I terlalu rindu sampai terbayang bayang lah konon. Im okay with that. I mengakui nya. So tepat pukul 9 I nak gerak balik rumah dah. I start motor dan terus balik.
I menunggang motor melintasi Petronas tadi. Sampai ke simpang 4 traffic light. Kanan I ada Mc Donalds, kiri I ada Tesco, terus pulak ada Aeon. Masa I sampai ngam ngam lampu baru nak merah. Kat situ memang lama. Simpang besar gila. So I free kan gear dan berpeluk tubuh.
Tak lama pastu geng motor yang kat Petronas I nampak tadi tu pun stop kat sebelah I. Tapi diorang dipisahkan dgn sebuah kereta sebelah I. Means I kat tepi, diorang kat tengah. Diorang pandang2 I dari jauh sambil bisik bisik. I tak rasa pelik pun. Maybe diorang just talking about motor. I baru 3hari tukar cat. Before that colour hitam putih je, helmet I pun colour hitam. So common. So I tukar semua. Body merah putih, sportrim merah, helmet pun merah. No plate pun I tukar font lain. Agak pendek dan kecik. Berkilat dan susah nak baca dari jauh. Jacket pun I beli baru uols. Habis duit gaji bulan 9 I kerjakan. BF I pun tak tau I tukar semua tu. Another surprise for him!
Tetiba I dengar ada motor brake emergency kat tayar belakang I. I mati mati ingat orang tu terbabas nak terlanggar I. I assumed apek tua lah kot nak jatuh sebab situ agak berpasir. So I pun sambil berpeluk tubuh tu, I toleh belakang serentak I angkat visor helmet I.
"Oh, geng mamat sebelah I tu rupanya. Geng kat Petronas tadi"
So I paling balik muka ke depan dan terpandangkan muka geng geng dia yg talking about my motor sebelum tu. Why muka diorang so cuak sambil bersilih ganti pandang muka I dan mamat belakang tu? Bukan mamat tu langgar I lagi pun. So I toleh lah ke belakang lagi.
This time mata I tertancap pada motor beliau sebaik menoleh.
"Wahh. Motor mamat ni sama sebijik dgn my boyfriend! Same model and colour. Kasut mamat ni pun sama dgn BF I!"
I ingat kasut BF I sebab bulan lepas I keluar dgn dia, dia pakai kasut tu. I pandang depan balik sebab nak tengok lampu dah hijau ke belum.
I toleh belakang balik sebab I dengar pulak bunyi kasut orang kelam kabut pijak pasir sambil undurkan motor nak melepasi divider traffic light tu. As you know nak undur motor besar dgn awek kat belakang bukan senang kan.
So kali ni I pandang mamat tu bersama motornya secara menyeluruh bermula dari bawah ke atas.
"Motornya sama dgn BF, rim nya sama, kasut nya sama, no plat pun sama! Seluarnya sama, Jam nya sama, baju pun sama, eh tu kan Boyfriend aku????!!!!"
I terkejut gila bila pandang muka mamat tu! Seriously boyfriend aku?? Yes, he is. Dia tengah kelam kabut undurkan motor sambil awek di belakang nya menepuk nepuk manja bahu boyfriend I tanda sokongan suruh undur motor cepat sikit.
As I terpandang muka mamat tu. I terus nganga je. I tengok je boyfriend I sedaya upaya undurkan motor melepasi divider untuk masuk ke lorong menuju ke Tesco. Sebaik dia berjaya lepas, dia bawak motor laju gila macam takut I akan kejar dia dengan girl lain bonceng motor dia.
Boyfriend I bersama girl barunya hilang di balik selekoh. I paling muka I semula ke depan. Mulut masih nganga. I perasan geng boyfriend I tu masih memandang I sambil buat muka bersalah. Baru I tahu kenapa diorang pandang je I sebelum tu. Motor macam I tu ada satu je kat Perak yang number plat W sekian sekian. Sangat mudah nak cam. So I guess diorang dah tahu awal awal lagi, boyfriend I bakal kantoi sekejap lagi.
I ingat nak buat surprise birthday kat dia, alih alih dia yang surprise I dgn girl baru. Wow! Impressive dan Amazing! I syak dia sebenarnya nak park sebelah I kat traffic light tu. Tapi bila dah dekat dia baru perasan girlfriend dia rupanya kat depan dia. Tu yang emergency brake tu. Sebab plate baru I dekat baru boleh baca huruf dia. Dari jauh tak clear. Lagi pulak I dah tukar head to toe. Helmet merah, jacket baru, colour motor pun I tukar. Memang lah dia tak perasan itu I. Sungguh memang Allah nak tunjuk kan..
I tak menangis langsung sepanjang atas motor tu. I just tergamam je. How come boyfriend terbaik I selama I kenal masa tu, boleh buat I macam tu. Dia tak pernah sentuh tangan I kot! But that girl peluk rapat dia atas motor? I tak pernah naik semotor dgn dia kot! That girl boleh pergi ride jauh jauh dgn dia? Pemakaian that girl jauh gila nak banding dgn I. Weh, ko plan nak tunang dah dengan aku? Apa benda ko boleh terkantoi bawak girl lain? Hancur terus hati masa tu Semangat pun hilang dah masa tu.
Sampai je rumah, semangat I memang dah tak bersisa dah. I campak beg, helmet, jacket semua, dgn tak tanggal tudung I call BFF I tadi tu. Habis mengadu dgn BFF I call mak pulak. I meraung gila barbie masa tu. I rasa kena tipu to the max. Dia nak I, dia taknak sentuh I sebab nak buat wife? At the same time, dia pergi bersuka ria dengan perempuan lain yang *teeet*. Apa benda bakal tunang cam gitu? Layakkah?
15minit je I meraung terus I diam. I baring dan rasa macam terlepas satu beban yang berat gila. Dalam pada I mengadu tu I delete semua berkenaan boyfriend tu. Gambar, message, conversation w/app habis licin semua tak bersisa I hapuskan.
Pada I, I boleh terima keburukan boyfriend asalkan bukan curang. You miskin ke, you belum ada kerja tetap ke as long as you rajin, its okay. Tapi if sekali curang, ada possibility curang untuk kali kedua tiga dan seterusnya. So I send message kat boyfriend tu lepas I dah bertenang semua. So takda lah bahasa kemarahan tu menguasai, sebab kemarahan I dah lepas awal awal lagi.
"I dah nampak sebab kenapa you nak taknak layan I selama 2-3bulan ni. Kenapa tak cakap awal awal dah ada girl lain? Kalau I tau, dari awal I dah jauhkan diri dari you. From now, I harap kita berpisah cara baik dan I taknak ada apa kaitan dah dgn you. Halalkan semua apa selama kita kenal. I maafkan you. Jangan muncul dalam hidup I lagi. Salam"
Done send, I delete account w/app I dan I buang simcard dalam tong sampah. I mandi, siap2 nak keluar hang out dgn kawan kawan. Tetiba jiran I yg selama I 2tahun duduk situ tak pernah tegur, datang rumah I tanya khabar. So funneh!
Mesti dia dengar I meraung raung mcm histeria tu dia datang tetiba hantar kuih memalam buta apa kebenda. I gelak je masa tu sebab diorang ni caring rupanya dgn I. I stay rumah sewa sorang je lepas BFF I tu pindah balik rumah family dia. Yang diorang mamat bujang ni stay ramai ramai. Paling best, yang hantar kuih tu memang langsung tak pernah bertegur sapa dengan I. Selisih sebelah kat pagar pun dia tak angkat kepala pandang apatah lagi nak cakap hai. Tetiba dtg rumah hantar makanan dan tanya I okay ke tak. Masa tu mata I bengkak lagi. I just cakap I okay je tak apa apa.
Bulan Januari seterusnya tu, I tengok ex boyfriend tu update status his girl menipu dan kecewakan dia. Berkali kali kantoi katanya still nak menipu. I masa tu syukur Alhamdulillah beliau dapat cash. Now dah remove him dari social media I sebab I tau beliau dah dapat kafarah buat I dulu. Now I aman aman bahagia. Then dia boleh pulak ayat BFF I tu. Mulanya BFF I tu melayan jugak. Tapi dia perasan kot I terasa dgn perlakuan dia. Terus dia jauhkan diri dari ex boyfriend I tu.
Note : Saja nak throwback cerita bertahun tahun lepas. Sorry terpanjang pulak luahan perasaan. Jangan marah guys! Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih kurang cerita I tapi I nasib baik sebab tak ditipu lama.. cousin dia sendiri buka rahsia..
tipula kalau kata tak frust.. benda ni jadi 2012.. sampai skrg I single.. bukan tunggu dia tapi susah nak percaya yg lain |
|
|
|
|
|
|
|
aku faham apa yg gurl ni rasa sebab aku pun senasib dengan dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
betul... dah kantoi pun still mengelak2 lagi...
|
|
|
|
|
|
|
|
same here.... tapi saya lagi lama... dah lebih 8 thn... |
|
|
|
|
|
|
| |
|