|
PERCAYA KAMU PADA BOMOH @ PERAWAT PERUBATAN?? MEH KONGI PENGALAMAN
[Copy link]
|
|
Dekatkan diri dgn Allah .. insyaAllah akan ada bakal jodoh yg lagi baik. Jgn terlalu ikut hati / perasaan.. Duit tu sebaiknya buat sedekah ke / belanja ibu bapa ke.. mgkin hati lebih tenang. Sbb bila kita jumpa bomoh meminta2 sesuatu ni dh jatuh syirik. Nauzubillahiminzalik.. x cium bau syurga. Iblis pun pernah merasa nikmat syurga sampai ketika diusir sbb perasaan sombong dan ingkar dgn perintah Allah utk sujud pada nabi Adam.. mohonla diri kita ni terhindar dari sifat2 yg boleh buat kita jatuh dlm lubang neraka utk selama lamanya. |
|
|
|
|
|
|
|
tamar jalis tu yg penulis buku sohor tu kan.
buku yg sy ckp pasal ada nama perawat2 yg pandai berubat ni, sy x pasti siapa penulis bukunya
|
|
|
|
|
|
|
|
Skeptikal, terutama dengan bomoh dan pengamal perubatan yang arghhh tak reti nak terangkan. Masa sekolah menengah pernah kena, time tu tak sedar apa yang berlaku, tapi cikgu panggil ustaz, Alhamdulillah sembuh. Maknanya, lepas tu, kehidupan kembali normal cam remaja lain
10-11 tahun lepas tu, didiagnose kena penyakit moden. Yang ni percaya sikit sebab ada bukti2 dari sudut perubatan, kecuali doktor2 tak buat satu golden key test nak confirmkan penyakit ni. Jadi, memula tu, ada perasaan doubt, indenial gak...
Mak ayah pakcik makcik lak tanya ramai orang nak bawa saya gi berubat. Orang2 tua ni konservatif sikit |
|
|
|
|
|
|
|
1. Yang paling mengarut, satu tempat di Johor. A*******. Sampai rumah dia, nampak kain kuning, asap2 bau kemenyan, keris, patung, bingkai gambar pelik2 cam dalam thread book of wonder @nazrullah dan cam yang @KILL_NANCY letak gambar, khatam sulaiman. Deko dalam rumah dia pelik laa, ada ruang malap lak tu, setan suka ler tempat2 camni (baca thread tu, baru jelas oic... thank you korang)
Dalam hati, ah sudah. Akal cakap, ni syirik tahyul khurafat menyumpah2 dalam hati sume ada. A tekan ibu jari kaki dengan batu. Takde rasa sakit pastu dia cakap, "Kuat ni jin yang dok kacau dia."
Eh, kita memang medically takde perasaan sakit kat situ, bukan sebab jin ke apa. Buat itu ini, kemudian mandi bunga. Masa mandi bunga tu, sesapa penah buat ice bucket challenge yang tular dulu, reaksi saya tak cam orang yang normal buat, stiff (mandi malam, air dari bukit lak tu) pastu, menggigil teruk. "Kuat ni jin dalam badan dia."
Hmmm jin dia. Amenda...huhu. Dari sudut perubatan, ada penjelasan apsal saya menggigil cam orang parkinson
Ps: jangan ler membazir air buat challenge ni, nak derma, derma jer
Nak balik tu, A bagi kain perca kuning, balut2 batu kecil jer tapi tak berperasaan curious nak buka kain tu, tengok rupa bentuk batu tu camne. Lalu jambatan sungai S, saya minta tolong ayah buang kain tu masuk dalam sungai, biar mengalir sampai ke muara, masuk laut...
Beberapa minggu kemudian, A meninggal. Rumah dia terbakar, ada masuk berita. Sesapa yang ikut malam tu dok speku, jin yang jaga batu/kain yang kami buang tu, balas dendam sebab kena buang dalam sungai, jin A tu berperang dengan jin yang ada dalam badan saya. Macam2 ler, tak larat nak dengar
Kat luar nampak tenang, padahal dalam kepala otak, cam mesin basuh dalam mode spin, kita pun berperang gak dengan perasaan sendiri, serabut sangat. Terkesan siot dengan cakap2 orang yang konon merawat, orang yang menambah2 lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
2. Tak mengaku bomoh, katanya perawat tradisional, kat Pattani
Yang ni, memang 100% quack. Bila saya cakap nak balik rumah, baik lepak kat pantai, gi Big C ke, family yang dok belah thailand tu kata, 'benda' tu memang dok hasut jangan gi berubat etc. Kita pun ikut, jauh2 datang kann, dalam hati penuh dengan perasaan tak percaya, berzikir, taknak jatuh syirik huhu. Halus jer garisan tu nak terpesong...
Pakcik ni, dia asah batu dalam air, tunjuk air tu keruh, haa tu dia jin dalam badan dia. Eh #&_&#_ semua orang boleh claim nampakkkkk. Dia bagi air bacaan ayat2 Quran (yang ni kita pun boleh buat), limau kasturi 7 biji, buat mandi balik nanti. Kena pantang itu ini. Tah pape lagi yang dia buat, dia tak berani melebih2 sebab ayah dan arwah paklong ada. Kalau tengok gambar yang dia tunjuk kat kitorang (bukti pengubatan dia berjaya konon) lagi teruk dia buat
Kejadian misteri, tah betul ke tak, pakcik tu sakit teruk lepas saya balik dan takleh mengubat orang dah. Menangis sakan saya, kenapaaaa, salah aku ke, betul ke ada jin...stress ler kiri kanan depan belakang orang mengata. Dah kita pun ada sakit moden lain, tapi masih boleh fikir baik buruk tahayul khurafat, jangan mensyirikkan Allah sume. Kalau tak kuat, boleh jadi gila masa tu |
|
|
|
|
|
|
|
3. Ustaz perawat Islam selebriti
Yang ni, tak sama langsung dengan apa yang dia promote kat tv. Kitorang yang 'sakit' ni, dia kumpulkan ramai2 masuk dalam bilik, tanpa penjaga, bercampur laki perempuan, bacakan ayat ruqyah (sekejap jer, tak abis pun bacaan ayat ruqyah kan lama), pastu panggil group lain lak masuk. Bagi air bacaan ayat2 Quran. #&#& penunggang agama, menipu makcik pakcik kat kampung yang tengok tv jer. Bukan lah bermaksud berdoa minta tolong Tuhan perlukan perantara ustaz tapi...
Ustaz tu elok jer masuk tv lagi lepas tu. Maknanya, bukan jin whatsoever dalam badan saya yang kacau orang yang cuba merawat saya. Entahler, benda2 gini tak berani nak komen lebih2 huhu
Dan macam2 lagi lahh, utara selatan timur barat kami pergi berubat. Semua cakap benda yang berbeza, ada orang dengki tengok kita ada macam2, ada orang balas dendam kena reject aduhai, kacau tempat tinggal 'diorang' masa masuk hutan
Padahal kita masuk hutan boleh kira dengan jari tangan jer berapa kali, last masuk hutan masa kat Spain, bukannya gi tebas pokok, ikut laluan road less travelled pun. Pastu mula sakit2 tapi jumpa doktor pakar, kalau kata ada patah tulang, urat terbelit ke apa, sume nampak kat xray ct scan mri films huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
4. Latest, lepas raya haji tahun lepas. Time ni sakit moden dah teruk, tapi still manageable mentally physically
Arwah nenek sakit tua, ada sorang lagi tok sedara, beliau ni cam patriarch dalam keluarga, ganti nenek. Suruh jumpa sorang makcik ni, dia 'scan', dia kata ni sebab bertunggu tangga kat rumah orang, makan makanan orang Yindo, Cainis bla bla bla, "Awak jumpa tukang urut/ bomoh/ perawat, dia letak 'penjaga' dia menumpang kat badan awak, sebab tu rasa berat." Adoiiii
Pastu makcik ni cam interrogate paksa2 sebut nama kawan2 yang berkemungkinan buat 'bukan2' kat saya. Pfffttt, no way kita nak buat camtu. Tak betul tu nama nya fitnah. Tatau ler saya yang keras hati keras kepala kuat semangat tanak memburukkan kawan, ingat kita tak pandai pilih kawan ke, makcik ni gave up nak bersoal jawab. Pastu dia menggeliang-geliut, tanya mak, dia ada buat camni kan kat rumah. Saya selalu buat rutin yoga yang simple, meliuk-liuk ada dalam rutin, tu nama nya buat stretching!!! Makcik ni cakap pasal ular bersalin kulit lak aduh. Ingat kita ni ular naagin!!!
Lepas arwah nenek meninggal, tok sedara suruh jumpa makcik ni lagi. Ada saka lak. Halah2 |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar boleh, caya bulat2 jangan. Kena banyak membaca, ambil pengajaran daripada kisah2 orang yang terdahulu
1. Katanya ada orang hantar benda, tapi saya tak ler muntah2, orang yang 'merawat' pula yang muntah, tapi dia tak muntah depan2, kita pun nak ler tengok kot keluar kaca ke darah ke jarum ke, nampak gak bukti :
2. Ada sesi soal jawab, konon nya dia tengah bercakap dengan jin. Suara makcik pakcik ni berubah, berbual dengan jin dalam badan saya. Sume orang pun boleh buat camtu. Saya jawab lain, diorang ni kona sana-sini aihhh
3. Diorang ni main hembus jer huhu. Betul ke salah ke, jangan harap kita nak mengaku. Memburukkan keadaan jer, mak dah ler ada hipertensi
4. Penunggang agama, ambil kesempatan atas kelemahan orang betul. Duit abis, apa pun tak nampak, kecuali sorang tu, dok tayang kat ig, dia beli motor besar kereta import (tu sume liabiliti), buat rumah. Ni pakai duit orang yang kau tipu keeeee
Tahun makan tahun, katakanlah apa saja. Lumrah hidup, bila dah sakit ni, pendapat kita jadi tak berharga. Bagi peluang untuk orang sihat lak bersuara. Kita reda dan redah jer. Nak jadi expressive, brutally honest cam dulu, dah penat. Bukannya orang nak dengar
Manusia ni macam2, kalau tak macam2, tu bukan manusia. Tapi kita nak jadi insan, bukan manusia
Jarang jumpa yang humble, betul2 nak tolong orang, ke sebab tak pandai cari. Takde yang mistik dengan sakit ni pun. Kot ye ada pun, tatau nak expect apa, respond camne, kena menggelupur ke muntah2 ke menjerit ke
Kalau tak isi ruang2 kosong tu dengan zikir dan lain2, kuatkan semangat, senang ler benda2 ni nak kacau. Yang baik2 semua dari Tuhan, yang buruk tu semua terjadi atas kelemahan kita sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
tau tak sebab apa orang jahat tak akan kena santau etc..?
yg selalu kena mesti orang baik2...?
|
|
|
|
|
|
|
|
aleX-S replied at 12-1-2020 10:08 PM
3. Ustaz perawat Islam selebriti
Yang ni, tak sama langsung dengan apa yang dia promote kat tv. K ...
Ustaz ni opis nya di sebuah shoplot di Batu Caves ke? |
|
|
|
|
|
|
|
I percaya tapi tengok pada orangnya. Masa anak I kena gangguan makhluk halus beberapa tahun lepas, I buntu. Tanya kawan then ada sorang ni mintak tolong member dia yang masa tu dekat kL, I kat Ipoh. So dia mintak nama anak dibinkan nama I. Then she scan. Alhamdulillah..anak I sembuh. Rupanya ada benda yang ikut masa weol keluar senja senja on the way balik makan.
Member i punya member tu tak mintak bayaran pun. Cuma dia bersyukur sakit anak I tak terlalu lama. Kira kes tu mudah la. So pada I..boleh je nak percaya pada pengamal perubatan Islam tapi diorang ni jarang mengiklankan diri. Kita kena tanya dekat kawan kawan. |
|
|
|
|
|
|
|
First and last iols pegi mandi bunga dgn sorang pakcik ni kt PJ. Kwn iols ni jiran pakcik ni dulu...dia kata selalu ada kereta2 besar dtg umah pakcik ni. Mak dia pun mandi bunga jugak kat umah pakcik ni sebab bila buat sale ni kadang2 ada orang dengki. Dia kata sales mak dia memang meletop hantar mana2 branch pun mesti paling atas la. So iols pun why not kan aje...tak penah ada experience kan. Pergila mandi bunga jugak, then kena berniat nak apa. Lepas tu pakcik ni tilik2 jugak lah pasal jodoh and rezeki gituh. Tapi yang iols tak puas hati sekali mandi tu mintak RM50 setau iols bukan ke bagi seikhlas hati kan membantu orang tu kan pahala. Baru2 ni jumpa balik kawan iols dia cerita sebelum tu ade makcik kawan mak dia pegi katanya kena buat dgn ex bf, pakcik tu mintak seribu camtu untuk buang...
Bagi iols bila dah ada mintak bayaran iols dah sceptical dah. |
|
|
|
|
|
|
|
aleX-S replied at 12-1-2020 10:08 PM
3. Ustaz perawat Islam selebriti
Yang ni, tak sama langsung dengan apa yang dia promote kat tv. K ...
Ai tau sape ni, ai penah terkena.. Register je dah kena bayar ratus. Mmg penonggeng agama sangat. Geram je. |
|
|
|
|
|
|
|
Hana_Ana87 replied at 2-8-2018 10:55 AM
PENGALAMAN 1
KAK DAYANG JOHOR
Dapat cari bomoh ker? Tlg share. Thank you |
|
|
|
|
|
|
|
sheel2019 replied at 30-1-2020 07:07 PM
Dapat cari bomoh ker? Tlg share. Thank you
Kamu sudah dapat bomoh yang hebat kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Kukuta replied at 4-2-2020 07:45 AM
Kamu sudah dapat bomoh yang hebat kah?
Tak dapat. Sebab tu tanya? Ada sesiapa dah dapat? |
|
|
|
|
|
|
|
sueburn replied at 29-1-2020 11:07 PM
Ai tau sape ni, ai penah terkena.. Register je dah kena bayar ratus. Mmg penonggeng agama sangat. ...
Ustaz SS ke ???. |
|
|
|
|
|
|
| |
|