|
Victorioussss replied at 17-7-2018 02:21 PM
I cuba divert topik walhal dalam hati nk je cakap kat dia "jom kawen sekarang la cant handle this an ...
Cepat sambung vic |
|
|
|
|
|
|
|
misc replied at 30-6-2018 11:58 PM
Rasa mcm pernah cerita kat thread mana ntah. Selalu share nanti org muntah
Ala share la sml |
|
|
|
|
|
|
|
I ada kelemahan. Kelemahan I dengan bad boyssss.... Dari zaman sekolah, sapa2 yg selalu kena denda lari tgah padang ke kena berdiri kt depan masa perhimpunan, mata I melilau je usha sorg2........ Bila dah msuk Uni, tetiba I suka tgok lelaki merokok n suka lelaki bau rokok + perfume dia... pelik kan ? Kawan iols semua kata I ni tak normal sbb majoriti mmg x suka bau rokok dan x suka lelaki perokok.... so I mmg senang sgat nak crush kalau lelaki tu muka badboy, perokok, nmpak cool, pembersih, badan tegap, suara deep.... kalau dia pendiam, kulit cerah lagi lah I tergila2...
Kalau nk citer pasal crush mmg byak sebab dlu lepas SPM I kerja cashier kt Petronas. So hari2 boleh la jumpa ramai org. Hehe. Plg I igt sorg abg ni hari2 dtg beli rokok n nescafe dalam tin. Kalau dia dtg bayar dia akan cakap ‘Hai, Dunhill 1’... Dh lama sikit dia cakap ‘Hai, mcm biasa.. ‘ so I fahamlah dia nak rokok Dunhill.... Lama jugak la hati ni duk berbunga tiap kali nmpak dia masuk dalam beli nescafe....Suka jugak bau perfume dia.. wlupun dia perokok tegar sebab hari2 beli rokok, dia nampak kemas je org nya... wangi sentiasa... tp bau wangi yg keras la... I kerja Petronas 5 bulan sebelum msuk matrik, bulan ke-3 I kerja tu, I nmpak dia dtg naik kereta Saga, dukung baby, n dalam kereta dia ada seorg perempuan duduk kt seat penumpang... masa tu I rasa nak nangis gila2 dalam kaunter tu... hati I dh meraung2... hahahaahahaha.... rasa lawak pulak.. mse tu I 17 tahun, rasa mcm heartbroken gila padahal I just secret admirer je....... sejak tu kalau dia dtg I rasa mcm hopeless...
Dekat matrik I takde crush ngn sapa2 sebab jarang dpt jumpa lelaki, matrik kan kafe pun asing lelaki perempuan... dpt jumpa masa kuliah jela.. praktikum iols semua nerd so I kowserrrrr...
Dekat uni la plg byak I crush... Igt lagi I crush dekat sorg laki ni I selalu nmpak dia dekat stesen bas.. Dia sentiasa akan pakai kemeja dan kasut kulit.. So I assume dia ni mesti ambil kos pendidikan sebab student yg ambil pendidikan je yg wajib pakai kemeja pergi kelas... Badan mmg tegap la, lean muscle, agak tggi juga, so I assume lg dia ambil kos sains sukan melihatkan badan dia yg tegap.. rupanya kos Mathematics.... OMG terus I mcm crush gila tahap dewa sebab pd I lelaki pandai Math is smart tapi selalunya nerd.... But this one totally opposite... Tapi sayangnya.... dia dh ada girlfriend... dia pulak ore kelate, gf dia pun ore kelate.............
Sedihkan hidup iols? Asyik laaa crush dekat org yg dh berpunya................
Skrg dah kerja nsib baik laaaaa crush dekat badboy yg mmg single n bru je break up dgan gf dia... so I pn apa lagi, jadi pari-pari lah |
|
|
|
|
|
|
|
noraidil_06 replied at 21-7-2018 02:11 AM
Ala share la sml
malu la i sis. kisah biasa2 je. kebanyakannya dah kelaut dlm |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 21-7-2018 03:02 PM
I ada kelemahan. Kelemahan I dengan bad boyssss.... Dari zaman sekolah, sapa2 yg selalu kena denda l ...
Tahniah pari-pari. Comel je citer abg Dunhill tu |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 21-7-2018 03:02 PM
I ada kelemahan. Kelemahan I dengan bad boyssss.... Dari zaman sekolah, sapa2 yg selalu kena denda l ...
Sekarang ni masih lagi dgn dia ke.. Memandangkan dia baru lepas break dgn gf dia awak rasa dia masih ingat kt ex dia x . |
|
|
|
|
|
|
|
ya masih... i dont think so... sbb ex gf dia tggalkan dia sebab dia berhenti kerja...... in other words, sebab dh tak berduit...
|
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 10-8-2018 12:56 AM
ya masih... i dont think so... sbb ex gf dia tggalkan dia sebab dia berhenti kerja...... in other ...
Oh..sy pun sama maSih jugak dgn dia. Tpi dia xde pulak cerita sbb apa dia break dgn gf dia.
Saya confess kt dia & dia bg tahu kita kwn sajalah. Dia juga mgaku dia dh ada gf dan ada problem dgn gf dia.
Sy pun reply ok xde apa2..siap mendoakan dia dn gf dia berbaik semula.
Lepas dia dh break dgn gf dia, baru dia ada whspp sy lagi. Sy masa tu balas juga msj dia tpi xde kena mgena ttg perasaan, sbg kawan spt yg dia kata. Jd kwn inilah yg mdgr segala masalah dia.
Bila dh lama atau sering berbalas text segala bgai dia pun panggil sy sayang bagai. Dr kata2 dia lain dr biasa. Sy pun confius jugak, dia ni dh kenapa n dia pulak confess kt kita teus trg suka jugak kt sy.
Tpi masa itu sy biarkan saja..x ambik serius.
Agak2 awak dia memang sungguh suka kat sy jugak ke. Takut dia kata suka kt sy sbb dia dh break gf dia. Saya ada jugak bg tahu dia, kalau tahu dia dh ada gf sy x kan berani nk ngaku suka kt dia masa tu. Sbb frust jugak lah bila dia anggap kwn je masa mula2 tu. Dia jwb, masa tu dia masih ada gf, x nk curang kt gf dia wlpun msa tu hubungan dorang ada problem.
Apa pendapat awak, dia mmg lelaki sesuai utk saya x, apa sy perlu teruskan hubungan dgn dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
up to you. Ajakla jumpa minum minum and tanya face to face and cakap la jgn treat you as an escapism je meaning a someone utk fill in time je... kalau dia betul suka then make a proper way..
still be neutral.
|
|
|
|
|
|
|
|
jhasmeen replied at 10-8-2018 01:11 PM
Oh..sy pun sama maSih jugak dgn dia. Tpi dia xde pulak cerita sbb apa dia break dgn gf dia.
Saya ...
Idk. Up to u. Follow ur instinct.... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm dah break baru datang dengan awak.....maksud nya awak 2nd choice lah
|
|
|
|
|
|
|
|
Seronok pulak baca kisah dan pengalaman korang ni. I antara yang bertuah merasa jatuh cinta pandang pertama di mana first time I terpandang dia, nampak muka dia berseri bercahaya. Nak kata hensem tu taktau la tp masa tu di mata I hensem sgt lah! Walhal masa tu ada la "berkawan" dengan orang lain tapi tak pernah ada perasaan serupa tu.
I ni mcm perempuan dalam cerita si Victorious tu tapi takdela seramah tu dan dia lebih kurang macam Vic. Jumpa pun di kem anjuran sekolah yang lebih kurang. I made the first move dengan tanya dia soalan tinggal mana, asal mana...tapi dia jawab sepatah macam acuh tak acuh. Bila jadi mcm tu I pun malas la nak proceed. Rasa mcm bertepuk sebelah tangan. Bila dah balik sekolah tu (kami sekolah asrama, I di utara while dia di tengah), tiba2 dapat surat dari dia. Mesti la seronok, orang yang diminati tunjuk respond. Sejak tu kami berutus surat je tp memang very akademik. Dia ni memang jenis pemalu. Dalam masa yang sama ada je orang lain yang nak masuk line, tapi I still setia tunggu dia. Sebab hati tu dah suka sgt kat dia padahal dia tak pernah confessed apa pun. Cuma deep down in my heart I just knew that he felt the same way too. Jumpa face to face balik after 5 years. Everytime jumpa dia rasa berdebar. Dia ditakdirkan pergi oversea, I belajar local je. Tp kami terus berutus surat dan calling2. Alhamdulillah, jodoh kami kuat. Kami disatukan sebagai suami isteri after 10 years knowing each other. La ni dia dah berisi pun I still suka tgk dia. Ntah kena sihir ke apa I ni taktau la kan
Sampai hari ni, kalau tgk muka dia mesti rasa bertuahnya dapat bersama dia. Kalau jauh je rasa sedih dan rindu yang amat sangat. Dalam setiap hubungan tu pasti ada ujian dan dugaan kan. Cuma setiap kali rasa marah atau benci tu, i sandarkan pada kenangan yang indah2 dengan dia zaman muda2 dulu especially tang kenapa I suka dia in the first place. Mesti sejuk balik hati tu. Kami pun jenis yang tak boleh berenggang. Kalau merajuk tak cakap seharian tu rasa mcm tak best hidup ni. |
|
|
|
|
|
|
|
dia bertuah dapat awak....dan awak bertuah dapat dia....
nice plot.....
thanks for sharing
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-8-2018 08:10 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Twirlyhoo replied at 13-8-2018 06:26 PM
Seronok pulak baca kisah dan pengalaman korang ni. I antara yang bertuah merasa jatuh cinta pandang ...
hi awak...pepagi baca buat i rasa bestnya life gitu.. maybe to some lebih in other part but lacking on the other.
may happiness until jannah ya. tq for sharing. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mimi_mimpi at 14-8-2018 10:52 AM
ala... nak citer jugak... I dah taip panjang tadi. Mane pegi?
nak tiru style abg Victorious citer la... bleh tak. hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-8-2018 11:05 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
mimi_mimpi replied at 14-8-2018 02:40 AM
ala... nak citer jugak... I dah taip panjang tadi. Mane pegi?
nak tiru style abg Victorious citer ...
please doooo |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mimi_mimpi at 16-8-2018 02:28 PM
Kenangan cinta tak kesampaian...(tajuk pun dah spoiler haha)
I susah sikit nak jatuh2 cinta ni. Tapi kalau dah terjatuh tu ha... memang I commit betul2 la.
Sebelum2 ni masa remaja I tak penah ade boifren, even kat uni pun takde.
Sebab dulu ade perasaan rendah diri sket. Tapi crush2 tu memang banyak.
Bila dah kerja ni, barula nak ade kawan2 laki. Tapi tu la, kawan je.
Ade je kawan yang ajak kapel, tapi I yang tak minat.
Sebab yang ajak2 kapel dengan I tu pun, perangai bukan elok sangat.
I pun bukan la baik tahap ppuan melayu terakhir, tapi I tanak la dengan orang yang lagi teruk dari I kan.
Lagipun tak salah kalau I nak laki yang baik, betul?
Sampailah munculnya si dia.
I ade kedai sendiri (family punya sebenarnye), ala2 butik. Jual pakaian. Pekerja I ada sorang.
Satu hari dia masuk kedai I, serabai, bepeluh2 dengan baju sukan.
Katanya dia tengah berfutsal, tiba-tiba dapat mesej interview tak sampai lagi sejam.
Sepatutnya lagi dua jam, tapi ada miscommunication camne entah.
Dia balik rumah, sempat capai CV, tak sempat bersiap. Dia nekad nak pergi interview dengan baju sukan.
Kebetulan, tempat interview tu, dalam building yang sama dengan kedai I. Dia nampak kedai I, dia singgah nak beli baju formal. Ada masa lagi 20minit, so dia nak bersiap sikit. Tapi yang haru, dia tak cukup duit, ada rm20 je. Dia cagarkan IC dengan phone dia. I nampak kejujuran masa tu, so I decide nak tolong. I bagi dia mandi kat toilet, I bagi towel skali. I pilihkan baju dengan seluar, sekali dengan necktie. Then I tunggu dia depan toilet dengan baju. Bila dia bukak je pintu toilet dengan bertowel, I terkedu. Necktie yang I pegang masa tu terjatuh. Fuh dramatik. Dia sado beb. Ade six pack. Ala2 Paul Rudd dalam Antman tu body dia. Haha. kitorang macam malu2 sekejap. I suruh die besiap dalam fitting room. Bila dia dah siap, jauh beza dengan dia yang mula2 masuk tadi. Nampak gentleman gila. Bergaya habis. Segak. Dengan rambut lebat disisir ke belakang, muka taklah hensem mana, tapi nampak baik, bersih, innocent. Pakaian yang I pilih memang sangat2 padan dengan dia. Dah macam model dah. Hati I dah berdegup kencang masa tu. Dia ucap terima kasih, mintak sampaikan salam kat bos (dia tak tau I lah bos), dia tinggalkan IC dan phone, pastu berjalan keluar. I tersenyum sendiri, sambil belek2 IC dia. Kami sebaya, dan namanya Shukri. Ok Shuk, u dah ambik hati I. Simpan baik2 tau. I save nama dan nombor I dalam phone dia. Walaupun hati berat, I terpaksa tinggalkan kedai lepas tu atas urusan lain. I balik kedai 3 jam kemudian, dia dah siap bayar... phone dan IC dah diambil balik. Tiba-tiba masatu terus rasa rindu... macam ada kekosongan dalam dada ni. Padahal kenangan dengan dia tadi tak sampai pun 20minit.
I serahkan pada takdir, I serahkan pada jodoh. Kalau ada, adalah...
Malam tu I dapat panggilan. Dari dia. I rasa I lah manusia paling gembira malam tu. Kami berkenalan. Background dia biasa2 aja. Sama macam I. Orang biasa2. Tapi I terpikat dengan peribadi dia. Tutur kata dia sepanjang panggilan sangat baik, suara dia deep, macho. I tak perasan masa kat kedai tadi. 2 jam kami berbual, not bad. I tak bagitau dia I pemilik butik tu, dan I tak pernah bagitau sepanjang perkenalan kami, sebabnya I dah pernah kenal begitu ramai orang yang nak ambik kesempatan, kalau tau I berduit.
Dan sejak dari tu kami berkawan. Yang lebih merapatkan kami, bila dia lulus interview dan diterima kerja kat situ.
Hari2 lah I dapat tengok muka dia. Hari2 lah hati I berbunga2.
Sepanjang I kenal dia. Perangainya secocok dengan muka. Baik, jujur. Nak kata lurus bendul pun boleh. Disenangi orang sekeliling. Dia ni taklah peramah sangat, tapi bila dah kawan dengan dia, baru tau betapa banyak cakapnya dia ni. Hari2 dia akan singgah kedai I. Bual2 dengan I, dengan pekeja I (mujur pekeja I tu dah kawen). Selalu jugak kitorang lunch sama2. I sangat selesa dengan dia. Dia selalu jadi tempat I luahkan dan keluhkan perasaan I. Pendengar yang baik. Bak kata dia, dia adalah kaunselor peribadi I, akan selalu ada untuk dengar apa2 je yang I nak cakap. Semua rahsia yang I tak pernah bagitau sesiapa, I bagitau dia. Dan dia pun ada jugak kongsikan rahsia2 dia. Makinlah I rasa rapat dengan dia.
Banyak benda yang dia pernah buat yang buatkan hati I ni makin sayang dengan dia. Yang buatkan otak I ni menjerit2 "he's the one!!". Kadang2 bukan dia buat untuk I pun tapi cukup terkesan kat hati I. Pernah, dia tolong sorang makcik yang selalu duduk mintak derma kat luar building tempat kerja kami. Dia berbual2 dengan makcik tanya pasal family, pasal anak. Rupanya makcik tu dah lama tak jumpa family dia. Nak kata kena buang, tak juga. Complicated. Tapi I pendekkan cerita. Sebulan si dia ni tolong makcik tu, dengan bantuan kawan2 dia, dan jugak I. Akhirnya kami jumpa family makcik ni, dan kami berjaya ketemukan semula. Tak payah ceritalah macamane terharunye masa tu. Makcik tu akhirnya selamat tinggal balik dengan family. Ha nampak. Betapa baik si dia ni. Macamana I tak jadi lebih terpikat. Ade lagi few things yang dia buat, tapi cerita makcik tadi yang I consider paling best.
Kalau untuk I, benda paling best bila dia offer diri dia jadi boifren I, tapi pura2 je. Walaupun pura2, I tetap rasa bahagia gila. Ceritanya ade lah beberape pekeja lain dalam building tu yang teringin kat I, tapi I tak layan. I selalu jugak rasa semak bila diorang ni singgah2 kedai I. Satu hari tu ada sorang mamat yang syok kat I ni singgah. Ajak lunch sama2. I menyampah, tak suka mamat ni (kalau nak cerita pasal mamat ni sampai esokla I menaip). Tiba-tiba si dia ni muncul entah dari mana, panggil I sayang. Si dia nak lunch sama2. I terkedu weh masa tu. Mamat tadi buat muka terus pergi. I punya senyum masa tu boleh cecah telinga dah. My hero. Haha. Tapi nikmat tu sekejap je. Dia tau I benci mamat tu so dia panggil I sayang konon2 dia bf I. Walaupun kecewa, I setuju je bila dia kata akan buat lagi macamtu depan mamat2 yang I menyampah.
Dekat 5 tahun kenal rapat, dari umur 20an sampaila 30an, peliknya dia ni tak pernah pun mintak kapel dengan I. I ni bukanlah buruk pun. Boleh tahan tau, ade rupa, ade shape. Kalau tak orang2 laki lain tak kacau, kan kan. Hehe angkat bakul. Banyak kali I bagi hint yang I beminat dengan die, tapi die gelak2 je. Tak pernah ambik serius. I rase macam I syok sorang2 je, so I tak berani la nak luahkan prasaan yg sebenar2nye. I rasa dia ni main jual mahal. Ingat orang ppuan je ke pandai main jual mahal. Makin mahal dia jual, makin I rase nak membeli. Dalam hati I, I tak give up, maybe kalau I sabar, die bleh jatuh cinta kat I balik. Lagipun I rasa kami dah in the right place, masing2 dah kenal baik, cuma perlu sabar je. Tu yang I yakinkan diri I. I pun ego jugakla, tak nak tunjuk yang I terhegeh2 kat dia. Padahal I punya sayang kalau dia suruh I berlutut pun I sanggup. Kalau dia mintak I serahkan semua pun I sanggup. Memang I deeply in love dengan dia. Tapi I tau dia takkan mintak bukan2 dengan I. Sebab dia, I slow2 berubah. I nak jadi lebih baik. Sebelum ni I agak seksi, I dah mula pakai yang elok2. Perangai pun I ubah, jage solat, cakap benda2 yang baik. Dia pun bagi galakan. I bertambah yakin.
Takde angin takde ribut, tiba2 satu hari ni pekeja I bagitau I jangan berharap sangat dengan dia. Sebab pekeja I tu ternampak si dia keluar dengan ppuan lain. I jeles, tapi I tepis. I masih mengharap dengan dia. I faham dia tu popular jugak, ramai kawan ppuan. Tapi I yakin I lah yang paling special, sebab dia sdiri penah cakap macam tu. I percaya. Percaya bulat2.
Rupanya memang I special. Stakat kawan special. Stakat BFF. Belum tahap cinta lagi.
I call, tanya dia pasal ppuan yang pekeja I nampak tu, dia bagitau yang tu bakal tunang dia. Pilihan family. Orang jauh. Dengan happy nye dia ajak I majlis tunang dia nanti. Bulan depan.
"OOOOOO..." tu je I mampu ucap, I jadi speechless. I buat2 ade orang panggil I pastu I hang up.
Badan I menggigil masa tu. I tak mampu nak cakap perasaan I macamane. Otak I berkecamuk. Jantung macam berhenti. Hati rase macam nak pecah. Tanpa I sedar air mata mula menitis... banyak. Macam paip air.
Seminggu I tak datang kedai. Demam. Tiap2 malam I nangis. Punya lah hebat penangan. Bila I ingat balik, dia pernah cerita pasal ppuan ni kat I, tapi tak banyak. Setakat family friend. I tak penah rasa nak amik tau. Tak sangka itu pilihannya. I tak tau apa I rasa. Seminggu I demam tu dia call hari2 suruh makan ubat. 2 kali dia singgah rumah I bagi ubat. Hati I sakit, pedih, tapi dalam masa yang sama I happy bila dia concern pasal I. I masih sayang sungguh kat dia. Seminggu tu I banyak fikir. Macam2. Akhirnya I decide, I akan terus jadi BFF dia sampaila dia kawen. Pastu I akan move on. Konon2nye slagi dia belum akad, I masih ade peluang...
Bila I dah kerja balik, I layan dia macam biasa. Tak lupa ucap tahniah, pura2 excited yang dia akhirnya akan kawen. I sempat gurau cakap "patutla I nak jadi gf u, u tanak". Kami gelak. Itu je la yang mampu. Dia pun siap begurau tanya I bila I nak kawen. Boleh pulak tanya kan, padahal aku tunggu kau la bodoh. Dia memang bodoh tau, kita dah rapat lame kot, kita tak kluar dengan laki lain kecuali dia, kita calling2 tiap2 malam, masih jugak tak paham2 ke kita ada hati dengan dia. Bukan bodoh je ni, lembab pun ade. Ok emosi. I ade mintak nak tengok muka bakal wife. Dia bagi tengok. Muka innocent, muka baik, nampak lurus bendul, maybe same lembab bodoh macam dia. Padan, sesuai dengan each other.
Hari pertunangan berlangsung. I pergi. Sorang je. Sebab I rase I tanak lame2 kat situ. Die buat kecil2an je, tapi ramai la jugak. Dia happy masa tu, memanglah kan. Nampak I datang, kemain lagi dia macam nak melompat. Perkenalkan I kat kawan2 dia masa tu, siap bagitau I single sila tackle. Ceh. Kalaula ade pisau kat tangan I mase tu. Kalaulah. Majlis berlangsung dengan baiklah walaupun tengah hujan lebat dalam jiwa I ni. I sempat berbual dengan tunang dia. Lemah lembut, masa salam tangan I siap cium tangan. Tunang dia tau siapa I, siap panggil I kakak. Taula dia muda 2 tahun. Buat I rase tua. Tak sensitip. Memang same bodoh lah.
I balik, hurm, tak sampai 5 minit drive, I brenti tepi jalan menangis. Apesal lah air mate ni murah sangat utk laki tu.
Biarpun dia dah jadi tunang orang I tetap kawan macam biasa. Macam takde ape2 belaku. Dia pun jarang sangat cerita pasal tunang. I pun tak tau kenapa. Seolah2 tunang tu tak wujud. Tapi bagi I bagus jugak sebab I tak sakit hati. I masih sayang dia, susah nak buang perasaan tu, dan jauh, jauuuuhhh dalam hati I, I berharap satu hari dia akan putus tunang, pastu I akan pastikan dia paham perasaan I.
Tapi hari tu tak datang. Setahun pastu, diorang kahwin. I tak pergi. Dia siap call I malam tu, cakap dia seharian takde mood sebab I tak datang. Ceh, kejap lagi wife ko start bukak baju cube ko cakap gitu. I bagi la alasan merepek2. I tak sanggup la tengok dia akad nikah. I tak sanggup tengok dia atas pelamin dengan orang lain. Maunya I meroyan kat situ nanti. Hakikatnye I pergi maraton wayang. Sorang2. Tengok 4 movies berturut2. Tak penah I buat. I bukan kaki wayang pun.
Seminggu lepas dia kawen, I pindahkan kedai. Kebetulan memang dah bertahun I rancang nak pindahkan kedai. Dah lama bincang dengan family, dengan pekeja. Sebab nak besarkan kedai tu. Tapi I lupakan hasrat tu sementara sebab tengah sebok jatuh hati dengan jodoh orang. Bila dia dah bertunang tu I sambung cita2 nak pindahkan kedai, dan I pilih tarikh seminggu lepas dia kawen. Sebab I tau dia honeymoon 2minggu. So bila dia balik keja nanti I dah takde situ lagi. Haha. Padan muka. Tapi hakikatnya, I pindah sebab I tak sanggup teruskan kawan baik dengan dia. I yakin, kalau lama2 nanti, kalau dia mintak I jadi skandal/2nd wife pun, I sanggup. Baiklah I sendiri yang keluar dari relationship ni dulu. Nanti bila dua2 jadi tak sedar diri susah plak. Memang dia marah la pastu. I tadah je telinga. I pun slalu2 la buat2 busy kalau die call/mesej2. Kitorang slow2 makin jauh... sampai la harini.
Tu je lah citer I. First time, and the only time, jatuh dan gagal dalam becinta. Kena BFF-zone. Hati dah tetutup terus ni.
Ceh. Menitis lagi air mate taip citer ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnyaaa. I dapat bayangkan apa u rasa. Sabar ehhhh
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|