CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

'Ditelan' Mesir Pengisar Sampah Di Korea, Hancur Paha Hingga Kaki

[Copy link]
Post time 23-11-2018 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah kesiannya dik..semoga dipermudahkan proses pembedahan berjln lancar dan diberi ketabahan serta kekuatan buat famili..Aamiin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2018 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
precious_chicas replied at 22-11-2018 02:14 PM
Agak meragukan disitu. Kalau ikutkan prosedur maintenance dalam kebanyakan industri, bukan tak ...

Org industri panggil SOP ni sebagai LOTO (lock out tag out). Peringkat paling asas training ialah LOTO
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Sumpah la ngeri kot..nape la dek nak keje pulak lepas bercuti..duit dah habis ke..why laa...adoii..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 10:25 AM | Show all posts
Ya Allah, sedihnya, umor pon muda lagi
Semoga dipermudahkan segala urusan adik Daniel.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 10:39 AM | Show all posts
semoga kes adik ni jadi pengajaran la kt orang lain tu yg nk keje secara illegal kt oversea.

kalau kt fb, ramai dah buat benda ni. bila org kata, gaji keja illegal ni haram, diorg marah plak. pastu bangga kata balik malaysia bawak ribu-ribu, kalah budak degree keje makan gaji. jadi mcm ni, pandai plak korang nk mintak-mintak derma. tak fikir ke menyusahkan makbapak, memalukan nama negara lagi. kt malaysia ni berlambak lg keje mcm ni, ada perkeso ada socso, keje kt oversea jugak yg ko kejar
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 11:07 AM | Show all posts
noor2 replied at 23-11-2018 09:15 AM
Indon dan bangla pandai ja tangkap projek jadi sub con di negara kita ni....

Ni pengalaman aku se ...

itu indon bangla yg dh lama dtg sini .. mula2 dtg keje buruh binaan.. dah lama kerja dah  pandai jd sub con.
kawan melayu kontraktor aku ada je sub con kt indon.ada sorg bangla yang aku kenal dia ni kat negara dia pun  kira berduit juga la orang nyer.
dtg sini sebab nk cari peluang bisnes. sanggup kawin dgn melayu yg pangkat nenek.bini pun izin kan dgn syarat kawin dgn org tua bukan yg muda.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2018 12:52 PM | Show all posts
harizs replied at 23-11-2018 09:56 AM
Org industri panggil SOP ni sebagai LOTO (lock out tag out). Peringkat paling asas training ialah  ...

Haa...yess..lock out tag out. Lupa..dah lama tinggalkan dunia pekerjaan
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 12:53 PM | Show all posts
armin replied at 23-11-2018 08:29 AM
Mcm mana switch dah tutup tp mesin blh bergerak?

Ada la sapa2 yg pi switch on balik kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2018 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian, semoga dipermudahkn Allah

Jd kan lah pengajaran jgn suka2 nk keje kat luar negara, illegal pulak tu, sanggup ye keje cuci sampah janji oversea

Rakyat Malaysia ni miskin sgt ke, rasanya terlebih makan adalah, yg sibuk nk keje illegal kat oversea ni plg besar pun gaji dpt 8ribu je, and bukan utk duit makan, tp lebih nk bermewahan, dpt beli barang branded
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada kes seorang ex bos cina ni, bekas Finance Director top company in KL, bini ajak berhijrah Sydney konon2 tak bahagia hidup di KL, end up keje taxi driver je, ex bos ni merayu balik kat old company nk keje balik
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 02:51 PM | Show all posts
Masak la parents nak kena bayar semua, insurans sure tak cover kes camni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 03:32 PM | Show all posts

asalnya pergi ke korea utk bercuti tp terus buat keputusan nak keje kt sana. so adik ni illegal worker lah yea?harapnya, comp tu bertanggungjawab laa bagi pampasan & tanggung kos perubatan. tapi bila dah status illegal worker ni susah nak cakap kan..comp blh lepas tangan cam tu jer.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Berat dugaan family ni,bertabahlah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
hyldia replied at 23-11-2018 03:32 PM
asalnya pergi ke korea utk bercuti tp terus buat keputusan nak keje kt sana. so adik ni illegal wo ...

Kalau judge dr report ni saja, tak dgr cerita yg sebenarnya , i percaya mmg dia kerja secara illegal.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
illegal la ni..mcmne kite x kenan dgn illegal worker kt sni..mcm tu la org sane..dh jd mcm ni, nk mtk derma..sblm tu x pk lgsg natijah perbuatan sendiri

bende mcm ni la org dok bertekak dgn bdk2 yg sibuk nk pegi negara org n keje jd pemetik buah..last2 scam kene tipu..lps tu mule mtk derma nk balik malaysia..ni bkn pertama kali kot..moge jd pgajaran utk adik2 sane

utk adik ni..moge adik dan parents adik kuat menghadapi dugaan yg maha hebat ni..moge dipermudahkan urusan adik.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan nak doa buruk2 tapi kalau nyawa panjang, terseksanya dia dan family nak tanggung . Kalau nyawa tak panjang pulak sian parents dia hmmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2018 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila terjadi kes mcm ni, makin susah org malaysia nk masuk korea..sama mcm australia...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2018 07:46 PM | Show all posts
boleh jadi tak mesin tu bergerak sendiri bila benda yg tersekat dah terlepas..
.
oh ya akaun ibu dia dah frozen sbb ramai sgt menderma jadi takbuleh nak derma
.
harap nyawa dia panjang, takpe pon kalau separuh badan,,boleh buat keje keje online/komputer. hidup perlu diteruskan
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2018 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ulamalu at 24-11-2018 08:06 PM

“Terima kasih Malaysia” - Ucap mangsa kemalangan mesin pengisar di Korea Selatan, Daniel Arief
Sabtu, 24 November 2018 4:12 PM
Oleh: NADIA SHAIFUL BAHARI

PETALING JAYA: “Assalamualaikum semua. InsyaAllah, saya akan balik Malaysia secepat mungkin.”

Begitu kata Daniel Arif Ahmad Fuad, 21, kepada rakyat Malaysia melalui satu rakaman video selepas mengetahui tragedi yang menimpanya mendapat perhatian meluas.



Paparan skrin daripada rakaman ucapan oleh Daniel Arif ketika dikunjungi bapanya di Hospital Suwon Ajudae. - Gambar ihsan Shahir

Rakaman itu dibuat oleh bapanya, Ahmad Fuad Yun, 52, ketika tiba di hospital Hospital Suwon Ajudae pada Jumaat.

Daniel Arif yang mesra disapa Danny itu kini sudah sedar selepas dua hari dalam keadaan koma akibat kemalangan di tempat kerja.

Rakan baiknya yang hanya ingin dikenali sebagai Shahir, 28, berkata, Daniel Arif kini berada di wad trauma dan pelawat dibenarkan menemani mangsa pada waktu lawatan sahaja.

Kata Shahir, jelas terpancar kegembiraan di wajah Daniel Arif selepas melihat kehadiran kedua ibu bapanya di hospital tersebut.

“Dia sangat teruja dan bertanya, "macam mana ayah datang sini..tidur dekat mana?", seolah-olah dia sakit biasa-biasa sahaja.

“Kemudian, ayahnya yang terlalu gembira dapat melihat Danny terus merakam video itu semalam (Jumaat),” kata Shahir kepada mStar Online pada Sabtu.

mStar Online pada Khamis melaporkan tentang seorang rakyat Malaysia nyaris maut selepas ditimpa kemalangan di tempat kerja dalam satu insiden yang berlaku di sebuah kilang kitar semula di Korea Selatan.

Dalam kejadian yang berlaku pada petang Isnin itu, Daniel Arif kehilangan hampir separuh anggota tubuhnya selepas 'ditelan' sebuah mesin pengisar sampah di kilang yang terletak di Samseong, Seoul.

Menurut bapa mangsa, anak sulungnya yang baru dua bulan bekerja di negara tersebut berada dalam keadaan tidak stabil dan terpaksa diberikan ubat tidur oleh pihak hospital yang merawat anaknya.

Selepas sedar daripada koma, Daniel Arif meluahkan hajat kepada ibu angkatnya yang merupakan warga Korea untuk menikmati makanan kegemarannya, iaitu piza.

“Ibu angkat Danny yang dipanggil ‘Omma’ merupakan orang pertama yang dia jumpa selepas sedar.

“Omma memberitahu saya yang Danny bertanya di mana semua orang dan meyakinkan wanita itu bahawa dia seorang yang kuat.

“Omma meminta Danny agar banyak bersabar dan berjanji akan membawa makanan kegemarannya apabila dia sudah sembuh nanti,”ujar Shahir.

Menurut bekas rakan sekerja Daniel Arif itu, pemuda yang sudah dianggap seperti adik lelakinya itu bukan sahaja terpaksa menjalani pembedahan buat kali kedua, malahan pembedahan ketiga mungkin terpaksa dilakukan pada minggu depan sekiranya jangkitan kuman masih merebak.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2018 09:07 PM | Show all posts
“Terima kasih Malaysia” - Ucap mangsa kemalangan mesin pengisar di Korea Selatan, Daniel Arief
Sabtu, 24 November 2018 4:12 PM



PETALING JAYA: “Assalamualaikum semua. InsyaAllah, saya akan balik Malaysia secepat mungkin.”

Begitu kata Daniel Arif Ahmad Fuad, 21, kepada rakyat Malaysia melalui satu rakaman video selepas mengetahui tragedi yang menimpanya mendapat perhatian meluas.

Rakaman itu dibuat oleh bapanya, Ahmad Fuad Yun, 52, ketika tiba di hospital Hospital Suwon Ajudae pada Jumaat.


Daniel Arif yang mesra disapa Danny itu kini sudah sedar selepas dua hari dalam keadaan koma akibat kemalangan di tempat kerja.

Rakan baiknya yang hanya ingin dikenali sebagai Shahir, 28, berkata, Daniel Arif kini berada di wad trauma dan pelawat dibenarkan menemani mangsa pada waktu lawatan sahaja.

Kata Shahir, jelas terpancar kegembiraan di wajah Daniel Arif selepas melihat kehadiran kedua ibu bapanya di hospital tersebut.

“Dia sangat teruja dan bertanya, "macam mana ayah datang sini..tidur dekat mana?", seolah-olah dia sakit biasa-biasa sahaja.

“Kemudian, ayahnya yang terlalu gembira dapat melihat Danny terus merakam video itu semalam (Jumaat),” kata Shahir kepada mStar Online pada Sabtu.

mStar Online pada Khamis melaporkan tentang seorang rakyat Malaysia nyaris maut selepas ditimpa kemalangan di tempat kerja dalam satu insiden yang berlaku di sebuah kilang kitar semula di Korea Selatan.

Keadaan mangsa ketika kedua-dua kakinya terperosok masuk ke dalam mesin pengisat sampah. Gambar ihsan aktivis Malaysia di Seoul.

Dalam kejadian yang berlaku pada petang Isnin itu, Daniel Arif kehilangan hampir separuh anggota tubuhnya selepas 'ditelan' sebuah mesin pengisar sampah di kilang yang terletak di Samseong, Seoul.

Menurut bapa mangsa, anak sulungnya yang baru dua bulan bekerja di negara tersebut berada dalam keadaan tidak stabil dan terpaksa diberikan ubat tidur oleh pihak hospital yang merawat anaknya.

Selepas sedar daripada koma, Daniel Arif meluahkan hajat kepada ibu angkatnya yang merupakan warga Korea untuk menikmati makanan kegemarannya, iaitu piza.

“Ibu angkat Danny yang dipanggil ‘Omma’ merupakan orang pertama yang dia jumpa selepas sedar.

“Omma memberitahu saya yang Danny bertanya di mana semua orang dan meyakinkan wanita itu bahawa dia seorang yang kuat.

“Omma meminta Danny agar banyak bersabar dan berjanji akan membawa makanan kegemarannya apabila dia sudah sembuh nanti,”ujar Shahir.

Menurut bekas rakan sekerja Daniel Arif itu, pemuda yang sudah dianggap seperti adik lelakinya itu bukan sahaja terpaksa menjalani pembedahan buat kali kedua, malahan pembedahan ketiga mungkin terpaksa dilakukan pada minggu depan sekiranya jangkitan kuman masih merebak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.054893 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list