CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Trivia - Sukan Olimpik Tokyo 2020

[Copy link]
Post time 8-8-2021 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akuchenta at 8-8-2021 11:25 AM


Top medalists Olympics 2020


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2021 11:45 AM | Show all posts
Edited by akuchenta at 8-8-2021 11:47 AM

Japanese artists design anime character based on flag
https://vt.tiktok.com/ZGJDa33v8/








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 8-8-2021 07:24 AM
Jasa atok nenek tiri dia.

Dan dia gunakan platform dan bakat tu untuk melepaskan yang terbaik d ...

Tulah.. Harapkan mak, mak pun ting tong.

Tapi kan mmg patut atuk & nenek tiri dia jaga. Sbb dah anak pmpuan dorg (mak biles) ni yg tak bertanggungjawab. Takkan lah dorg pun nk lepas tgn. Kena lah step up to the plate.

Tapi selain dari faktor kesusahan & segala kepayahan yg iolss cter dlm part 2, sbnrnya sbgai fan tegar dia iols cukup kagum & respect pada kebolehan dia seperti yg iols cterkan di part 1.

Boleh kata, dia ni lah atlet zaman moden yg paling bnyk menerima perhatian drp fans, rakyat US dan ahli fizik. Mana ada atlet yg bila bertanding, ahli fizik, pakar matematik & sains turut hadir ke stadium semata-mata utk lihat dgn mata sndri akan kebolehan biles.

Walaupun gerakan dia telah dikaji & diperjelaskan dari sudut fizik & matematik, tapi dorg masih amaze yg biles boleh execute gerakan yg susah ni dgn mudah. Sbb ye lah secara teori apa pun boleh dibuat jika calculation tepat. Tapi nk execute tu yg kdg tak possible.

Bkn biles je yg hebat dlm sukan ni. Adiknya adria pun ada bakat. Dorg mmg sama2 berlatih dari kecik smpai lah tahun 2016 mcmtu kalau i tak silap. Now adik dia study dentistry. Pada iolss, bakat & kebolehan biles ni mmg tuhan bagi sebagai satu cara utk dia kluar dari kesusahan. Sesunguhnya tuhan tu Maha Adil kan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cikrana at 8-8-2021 02:17 PM

1. Sejak Olimpik zaman moden, 19 negara telah menjadi tuan rumah dan bagi benua Asia, Jepun telah menjadi tuan rumah sebanyak dua kali, China bagi Beijing 2008, dan Korea di Seoul 1988. Negara terbanyak menjadi tuan rumah Olimpik adalah USA sebanyak 4 kali, dimana yang terakhir adalah di Atlanta, Georgia pada tahun 1996. Olimpik akan datang adalah di Paris 2024, Los Angeles 2028 dan Brisbane 2032.
2. Pasukan terbanyak memenangi pingat sebelum Tokyo 2020 adalah Amerika Syarikat dengan pungutan melebihi 2,800 pingat. Tiada negara lain memenangi lebih dari 1,000 pingat selain USA.
3. Empat jenis sukan baru diperkenalkan di Tokyo 2020 iaitu papan selancar, karate, meluncur dan sport climbing.
4. Walaupun terdapat gesaan untuk Tokyo 2020 tidak diadakan kerana pandemik, namun syukur berjaya dilaksanakan dengan penuh peraturan. Setakat ini, hanya 3 kali Olimpik dibatalkan kerana Perang Dunia I dan II.
5. Penggunaan maskot yang comel mula diperkenalkan di Olimpik di Munich 1972 dengan maskot dinamakan Waldi. Maskot Tokyo 2020 dinamakan Miraitowa berwarna biru+putih. Maskot Paralimpik 2020 dinamakan Someity yang berwarna putih+pink.
6. Rekod tertua bagi sukan Olimpik sehingga kini telah berusia lebih 50 tahun bagi acara lompat jauh dengan jarak 8.90 m yang dicipta di Mexico 1968 oleh Bob Bearman.
7. Selain dari catatan masa yang dipecahkan, terdapat juga rekod lain yang sentiasa cuba dipecahkan termasuk di Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang 2018 dimana USA memecahkan rekod bilangan delegasi terbanyak dengan menghantar seramai 242 peserta.
8. Pyeongchang 2018 juga mencipta rekod dengan berat medal terberat melebihi 0.5 kg, iaitu seberat 586 g.
9. Pyeongchang 2018 sekali lagi mencipta rekod dengan bilangan acara terbanyak dengan 102 acara. Namun walaupun memecahkan beberapa siri rekod penganjuran, jumlah perbelanjaan adalah sebanyak USD 13 billion, empat kali lebih rendah jika dibandingkan Olimpik Musim Sejuk termahal di Sochi 2014.
10. Paul McCartney dibayar sebanyak 1 pound (USD 1.57) untuk persembahan pembukaan London 2012 termasuklah menyanyikan legendary song Hey Jude. Ini kerana beliau dan team muzik  memang berhasrat mendermakan bayaran, namun untuk menghalalkan kontrak acara, beliau terpaksa menerima juga bayaran sebanyak 1 pound itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
laradelara replied at 8-8-2021 06:48 AM
Part 2: Simone Biles

Selain drp faktor yg iolss dah listkan kat part 1, ada lagi satu sebab kenap ...

Untuk kisah kedua ini, doktor pasukan negara Larry Nassar dituduh melakukan serangan seksual kepada sangat ramai gimnas wanita USA, dan direkodkan terdapat 265 aduan. Ada yang mengalami depression malahan ada gimnas yang membunuh diri. Larry Nassar mula dijatuhkan hukuman pada 2017. Saya menonton documentari ini di Channel Crime Investigation, dan berpuluh gimnas memberi keterangan. Saya tak boleh lupa kata-kata gimnas terakhir yang memberi keterangan (kerana dia yang pertama membongkar cerita ini) lebih kurang gini sori kalau tersilap- What is the price of a young women? - terus satu mahkamah terdiam. Untuk tak OT, Simone Biles juga ada dalam dokumentari ini. Langsung dia tak tersenyum, menggeleng kepala berkali-kali, dan boleh nampak betapa sengsaranya dia. Sangat kesian kepada kesemua gimnas ini, yang hampir kesemuanya turut merupakan USA Olympians yang selalu kita tonton di setiap temasya Olimpik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikrana replied at 8-8-2021 02:10 PM
Untuk kisah kedua ini, doktor pasukan negara Larry Nassar dituduh melakukan serangan seksual kepad ...

Yezza.. Kes ni mmg besar & libatkan ramai atlet.

Iolss tak nak ulas panjang2 psl ni dlm part 2 sbb sedih sgt kalo teringat. Udoh lerr iolss mmg fan sukan gymnastics esp athletes US.

Iolss nk ingat yg baik2 & best je lah. Semoga tuhan permudahkan perjalanan hidup para atlet ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-8-2021 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikrana replied at 8-8-2021 02:10 PM
Untuk kisah kedua ini, doktor pasukan negara Larry Nassar dituduh melakukan serangan seksual kepad ...

I layan kes tu kat CI channel
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama besar seperti Usain Bolt, Michael Phelps dan Simone Biles peminat dah sedia maklum mengenai kehebatan mereka.

Tapi ai sangat kagum dengan Svetlana Romashina  (Artistic Swimming) dari ROC/Russia. Semalam dia memenangi pingat emas yang ke-7 dalam acara Artistic Swimming Team. Dia antara satu-satunya atlet yang telah memenangi sekurang-kurangnya tujuh emas Olimpik tanpa pernah mendapat perak atau gangsa selain pelari pecut Jamaica, Usain Bolt dan pelompat Amerika, Ray Ewry.

Semalam merupakan Olimpik terakhir Svetlana Romashina yang baru berusia 31 tahun.

Baca kat wiki, semua pertandingan yang disertainya dimenangi olehnya dan setakat ni tak pernah mendapat tempat kedua atau ketiga dikejuaraan dunia atau Eropah.

4 temasya Olimpik yang disertai, 7 kejohanan dunia, 6 kejohanan Eropah = 40 pingat emas

Pencapaian yang bagi ai sangat luar biasa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2021 09:08 PM | Show all posts
laradelara replied at 8-8-2021 02:21 AM
Part 1: Simone Biles

Walaupun tak menang pingat emas pada Olympics Tokyo kali ni, tapi perfor ...

betul-betul.. sangat setuju
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 09:25 PM | Show all posts
Edited by xastor9 at 8-8-2021 09:29 PM

Stadium National Tokyo

Stadium National Tokyo yang direka oleh arkitek tempatan, Kengo Kuma bertemakan bumi dan alam sekitar. Bangunan yang mesra persekitaran dan alam juga digelar Mori no Stadium yang bermaksud Stadium Hutan. Setiap bangku di stadium ini juga diberi “warna bumi” seperti putih, kuning, hijau, kelabu, hijau tua, dan coklat tua.

Kuma menggunakan motif kayu-kayuan dalam pembinaan stadium yang memerlukan lebih 70,000 kaki kayu balak yang datangnya dari 47 wilayah.


Kapasiti stadium tersebut boleh mencecah 60,000 tempat duduk penonton dan menjadikan lokasi acara perasmian dan penutupan sukan Olimpik.

Menurut Nippon.com, setiap kayu datang dari wilayah berbeza digunakan untuk tujuan berbeza. Contohnya adalah kayu dari Hokkaido untuk atap stadium bahagian selatan dan kayu dari Okinawa untuk atap stadium bahagian utara.

Stadium ini tidak memiliki rasuk / pillar penyanggah bumbung. Salah satu perkara menarik dalam stadium tersebut adalah atap yang disusun secara melingkar supaya tetap kukuh dan berupaya menahan dari gempa.

Saluran udara juga direka bersesuaian dengan musim panas dan musim sejuk. Saluran udara di bahagian selatan memiliki ruang yang sempit antarakayu. Pada musim panas, angin dari selatan akan melaui saluran udara tersebut dan keluar ke bawah. Jadi, suhu dalam stadium akan kekal sejuk semasa musim panas. Sementara untuk saluran udara pada bahagian utara, jarak antarakayu agak besar supaya angin musim sejuk dari utara mengarah ke atas. Maka, udara di stadium pun tetap hangat.


Hebat kan?



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 09:51 PM | Show all posts

Tahukah apa yang berlaku semasa obor Olimpik dinyalakan semasa Sukan Olimpik 1988 di Seoul?

Skip dari baca artikel ni jika anda tidak kental... hahaha

Semasa upacara pembukaan, tekanan semestinya tinggi. Puluhan juta orang menonton, dan tekanan untuk menjaga perjalanan upacara. Upacara menyalakan obor dijadualkan selepas upacara melepaskan merpati.

Beberapa merpati yang dilepaskan telah hinggap di kawah obor Olimpik. Petugas yang ditugaskan untuk menyalakan obor dinaikkan menghampiri kawah dan terus menyalakan obor tanpa menyedari yang terdapat merpati di kawah itu.  Berkemungkinan juga mereka fikir burung-burung merpati tersebut akan terbang setelah obor dinyalakan.

Akan tetapi ada yang tidak berganjak dan burung-burung itu terbakar hidup-hidup. Sadis kan??

Boleh tengok video kat sini: https://www.youtube.com/watch?v=NxxbLJp_qLs

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2021 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadi pengulas sukan kita Tuan Zainal Abidin Rawop ada sebut lebih kurang begini,  

"Kenapa pacer acara keirin tu bagi kepada warga emas  (orang tua)".
Beliau sebut ni pun selepas baca tweet daripada Rakyat Malaysia. Hahaha.

Gais, itu bukan sebarangan orang tua tau. Beliau merupakan bekas pemenang Pingat Gangsa Olimpik Los Angeles 1984 dalam acara Sprint Individu.

Pada Olimpik Tokyo 2020 kali ini beliau yang kini berusia 59 tahun telah diberi penghormatan untuk menjadi 'pacer' bagi acara keirin.

Kesimpulannya, 'orang tua' yang bernama Sakamoto Tsutomu ni bukan 'orang tua' yang biasa-biasa ya. OLIMPIAN tu.

Sakamoto Tsutomu san, Otsukaresamadeshita.
Arigatou Gozaimashita.

#SamuraiKurus
#SenseiTulisOlimpik

: Keirin Magazine / Tv-Keirin

Tapi tulah, anak-anak aku pula kata muka dia macam ayah Ultraman. Kikiki.

FB : Hizandie Shuaib

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2021 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin ada yang tak tahu basikal milik Dato’ Azizulhasni Awang sebenarnya bernilai lebih RM300,000 seunit.

Basikal yang dikenali dengan nama WX-R Vorteq ini adalah hasil dari pembangunan R&D antara Institut Sukan Negara (ISN) dengan TOTALSIM Ltd, iaitu syarikat dari United Kingdom yang menelan belanja sebanyak RM13 juta.

Tak cukup dengan itu, sebenarnya ada basikal yang lebih mahal dari itu.

Trek Yamashita Nara Speed Concept yang pernah dibawa oleh Lance Armstrong masa stage ke-18 dalam Tour de France pada tahun 2009 merupakan antara basikal paling mahal di dunia. Bernilai RM800,000 ($200,000), basikal ini direka oleh Trek dan dihias oleh pelukis Jepun, Yashimoto Nara.

Frame basikal ini diperbuat daripada gentian karbon untuk menjadikannya ringan dan bukan saja boleh mencapai kelajuan maksima, ia juga membolehkan penunggang untuk membuat pusingan mengejut dan melalui ruang sempit sambil mengekalkan keseimbangan badan. Ianya sememangnya direka untuk tujuan perlumbaan dan pertandingan.

Tapi basikal paling mahal sebenarnya adalah basikal House of Solid Gold Extreme Mountain Bike yang dijual dengan harga RM4 juta ($1,000,000).
.
#CatatanZunitaDiJepun

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2021 02:48 PM | Show all posts
5 Peraturan Dalam Acara Sukan Olimpik Yang Pelik Tapi Tetap Digunakan

1. Panjang stokin dalam sukan lumba basikal
Pelik tapi benar, namun itulah kenyataannya. Setiap atlet dalam acara lumba berbasikal mempunyai spesifikasi dalam pemilihan stokin yang perlu dipakai.

Pada tahun 2018, badan yang mengendalikan pelumba basikal profesional seluruh dunia iaitu Union Cycliste International (UCI) telah memperkenalkan peraturan ini.

Bagi ketetapan tersebut, stokin yang perlu dipakai oleh atlet perlulah tidak melebihi separuh daripada jarak antara lutut dan buku lali.

Sekiranya peraturan itu tidak diikuti, maka atlet berkemungkinan tidak dibenarkan bertanding.

Peraturan ini direka bagi menampakkan bahagian betis mereka supaya tiada peralatan atau alat dipasang yang mampu membantu mereka dalam mencapai kemenangan.


2. Peserta tinju dilarang menyimpan janggut

Peraturan ini dicipta mungkin tidak mahu menyebabkan atlet mengalami kecederaan pada wajah mereka. Oleh itu setiap peserta wajib bercukur.

Semua atlet sukan tinju perlulah mencukur janggut mereka dan hanya kumis yang tidak melebihi panjang bahagian bibir atas sahaja dibenarkan.

Namun, disebalik peraturan ini, terdapat juga isu yang timbul melibatkan kepercayaan agama masing-masing.

Ia menjadi kontroversi kepada para pentinju yang beragama sikh yang mana menyimpan janggut merupakan satu kewajipan dalam agama mereka.

Bukan sahaja melibatan sukan dalam olimpik, malah turut melibatkan acara bukan olimpik untuk acara ini sebagai garis panduan dalam setiap pertandingan tinju.


3. Kuda dalam acara lompat berkuda akan diberikan oleh pihak penganjur

Lompat berkuda merupakan salah satu dalam acara pentatlon moden yang akan mengabungkan lima acara dalam satu pertandingan.

Pentatlon moden mula memasuki Olimpik pada tahun 1912 dengan mengabungkan lima bidang berbeza iaitu menunggang, menembak, lawan pedang, berenang dan berjalan.

Dalam acara lompat berkuda, peserta dikehendaki menunggang kuda melalui 15 halangan yang disediakan.

Namun, ia mungkin menjadi lebih sukar apabila peserta tidak dibenarkan untuk menggunakan kuda sendiri, sebaliknya akan disediakan sendiri oleh penganjur.

Acara ini kadang-kala bergantung kepada nasib sama ada kuda tersebut memberikan kerjasama ataupun tidak.

Jika kurang bernasib baik, atlet perlulah redha menerima hakikat seandainya kuda tersebut tidak mengikut arahan dan berpotensi menerima markah kosong.

4. Bilangan atlet dalam peringkat akhir gimnastik

Dalam setiap kejohanan Olimpik, sudah semestinya terdapat sebuah negara yang melahirkan atlet berbakat sehingga kesemua daripada mereka mampu bertanding dalam peringkat akhir.

Kemungkinan terdapat 3 atlet dalam negara sama yang layak bertanding pada peringkat akhir oleh sebab kecemerlangan mereka.

Namun, jika perkara itu berlaku, mereka tidak membenarkan penyertaan itu sebaliknya hanya dua atlet saja yang layak untuk bertanding.

Atlet ketiga yang sepatutnya bertanding itu akan diganti dengan peserta yang kedudukan di bawahnya dengan syarat bukan dalam negara yang sama.

Peraturan ini diperkenalkan oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) bagi mempelbagaikan atlet dari negara yang berbeza dalam peringkat akhir.


5. Penilaian semula markah dengan wang tunai

Dalam acara gimnastik, jika terdapat mana-mana peserta atau wakil negara yang tidak berpuas hati dengan markah juri, mereka boleh meminta untuk menilai kembali markah tersebut.

Namun, mereka perlu membayar sejumlah wang tunai kepada pihak permarkahan bagi menilai kembali keputusan yang telah mereka tetapkan.

Lebih menarik, wang yang perlu dibayar hendaklah diberi secara cash ketika acara tersebut sedang berjalan.

Bagi permohonan pertama, wakil setiap negara perlu membayar sebanyak $300 (RM1,265) dan untuk penilaian semula kali kedua berjumlah $500 (RM2,109) serta aduan terakhir berjumlah $1000 (RM4,219).

Tetapi wang yang dibayar itu akan dipulangkan jika penilaian semula berjaya. Jika gagal, wang tersebut akan disimpan oleh penganjur untuk disumbangkan kepada badan kebajikan.

Apapun peraturan yang wujud, itu bukanlah alasan kepada para atlet untuk tidak berjaya. Seharusnya mereka menggunakan ia sebagai motivasi dalam memperbaiki pencapaian mereka.

Oleh itu, semua atlet termasuk atlet Malaysia perlu mempersiapkan diri iaitu dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi sukan berprestij ini.

Semoga di masa hadapan, Malaysia mampu memberikan cabaran sengit kepada negara-negara besar dalam sukan Olimpik sekaligus mensasarkan lebih banyak pingat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2021 04:06 PM | Show all posts
Zola Budd – Pelari berkaki ayam yang mencetuskan kontroversi di sukan Olimpik
Masihkah anda ingat dengan seorang pelari wanita yang hanya berkaki ayam? Ingatkah anda dengan nama Zola Budd, pelari tanpa kasut yang pernah mencetuskan kontroversi dalam sukan Olimpik 1984?


Pada 10 Ogos 1984, berlangsung acara 3,000 meter peringkat akhir wanita di Sukan Olimpik yang berjalan di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Antara peserta yang menjadi tumpuan waktu itu ialah pelari berkaki ayam kelahiran Afrika Selatan, Zola Budd. Turut tersenarai sebagai juara bertahan adalah Mary Decker dari Amerika Syarikat.
Malangnya, ketika perlumbaan berlangsung telah berlaku satu insiden antara dua peserta ini hingga mencetuskan kontroversi dan perdebatan selama hampir 25 tahun.
Ketika perlumbaan itu, Zola baru berusia 17 tahun. Manakala Mary pula berumur 25 tahun. Sebaik perlumbaan bermula, Mary memecut laju, manakala Zola yang berlari tanpa memakai kasut mengejar rapat di belakangnya sambil diikuti peserta-peserta lain.
Pada jarak 1,700 meter, Zola berjaya memintas Mary. Malangnya, saat Mary mengekori rapat, berlaku kecelakaan yang tidak diingini. Paha kanan Mary telah termasuk dicelah kelangkang Zola, menyebabkan pelari top Amerika Syarikat itu jatuh tertiarap di atas trek. Dia terkeluar daripada perlumbaan itu kerana mengalami kecederaan. Zola yang tersadung kaki bagaimanapun tetap meneruskan lariannya.
Insiden yang paling diingati apabila Mary (baju merah) terjatuh dan tidak dapat meneruskan larian. Zola pula disalahkan atas kejadian tersebut.
Insiden itu telah mencetuskan kemarahan penonton. Akibatnya, gadis berusia 17 tahun ini berasa gugup dan hilang tumpuan. Kerana rasa bersalah, Zola cuba memperlahankan rentak lariannya. Akhirnya, gadis bertubuh kecil ini hanya menduduki tempat ketujuh dalam perlumbaan itu. Pingat emas telah berjaya dirangkul oleh peserta bukan pilihan, Maricica Puica dari Romania.
Selepas perlumbaan, Zola berlari ke arah Mary untuk meminta maaf. Tetapi, permohonan maafnya tidak diterima, malah dia dihalau keluar. Sejak hari itu, rakyat Amerika terus menyalahkan pelari berkaki ayam ini. Kononnya, Zola  telah menggunakan teknik kotor dan tidak profesional hingga menjatuhkan pelari handalan mereka.

Zola dibenci rakyat Amerika dan disalahkan kerana menjatuhkan pelari mereka.
Nasib Zola bagaimanapun terbela apabila rakaman perlumbaan itu ditayangkan semula dan terbukti bahawa dia tidak bersalah. Namun, pengesahan itu tidak sedikit pun memadamkan rasa marah rakyat Amerika kepada Zola.
Peristiwa yang menghancurkan harapan dua pelari wanita ini untuk mendapatkan pingat emas dikatakan antara paling dramatik dalam sejarah sukan Olimpik. Kisah mereka juga telah mendapat liputan meluas media dari seluruh dunia.
Sebelum kemalangan itu, Zola dilaporkan pernah mencetuskan kontroversi apabila berhasil memecahkan rekod dunia acara 5,000 meter wanita. Catatan masa yang diperolehnya ialah 15:01.83,  enam minit lebih pantas berbanding catatan masa rasmi yang dipegang oleh Mary.
Entah mengapa, International Association of Athletics Federations (IAAF) enggan mengesahkan catatan masa yang dibuat oleh Zola, tapi masih mengekalkan nama Decker sebagai pemegang rekod dalam acara tersebut.
Pembatalan itu telah menghancurkan harapan Zola untuk melayakkan diri ke Olimpik. Afrika Selatan pula pada masa itu dilarang mengambil bahagian dalam olahraga antarabangsa kerana dasar aparteid (dasar yang membezakan warna kulit atau diskriminasi orang kulit putih terhadap orang berkulit hitam di Afrika Selatan).
Atas kekangan itu, beberapa bulan sebelum Sukan Olimpik Los Angeles bermula, Zola telah memohon untuk mendapatkan kerakyatan Britain. Hanya dengan cara itu, Zola boleh merealisasikan impiannya.
Permohonannya berjaya diproses dalam tempoh 10 hari. Keadaan ini membolehkan Zola beraksi pada sukan berprestij dunia itu.
Zola Budd.
Namun, keputusan memberikan kewarganegaraan Inggeris kepada Zola telah menimbulkan kemarahan di kalangan orang-orang yang pro-aparteid. Salah seorang yang mempersoalkan perkara tersebut ialah Presiden Amatur Atlet Eropah, Sir Arthur Gold.
Beliau mengatakan terdapat lebih 70,000 pemohon untuk mendapatkan kerakyatan yang sama seperti Zola, tapi terpaksa menunggu bertahun-tahun lamanya. Berdasarkan peraturan, untuk seseorang atlet mewakili negara masing-masing ke kejohanan antarabangsa perlu menjadi warganegara selama tiga tahun. Tapi, Zola terlepas daripada semua halangan itu.
Sungguhpun begitu, kehidupan baru Zola di negara kelahiran ayahnya itu, Frank Budd, tidak seindah yang digambarkan. Penghijrahannya itu tidak disenangi oleh rakyat Britain. Dia mendapat layanan buruk, malah terus dicemuh dan diperolok-olokkan.
Tidak tahan dengan keadaan itu, gadis berambut pendek ini mengambil keputusan untuk meninggalkan Britain dan kembali ke negara kelahirannya, Afrika Selatan. Di negara asalnya itu, atlet berdarah campuran Afrika-Inggeris ini masih meneruskan kariernya sebagai pelari berkaki ayam.
Zola Budd.
Walaupun banyak kontroversi menimpa dirinya, Budd tetap terus dikenang sebagai legenda trek balapan dunia. Kini, dia menjadi jurulatih di sebuah sekolah di South Carolina di Amerika Syarikat.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2021 05:48 PM | Show all posts
Sukan Olimpik kuno di Yunani bermula dengan hanya 8 permainan

Sukan Olimpik kuno terutamanya merupakan sebahagian daripada pesta keagamaan untuk menghormati Zeus, bapa dewa dan dewi Yunani. Pesta dan permainan akan diadakan di Olympia, tapak perlindungan luar bandar. Tapak ini dinamakan sempena Gunung Olympus – gunung tertinggi di daratan Yunani – dan dipercayai sebagai tempat kediaman dewa dan dewi Yunani.


Penduduk Yunani akan datang ke tapak ini untuk berkongsi kepercayaan agama yang sama dan bertutur dalam bahasa Yunani. Para atlet adalah semua lelaki dari negara-negara yang mempunyai hubungan dengan dunia Yunani seperti Iberia (Sepanyol) di Barat dan Laut Hitam (Turki) di Timur.
Sukan Olimpik kuno bermula pada tahun 776 SM apabila Koroibos, seorang tukang masak dari kota Elis yang berdekatan, memenangi perlumbaan stadion, sebuah perlumbaan kaki sepanjang 600 kaki. Menurut beberapa tradisi sastera, ini adalah satu-satunya acara sukan untuk 13 pesta Olimpik pertama atau hingga 724 SM. Dari tahun 776 SM, Sukan Olimpik diadakan di Olympia setiap empat tahun selama hampir 12 abad.
Pada mulanya, hanya lapan sukan sahaja diadakan sebagai acara Olimpik iaitu lontar cakera, lompat jauh, rejam lembing, boxing, gusti, pankration (kombinasi boxing dan gusti), larian dan acara berkuda.
Walaupun Sukan Olimpik kuno diadakan di Olympia, Yunani dari 776 SM hingga 393 Masihi, ia mengambil masa selama 1,503 tahun untuk temasya sukan itu kembali.
Sukan Olimpik moden pertama diadakan di Athens, Yunani, pada tahun 1896. Individu yang bertanggungjawab untuk kelahiran semula Sukan Olimpik ialah seorang Perancis bernama Baron Pierre de Coubertin.
Beliau mengemukakan idea itu pada tahun 1894 dan ingin melancarkan sukan Olimpik moden pada tahun 1900 di negeri asalnya Paris tetapi para perwakilan dari 34 negara begitu terpesona dengan konsep itu sehingga mereka meyakinkannya untuk memindahkan Sukan Olimpik moden pertama ke tahun 1896 dan menjadikan Athen di Yunani sebagai tuan rumah pertama.
Manakala, idea obor Olimpik pertama kali dilancarkan di Sukan Olimpik Amsterdam 1928. Untuk pengetahuan anda, tiada acara larian obor diadakan untuk Sukan Olimpik kuno namun terdapat acara larian obor untuk pesta sukan kuno lain di Yunani.
Acara larian obor Olimpik moden pertama kali dilancarkan pada tahun 1936 di Sukan Olimpik yang diadakan di Berlin pada ketika itu.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2021 10:29 AM | Show all posts
Olimpik Purba Permainan
Length Sukan Olimpik: hanya satu hari bermula selepas 5 hari.

Sukan Olimpik Lokasi: Olympia, Greece.

Projek yang paling sengit: permainan perlumbaan kereta kuda, bersamaan perlumbaan F1 hari ini. Bangsawan kaya untuk mengambil bahagian, keseronokan muslihat penonton ketagih, dan sering muncul dalam kemalangan kereta juga menambah permainan berbahaya, tetapi ia seolah-olah di khalayak, yang lebih menyeronokkan ia.

Projek pertama: 200 m bangsa (panjang gabungan 192,27 meter hari ini), ini adalah satu-satunya acara yang pertama untuk ketiga belas purba Sukan Olimpik, projek ini mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam Sukan Olimpik purba, bersamaan Sukan Olimpik hari ini Perang pelari pecut. Dan jarak pertengahan lain dan panjang jarak jauh berjalan adalah gandaan 192,27 meter.


Penurunan

Abad kelima SM, hamba Yunani purba memasuki tempoh puncak, tetapi tidak lama selepas itu, perbezaan perang dalaman, konflik sosial dipergiatkan. V abad SM, tercetusnya perang perhambaan Peloponnesian mula merosot di Greece, tetapi juga Sukan Olimpik purba dari kemakmuran dan penurunan titik perubahan. Perang kemelesetan ekonomi, suasana sosial adalah rendah, olahraga hilang makna asalnya, ertinya menjadi mengejar kekayaan, terdapat kecenderungan negatif penyelewengan, mementingkan diri sendiri pada Sukan, Sukan diputarbelitkan cita-cita tinggi.

Abad kedua SM, Rom menakluki Greece, yang terkenal dengan Sukan Olimpik purba untuk penurunan penuh. Abad keempat, Maharaja Rom memerintah Greece Theodosius diisytiharkan Kristian sebagai agama rasmi yang ditubuhkan, supaya penyembahan Zeus sebagai dewa Sukan Olimpik aktiviti pagan kuno, demi untuk melindungi terhadap pemerintahan Rom di Greece, untuk mengukuhkan kedudukan agama Kristian, 394 AD, Theodosius saya mengarahkan penamatan purba Sukan Olimpik. Dipegang 293 sesi, yang berlangsung dari 1169 Sukan Olimpik purba hilang.

Perlembagaan

Dalam 561 SM, ahli falsafah Yunani purba 卓罗斯 purba Sukan Olimpik pertandingan digubal perlembagaan, peruntukan yang berkaitan dalam Tataurusan Pertubuhan telah di Sukan Olimpik perlu mematuhi peraturan.

1. Olahraga kejohanan penganjur oleh wakil-wakil golongan bangsawan hamba memiliki - pegawai-pegawai tempatan dan bigwigs agama yang bertanggungjawab, mereka mempunyai hak untuk menentukan kelayakan atlet dan penonton.

2. Suruhanjaya Timbangtara kejohanan olahraga dipengerusikan bersama oleh imam sepenuh masa di dalam Bait Zeus dan pengadil selepas pegawai-pegawai yang dipilih.

3. Jika suatu pengadil rasuah atau berkelakuan salah pada rakyat permainan untuk dihukum dengan jumlah wang yang besar.

4. Persaingan Athletic hanya antara individu, antara kumpulan tidak boleh.

5. Olahraga Yunani mestilah tulen lebih dua generasi, mesti politik, moral, agama, tiada kotoran pada undang-undang, untuk membuktikan identiti mereka mestilah pengadil.

6. Wanita tidak boleh mengambil bahagian dalam pertandingan dan lawatan, dan pesalah akan dibuang ke gaung.

Menganugerahkan hadiah

Majlis anugerah Sukan Olimpik purba dengan penuh dan besar. Stesen anugerah terletak di hadapan Zeus seperti mahkota zaitun dalam jadual khas berkaki tiga. Apabila anugerah itu, yang pertama kali diumumkan nama laporan rasmi atlet, keputusan perlumbaan, milik nama negara bandar raya dan atlet ibu bapa. Pemenang kemudiannya disambut oleh pemimpin upacara di depan tuan rumah, tuan rumah bangun, dibawah turun dari mahkota zaitun meja berkaki tiga, meletakkan kepada pemenang. Pada masa ini, nyanyian penonton, puisi membaca, bermain muzik, bersorak, membuang bunga untuk atlet. Atlet Olimpik Purba pada memenangi anugerah, walaupun beberapa kali berubah, tetapi prinsip-prinsip memberi tumpuan kepada ganjaran rohani. Terdapat juga ganjaran material, tetapi agak sederhana.

Dalam semangat Sukan Olimpik purba sebagai cawangan zaitun sebagai simbol semangat pergerakan Olimpik, mengandung makna, memberi kesan panjang. Orang Yunani kuno percaya bahawa pokok zaitun adalah Athena, pelindung Athens ke dunia, Allah memberikan manusia simbol keamanan dan kebahagiaan, jadi dengan cawangan zaitun mahkota zaitun tocang adalah hadiah yang paling suci, untuk mendapatkan ia adalah penghormatan tertinggi. Dikatakan bahawa cawangan zaitun yang digunakan untuk menenun mahkota mesti mempunyai kedua-dua ibu bapa masih hidup oleh kanak-kanak berusia 12 tahun, dengan pisau emas terpisah dari Tuhan, pokok, kemudian disediakan dengan teliti.

Selepas majlis penganugerahan yang diadakan di Olympia, pemenang secara beransur-ansur boleh pulang ke rumah. Pada masa ini, setiap bandar-negeri akan menjadi pemenang untuk kembali berjaya perayaan besar yang dianjurkan mereka. Kemudian, Greece juga menghapuskan atlet kewajipan memenangi ke negeri ini, sekiranya teater atau perayaan yang ditetapkan kerusi kehormatan untuk pencapaian masing-masing bandar raya itu juga telah menghantar atlet elaun seumur hidup.

Obor

Sebelum mengadakan purba Sukan Olimpik, menurut peruntukan orang agama berkumpul di hadapan Kuil Olympian Zeus, mengadakan majlis penuh untuk menyalakan obor dari mezbah, dan kemudian pergi ke pelbagai negara kota Greece. Obor dipegang tinggi obor, manakala berjalan, manakala menjerit: Hentikan semua peperangan, mengambil bahagian dalam Sukan! Obor seperti arahan dan kuasa obor tertinggi untuk pergi, di mana perang keluar ketat. Malah dalam pertempuran sengit di bandar raya itu juga telah meletakkan senjata, gencatan senjata suci bermula. Greece telah kembali untuk hidup dengan aman, orang lupa benci, lupa perang, kedua-dua ke arah Olympia untuk mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik.

Juara

Yunani dalam 776 SM peraturan setiap empat tahun untuk menganjurkan Olimpik di Olympia. Diadakan semasa temasya itu, atlet dari seluruh Greece dan seluruh rakyat biasa berkumpul di Olympia di selatan Greece, bandar yang indah ini. 776 SM apabila pertama Sukan Olimpik diadakan di sini, juara Dorians Klose pada 192,27 meter perlumbaan pecut. Beliau menjadi yang pertama Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dianugerahkan gelaran item pertama orang.

Berkaitan

Orang Yunani purba Menyokong kuasa dan kecantikan, mereka tidak malu untuk bogel. Ukiran Yunani Purba yang paling bersedia untuk menunjukkan badan yang sihat dan cantik, sudah pasti sukan patung yang paling terkenal kira-kira 450 SM Myron ini "Discus Thrower." Atlet telanjang dalam purba Sukan Olimpik adalah persembahan terbaik kekuatan dan kecantikan.

Dalam tempoh masa selepas permulaan Sukan Olimpik kuno, salah satu yang tidak mempunyai pakaian seragam - atlet telanjang dijalankan olahraga. Baru-baru ini, Profesor, Jabatan Falsafah, inisiatif Sun Yat-Sen Zhai Zhenming dalam pertandingan esei Bahasa Inggeris dibenarkan atlet bogel dalam Sukan Olimpik. Beliau berkata pada masa lalu boleh melarang atlet perlumbaan telanjang mempunyai sebab-sebab, tetapi kini mereka sebab tidak semestinya menjadi alasan untuk meneruskan dasar ini. [2]

Kakitangan

Jurulatih

Jurulatih dipilih daripada Sukan Olimpik purba dan bandar-negeri pengalaman tempur kesetiaan kaya veteran keluar, kebanyakan mereka memenangi persidangan olahraga yang besar menang dan pengetahuan budaya, moral, penjagaan kesihatan, pemakanan, kesihatan, dan kaedah latihan psikologi sains dan lain-lain aspek yang lebih tinggi, dan dengan itu dengan hormat dan kepercayaan rakyat.

Ramai jurulatih menganggap teori doktor yang terkenal purba Yunani dan kesihatan rumah digunakan secara meluas untuk latihan sukan, membantu atlet selepas latihan berat dan persaingan, kekuatan fizikal dipulihkan secepat mungkin, untuk memudahkan meningkatkan kualiti atlet, mewujudkan keputusan yang cemerlang.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2021 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Forumer, bolehlah sambung trivia jika free.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2021 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ieqa140388 replied at 11-8-2021 10:29 AM
Olimpik Purba Permainan
Length Sukan Olimpik: hanya satu hari bermula selepas 5 hari.


Bkk la trivia paralimpik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 1-9-2021 09:13 PM
Bkk la trivia paralimpik.

Jap bos kene cari bahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.174029 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list