|
SITI @ MENTOR - Protege CT - KAT tempat ke-3
[Copy link]
|
|
apepun Kat mendahului carta sekarang.......;) |
|
|
|
|
|
|
|
INFO : KAT menang semalam.....
Peatusan dari JURI paling tinggi....dan peratusan dari SMS paling tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #63 ColbyRaikkonen's post
aku sampai skrg tak berpeluang tengok persembahan KAT...
asik terlepasss je... |
|
|
|
|
|
|
|
lela pun tak nengok semalam... maklum ler nengok ct kan... tp my informer dah bgtau Kat menang... congrate kat!!! malatoooooooooooopsss!!!:nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Jawab, jangan tak jawab: Kat Mentor tetap tabah tanpa Siti Nurhaliza di sisi
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
Tak berseri jika tidak diselangi dengan kontroversi
MENTOR musim kedua juga bermula dengan kontroversi. Penyingkiran dua finalis, Ayu Safina Sahidan (Fina) dan Nurnadia Russali yang juga protege penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza pada konsert Prolog mencetuskan ketidakpuasan hati.
Penyingkiran kedua-dua peserta itu, digantikan dengan Siti Khatijah Hassan atau Kat yang juga adik ipar kepada penyanyi rock terkenal, Amy Search turut mengheret peserta itu ke kancah kontroversi.
Sebagai bakat baru yang hendak memulakan langkah, Kat mengakui dugaan itu banyak memberi pengajaran kepada dirinya. Apatah lagi, di bahunya kini tergalas tanggungjawab besar untuk membuktikan pemilihannya bukan kerana dia adik ipar kepada penyanyi terkenal.
?aya perlu membuktikan saya ada bakat besar yang tidak akan menghampakan peminat dunia seni,? katanya, berterima kasih kepada TV3, warga kerja Mentor dan mereka yang memberi sokongan padu untuk dia meneruskan perjalanan.
Barangkali, permulaan langkahnya sudah menampakkan sinar apabila Ahad lalu, pada pusingan liga pertama kumpulan A, Kat menerima undian tertinggi menewaskan dua finalis lain iaitu Nieyl dan Eiya.
Apakah Kat mampu mara dan mengharungi gelombang Mentor 2 yang semakin membara, hanya masa menentukan. Hip berkongsi pengalaman Kat berdepan dengan detik getir itu.
Hip: Sebagai orang baru, bagaimana Kat berdepan dengan kontroversi itu?
Kat: Jujur saya akui, di permulaan itu saya agak tertekan. Banyak bebanan yang terpaksa saya galas, namun saya bertuah kerana dapat melalui pengalaman ini. Kesan kontroversi itu, saya belajar mengawal emosi. Belajar bagaimana hendak menangani masalah. Jangan terlalu menunjuk biarpun ketika itu hebat berperang dengan diri sendiri. Saya banyak bersabar dan alhamdulillah, semua halangan itu kini bertukar menjadi sesuatu yang manis buat saya.
Hip: Di peringkat awal, bagaimana keadaan Kat?
Kat: Saya cuma terfikir cara untuk menangani perkara ini. Saya tidak mahu orang luar memandang rendah kemampuan dan bakat yang saya ada. Paling dibimbangkan, penonton menyalahkan saya dan melihat pemilihan saya kerana TV3 mengamalkan pilih kasih. Ketika itu tekanan yang saya alami cukup hebat. Justeru saya perlu berhati-hati mengawal emosi. Malah untuk mengeluarkan kenyataan juga saya cukup berjaga-jaga kerana tidak mahu disalah anggap. Namun, inilah kenyataan program realiti dan mahu atau tidak, semua perlu menerimanya.
Hip: Keadaan Kat sekarang ini?
Kat: Alhamdulillah, selepas selesai semua kemelut itu dan TV3 juga sudah menjelaskan pendirian mereka, banyak pihak sudah mula menerima apa yang berlaku. Apa yang penting ketika ini, saya membuktikan bakat sebenar. Pemilihan saya adalah kerana bakat yang ada, bukan atas dasar lain. Saya hanya menyimpan apa yang positif dalam diri, cuba menolak komen negatif biarpun ada pihak yang seakan cuba meletakkan bebanan di atas bahu ini. Saya sendiri berterima kasih kepada TV3 kerana mereka banyak memberi semangat. Baru saya sedar tidak mudah rupanya untuk menapak dalam industri. Apa yang saya dapat lakukan hanya membuktikan bakat dan yakin pada diri sendiri.
Hip: Bagaimana reaksi kawan-kawan yang tidak terpilih?
Kat: Mereka ada menghubungi, bertanya khabar malah turut memberi semangat untuk saya meneruskan perjuangan. Alhamdulillah, walaupun tidak terpilih sebagai protege Siti, Fina dan Nadia tidak menaruh dendam. Saya tahu mereka bersedih, malah jika berada di tempat mereka saya juga akan merasai yang sama. Tetapi, inilah kenyataan program realiti. Dalam kehidupan juga, kita akan tetap melalui saat gembira serta duka. Mungkin pahit untuk diterima namun ia bukan pengakhir sebuah perjuangan.
Hip: Tidak rasa bersalah kepada mereka berdua?
Kat: Mula-mula itu ada. Tidak tahu macam mana untuk berdepan dengan mereka. Semua finalis menaruh harapan tinggi dan saya memahami kekecewaan mereka. Namun, apabila bersemuka dan bertukar-tukar pandangan alhamdulillah mereka dapat menerimanya. Mereka turut mendorong untuk membuktikan pemilihan saya bukan sesuatu yang sia-sia. Saya membawa semangat mereka dalam Mentor.
Hip: Tidakkah itu memberi tekanan kerana harapan yang tinggi diletakkan di atas bahu Kat?
Kat: Saya cuba melakukan sebaik yang mungkin untuk tidak menghampakan kepercayaan ini. Sekarang banyak mata yang melihat, menilai sejauh mana saya mampu melangkah. Keadaan ini memberi sedikit tekanan. Saya percaya tekanan memberi kebaikan apatah lagi ketika saya cuba memulakan langkah dalam bidang seni. Alhamdulillah, ia mula menampakkan hasil apabila saya menerima undian memberangsangkan pada liga pertama, Ahad lalu.
Hip: Beralih mentor daripada Amy (Search) kepada Siti Nurhaliza, apa pandangan Kat?
Kat: Bagi saya ini adalah lumrah dan apa yang perlu ketika ini ialah meneruskan perjuangan. Saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi biarpun pada permulaan saya juga dihambat rasa kecewa kerana tidak terpilih ke final. Syukur kerana walaupun bertukar mentor, saya masih diberi peluang meneruskan perjuangan dalam program ini. Pemilihan yang membuat saya rasa terlalu bertuah kerana diberi peluang kedua.
Hip: Siti terlalu sibuk, termasuk membuat persiapan perkahwinannya bagaimana dengan tugasan membimbing Kat?
Kat: Kak Siti tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Walaupun dia sibuk, termasuk membuat persiapan untuk hari bersejarahnya yang akan tiba tidak lama lagi, dia sentiasa menghubungi saya. Dari segi latihan rasanya tiada masalah. Jika Kak Siti sibuk, abang Azmeer akan mengambil alih tugasan itu. Jadi tidak timbul soal terbiar. Apabila tidak sibuk, kami akan bersama dan menjayakan latihan bersama.
Hip: Dari segi tunjuk ajar?
Kat: Siti berpesan supaya saya berusaha keras memperkuatkan mutu vokal. Itu kelemahan saya. Malah, perkara yang sama juga ditekankan Azmeer. Dari segi persembahan, mereka tidak terlalu bimbang kerana percaya kepada kemampuan saya. Melihat bakat protege lain, saya jadi risau. Saya tidak mahu menghampakan pihak yang memberi kepercayaan ini.
Hip: Masih meminta pandangan Amy?
Kat: Ada juga dia memberi tunjuk ajar. Kami banyak berbincang, ada kalanya mengenai pemilihan lagu, cara berpakaian dan penampilan di pentas. Dengan pengalaman yang ada, sedikit sebanyak dapat membantu saya memperbaiki kemunculan di pentas. Dengannya saya tidak segan, maklum dia abang ipar saya. Tetapi saya tidak mahu mengambil kesempatan. Dia punya protege untuk dilatih, jadi saya perlu faham dengan kesibukannya. Namun tidak salah jika saya bertanya apa yang patut untuk meningkatkan mutu persembahan. Tanggungjawab saya besar dan itu cukup merisaukan. |
|
|
|
|
|
|
|
so much ! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ColbyRaikkonen at 2-8-2006 03:32 PM
Kat: Kak Siti tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya.
em... Kat ngaku ct tak abaikan t/jwb dia kan... Bgus ler tu apepun usaha diri sendiri adalah penting...Kat pun mcm ada arapan nak menang kategori A... moga² Kat ada luck utk berjaya sprti ct suatu ari nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa protege hazami saingan sengit KAT..apapun x kisah mana2 pun |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lela_manje at 2-8-2006 05:02 PM
em... Kat ngaku ct tak abaikan t/jwb dia kan... Bgus ler tu apepun usaha diri sendiri adalah penting...Kat pun mcm ada arapan nak menang kategori A... moga² Kat ada luck utk berjaya sprti ...
eleh....dah kena suap ngan ct mesti laa kata ct baik...:pmuka: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by JAY-Z at 2-8-2006 09:04 PM
aku rasa protege hazami saingan sengit KAT..apapun x kisah mana2 pun
bg lela protege amy kot saingan sengit Kat...apapun x kisah mana² pun........:nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by JAY-Z at 2-8-2006 09:05 PM
eleh....dah kena suap ngan ct mesti laa kata ct baik...:pmuka:
ye ker jayz...je nampak ker??? setia btui ler jayzz ni... semua tau........:geram::nerd::nerd:
p/s : jayzz..... setia ku korbankan.... hanya kerna tuk K....kekekekekeke:nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
CAT suara x tinggi dan x mantap...tp husky dan bertenaga. Aku rasa potege Hazami powerkot..ari tu dia nyanyi lagu Nora Hanya Satu kan...power tu... |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 Datuk Siti & Kat masuk Final... |
|
|
|
|
|
|
|
apa yang berlaku tadi ?? aku tak tengok...uwaaaaa :cry: |
|
|
|
|
|
|
|
Siti Nurhaliza muncul di Jalan Masjid India
Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH
KEMUNCULAN Siti Nurhaliza di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur Jumaat lalu mengejutkan ramai pengunjung.
BAYANGKAN kawasan membeli belah popular, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur yang sinonim dengan kesesakan dikunjungi penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza.
Barangkali suasananya pasti kecoh dan mengejutkan pengunjung yang lalu lalang di situ.
Tengah hari Jumaat lalu, Siti Nurhaliza betul-betul muncul di Jalan Masjid India walaupun lewat dua jam dari waktu yang ditetapkan. Tiba dengan kereta mewah pacuan empat roda, Siti jelas tidak mempedulikan statusnya sebagai penyanyi paling popular yang sudah bergelar Datuk.
Nampak sahaja kelibat Siti, orang ramai mula berbisik sesama sendiri. Setelah pasti itu adalah penyanyi kesayangan tanah air, pengunjung mula mengerumuni Siti Nurhaliza.
Terkenal dengan sifat mesranya, Siti melayan peminatnya yang ingin bergambar kenangan dan bersalaman. Keadaan sedikit tidak terkawal apabila keadaan tolak menolak mula berlaku kerana ada yang ingin melihat penyanyi tersebut secara dekat.
Ironinya Siti membuktikan bakat nyanyian lebih dihargai oleh peminat walaupun perkahwinan gemilangnya menjadi percakapan ramai.
Malah Siti kekal dengan sifat pemalunya. Kata Siti sebelum memulakan bicara: 揟ak payahlah panggil Datuk, panggil Siti saja. Lebih mesra. |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknye CT kat mentor smlm..
tak nampak gemuk pun..
comel jer...
sore pun cam bese |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eddysheddy at 13-11-2006 11:48 AM
cantiknye CT kat mentor smlm..
tak nampak gemuk pun..
comel jer...
sore pun cam bese
ye ke eddy.....
tah tah.....ko x pakai cntact lense kot |
|
|
|
|
|
|
|
dia nyanyi lagu tiru macam saya....best la ...:love: ADA YG REKOD?? kasi ler nak donlot |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by JAY-Z at 13-11-2006 09:00 AM
Siti Nurhaliza muncul di Jalan Masjid India
Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH
KEMUNCULAN Siti Nurhaliza di Jalan ...
aiseeey napela lunch arituh...tak gi masjid india...:geram: |
|
|
|
|
|
|
| |
|