CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 15-12-2020 04:55 PM | Show all posts
kuzaime replied at 14-12-2020 10:29 PM
Tq tt. Best baca. Tapi hati macam sayu aje bila baca bab2 yg mangsanya adalah budak2

betol kesian sangat... alahai terbayang kalau jadi dekat anak sendiri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2020 04:59 PM | Show all posts
tiber teringat the witchblair project
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2020 05:17 PM | Show all posts
Tangan Siapa Dalam Pokok Tu?

Bila aku dah rapat dengan senior aku tu, barulah senior aku bukak cerita pasal kejadian misteri yang pernah berlaku di hutan tempat kami bekerja tu.  Kisah ni memang dah lama dari sebelum aku masuk lagi, dan kisah ni memang tak masuk dalam berita. Kirenye cuma otai-otai tempat tu jelah yang tau kisah ni.

Suatu ketika dulu, taman negara tu pernah jual satu lot kecil hutan tu pada sebuah syarikat pembalakan, sebab masa tu tengah kemelesetan ekonomi, bajet tak cukup.  Tapi kecik jelah kawasan tu.  Dah selamat jual, pada suatu hari, penyelia taman negara tu dapat panggilan daripada pembalak tu.  Jadi penyelia tu pun hantarlah senior aku ni dan beberapa orang lagi pegi tengok amende yang syarikat pembalak tu dok ngadu.

Sampai je sana, diorang nampak yang ramai staf-staf syarikat tu berkumpul di sekeliling sebatang pokok yang baru je lepas kena tebang.  Staf-staf tu bila nampak je senior aku dan team dia, terus marah-marah diorang, sampaikan mandur kena masuk campur dan tuduh pejabat hutan tu 'gurau kasar ngan diorang'.  Terpinga-pinga la senior aku dan team die kene tuduh macam tu.

Mandur tu pun bawakla diorang ni ke pangkal pokok yang kene tebang tadi.  Bahagian dalam pokok tu rupanya dah mereput sampai ada bahagian yang dah lopong, dalam lopong tu, ada tangan manusia. Tangan je, badan takde.  Tangan tu macam seolah-olah dah terbenam dalam batang pokok tu..

Team pejabat hutan pun terkejut tengok tangan tu.  Senior aku dan geng-geng dia pun ingatkan yang syarikat tu pulak yang 'gurau kasar'.  Tapi mandur tu mati-mati ngaku diorang tak buat apa pun, memang tebang je tetiba ada tangan dalam pokok tu.  Mandur tu dah panggil polis, dan ugut nak panggil media kalau pejabat hutan taknak ngaku yang diorang yang letak tangan tu.  Macam mana nak mengaku sebab mustahil la manusia biasa boleh letak tangan tu dalam pokok.

Dari pengamatan senior aku tu, tangan tu macam masih segar lagi.  Dan tangan tu seolah-olah macam tumbuh dalam pokok tu, sebab tu tangan tu boleh melekat dalam batang pokok.  Tengah gaduh-gaduh tu, polis pun sampai.  Polis cuma potong bahagian yang ada tangan tu dan bawak balik ke balai sebagai bahan bukti, dan kawasan tu ditutup untuk siasatan.  Polis jalankan siasatan besar-besaran la jugak untuk selesaikan misteri sape pemilik tangan tu, tapi takde jawapan.  

Tapi entah macam mana peristiwa tu boleh tersebar pulak, sampai sekarang takde siapa berani beli tanah kat taman negara tu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2020 06:18 PM | Show all posts
tq tt sebab share cerita best...

pls share more yea..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2020 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
angpa cari tentang skinwalker ranch...angpa boleh baca mcm2 cerita tentang aktiviti menakutkan kat sana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2020 12:14 PM | Show all posts
Redmyvi replied at 15-12-2020 06:18 PM
tq tt sebab share cerita best...

pls share more yea..

hehehe tq tq uols

insya allah i akan berusaha lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-12-2020 12:14 PM | Show all posts
sarah82 replied at 15-12-2020 06:58 PM
angpa cari tentang skinwalker ranch...angpa boleh baca mcm2 cerita tentang aktiviti menakutkan kat s ...

insya allah uols i akan try carik info and citer2 menarik pasal skinwalker ranch tu. nnt i free free i bukak thread tu ye
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 01:02 PM | Show all posts
aku selalu hiking..bru gi hiking dgn family dan anak2 last weekend....aku start masuk hutan dari skola rendah lagi..tp xselalu la..sbb tu smpi skrg bwk anak2 plak..bila masuk sini byk cerita mcm2...risau plak tetiber...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2020 03:08 PM | Show all posts
lurve82 replied at 16-12-2020 01:02 PM
aku selalu hiking..bru gi hiking dgn family dan anak2 last weekend....aku start masuk hutan dari sko ...

insya allah takde ape kot uols.  sbb mcm org malaysia ni masuk hutan ada adab dan pantang larang, theyols pakai main masuk je
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 04:19 PM | Show all posts
wahh.. best ni.. park dulu
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 16-12-2020 12:14 PM
insya allah uols i akan try carik info and citer2 menarik pasal skinwalker ranch tu. nnt i free fr ...

Chuols buka.. Nanti iols tumpang share..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2020 05:04 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 16-12-2020 05:07 PM

Kisah Orang Lain : Makhluk Halus Atau Manusia Terlebih Ketum?
Baru-baru ni aku sempat pegi satu seminar latihan.  Sempat jugakla aku korek-korek cerita misteri dari penyelamat hutan dari pejabat lain yang hadir ke seminar ni.  Ada sorang ni, aku panggil die B jelah ye, kongsilah pengalaman dia dengan aku

B dan seorang lagi rakan sekerja dia pegi buat carian di lapangan pada suatu malam ni, sebab pejabat diorang dapat laporan dari pengunjung ada bunyi orang menjerit malam-malam.  Bagi yang dah memang biasa dengan hutan,  diorang dah dapat agak ni mesti ada singa gunung kat kawasan tu.  Dalam tahun tu sahaja memang B dan kawan-kawan sepejabat lain pernah terserempak 2-3 ekor singa gunung dalam kawasan perkhemahan tu.
Dalam pencarian tu, B dan kawannya terjumpa satu kawasan yang dipenuhi ranting-ranting patah yang membentuk macam sebuah sangkar kecil.    Dalam fikiran diorang, ok sahlah ni sarang singa gunung tu. Imagine camni la kot rupa sarangnya


B pun maklumkan pada pejabat melalui radio yang diorang dah jumpa dah kawasan singa gunung tu, tapi pejabat mintak pengesahan diorang, ada jumpa tak kelibat singa gunung tu?  Ada nampak dengan mata sendiri tak?  

Memang takdelah B dan kawannya nak tinggal kat tempat tu lama-lama, dan nak risikokan diri sendiri tunggu situ sampai singa gunung tu muncul pulak.  B dan kawannya pun malas nak layan HQ lagi jadi diorang pun mulalah berjalan pulang.  Kawan B ni nak pergi kencing jap, jadi B ni pun membelakangi kawan dia tu, takkan nak tengok kawan die kencing pulak kan?

Tengah B khusyuk tunggu kawan dia habis kencing tu, B terdengar bunyi macam ranting dipijak-pijak, tapi bunyi tu datang dari arah yang bertentangan dari diorang.  B dan kawannya memang ada bawak pistol sebagai senjata, tapi pistol tu tak mampu nak menumpaskan seekor singa gunung.  B pun panggil la kawan dia suruh cepat-cepat datang kat dia, tapi kawan B tak dengar la pulak.

B pun berdiri sambil mencari mana datangnya sumber bunyi tu.  B mengaku dia sampai terkencing dalam seluar, rupanya bunyi tu datang dari seorang lelaki yang sedang menuju ke arah dia, tapi bukannya berjalan, tapi tengah balik kuang. balik kuang ni macam orang bergimnastik atas lantai tu  la. korang bayangkan macam ni tapi sepanjang-panjang tu dia tak berhenti langsung

https://tenor.com/bcjQZ.gif

B pun jeritla pada makhluk tu suruh berhenti tapi makhluk tu tak pedulikan amaran dia. B terpaksa melepaskan tembakan, tapi tembakan ke tanah jelah.  Masa tu makhluk tu dalam 50 ela je dari dia.  Dengar je bunyi tembakan, makhluk tu bergimnastik balik masuk ke dalam hutan

Kawan B terdengar bunyi tembakan tu, dan cepat-cepatlah dia dapatkan B. Kawan dia tanya ko tembak apa?  B cuma jawab ada lelaki pelik agaknya terlebih ketum kot sampai boleh bergimnastik tengah-tengah hutan yang penuh semak samun ni.  Kerana tembakan telah dilepaskan, jadi diorang ni terpaksa la buat laporan polis tentang kes tu. Tapi kes tu ditutup begitu sahaja, dan nasib baiklah si B ni tak dikenakan tindakan disiplin atas kecuaian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 11:00 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 15-12-2020 09:18 AM
sayu memang sayu tapi i pun kadang2 pelik jugak org putih ni mmg suka bawak anak masuk hutan ke? k ...

ada tu sebab hobi dan nak latih mental fizikal budak2...i ada kawan laki bini hobi suka masuk hutan, camping, panjat gunung...kadang2 diaorg bawak skali anak2 diaorg yg bersekolah rendah p masuk hutan, yg baby dlm umur 1 tahun pun kadang2 dia bawak...last i tengok, diaorg anak beranak p panjat gunung kinabalu
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 11:17 PM | Show all posts
pokoknya mana2 tempat dalam dunia ni ada je makhluk halus...cuma nama je berbeza ikut kepercayaan negara masing2

p/s :  versi mat saleh siap jumpa susu fresh, daging masak dalam perut...kalau org melayu, mesti jumpa cacing, ulat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 01:27 PM | Show all posts
Kisah H : Penampakan Wendigo

Sejak aku bukak thread ni kat reddit, ramai yang tanya aku pernahke aku jumpe makhluk-makhluk legenda macam Wendigo, The Rake dan sebagainya.  Sejujurnya dalam pengalaman aku sebelum ni, memang aku tak pernah terbuka hijab nak tengok makhluk-makhluk ni, tapi dari pembacaan aku, aku rasa aku pernah dengar pengalaman orang lain yang mungkin sebenarnya berhadapan dengan makhluk halus tu.

Aku ada jugak sembang-sembang dengan KD tentang isu ni, jadi KD pun perkenalkan la aku dengan kawan dia, H.  H tau aku memang ada menulis pasal kisah kitorang di hutan, jadi H pun bersetujulah kongsi cerita dengan aku di Skype, dengan syarat jangan ubah apa-apa dari cerita asal dia.

H membesar di Central Oregon, tak jauh dari rumah H dalam sejam dua macam tu, ada tanah rizab yang bernama Warm Springs.  Tanah rizab tu adalah tanah rizab untuk kaum Asli Amerika.  H selalu jugak berkhemah kat kawasan situ, tapi takdelah sampai menceroboh tanah rizab tu.  H ada kawan baik bernama Nolan yang membesar kt tanah rizab tu. Diorang ni memang rapat sampai makbapak masing-masing pun dah kenal antara satu sama lain, ada satu ketika H dan Nolan berkhemah sama-sama kat kawasan tu, tapi bukanlah khemah pacak tiang tu, tapi berkhemah pakai RV. RV ni recreational van, ala van yang siap ada katil dapur tu. korang bayangkan macam ni



Walaupun ada RV tapi kadang-kadang H ni bawak jugakla khemah kecil untuk tidur di luar, buat unggun macam orang berkhemah la.  

Semasa H berumur 12 ke macam tu lah,  H dan Nolan cadang nak rasa pengalaman memancing belah malam.  Jadi Nolan dan H ni pasanglah khemah dalam jarak 1/3 batu dari RV diorang, dalam 500 m camtu lah.  H dan Nolan pasang unggun api di tepi sungai malam tu, sambil sembang-sembang berdua.  Tengah sedap bersembang-sembang tu, Nolan tetiba ternampak sesuatu di belakang H dan dia tanya H ko nampak tak tu?

Ok port melepak diorang ni jaraknya kira-kira 10 kaki dari sungai, dan jarak dari tebing tu ke tebing belah sana dalam 20kaki.  Dari tempat diorang nampak macam rusa, sebab bertanduk.  Tapi H mula rasa pelik sebab rusa tu macam berjalan merentas sungai menuju ke arah diorang.  H pun tanya Nolan nak buat macam mane ni. Nolan suruh H duduk buat senyap je, H pun ikut je sebab Nolan ni tak pernah-pernah la berperangai macam tu.  Nolan bisik pada H buat tak tau je kat makhluk tu, buat-buat macam makhluk tu takde kt situ.  Pastu Nolan pun mulalah bersembang balik macam biasa, sembang pasal cerita kat tv la, sembang macam biasa.

Tapi H tak dapat nak tumpukan perhatian pada apa yang Nolan tu sembangkan, sebab dia terdengar yang makhluk tu makin hampir dengan diorang.  Sampailah H perasan yang makhluk tu dah naik dari sungai.  H pandang belakang sipi-sipi je dan dia terperasan yang makhluk tu bukan rusa, sebab makhluk tu boleh berdiri 2 kaki macam manusia.

H dah mula rasa takut dan nak berdiri macam nak lari dari situ, tapi Nolan tahan H dan sembang-sembang dengan suara yang kuat pasal cerita tv yang dia suka, tapi H pun boleh sedar yang Nolan pun sebenarnya buat-buat berani je.  Nolan buat-buat main api, tapi sempat berbisik pada H, walau apepun yang terjadi jangan cakap dengan makhluk tu.  H dah mula rasa macam nak terkencing bila makhluk tu betul-betul ada kat belakang Nolan.  H macam tekad nak lari tapi dia fikir takkan dia nak tinggalkan Nolan sorang-sorang kan?  

H duduk terkaku kat situ tapi dia sempat jeling-jeling makhluk tu.  Makhluk tu takdelah tinggi sangat, tapi dia macam terhuyung hayang.  Akhirnya Nolan macam dah tak tau nak sembang topik ape lagi, dua-dua pun tengah takut masa tu, sunyi sepilah jadinya sampaikan boleh dengan bunyi api tengah membakar kayu-kayu.  Dalam kesunyian tu, H macam boleh dengar yang makhluk tu tengah bercakap sesuatu, tapi dengan suara yang sangat yang perlahan.  

H sampai terkencing dalam seluar bila makhluk tu menjengukkan mukanya ke arah diorang.  Walaupun H tak dapat cam muka makhluk tu, tapi dia masih ingat lagi mata makhluk tu.  Mata makhluk tu semuanya putih, tapi putih susu la.  Yang H nampak adalah 2 mata tu dengan bayang-bayang tanduk di belakang Nolan.  Nolan perasan yang muka H dah berubah,  terus Nolan dan H pun cabut lari bersama-sama tinggalkan tempat tu.  Diorang berlari tak berhenti-henti sampailah ke RV diorang, nasib baiklah makhluk tu tak kejar.

H tanya Nolan ape benda tu, tapi Nolan pun tak tau, tapi datuk Nolan penah pesan kalau nampak makhluk pelik-pelik jangan tegur.  Nolan memang perasan yang makhluk tu ada bercakap sesuatu kat diorang, tapi yang Nolan dapat tangkap, 'bantu kau'.  Malam tu Nolan dan H tidur dalam RV. Esok malam, Nolan dan H pegi balik ke port unggun api diorang tapi tak jumpe-jumpe dah makhluk  tu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 17-12-2020 01:27 PM
Kisah H : Penampakan Wendigo

Sejak aku bukak thread ni kat reddit, ramai yang tanya aku pernahke  ...

Wendigo ni makhluk ghaib bagi kepercayaan org asli amerika. Kalau skinwalker asal dari ahli sihir wengido pulak katanya dari spirit makhluk berjantina lelaki dan dipercayaan ganas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2020 02:13 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 17-12-2020 02:54 PM

Kisah Dari H : Pengalaman Bob Si Tukang Cat I

H kongsi lagi satu citer pada aku, citer ni dia dapat masa dia tengah lepak-lepak mengopi bersama-sama 4 orang lain, diorang berempat ni bekerja di syarikat yang diberikan tender untuk baikpulih taman-taman negeri di kawasan tu

Yang sorang ni, keje sebagai tukang cat.  Kita panggil dia Bob jelah ye. Bob The Builder.  Rasanya kejadian ni pada waktu siang, sebab masa tu Bob tengah mengecat pondok informasi yang agak tinggi, jadi Bob kenalah naik tangga.  Tengah syok mengecat tu,  ada seorang lelaki tegur Bob dari bawah dan bertanyakan pada Bob kat mana tapak perkhemahan yang paling dekat.  Bob malas nak pandang belakang sebab dia kan kat atas tangga, jadi Bob pun jawab jelah kat kawasan ni takde tapak perkhemahan, tapi kalau dia jalan sikit ke depan ikut jalan utama dalam 4 batu, jumpelah tapi dah masuk taman hutan lain lah.  Lelaki tu pun berterima kasih la pada Bob, tapi yang Bob heran tu, dia tak dengar pun bunyi orang tu berjalan pergi.

Bob pun teruskanlah kerja-kerja mengecat tu.  Tak lama lepas tu, lelaki tu tegur Bob lagi. Kali ni Bob dah rasa seram sejuk semacam.  Rasa macam nak blah je. Bob pun perasan macam ada bau-bau darah. Bob pun tanyalah, ye nak ape lagi? Kali ni Bob toleh belakang, terkejutlah Bob bila lelaki tu takde muka. Muka dia licin je.  Bob macam nak cakap sesuatu tapi sekelip mata, eh lelaki tu dah ada muka.  Bob mati-mati mengaku itu bukan mainan perasaan dia ke ape ke, memang Bob yakin lelaki tu takde muka tadi.  

Lelaki tu agaknya perasan muka Bob yang terkejut tu dan tanya Bob, abang ni ok ke? Bob pun jawabla macam biasa, eh abang ok je.  Lelaki tu tanya lagi pasal kawasan perkhemahan kat kawasan situ, Bob pun tunjuklah pakai tangan arah mana dia kena pegi. Tapi lelaki tu cakap, dia bukan orang situ, boleh tak Bob ni bawak dia ke tempat tu? Masa nilah Bob dah rasa pelik, sebab walaupun dia bukan orang sini macam mana dia boleh sampai sini pastu tak tau nak pegi mana.  Macam kalau korang nak pegi berkelah dalam hutan la mesti korang dah plan nak mandi kat mana apa nama sungai yang korang nak pegi tu.  Lagipun tempat tu takde kereta lalu, jadi macam mana lelaki tu boleh sampai sini.

Bob cakap dia tak boleh nak bawak lelaki tu sebab dia pun datang situ pun naik kereta syarikat. Nanti bos marah kalau jadi apa-apa.  Tapi lelaki tu merayu-rayu jugak lah nak suruh Bob bawak dia.  Bob dah makin sangsi, eh dia ni nak merompak Bob kat tengah-tengah hutan ni ke? Bob pun offer kat lelaki tu, takpe Bob boleh telefon teksi je suruh datang sini amek dia, tapi lelaki tu terus menolak.  Dan cepat-cepat berjalan pergi, tapi dia bukannya berjalan ikut jalan utama, sebaliknya dia berjalan terus masuk ke dalam hutan.  

Bob pun cepat-cepatla turun tangga tu dan terus memandu keluar dari tempat tu.  Pedulik lah kerja yang belum siap lagi tu.  Bob sempat jeling cermin belakang, dan ternampak la lelaki tu tunggu kat tepi hutan tu peratikan Bob.  Kali ni memang Bob nampak orang tu memang betul takde muka.  Bob pun keluar simpang dan dia ternampak sipi-sipi lelaki tu masuk hutan balik dan terus hilang macam tu saje....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 02:52 PM | Show all posts
Kisah Dari H : Lelaki Muka Besar

Habis je Bob cerita, sorang lagi kawan dia pun kongsi jugak pengalaman misteri dia.  Kita namakan dia Diego jelah ye.  Diego cerita yang dia dalam hutan sorang-sorang, tengah meninjau laluan baru.  Kalau orang yang dah biasa outdoor, diorang panggil bukak jejak la.  Dalam 2 jam jugakla Diego ni berjalan sorang-sorang tu sambil tengok-tengok laluan tu, sebab kalau bukak jejak ni memang maksudnya memang laluan tu tak pernah orang masuk lagi la.  Diego tengah daki sebuah bukit kecil, sampai ke puncak tu tiba-tiba dia terlanggar seorang lelaki tua.  Lelaki tu memang dah tua macam orang umur 60an, tapi ada sesuatu yang pelik pada muka lelaki tu sampaikan Diego terpaku jap tengok muka orang tua tu.

Diego kate, muka orang tu besar.  Bukannya kepala dia besar, tapi macam mata, hidung, mulut orang tu besar-besar sampai hampir penuh muka dia.  Ternganga kejap la Diego. Terketar-ketarlah jugak Diego mintak maaf sebab tak perasan sampai terlanggar kan, tapi orang tua tu senyap tak cakap ape pun.  Bergerak pun tak sebaliknya Diego kena jalan keliling orang tua tu.  Diego pun cepat-cepatlah keluar dari hutan tu tapi sepanjang perjalanan tu Diego pandang-pandang belakang je takut orang tu muncul balik.  Diego pun ngaku citer die macam pelik je tapi itulah peristiwa paling menyeramkan yang Diego penah alami...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 03:30 PM | Show all posts
Kisah Dari H : Pengalaman Bob Si Tukang Cat II

Beberapa tahun yang lalu, Bob bawak awek dia berkhemah, tapi diorang berkhemah dalam 2 batu je dari jalan utama di sebuah tapak perkhemahan yang Bob biasa pergi.  Malam tu diorang tak boleh tidur, eh bukan tak boleh tidur sebab ape, sebab ada bunyi benda berkisar.  Awek Bob dah takut dah, tapi Bob suruh relaks je sebab Bob biasa dengar bunyi macam tu sebab abang Bob suka laga-laga gigi masa tidur, memang macam tu lah bunyinye.   Tapi lama kelamaan bunyi tu pun hilang so diorang berdua pun pegilah masuk tidur.

Beberapa jam kemudian, Bob terjaga. Tengok-tengok awek die dah tak ade kat sebelah.  Bob pun dah risau lah.  Bob pun keluarlah dari khemah tu nak cari awek dia.  Nasib baik awek dia tu tak pergi jauh dalam kawasan tu jugak.  Awek dia tengah mengadap hutan masa tu, nasib baik unggun api masih ada api sikit, dalam samar-samar tu Bob perasan muka awek dia pucat sangat.  Bob pun pegilah dapatkan awek dia, awek dia tengah tidur tapi dengan mata terbukak.  Rupa-rupanya awek dia tengah tidur sambil berjalan.  

Bob pun tariklah awek dia balik ke khemah, tapi awek dia taknak bergerak.  Awek dia sempat cakap kt Bob, 'I terpaksa pegi Bob.  I terpaksa pegi, 'benda' tu dah ada kat sini'.  Bob pun pujukla awek dia, 'awak mimpi ni dah jom balik khemah'.  Tapi awek dia tetap jugak taknak bergerak.  Bob pun tengoklah ape benda yang awek dia dok pandang dalam hutan.  Rupa-rupanya ,  15 ela dari tempat diorang berdiri tu ada sebuah tangga.  Terkejut gile Bob.  Dahla tangga tu tangga konkrit.

Awek Bob mula berjalan menuju ke tangga tu, tapi cepat-cepat Bob halang dan tarik tangan dia sekuat hati, sampai tersentak awek dia dari tidur.  Awek dia tersedar, dan bertanya pada Bob macam mana dia boleh ada kat luar khemah. Bob taknak cakap apa lalu Bob pun tipu awek die, Bob cakap yg awek dia tidur sambil berjalan.  Awek Bob pun tak cakap apa terus dalam mamai-mamai tu ikut Bob masuk khemah....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 03:41 PM | Show all posts
Kisah Dari H : Pengalaman Bob Si Tukang Cat III

Ok untuk kisah kali ini bukanlah pengalaman si Bob, tapi Bob penah terbaca report kehilangan seorang budak lelaki yang lembam.  Budak tu hilang hampir seminggu, bila dah jumpa polis pun soal siasat la budak lembam tu. Pastu polis pun kasikla Bob baca laporan tu.  Bob kata laporan tu macam tak masuk akal, patutla polis tu tunjuk kat Bob

Budak tu cerita pasal tangga.  Budak tu asalnya tengah perhatikan ayah dia buat unggun api, sekali tu dia nampak tangga tu tiba-tiba muncul.  Dan budak tu terdengar macam bisikan yang suruh dia naik tangga tu ataupun sesuatu yang buruk akan terjadi.   Lepas tu, polis tak dapat nak faham budak tu cakap ape, tapi budak tu dok ulang-ulang 'macam unggun api'.  Budak tu jugak melaporkan ada bunyi yang bising giler, tapi tak tau bunyi apa, tapi bunyi tu kuat sangat sampai dia tutup telinga.  

Tapi bila polis tanya dia pegi mana selama dia hilang tu, budak tu cuma tunjuk kat diri sendiri je.  Jadi polis beranggapan yang budak tu nak cakap yang dia tak penah pun hilang.  Budak tu cakap dia tak takut pun, sebab tangga tu ada, dan ada 'orang lain' yang temankan dia sembang-sembang, tapi bukan sembang macam manusia.  

Cerita budak tu berbelit-belit, sampai polis pun tak tau nak tulis laporan yang macam mane.  Akhirnya budak tu diisytiharkan sebagai mungkin mengalami amnesia atau kecelaruan sementara,  dan polis sahkan tiada perbuatan jenayah.  Tapi semua tu masih tak boleh menerangkan macam mana budak tu boleh ditemui dalam keadaan sihat, tak kelaparan pastu badan tak kotor walaupun dah seminggu hilang dalam hutan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.422580 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list