CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: intan_mahsuri

- SEKOLAH DI ZAMAN SEKARANG -

[Copy link]
Post time 18-5-2006 12:42 AM | Show all posts
tadi gi melawat skolah. alahai, lab komputer cam tongkang pecah. cikgunya minta mahap sebab pagi sblmnya dia sibuk membalut hadiah utk acara sukan Hari Guru. itupun ada yg lom siap. aitt..sendiri sambut hari guru sendiri berlari kesana kemari urus segala perkara....guru...guru....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2006 02:12 AM | Show all posts
guru adalah seseorang yang aku paling respek...

wpun aku dah kene pelempang cekgu mmg banyak kali....kene rotan ngan hangar smp patah kat dorm

kene minum air tembakau...tapi sikit pon aku x marah ngan cikgu...kalo x pasal cikgu xde aa aku bley kuar skola ngan berjaya jgak aa...slamat hari guru
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2006 10:43 AM | Show all posts

Err...

Salah satu hadiah yang aku dapat, "frame" dengan tulisan al-Quran. Surah al-Fatihah.






Dari seorang pelajar beragama Kristian.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2006 11:48 AM | Show all posts
Originally posted by Agul at 18-5-2006 10:43 AM
Salah satu hadiah yang aku dapat, "frame" dengan tulisan al-Quran. Surah al-Fatihah.


Dari seorang pelajar beragama Kristian.


Aah ek camne tu..y sister penah dpt gak..tp org hindu la dia bg frame Ayat Qursi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2006 02:52 PM | Show all posts
Originally posted by CharlieDale at 17-5-2006 05:06 PM
pakcik,
tak dapat hadiah pun tak kisah, lagi best kalau murid tu berjaya kemudian dia ucapkan terima kasih. itu yang leh dibanggakan. sekurang-kurangnya ada la tanda yang ilmu yang dicurahkan bermakna.  ...


dale, IM pernah cakap kat budak2 kleas hujung. 'Saya tak mahu hadiah dari awak tapi saya mahu sekurang2nya awak lulus sudah cukup utk saya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2006 02:55 PM | Show all posts
Hari nih.....

Peksa lagi. Last period masuk 5Setia. Satu malaun badan dia besau gajah, masa peksa bercakap. IM marah dia ketawakan IM. Pastu continue bercakap. IM marah lagi, dia ketawakan sambil cakap bahasa cina. IM cuba dekat dia, tapi IM takut. Saiz badan im cuma 5'1....dia 5'9 kot!!!...Pastu im nampak dia sumpah seranah im....im pun balas balik arrr dalam hatiiiii.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
pakcik_d7668 This user has been deleted
Post time 18-5-2006 07:07 PM | Show all posts
kalau pakcik la IM....dah tentu budak tu kena pelempang atau kena hempuk!!
biasanya kalau kes macam tu, parents dia pun tak marah....lain le kalau parents dia pun sama macam dia jugak. tapi kena berani buat berani tanggung le.

setakat ni, kalau kes2 melampau/kurang ajar macam tu memang kena la ngan pakcik...sebab pakcik memang pantang kalau jenis melawan/mencarut2 macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2006 07:56 PM | Show all posts
Ari ni tak berapa sihat.. tp sbb dah janji nak buat persahabatan bola baling ngan sekolah lain. gagahkan diri gak gi sek..

tp masa rehat.. masuk dalam lab. lepas tu kunci lab. dan tidu je atas lantai tu. ngantuk sangat.. tengahari ada mesyuarat.. kepala dah hanyut.. antara degar tak dengar je..

lepas mesyuarat. makan penaldo skit. lepas tu rehat jap. sambung lak wak majalah sek sementara nak tunggu boal baling.. perh.. letih gile rasa arini..

esok nak gi kl lak.. tahla. badan rasa cam tak larat dah ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2006 08:35 PM | Show all posts
IM,
sherina bila fikir2 balik situasi IM tu..berkobar semangat sherrina nak blajo Mandarin ngan Kantonis. biar dorang tau kita paham apa yg dia cakap. usually chinese respect org melayu yg le ckp bahasa dia. kalau leh nnt nak blaja Tamil sekali lah.. :bgrin:
Reply

Use magic Report

pakcik_d7668 This user has been deleted
Post time 19-5-2006 06:54 AM | Show all posts
wah sherrina..
sama la hajat kita. pakcik pun pelan2 belajar cakap cina sekarang ni. memang susah kalau kat sekolah pakcik ni tak reti cakap cina. pasal 80% student memang kaum cina. target sehari 5 perkataan...kadang tu tak dapat pun pasal sibuk sangat. bila ada masa senggang....kadang belajar ngan budak2 kelas pakcik je. bila kita salah sebut, diorang gelak dan betulkan. diorang kata, kena sebut betul2, sebab kalau lain sikit je bunyinya,dah berubah maksud.

tokey kedai buku kat tempat pakcik pun ada bagi CD 'hanyu pinyin' dari China bila dia tau pakcik minat nak belajar bahasa cina. siap bagi free lak tu. tokey tu pun pandai tulis dan baca jawi. siap baca kitab lagi.

memang betul sherrina, budak2 cina ni cukup respect kalau ada cikgu melayu atau india pandai cakap cina. ada kawan pakcik, 8 tahun dok kat SJKC,sampai pandai cakap cina. sekarang ni dah mengajar kat sekolah pakcik. budak2 cukup takut ngan dia (pasal dia cikgu disiplin dan angin tak tentu) dan tentunya sebab dia paham apa yang budak2 tu cakapkan. cikgu2 cina pun sebenarnya takut jugak...sebab dia paham, heheh.

lagi satu kelebihannya yang pakcik nampak sangat dalam situasi sekolah pakcik ni...kalau pandai cakap cina, senang nak mengajar, terutamanya kelas2 hujung dan peralihan. pakcik tau le, sebab pakcik pernah mengajar bahasa melayu dan amalan bahasa melayu peralihan...cukup susah nak pahamkan dioarang..kalau perkataan konkrit, boleh la tunjukkan gambar atau lukis kat papan hitam.....tapi kalau perkataan abstrak (contohnya 'sayang', 'kenyang' , ' mimpi')...huuh, jenuh jugak le nak pahamkan.

[ Last edited by  pakcik_d7668 at 19-5-2006 06:56 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2006 07:37 AM | Show all posts
Hari ni ada mesyuarat bimbingan dan kaunseling peringkat zon. Semalam sambutan hari guru peringkat sekolah. nanti kalau ada masa saya muatnaikkan gambar yang berkaitan termasuklah kad buatan sendiri yang macam pakcik dapat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2006 01:56 PM | Show all posts
antara hadiah dan kad sempena sambutan hari guru.



kad tulisan tangan dari salah seorang anak murid saya.



semua kad yang saya dapat saya tampal kat meja.



hadiah yang anak murid bagi. yang best lagi kreatif, tin ditampal dengan cebisan kertas dan ada lambang hati. antara yang tidak dapat diletakkan di sini ialah coklat sebab dah habis di makan..heheh
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2006 02:21 PM | Show all posts

Reply #72 CharlieDale's post

Hang pun kuat makan coklat noooo? Hehe...best yer dapat hadiah drp bebudak....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2006 02:27 PM | Show all posts
sapa kata tak best..tapi macam biasa la..apa yang paling best ialah pengalaman yang kita perolehi dan kejayaan dalam mendidik anak murid hatta masukkan sampah ke dalam tong sampah pun kira satu kejayaan juga bukan? kalau anak murid berjaya dalam apa yang mereka lakukan pun kira satu hadiah. walaupun ada orang kata ia hanya 1% sahaja dari usaha kita mengajar melatih dan sebagainya.

saya tak berapa suka makan coklat tapi makan la juga. banyak yang bagi kat member.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2006 02:28 PM | Show all posts

Reply #74 CharlieDale's post

Lenkali hang bagi kat aku. Aku suka coklat...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2006 02:34 PM | Show all posts
Sambutan hari guru



perarakan masuk ke dewan. diringi bunga manggar dan taburan bunga rampai. cewah! macam kawin la plak.

mscsm biasa la. lepas tu ada ucapan menteri, Pengarah, GB, ketua murid. ikrar dan nyanyian lagu guru malaysia dan lagu tema tahun ni...so tak payah la up gambar kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2006 02:37 PM | Show all posts
Kemudian acara simbolik di mana pengawas selaku wakil murid akan memberikan lilin (hadiah dari anak murid) kepada guru. simboliknya tentulah anda semua dah tahukan...







[ Last edited by  CharlieDale at 21-5-2006 02:40 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2006 03:07 PM | Show all posts
Cantiknyer gambar...suka tengok lilin2 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2006 06:17 PM | Show all posts
ari ni bermula lah peperiksaan pertengahan tahun bagi seluruh sekolah rendah di terengganu.. sehingga ari khamis ni. kemudian terus cuti..

Yang best satu je duduk terengganu.. semua soalan ujian bulanan dan soalan peperiksaan disediakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri.. so. soalan selaras dan berkualiti skit. sbb ad apnel yg buat soalan..
Reply

Use magic Report

pakcik_d7668 This user has been deleted
Post time 21-5-2006 08:39 PM | Show all posts
tahniah la tuah...
kalau tuah nak tau, sekarang ni JPN Johor jadikan JPN Terengganu dalam soal nak meningkatkan prestasi murid....macam2 program dari terengganu yang sedang diaplikasikan kat sini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.080075 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list