|
nak tanya gak, masa bulan puasa yg lepas aku batuk2 juga selama almost 3 weeks. condition aku, batuk2, especially bila aku bercakap (dah ler aku selalu kena wat presentation). batuk tak dalam, tapi batukla. kalau duduk diam, so batuk pun kurang. flem tu warna hijau, tp tak byk. aku tak demam, cuma tekak merah sikit kata doktor.
my history, in my family takde kena tb atau sakit paru2. cuma aku dulu masa zaman sekolah rendah mmg pernah kena lelah. tp since sekolah menangah dah takde until now, dah belia 20an. hidup mengamalkan gaya yg sihat, tak merokok and juga tak buat benda bukan2. cuma sbb selalu balik ofis lewat, so mmg adalah dlm seminggu 2-3 kali mandi malam and tak pakai air panas.
ari tu, aku mula2 pakai doktor A, lepas in 7days tak baik gak so aku rasa, ubat dia tak sesuai dgn aku.
so aku pi ke doktor no 2. dia checkla pernafasan depan dan belakang aku, kot2 ade bunyi ke apa. and temperature aku n tekak aku. dia kata ni batuk biasa. so minggu ke 3 kot barulah kebah batuk aku. kalau ade pun very mild. aku pun takutlah, sbb bukanke istilah perubatan 3 minggu ni sah2 di kira acute batuk. tp org kata, sbb bulan puasa ni maybe panjang sikit dr hari2 biasa. sbb siang kita puasa kan. (wallahualam)
apa2 pun minggu ke 4 and ke 5 very very mild. no demam and aku pun sihat, takde sakit tekak and no kahak.
now, end minggu ke 5, aku rasa lain lak, tak tahu kalau kot2 before this ada, cuma la ni baru perasan, now aku sihat, no demam, no nafas berbunyi atau nafas berbau, no sakit tekak, no nafas tersekat2 and no nafas pendek, no phlem, tp aku rasa, bahagian chest aku rasa mcm tak selesa ( bahagian paru-paru) and definitely bukan kat part jantung. . aku rasa bronkus kot, kan dulu kalau kita belajar bio ade , bronchioles, alveoli.
so berbalik kepada kes aku, dada rasa lain mcm ada bit tekanan sikit. but very mild n tak menyakitkan. but still, aku leh rasa it is different lah. kalau ade batuk pun, amatlah mild n jarang2 sgt dlm sehari.
agak2nya patutke aku jumpa doktor? apa yg aku alami ni ye? and apa yg patut aku describe kat doktor, untuk bantu thier diagnosis? ke itu mmg kesan sementara maybe sbb aku makan ubat selama 3 minggu tu?. fyi, aku dah 2 or 3 weeks dah asyik mnum air panas, and dah sebulan tak mandi waktu mlm walaupun, balik ofis lewat. |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by stonehead02 at 20-11-2006 02:58 PM
nak tanya gak, masa bulan puasa yg lepas aku batuk2 juga selama almost 3 weeks. condition aku, batuk2, especially bila aku bercakap (dah ler aku selalu kena wat presentation). batuk tak dalam, tap ... [/quot
Dah buat X-ray?
Aku pernah kena macam ni. At last baru aku tau aku ada masalah heartburn. Batuk tu sebenarnya punca daripada kerengsaan tekak akibat reflux acid. Pe pun elok jumpa pakar... |
|
|
|
|
|
|
|
ahli forum sume, sy dah pulih 100%. selepas check2 and check history, sy di suspek lelah. akibat alergic kpd sesuatu.
sbenarnya lelah ni bagi2 sapa yg pernah kena, mmg tak boleh hilang sepenuhnya especially yg ada kait mait dgn allergic.
jadi bila unsur allergic reach the alarm level, so aku pun kena batuk.
istilah yg aku dapat, lung discomfort.
padahal dulu masa budak2 dulu, aku mmg kena lelah(sgt kerap especially kalau cuaca sejuk) smapai nafas berbunyi. sejarah berbelas tahun lalu.
lepas tu aku pi berubat dgn seorg bomoh terkenal dipontian. dia punya terkenal, kita kena pi umah dia lepas subuh else, habislah que. terkenal juga sebagai bomoh patah tulang. aku dah lupalah nama dia. sbb masa tu aku umur 6 ke 7 tahun kot. , pastu dia pakai ubat dr unsur tulang kaki ayam ke apa . pastu dia dia baca apa tah berdoa n jampi kot.. ubat tu sgtlah pahitnya. so aku kata kat ayah aku tak tahan minum, so ayah aku pun bagi camput ubat tu dgn kopi . ( ni cam dah ala2 ali cafelah pulak)
pe2 pun, dgn izin Tuhan, sejak dr itu . aku bebas dr serangan lelah, sampai leh cergas n bersukan alik. dgn hanya sekali rawatan.
now, after years ia datang balik. cuma very mild lah, n aku pun diprescribe ubat pun untuk kanak2. itupun kalau unsur alergic aku menyerang atau hit the alarm.
doktor tu kata, ade org yg pakai hati unta. and pastu baik . tp doktor tu tak berani guarantee lahkan, sbb dia tak pernah kena lelah. and tu base on pengalaman patient dia. and takde kajian klinikal lagi yg dia jumpa.
apa2 pun, haisl pengalaman aku, sah, ade doktor yg genius, and ada doktor yg buat aku sakit hati. So doktor species mcm tu mmg of course le aku boikot and aku sebarkan kat sume kroni2 aku . sbb, aku kalau apa2 sakit, sebelum jumpa doktor, aku buat kajian dulu kat internet n tanya2 org. and aku juga study pasal ubat apa yg possible doktor bagi. so aku nak tgk la pengetahuan doktor ni kan. jadi dr situ kita boleh tahu mcm mana level doktor tu. Apa2 pun penting , untuk kita study dulu ttg penyakit kita sebelum jumpa doktor, sbb dr situ kita boleh tgh mcm mana cara dia buat hipotesis base on simptom kita, pastu narrow down benda2 tu, and cuba buat kesimpulan . pastu, apa ubat yg dia pilih. dan kena tahu, napa ubat tu yg dia pilih, and bukan ubat yg mcm kita baca kat internet. :D. malangla doktor2 yg jumpa aku yg species yg banyk songeh nih.
juga, kalau doktor tu berjaya jumpa punca sebenar sakit kita, cepat aje sakit kita sembuh. now, barulah aku tahu, cite House ni berguna n bagi kesedaran perubatan yg berguna. teringat aku ke kes dia rawat pompuan yg kena serang sangkenit tuh.
sekian adanya
[ Last edited by stonehead02 at 10-12-2006 01:02 AM ] |
|
|
|
|
|
|
alicezacute This user has been deleted
|
nak g london this week tp batuk
salam......
jumaat ni sepatutnya nak g london tp dah brape ari ni batuk.... risau saya. Camne ye nak buat especially nak 'clearkan kahak'...
Terima kasih |
|
|
|
|
|
|
alicezacute This user has been deleted
|
Originally posted by alicezacute at 18-12-2006 12:55 PM
salam......
jumaat ni sepatutnya nak g london tp dah brape ari ni batuk.... risau saya. Camne ye nak buat especially nak 'clearkan kahak'...
Terima kasih
x de ke org nak tolong jawab.... Dah jumpa doktor pun tp x de perubahan....... camne ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
makan ubat yg doc bagi, and then gi aje lah London tu.
minum lukewarm tea byk2. |
|
|
|
|
|
|
|
Anda mengidap batuk,batuk berkahak,batuk biasa,sakit tekak? jangan bimbang ,ubatnya boleh didapati di ruang dapur anda.Ambil sebiji limau nipis .perah dan campurkan dengan satu sudu makan kicap masin.kemudian minum. InsyaALLAH anda akan sembuh.petua ni diambil dari Arab Saudi.Orang Arab menggunakan petua ini untuk menyembuhkan batuk yang di sebabkan oleh cuaca yang terlampau panas dan terlampau sejuk.
Tapi ingat ! kalau batuk kering kena lah pegi hospital. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sayapghaib at 19-12-2006 01:27 PM
Anda mengidap batuk,batuk berkahak,batuk biasa,sakit tekak? jangan bimbang ,ubatnya boleh didapati di ruang dapur anda.Ambil sebiji limau nipis .perah dan campurkan dengan satu sudu makan kicap m ...
ni betul ke?suami saye die batuk teruk gak..terutamaye waktu mlm dlm kul 3 cmtu...sume jenis ubat batuk da try da..baik yg farmasi atau yg kat klinik...sian plak die...secara xlangsung tido saye ngan die terbantut...:ketuk: |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan aku bagi tahu cuba minum/hirup kuah masak ketam, yang eloknya ketam masak sup, tapi kalau kuah lomak cili api pun sodapz...Takpun try minum air kelapa hijau yang muda, baca la selawat ke doa yang kita tau, minum direct dari buah (jangan pakai straw). Aku dah cuba, Alhamdulillah berkesan provided batuk tu hanya disebabkan oleh penyakit dalam atau berkaitan paru-paru sahaja (kalau ada related dengan penyakit lain cam kanser ke apa ke, susah sket lah nak cakap). Cubalah |
|
|
|
|
|
|
|
herba pegaga bagus utk melegakan masalah batuk. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa batuk susah nak baik????
Kenapa penyakit batuk susah nak baik ???????????
siapa-siapa pakar-pakar perubatan dan yang tahu punca sebenar penyakit nie susah nak baik tolong bagi maklumat..........terima kasih.... |
|
|
|
|
|
|
|
ya saya pun nak tau jga apa penyebab batuk ni lambat btl nak sembuh...dah sembuh sekejap timbul balik la pula...![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
batuk ada banyAk sebab
1. URTI: paling common.
2. Asma: siiikiiiiiittt
3. Pneumonia: jarang2
4. heart failure: kadang2
5. lain2: sekali sekala
so, kalau korang kene batuk.. lepas ambil ubat batuk.. pastu tak baik2, boleh jadi ada secondary infection. sebab infection ni boleh disebabkan oleh beribu2 jenis virus yg berbeza2. so, nasib tak baik, lepas kene virus A, virus b pulak yg jangkit.
[ Last edited by drsalehuddin at 27-3-2007 05:40 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin juga disebabkan alahan/allergy..habuk2, asap rokok, pencemaran udara.
Postnasal drip dan sinusitis pun boleh menyebabkan batuk berpanjangan. Untuk ini kita ambil decongestant macam actifed.
Heartburn menyebabkan radangan pada kerongkong dan jadi batuk..ambil antacid dan tidur dgn bantal tinggi.
Cancer paru2...jika batok lebih 3 minggi rlok buat x ray
Bronchitis...elakkan sejuk dan pencemaran udara
Chronic obstructive pulmonary disease saperti emphysema...kena pemeriksaan rapi dihospital |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zerozone at 28-3-2007 08:29 AM
Mungkin juga disebabkan alahan/allergy..habuk2, asap rokok, pencemaran udara.
Postnasal drip dan sinusitis pun boleh menyebabkan batuk berpanjangan. Untuk ini kita ambil decongestant macam ac ...
yeah..batuk alahan leh jdk lama if kita tak treat...aku igt dulu aku sakit apa la..dry cough berbulan...mende baik biler amik antihistamine... |
|
|
|
|
|
|
|
thanx 4 ur info drsalehudin and zerozone..:tq: |
|
|
|
|
|
|
aypru This user has been deleted
|
sy dulu pun batuk susah nak baik bukan seminggu sampai 2-3 bulan sebab batuk terlalu kuat bawah perut belah tepi selalu sakit effect pd batuk tu so try minum immunol from gamat healin ahamdullilah habis sebotol terus baik.Cubalah |
|
|
|
|
|
|
|
klu ble nak elak sgt dari batuk ni..
x suka tul la...
klu rasa nak batuk skit jek eda akan amik ubt batuk, x pon gula2 woods..
pas tu pantang la air batu trus..
xde la dh batuk bru nak bertindak.. psl tau, klu batuk lame sgt nak baik |
|
|
|
|
|
|
|
doc..yg 100 daysnyer batuk mcm mana yer?batuk kokol ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by drsalehuddin at 27-3-2007 05:34 PM
batuk ada banyAk sebab
1. URTI: paling common.
2. Asma: siiikiiiiiittt
3. Pneumonia: jarang2
4. heart failure: kadang2
5. lain2: sekali sekala
so, kalau korang kene batuk.. lepas ambil ...
klau yang di sebabkan no.4 (heart failure) tu , adakah boleh terus mengambil ubat batuk. atau ada cara pencegahan yang lain.
sbb my father dah buat pembedahah jantung hampir 2 tahun yg lepas. tapi skrang ni selalu batuk yg teruk hampir 3 bulan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|