Edited by Kangkung1M at 7-2-2020 01:48 PM
Masa semi final aritu, i mmg tak kenal Aina, dan itulah pertama kali i dgr Sumpah.
So bila Sumpah terpilih ke AJL, radio Suria start putarkan lagu ni dlm setiap segmen. Bila dah kerap dgr, jadi mesra kat telinga. Then bila i bukak YouTube nak tgk versi akustik, huhu suara dia...meremang.
Baru ni Aina jadi artis jemputan Suria, dj-nya Ajak dgn Issey. Bila dj dan artis jemputan serasi, so semuanya baik, tenang dan aman2 je konsepnya. Biasa la underdog, rasa malu dan rendah diri tu masih tebal...tapi I suka attitude dia. Setiap kata2nya jujur. Sedih gak bila dia sebut Ernie Zakri artis pertama yg follow or acknowledge dia kat media sosial. So sehingga ke hari ni dia rasa terhutang budi kat Ernie.
Kata Aina, lagu Sumpah 80% terinspirasi dari kisah benar dia. Rasa kesal dan bodoh bila dia tinggalkan seseorang dulu.
I harap Aina akan jadi juara AJL. Dan bolot kategori Vokal, n Persembahan Terbaik jugak. Aamiin. Dah lama tak rasa teruja nak tgk AJL, namun tahun ni perasaan teruja tu datang sebab Aina.
Fesyen pelik ni masa dorang fotoshoot utk teaser AJL yg bertemakan Warna-warna Suara. So jgn la kutuk2 dia. Dia hanya mangsa keadaan. Nak kutuk, kutuk team produksi AJL yg sediakan prop ni semua.
Btw Aina kini dah sebaris dgn penyanyi bervokal hebat seperti Hafiz dan Ernie.
Saingan hebat 3 finalis
Sudirman Mohd Tahir
[email protected]
ANUGERAH Juara Lagu (AJL) bukan saja penentu kepada lagu terbaik, tapi juga menjadi pentas pertarungan vokal daripada finalis yang bertanding.
Sejak kategori itu diperkenalkan pada AJL ke-17 pada 2002, nama seperti Liza Hanim, Misha Omar, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor dan Hafiz Suip antara yang pernah memenangi kategori itu.
Jika AJL33 lalu bagi kategori itu menjadi milik Misha Omar menerusi lagu Sampai Bila, siapa pula yang akan dinobatkan sebagai Vokal Terbaik pada AJL34 yang bakal berlangsung pada 9 Februari ini?
Daripada 12 finalis, tiga penyanyi disebut-sebut bakal memberikan saingan hebat berdasarkan pencapaian sebelum ini dan kehebatan vokal mereka.
Mereka ialah Hafiz Suip menerusi lagu Kisah Cinta Kita yang juga pemenang tiga kali berturut-turut pada AJL25, AJL26 dan AJL27, Ernie Zakri (Ku Bersuara) pemenang Vokal Terbaik pada AJL32 dan pendatang baharu, Aina Abdul menerusi lagu Sumpah.
Bagi Hafiz, kemenangan lalu bukan laluan mudah untuk dia merampas kembali kategori itu kerana setiap peserta mempunyai kelebihan masing-masing.
HAFIZ tidak ambil mudah.
“Saya pun sudah dua tahun tidak terbabit dalam AJL. Kali terakhir bersama Misha Omar pada AJL31. Itu pun memang tempat kedua. Jadi, apabila kembali semula dalam acara ini, ia sedikit sebanyak memberikan cabaran buat saya.
“Perasaan gemuruh tetap ada apatah lagi lagu yang dipertandingkan ini menjadi antara lagu kegemaran peminat. Jadi, saya perlu sampaikan dengan penuh penghayatan dan berhati-hati.
“Walaupun orang cakap saya boleh sampaikan dengan mudah, tapi tidak boleh ambil mudah. Vokal dan kualiti nyanyian tetap perlu dijaga. Lagipun, di pentas nanti apa-apa saja boleh berlaku,” katanya.
Selain itu, Hafiz juga pernah menjadi juara AJL25 dan AJL27.
Sementara itu, Ernie yang kali kedua beraksi di pentas akhir menyifatkan setiap peserta mempunyai kelebihan masing-masing.
Malah, Ernie tidak mahu terpengaruh dengan tekanan luar yang sengaja membanding-bandingkan vokal dimiliki dengan Aina Abdul.
“Tak salah jika masing-masing membuat ramalan sendiri, cuma saya kurang selesa apabila ada segelintir pihak seakan-akan cuba membandingkan saya dengan Aina.
ERNIE enggan dipengaruhi tekanan luar.
“Sejujurnya, kami mempunyai hubungan baik dan tidak ada masalah pun. Orang luar saja yang suka mereka cerita. Bagi saya, perbandingan itu kurang sihat terutama apabila ada antara peminat yang saling mengutuk antara satu sama lain. Kami yang nak bertanding okey saja, orang lain pula yang lebih-lebih,” katanya.
Disebabkan perbalahan yang timbul dalam kalangan peminat membuatkan Ernie menjadi kurang senang.
“Saya okey dan tidak tertekan pun dengan situasi itu, cuma berharap peminat dapat menerima perbezaan seseorang artis itu supaya industri kita berkembang maju,” katanya.
Bagi Aina pula, ramalan dan perbandingan yang timbul sedikit sebanyak memberi tekanan kepada dirinya.
“Sejak awal lagi sudah ada yang membuat ramalan mengenai kategori ini. Malah, tidak kurang juga yang membanding-bandingkan saya dan Ernie. Orang tidak tahu, perkara ini memberi tekanan untuk diri saya. Bagaimanapun saya hanya mahukan pertandingan yang sihat.
AINA nak berlawan dengan diri sendiri.
“Bagi saya, tiada istilah berjuang dengan sesiapa, tetapi nak berlawan dengan diri sendiri dengan memberikan persembahan terbaik.
“Setiap finalis mempunyai keunikan dan kehebatan tersendiri hingga mereka dipilih sebagai finalis. Terpilih sebagai seorang daripada dua finalis wanita di AJL kali ini pun saya rasa tak terjangkau. Ibarat masih bermimpi,” katanya.
Selain Hafiz, Ernie dan Aina, sembilan finalis lain ialah Drama Band (Drama), Bob Yusof (Anta Permana), Sumpah (Naim Daniel), Akim & The Majistret (Rampas), Haqiem Rusli (Lembah Kesepian), Aman Ra (Bangun), Fairuz Misran (Ragaman), Kugiran Masdo (Dinda) dan Hazama (Peneman).
AJL34 bakal dihoskan oleh Awal Ashaari, Sherry Al Hadad dan Haziq.
Pentas akhir AJL-34 bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung di TV3.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Februari 2020 @ 7:00 AM
|