|
MeghanK replied at 6-12-2019 12:07 PM
innalillahiwainnailaihirajiun
memang ajal fahmi disitu
thanks sudi baca meg. |
|
|
|
|
|
|
|
elzy replied at 11-12-2019 03:40 PM
Sedihnya.. Al-Fatihah untuk Fahmi..
Kalau saya berada tempat awak tak tahu macam mana sekarang se ...
saya masuk lv room, saya terus berlari tak pikir panjang terus saya tendang arwah.
tempat arwah meninggal.saya tarik body dia sampai flooding system.sekurang2nya wajah arwah dalam keadaan elok.
thanks sudi baca ya. |
|
|
|
|
|
|
|
sorry gambar tak berapa clear sebab bukan dari phone cam saya.security punya.gambar ni dihantar pada saya hari khamis.kalau perhati ada kesan minyak masih tersisa kat situ.
bulatan biru = sub 2 <<<< tempat setan tu tegur saya
bulatan merah = genset room 2
|
|
|
|
|
|
|
|
Allahu..innalilah
Banyak kejadian macam ni berlaku
Lepas tu jadi berhantu.
Kilang tempat saya kerja dulu pun ada juga macam n
Di bahagian compouding, kilang glove.
Bahagian compounding tu tempat untuk campuran bahagian kimia untuk latex. Bau ammonia menusuk hidung.
Pekerja lama cakap tempat tu pernah ada orang mati
|
|
|
|
|
|
|
|
KILL_NANCY replied at 3-12-2019 03:17 AM
hai tt.tumpang cerita pengalaman saya ya.
tahun 2010 bulan Julai, pagi rabu dalam 2 pagi saya ken ...
Thanks for sharing. Sedih baca...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo replied at 14-12-2019 10:50 AM
Allahu..innalilah
Banyak kejadian macam ni berlaku
Lepas tu jadi berhantu.
ipo pun minah kilang juga dulu ya.
ya banyak kita dengar cerita2 urban legend macam ni, tapi tak sangka saya yang laluinya sendiri.tapi saya yakin arwah dapat syahid tu .... insya Allah.
ipo sorry belum dapat nak review buku awak tu ya.ada kelapangan nanti saya review ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98 replied at 14-12-2019 02:55 PM
Thanks for sharing. Sedih baca...
sama2 sia saya hargainya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 18-12-2019 10:10 AM
1. Ya..pernah jadi minah kilang
Tapi tak lama sebab nak kena selalu masuk bahagian compounding tu untuk ambil sampel compounding untuk lab testing.
2. Banyak kurang novel tu. Segan pulak.
3. Bila nak menulis kat bod penulisan tu lagi? Sambung Funugawa berdarah please.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sepupu Mengilai Ketika Tidur
.Cerita yang ingin aku nak kongsikan ini berlaku kepada diri aku dan keluarga di rumah kami.
Rumah aku ni di bina oleh arwah ayah dan kami baru sahaja berpindah ke rumah itu. Sebenarnya, banyak perkara seram berlaku ketika di rumah baru ini
Antaranya ialah, ketika ini aku masih lagi belajar di kolej dan peristiwa itu berlaku ketika aku baru sampai di rumah waktu Maghrib. Ketika keluar dari kereta di tempat parking di bawah rumah ( rumah aku ni tinggi ) rumah tingkat atas tempat tinggal. Tingkat bawah adalah parking kereta, aku ternampak samar-samar di dalam gelap susuk tubuh perempuan berbaju merah memandang ke arah ku.
Ketika itu aku buat biasa sahaja kerana menganggap tersalah nampak. Lalu aku naik ke tingkat atas, pada malam itu saya tidur lebih awal dari biasa kerana terasa amat penat.
Untuk pengetahuan aku dan adik-adik ada bilik masing-masing. Tetapi semenjak kami pindah ke rumah baru ini, kami sanggup tidur sama-sama satu bilik kerana takut.
Aku seorang sahaja yang agak berani tidur sorang2 tapi tampu bilik tidur saya pastikan tidak tutup.
Pada malam itu aku tidur berdua dengan sepupu . Untuk pengetahuan, sepupu aku ni sudah berumur lebih kurang 40 lebih ketika itu, tetapi perangainya seperti kanak-kanak ( OKU ). Aku tidur di atas katil manakala sepupu pula tidur di atas tilam di bawah.
Pada malam itu ketika menjelang tengah malam aku tiba2 terjaga kerana diganggu dengan suara perempuan mengilai. Dalam keadaan mamai aku tengok supupu mengilai hihihihiih tetapi matanya pejam. Kemudian aku panggil sepupu , '' Cik La, cik La bangun, kenapa ni, mengigau ke ?'' . Sepupu aku tak jawab tapi dia diam aje. Kemudian kami tidur balik.
Aku tak tau lah kenapa malam itu rasa penat yang amat sangat. Setelah kami tidur semula, aku terjaga lagi kerana mendengar sekali lagi suara sepupu mengilai ketika tidur. Terus aku dah jangka ini bukan sepupu aku. Aku terus melompat dari katil pergi ketuk pintu bilik adik. Kalau aku dah ketuk pintu tu dorang dah tau yang aku kena ganggu lah.
Aku tidur ramai2 dengan adik malam tu. Tak lama kemudian aku tengok sepupu pun bangun lepas tu dan pergi duduk dekat meja di ruang tamu, '' Cik La kenapa tak tidur ?'' Dia tak jawab.
Aku tak kejutkan Cik La ketika dia mengilai sedang tidur tadi sebab aku fikir benda tu tak usik sepupu, dia nak usik aku je. Sebab aku tak nampak pun wajah Cik La tu takut ke. Aku agak dia pun bangun jugak lepas tu sebab benda tu pergi usik Cik La lepas tu.
Kesimpulannya dan pengajarannya memang benar ilmu orang dahulukala yang melarang anak2 balik waktu Maghrib inilah sebabnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
pastu esknya bg akak tu minum
|
|
|
|
|
|
|
|
allahuakbar
sedihnya lahai
benda kena shock ni mmg terkejut2 kan
msh keje situ lg ke ni
alfatihah buat arwah
|
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 28-11-2019 12:26 AM
Ni bukan pengalaman aku.. Pengalaman anak tok Sharifah.
Kisahnya masa tok Sharifah koma, kami ...
Pengalaman dengar bayi menangis kat wad orang dewasa, saya penah share kat board borak
Rupanya, ada sorang akak tu, bayi dia meninggal dalam kandungan |
|
|
|
|
|
|
|
KILL_NANCY replied at 13-12-2019 01:45 PM
sorry gambar tak berapa clear sebab bukan dari phone cam saya.security punya.gambar ni dihantar ...
Dah degrease pun tak hilang semua ye? Btw curious, setan tu, menyerupai sape/apa? Ada tanduk? Aura api keluar dari badan? Ni bukan mainan perasaan? Sindrom PTSD yang sekejap? |
|
|
|
|
|
|
|
aleX-S replied at 19-12-2019 05:50 PM
Pengalaman dengar bayi menangis kat wad orang dewasa, saya penah share kat board borak
Rupa ...
Allah.. Sedihnya.. Yg ni mmg both depa dengar masa dlm bilik ayaq. |
|
|
|
|
|
|
|
MAKHLUK HALUS DI PEJABAT
Office aku ni boleh dikatakan baru. Masa pindah huru-hara sebab ada gangguan dan histeria. Pernah panggil ustaz untuk buat kenduri, baca yassin dan tabur garam di sekitar bilik dan tempat ceruk. So takde la gangguan extreme lagi cuma masih ada lagi gangguan minor extreme. Contoh : kakitangan pejabat dengar budak kecil berlari, suara budak gelak etc.
Pengalaman aku sendiri :
Pernah aku sampai office pukul 7.15 pagi. Waktu staff masuk office biasanya pukul 7.45 pagi baru start ramai. Aku sampai awal dan takde siapa lagi masa tu. Aku letak beg kat workstation aku tetiba aku dengar dari belakang : Pssttt.. pssttt..
Aku toleh, takde orang.. so aku pun buat tak reti.. Dengar lagi, ppssttt.. pssttt..
Dalam masa yang sama meremang bulu roma aku. Aku terus capai wallet & handphone lari ke lobby.. Memang menggiggil lutut aku..
Kali ini berlaku lagi hari ini sebab tu aku terpanggil nak share cerita ni..
Hari ni lunch hour pukul 12.30 tengah hari. Aku takde plan ke mana2 so aku tapau nasi kat restoren belakang office aku. Dalam pukul 1.30 tengah hari aku masuk office semula. Office aku akan padam lampu during lunch hour tapi ada emergency lamps dan nampak terang ditambah cahaya matahari dari luar cermin kaca.
Aku lalu workstation ni, dari sekilas pandangan tepi aku nampak belakang badan perempuan baju kurung aku ingat adik yang biasa duduk tempat tu (nampak samar seperti asap halus).. Aku terus berhenti melangkah (ingat nak tegur adik tu). Korang tahu aku nampak apa?
Aku nampak perempuan rambut panjang (tutup muka) berdiri tunduk pandang bawah, baju putih lusuh. Aku terkejut dan terus jalan sambil toleh semula.. Masa tu dah takde.. Hilang makhluk tu..
Aku buat tak kisah tapi masa aku makan lunch kat workstation aku, kepala otak tertanya2 dari mana dia muncul.. Tetiba ada bunyi telefon berdering (slow bunyi deringan telefon tu).. Aku ingat deringan telefon dari workstation sebelah dinding sebab tak jelas sangat.. Tapi bila aku toleh meja kosong sebelah aku, rupanya phone atas meja tu yang berdering.
Aku bangun nak angkat phone tu.. Aku nampak dari screen telephone nama officemate dept lain (langkau beberapa workstation). Aku letak phone terus berlari tempat officemate tu. Ternyata takde orang di situ. Aku terfikir kenapa pulak officemate tu call workstation kosong tu?
Aduhai, memang real.. menggeletar lutut aku sekarang..
|
|
|
|
|
|
|
|
elzy replied at 20-12-2019 03:24 PM
MAKHLUK HALUS DI PEJABAT
Office aku ni boleh dikatakan baru. Masa pindah huru-hara sebab ada gang ...
Mcm ni la.. Aku nasihatkan.. Pulih dulu semangat ang.. Ang dah terkejut.. Makhluk tak berfaedah tu suka la.. Ang bykkan sedekah al fatihah pada diri.. Lps tu mandi ayaq limau nipis.. Limau nipis tu ang guna dlm angka ganjil.. Masa perah dan kacau ayaq mandian tu.. Baca 7× fatihah dan selawat 3×.minta Allah keluarkan semua yg buruk dan pulihkan semangat ang.
Jgn mandi air panas.. Mandi ayaq sejuk.. Dan pejabat ang tu.. Ang bagi wangi... |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 22-12-2019 05:55 PM
Mcm ni la.. Aku nasihatkan.. Pulih dulu semangat ang.. Ang dah terkejut.. Makhluk tak berfaedah tu ...
Terima kasih banyak sarah82..
In shaa Allah aku buat apa yang ang ajaq.. Hari ni aku demam padahal aku x rasa takut cuma asyik terfikir2 peristiwa tu.. Haish! |
|
|
|
|
|
|
|
elzy replied at 22-12-2019 08:52 PM
Terima kasih banyak sarah82..
In shaa Allah aku buat apa yang ang ajaq.. Hari ni aku demam padaha ...
Tu terkejut.. Semangat kurang dah tu.. Bykkan sedekah al fatihah pada roh sendiri bg kuat balik semangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Okay, in shaa Allah..
Terima kasih
|
|
|
|
|
|
|
| |
|