|
Adi Putra 'Si Genius Matematik' Buka Kisah Lama
[Copy link]
|
|
binipopeye replied at 6-9-2019 12:30 AM
kalo dh dia rase xsekolah xde spm xde degree sume tuh xrugi... then go ahead laaaa dgn erti kejaya ...
Kalau you trigger kisah family orang itu masalah you bukan masalah orang. Rata2 yang komen sini pun bukan M40 or mindset luar kotak pun biasa survive competing with cina
Iols baca gak komen brain level chuols, macam biasa komen orang makan gaji. Lepas bersara duit terkincit bayar loan
|
|
|
|
|
|
|
|
ni kena tengok buku dia yg dikatakan di Brunei dan bandingkan kaedah itu dengan rumus maths
ada beza tu kaedah arithmetics versus rumus maths macam ni b2- 4ac atau y = mx + C atau Y = Beta 1 X + Beta 2 X 2 ....
so sesiapa yg tengok kandungan buu dia tu meh share sat i pun curious
|
|
|
|
|
|
|
|
gideoncross replied at 5-9-2019 11:38 PM
What the f? Is this real? Iols yg org Brunei pun xtahu psl ni.
hi u, tak perlu nak fff sangat.
Genius Matematik, Adi Putra Abd Ghani, bukan nama baru yang perlu diperkenalkan, malah beberapa tahun lepas, beliau menggemparkan negara dengan kehandalan dan kepantasan melakukan kerja pengiraan matematik.
Kini pada usia 19 tahun, Adi masih meneruskan minatnya dalam ilmu matematik dan turut mencurahkan ilmunya di dalam dan luar negara, tetapi perlu berdikari, kerana kini dipinggir dan segala janji yang pernah ditabur kerajaan tidak ditepati.
Remaja yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Matematik Islam Abad ini oleh Universiti Riau, Indonesia pada 2009 setakat ini menghasilkan 235 formula matematik dan membukukan 12 formula tersebut dalam sebuah bukunya berjudul Seni Matematik Islam.
Malangnya, buku yang menjadi rujukan pelajar di peringkat rendah dan menengah di Brunei Darussalam itu, tidak mendapat pengiktirafan di Malaysia walaupun ternyata memberi alternatif untuk memudahkan pelajar.
“Saya lancarkan buku itu di Pesta Buku Antarabangsa pada November 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra. Selepas pelancaran, saya mula guna buku itu mengajar di Brunei.
“Kerajaan Brunei ambil buku itu sebagai rujukan untuk sekolah rendah dan menengah,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insider di kediamannya di Tanjung Malim, Perak.
“Saya kecewa juga, sebab kalau boleh, kita hendak kongsi ilmu kita dengan anak bangsa, negara kita. Itu yang kita utamakan dulu.
“Yang jadi masalah, apabila keputusan daripada ‘orang di atas’,” dakwanya.
“Bila saya mengajar di sekolah, untuk program motivasi, saya guna buku itu. Maklum balas dari guru dan murid memang bagus.
“Murid dan guru dapat belajar, menjadikan mereka suka dengan Matematik,” katanya.
Tokoh Matematik Islam Abad, Adi Putra Abd Ghani yang kini 19 tahun dijanjikan pelbagai perkara oleh kerajaan, segalanya hanya tinggal janji. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.
Adi yang sering diundang untuk menyampaikan kuliah matematik, menyingkap kembali zaman kanak-kanaknya yang dirasakannya seperti dijadikan tikus makmal oleh program pembangunan pendidikan .
Katanya, walaupun banyak janji yang ditabur kerajaan untuk membangunkan program genius kanak-kanak suatu masa dahulu, namun ia sekadar janji tinggal janji.
“Saya seperti tikus makmal jadi bahan uji kaji. Itu apa yang saya rasa terjadi masa itu, sebab saya dijanji untuk membuat modul kanak-kanak genius.
“Ketika itu saya 6 tahun. Pagi saya di Sekolah Islam Antarabangsa, masa Sains, saya masuk darjah 5, Matematik, saya masuk darjah 6, Bahasa Inggeris, saya masuk darjah 3. Ia berlangsung lebih setahun.
“Tengahari masa pelajar lain rehat, saya kena pergi ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk belajar A Level. Belajar 5 subjek – Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan,” katanya.
Bagaimanapun, kata Adi, beliau berhenti sekolah separuh jalan bagi menumpukan sepenuhnya kepada pengajian A Level di UIAM.
Tetapi yang menghairankannya, walaupun tamat pengajian, beliau mendakwa tidak dianugerahkan sijil oleh universiti berkenaan.
Terkilan kerana sehingga kini masih dipandang sepi kerajaan, remaja yang berazam untuk mencipta satelit ini tidak lagi mahu mengenang janji yang ditabur kerajaan sewaktu zaman awal kanak-kanaknya.
Katanya, menjadi harapannya agar sarjana mahu pun profesor yang arif dalam matematik dapat mengesahkan dan mengiktiraf kesemua 235 formula matematiknya.
“Banyak sejarah saya dengan kerajaan. Saya pun sudah malas. Terlalu banyak saya dijanji,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Banyak sangat kejadian saya dengan kerajaan sampai saya sudah serik. Sebab itu saya sudah tidak kenal apa-apa, tidak suka cakap pasal politik, tidak sentuh pasal kerajaan. Saya sudah lalui semua itu.
“Saya mahu ahli falsafah dokumenkan dan sahkan formula saya. Formula saya dari ilham, dan ada yang dari zaman dahulu, seperti Al-Khawarizmi,” katanya merujuk tokoh Islam keturunan Parsi yang menguasai bidang matematik, geografi dan astronomi dan turut dikenali sebagai bapa algebra.
Luka lama yang masih disimpan anak muda ini apabila ubat yang cuba dikomersialkannya pada 2010, iaitu Penawar Stress dan Produk Minda, didakwa mengandungi bahan terlarang, steroid.
Katanya, segala dakwaan pihak berkenaan tidak benar kerana ubat berkenaan sudah diuji di makmal Universiti Teknologi Malaysia.
“Beberapa kali sebelum itu saya cuba minta pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi tidak pernah dapat.
“Selepas Adi jumpa KKM, mereka gugurkan tuduhan steroid, tetapi mendakwa ia tiada pengesahan KKM.
“Tidak sampai seminggu selepas itu, mereka beri saya pengesahan KKM. Ubat itu masih dijual, tetapi lepas kejadian itu, semuanya jatuh,” katanya.
Adi berkata, sudah tiba masanya Putrajaya membangunkan modul kanak-kanak genius di Malaysia bagi mengelak banyak tenaga pakar terus lari meninggalkan Malaysia.
Katanya, kehebatan orang Melayu dapat dilihat di negara asing yang bekerja di syarikat besar malah menuntut di universiti terkemuka dunia.
Katanya, kehebatan orang Melayu dapat dilihat di negara asing, di kalangan mereka yang bekerja di syarikat besar, malah menuntut di universiti terkemuka dunia.
“Orang Melayu kita bukan calang-calang. Di Nasa (Pusat Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat), ramai orang Melayu.
“Universiti terkemuka dunia sekali pun, ramai pensyarah kita, pelajar kita. Masalahnya, mengapa kita jumpa mereka di luar?” soalnya, jelas kecewa dengan keadaan itu.
“Kita perlu ada satu modul untuk cerdik pandai di Malaysia. Bukan sedikit, tetapi ramai. Semua ada kelebihan masing-masing.
“Orang luar menghargai. Mereka nampak kebolehan orang Melayu yang hebat-hebat. Mereka yang hebat ditawarkan duduk di luar dengan gaji US dolar. Diberikan dana dan segala-galanya,” katanya.
Adi mendakwa, disebabkan itu, warga Malaysia yang cemerlang terus berada di luar negara dan hanya mereka di gred kedua dan ketiga berhajat pulang ke Malaysia.
“Kita tiada lagi pakar di Malaysia. Kalau kita teruskan, sampai bila pun kita tidak dapat kumpulkan satu kumpulan pakar, terutamanya dalam Sains dan Matematik.
“Wang bukan salah satu sebab mereka tidak balik. Ramai yang belajar di luar tetapi masih ada semangat perjuangan orang Melayu. (Tetapi) Mengapa mereka nak balik ke satu tempat yang mereka tidak dihargai pun?” soalnya.
Sumber: themalaysianinsider.com |
|
|
|
|
|
|
|
Ada bnd btl yg dia kt. Kalo ko org yg terer elok la go luar negara.
msia ni mana iktiraf sgt org2 yg genius ni sbb takut nanti menteri tade keje or kena sailang dgn org genius ni. |
|
|
|
|
|
|
|
ruginya.. so now dia lead a good life x? ada title professor ke phd ke apa ke? at least kenalah follow system. Susah dpt parents jenis kepala sendiri and rasa parents ni lbh nak buat duit.. wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 6-9-2019 08:03 AM
Ada bnd btl yg dia kt. Kalo ko org yg terer elok la go luar negara.
msia ni mana iktiraf sgt org2 ...
Yeah ni pun ada benarnya.
Aku teringat kan colleague aku.(nota :Aku cakap pasal bidang programming /coding)
Aku ingat sorang member aku yang double degree ni hebat dah. Dia bole bagi solution dalam 7 lines (coding).
Then ada mamat cina ni junior baru masuk( luaran dia memang nampak mcm manusia luar biasa sikit la rupa. Kau tau rambut einstein? Mamat ni serabut dia mcm tu la) Junior ni bagi solution dalam 3 lines saja. Gila kentang
Aku mcm mind blowing oih. Cemana kau bole terpikir mcm tu. gila aku tgk solution dia. Ringkas tapi gave the same result.
Bos aku tak setuju. Yeah ni aku paham la consequence dia. Mmg jimat masa and jimat man power , production jadi laju berganda. Bahaya dia, sbb takde orang yang genius mcm mamat tu. kalau dia takde. Yang nak continue the maintenance bakalan stress siang malam nak decode. Hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Gi la bina nama kat luar negara dek.. muda lg. Sambung bljr kat oxford ke... tulis buku n dijadikan buku teks, mesti income gila lebat... x pyh la nk harap scholarships gomen. Go adi go |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by binipopeye at 6-9-2019 02:38 PM
khensss... having good life ker x tuu???!!!
dia ni asek ckp malas nk sentuh berkaitan govt... tp balik2 komen attack govt.... nk proven dia betul sekali pun ade caranyer... follow the system laaa.. xnak sekolah sbb itu ini etc etc sekalipun... just prove laaa dia bole go ahead passed spm without attended school like normal ppl do..
msia ni tiap thn makin ramai spm berderet A... tiap 6bln ade jer graduan dari pelbagai Uni... makin ramai yg pandai2... takat berbuih cakap pun makin ramai jgk skrg ni.... skrg ni nk prove ker nk show diri ker follow the right track jer... ini bukan zaman 1000 masihi..
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow, why r u so angry? Thanks for the answer btw sbb iols mmg xtahu psl ni pun, lgipun Adi ni dah lama xde kluar apa2 news pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gi skolah blajar mcm biasa lgi best, klau jdi mcm dia ni trlalu hectic. |
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya lh klau lpas baca info kat komen cni, sbb iols dh lama tamat skolah & from what I know, syllabus kat Brunei ni bnyak pkai dri UK & kat cni exam O & A Level dri Cambridge UK mmg d wajibkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
gideoncross replied at 6-9-2019 04:11 PM
Agaknya lh klau lpas baca info kat komen cni, sbb iols dh lama tamat skolah & from what I know, sy ...
So is there a way to comfirm mmg buku dia dipakai di brunei? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by munchkin at 6-9-2019 07:57 PM
Ok ni penerangan. Adi kena kerja ya utk syarikat dia.
https://www.ohmedia.my/2015/05/lebih-dari-5000-pelajar-genius-seperti-adi-putra.html?m=1
Google je adi putra genius disisihkan. Then korang paham lah kenapa yg lain nak kecam pasal isu ini.
Stop lah blame shifting. |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki bijak itu juga menjelaskan bahawa dia ada menerima tawaran belajar ke luar negara daripada univeristi ternama semasa kecil. Tapi, terpaksa ditolak kerana dia masih kanak-kanak dan keluarganya tidak dibenarkan ikut bersama.
Bila adipelali sembang babiterbang....kah kah kah |
|
|
|
|
|
|
|
gideoncross replied at 5-9-2019 11:38 PM
What the f? Is this real? Iols yg org Brunei pun xtahu psl ni.
HAHAHAHA KANTOI! |
|
|
|
|
|
|
|
dah ada dah sekumpulan ahli akademik yg nak pantau adi, tp adi mmg xleh pi jauh lah...dia bukan power math, hanya power aritmatik jer
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat mana bleh aku baca pasal Brunei pakai silibus math yg Adi cipta??
|
|
|
|
|
|
|
| |
|