CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aristana

[MERGED] RESDUNG/SINUSITIS

[Copy link]
Post time 4-2-2005 02:35 PM | Show all posts
kena amalkan pemakanan yg elok la..kurangkan mkn telur..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2005 03:50 PM | Show all posts
Originally posted by palong at 4-2-2005 09:01 AM:


baru 2 minggu lepas Utusan kata resdung ialah sinusitis.. yg allergy tu rhynitis...


rhinitis tu maksud dia hidung berair saja.
ade viral rhinitis ade allergic rhynitis
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2005 03:16 PM | Show all posts

Resdung

Hi All,

ni nak tanya skeet laa..apa punca resdung ni sebenarnya erkk?? mcmana nak hilangkan dia?? ada tak sesape yg tau tempat yg ada rawatan tuk resdung ni??

:tq::tq::tq::tq::tq:
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2005 09:49 PM | Show all posts
kalau dak silap, dalam bahasa perubatan takde istilah resdung nih.
tapi, menurut pengalaman dan pemahaman saya, istilah ni merujuk kepada simptoms sinusitis/allergic rhinitis.

further explaination, maybe senior drs kat sini leh explain.
haku dak qualified lagi :p
Reply

Use magic Report

cyberdroid This user has been deleted
Post time 17-7-2005 10:50 PM | Show all posts
Originally posted by cik^mala at 14-7-2005 03:16 PM:
Hi All,

ni nak tanya skeet laa..apa punca resdung ni sebenarnya erkk?? mcmana nak hilangkan dia?? ada tak sesape yg tau tempat yg ada rawatan tuk resdung ni??

:tq::tq::tq::tq::tq:


RESDUNG ialah sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus. Sinus ialah rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara dan permukaannya diseliputi mukosa (kulit yang mengeluarkan mukus atau hingus).

Mukosa mengeluarkan hingus dalam keadaan biasa (fisiologikal) dan hingus ini mengalir keluar dari sinus melalui lubang kecil dinamakan 憃stium
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2005 03:05 PM | Show all posts
Originally posted by cyberdroid at 17-7-2005 10:50 PM:


RESDUNG ialah sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus. Sinus ialah rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara dan permukaannya diseliputi mukosa (kulit yang m ...


wahhh panjang lebarnya ur explanation..:tq:..bgtau laa apa kelebihan produk tu kat sini...mesti semua orang nak tau..tul tak??

selain dari mkn produk tu, ada tak tempat2 yg buat treatment tuk resdung ni???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2005 02:40 PM | Show all posts
emmm i ader resdung gak, tapi patternnyer alergic keterlaluan kat habuk, pantang kena habuh seharila besin. lately ni teruk sangat almost everyday..... waaaa...ni nak tanya ubat u ni boleh tulun ker? tq
Reply

Use magic Report

cyberdroid This user has been deleted
Post time 20-7-2005 10:01 PM | Show all posts
hai semua...
ok actually,kawan saya yang mula mengesyorkan pakej ni pun dulu resdung jugak. Memang keadaan resdung dia agak teruk,muka dah nampak cam bengkak sebab dah naik jerawat yang ada nanah tu. Sampai orang umah dia cakap kat saya, lama tak cium pipi husband dia.. paham2 lah kan.....

Resdung ni, apa yang i risik2 dari doktor dan yang tau pasal ni,kebanyakan nya berpunya dari sistem pertahanan kita. Bila badan kita kurang ketahananan, so tak semestinya penyakit resdung jer, macam penyakit boleh dapat. Badan kita( Usus,Buah Pinggang, Paru-Paru, Kulit & Hati ) sebenarnya dijadikan tuhan boleh bertindak untuk membersihkan segala toksin dan bahan kumuh yang terhasil dari dalam badan kita sendiri atau dari makanan kita atau sebagainya. Jika sisa buangan ini tidak dikeluarkan daripada badan kita,ianya berkumpul dan menghalang sel daripada mendapat nutrien yang diperlukan. Kita kena sedar,setiap manusia berpontensi mempunyai sel tumor,dan dari sel tumor ini boleh terbentuknya sel kanser. Dan makanan kepada sel kanser ni tadi ialah toksin yang berkumpul dan tidak dapat dikeluarkan daripada badan kita tadi. So sesapa yang ada masalah buang air besar, saya sarankan supaya ambil ORGANIK CNI...lawaskan buang besar...
So tak salah kalau kita menjaga kesihatan dari awal,jgnlah kita menunggu tiba sakit jer baru teringat ubat atau makanan kesihatan....mencegahkan lebih baik daripada menubati...kan..kan......

Ok kat bawah ni saya terangkan apa yang terkandung dalam Pakej GHO CNI...

[ Last edited by cyberdroid on 23-7-2005 at 10:55 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


cyberdroid This user has been deleted
Post time 20-7-2005 10:12 PM | Show all posts

GHO - Permulaan Hidup Yang Lebih Baik

Toksin didalam usus, walaupun dalam kuantiti kecil, boleh meyebabkan keracunan darah akibat ketoksikan usus. Pendedahan berterusan sel badan kepada toksin boleh menyebabkan sel mengalami perubahan dan akhirnya membentuk penyakit berbahaya.
Pakej GHO dari CNI adalah cara terbaik untuk anda menjalani program kesihatan kendiri. Konsep naturopatinya yang holistic terdiri daripada tiga langkah asas iaitu membersih, memulihara dan membina. GHO disokong oleh CNI Organik, Life Enzyme dan Lypophilized Royal Jelly, bagi memastikan anda dapat menikmati kehidupan yang lebih baik!


Pemeriksaan Kesihatan 5 Minit
Anda perlukan GHO? Luangkan 5 minit untuk memastikannya.
1. Anda sukar tidur atau rasa lettih apabila terjaga?
2. Air Kencing anda berbau kuat?
3. Anda rasa sakit otot atau sendi?
4. Anda rasa sakit/tidak selesa di bahagian bawah rusuk kanan?
5. Anda buang air besar kurang dari sekali sehari?
6. Anda mempunyai masalah tabiat makanan?
7. Anda mengalami eczema, kulit kering, akne atau ruam kulit?
8. Anda mengalami gangguan penghadaman seperti kembung, angin atau ketidakhadaman selepas makan?
9. Anda ada masalah menumpukan perhatian/lemah daya berfikir?
10. Anda mempunyai kesan gelap di bawah mata?
11. Anda ada masalah bau badan?
12. Anda ada masalah nafas berbau, lidah berselaput atau rasa pahit atau rasa logam dalam mulut
13. Anda mengalami masalah alahan?
14. Anda ada masalah hidung berair, hidung tersumbat atau resdung?
15. Anda mengalami selsema lebih sekali atau dua kali setahun?
16. Anda mudah bertambah berat badan?
17. Anda rasa penat, lesu atau lemah?
18. Anda rasa tidak sesihat rakan sebaya anda?
19. Anda mengalami tekanan atau perubahan mood mendadak?
20. Anda rasa resah atau stress?
21. Kuku anda tidak sihat atau mudah pecah?
22. Anda sensitif kepada bau-bauan, makanan atau bahan kimia?


Anda sihat sekiranya tidak mengalami tanda-tanda di atas. Sebaliknya, Pakej GHO memberi peluang kepada anda untuk menikmati kehidupan yang lebih sihat dan baik.
Reply

Use magic Report

cyberdroid This user has been deleted
Post time 20-7-2005 10:55 PM | Show all posts
CNI ORGANIK vegetable powder


Tujuan : MEMBERSIH

- Dibuat lebih daripada 70% serat berasal drpd serat biji benih;sumber serat terbaik; Bijirin,hijauan,buah- buahan,prebiotik,Enzim dan madu.
- mendapat pengiktirafan antarabangsa, Jaminan Kualiti dari pakar.
- Singkirkan toksin dlm tubuh badan & bersih sistem penghadaman.
- Bekalkan nutrien makanan Organik bertaraf 5 bintang;badan mudah menyerap nutrien dr organik,bebas racun & pencemaran.
- tiada lemak
- nilai tenaga hanya 30 kalori sahaja, oleh itu tidak akan menyebabkan pertambahan berat badan.
- fiber yang tinggi membantu pergerakan usus & menjadikan sistem penghadaman berfungsi dengan baik.
- PEMULIHAN SEMULAJADI / NATUROPATI - pulihkan daya ketahanan semulajadi tubuh & mencapai kesan rawatan tanpa ubat-ubatan.
- stabilkan gula darah - cegah tekanan darah tinggi & serangan sakit jantung, cegah kanser kolon.



CNI Life Enzyme



Tujuan : MENYELARAS

Semua benda hidup memerlukan enzim utk melaksanakan fenomena kehidupan.

- 3 ciri keistimewaan CNI Life Enzyme - 1. Keaktifan Tinggi 2. Stabil 3. Selamat Dimakan
- Faedah : 1. mengawalatur persekitaran dalaman tubuh badan
- mengalkalikan darah
- singkirkan toksin badan
- pelihara keseimbangan bakteria dlm usus
- sihatkan sel-sel
- tingkatkan daya ketahanan

2. Mengurai
- bantu pencernaan
- pulihkan fungsi badan
- bantu pencernaan & tingkatkan penyerapan

3. Bina sel-sel baru
- rangsangkan metbolisme
- menggalakan pertumbuhan sel2 rosak
- tingkat stamina
- lambatkan proses penuaan / awet muda

4. Bersihkan darah
- singkirkan lemak, asid urik dsb
- lancarkan peredaran darah
- uraikan kolesterol dlm darah berasid
- kekalkan paras alkali yg rendah
- uraikan virus yg menyebabkan radang


CNI Lyophilized Royal Jelly

" Dan Tuhan mu mewahyukan kepada lebah; buatlah sarang2 dibukit2, dipohon2 kayu, & di tempat2 yang dibuat manusia "

" Kemudian makanlah dari tiap(macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia "

dari Surah An-Nahl ( Lebah ) ayat 68 & 69
.


Apakah Kebaikan Mengamalkan CNI Royal Jelly ?

PROTEIN

1. Mengandungi 21 asid amino yang mana apa perlu kepada tubuh badan untuk pembinaan sel
2. Kolagen - yang mana bertujuan untuk mengekalkan keanjalan tisu dan kecantikan kulit
3. Gamma globulin - membantu menentang penyakit
4. Enzim komplek memangkinkan tindakbalas fungsi badan
5. Asetilklolin - menguatkan hati dan pundi hempedu


KARBOHIDRAT

Gula ringkas semulajadi yang mudah ditukarkan kepada tenaga yang amat diperlukan oleh tubuh manusia

LEMAK

10 - HDA
- yang mana sejenis asid lemak yang perlu bagi membantu merencatkan pertumbuhan sel tumor ( barah )

VITAMIN

Mengandungi vitamin A, B Kompleks,C , D, E

MINERAL

11 jenis mineral termasuk calsium,potasium,magnesium, zat besi dll

UNSUR R, 3 %

Yang mana mengakaitkan unsur ini dengan kesuburan

BAHAN HORMON

- Terdapat pelbagai jenis hormon termasuk hormon sex
- Parotines - sejenis yang melambatkan proses penuaan
- Insulin - hormon yang amat berfaedah dan membantu kepada pengidap kencing manis


KELEBIHAN ROYAL JELLY CNI

- CNI mempunyai ladang ternakan nya sendiri di lembah Hua Dong di China
- Lokasi ini dipilih kerana ia adalah kawasan pengeluar susu lebah  paling unggul di China
- Susu lebah ini jugak yang terbaik dan berkualiti kerana sumber makanan lebah dari Japanese Pagoda, Peach Blossom dan pohon Chinese date yang mana ia mendapat pengiktirafan penternak2 lebah bahawa makanan in yang terbaik untuk lebah.
- bebas pengawet,pewarna dan perisa.
- khasiat ,kesegaran dan ketulenan dapat dikekalkan kerana pemprosessannya menggunakan kaedah pengeringan sejukbeku
.
Reply

Use magic Report

cyberdroid This user has been deleted
Post time 20-7-2005 11:01 PM | Show all posts
Kelebihan yang saya dapati dlm pakej GHO dan produk2 lain dlm CNI ialah ia mendapat kelulusan daripada Kementerian kesihatan, ada sijil ISO, kilang yang ada kat Shah Alam tu ada sijil GMP (pengiktirafan untuk worldwide)

Untuk produk2 kesihatan dan kecantikan diinsuran sehingga RM 1 juta ,untuk menjaga pengguna. Dan produk nya ada pengiktirafan Halal. Kalau ada apa nak tanya,just pm saya......
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2005 12:47 AM | Show all posts
Originally posted by cyberdroid at 20-7-2005 10:01 PM:
hai semua...
ok actually,kawan saya yang mula mengesyorkan pakej ni pun dulu resdung jugak. Memang keadaan resdung dia agak teruk,muka dah nampak cam bengkak sebab dah naik jerawat yang ada n ...



hurm..setiap manusia ada sel kanser? well, can u justify this abit?
Reply

Use magic Report

cyberdroid This user has been deleted
Post time 21-7-2005 01:08 AM | Show all posts
Originally posted by drBaBy at 21-7-2005 12:47 AM:



hurm..setiap manusia ada sel kanser? well, can u justify this abit?


Kanser

Kanser merupakan kumpulan penyakit yang terdiri dari 210 jenis penyakit.  Kanser adalah antara 10 penyebab kematian.  Kanser boleh di rawat tetapi tidak boleh di sembuhkan.

Apa itu kanser?

Badan kita di bina daripada jutaan unit yang di panggil sel.  Sel-sel ini adalah unit asas kehidupan.  Sel-sel sama jenis bergabung membentuk tisu dan seterusnya organ seperti jantung, hati, otak, paru-paru dan sebagainya.  Kanser adalah penyakit yang berkaitan dengan sel.  Secara normal sel akan mati akibat peningkatan umur dan mengalami kecederaan.  Tubuh badan kita akan menggantikan sel-sel ini dengan jumlah dan jenis sel yang betul.  Kadang-kala sel-sel ini akan terus berkembang dan bertambah tanpa henti.  Sel yang tidak normal ini dinamakan tumor.  Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel.  Tumor ini  mungkin adalah kanser.  Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.

Terdapat berbagai-bagi jenis kanser.  Penyakit ini sering menyerang organ-organ seperti paru-paru, otak, payu dara, serviks dan lain-lain.  Tiga jenis kanser yang paling utama di Malaysia adalah kanser paru-paru, kanser payudara dan kanser serviks.  Kanser payudara dan kanser serviks hanya menyerang golongan wanita.

Penyakit-penyakit kanser hanya boleh di beri ubat untuk mengurangkan kesakitan kerana penyakit kanser di katakan tidak boleh diubati atau dipulihkan jika ia dikesan terlalu lambat.  Pemulihan pula hanya boleh di lakukan jika kanser tersebut dikesan pada peringkat awal.

Kebanyakkan penyakit kanser hanya menyedarinya pada peringkat akhir dan ia adalah sudah terlambat.  Rawatan radiotrrafi dan kemoterafi akan membunuh bukan sahaja sel kanser, tetapi kesemua sel hanya akan menyebabkan sel kurang aktif untuk berapa seketika sahaja.

Walaubagaimanapun, terdapat alternatif kepada perubatan moden yang dikenali sebagai perubatan komplimentari yang dikatakan dapat memulihkan penyakit.

[ Last edited by cyberdroid on 21-7-2005 at 01:20 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2005 02:09 AM | Show all posts
ada fakta silap.
kanser payudara leh serang lelaki, bukan hanya wanita. tapi the incidence mmg wayyy high in wanita.


and can u give any justification about complimentary medicine yang boleh sembuhkan cancer?
any evidence? any clinical trial? any studies?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2005 02:12 AM | Show all posts
oh ya, apa yang buatkan sumer org ada sel kanser?
u havent answer my quest.
and what evidence sumer org ada sel kanser?
Reply

Use magic Report

cyberdroid This user has been deleted
Post time 21-7-2005 02:45 AM | Show all posts
Originally posted by drBaBy at 21-7-2005 02:09 AM:
ada fakta silap.
kanser payudara leh serang lelaki, bukan hanya wanita. tapi the incidence mmg wayyy high in wanita.


and can u give any justification about complimentary medicine yang boleh s ...


Thanks atas pembetulan tu, ya memang betul, kanser payudara jugak boleh ada pada lelaki. Ok, sebanarnya terdapat byk ubatan @ makanan kesihatan yang terdapat dlm pasaran sekarang yang dapat membantutkan sel2 kanser ni. Cuma kita perlu lah memilih yang sesuai dan terbaik. Makanan Kesihatan berasas Organik ni seperti yg ada dlm pakej GHO ni dah lama terbukti dan berkesan untuk mencegah & merawat pelbagai penyakit,disamping membantu mengekalkan kesihatan yang optima. Cuma dinegara kita agak baru dengan produk Organik. Term Organik ni bukan sebarangan jer kita nak letak pada sesuatu produk,mesti dapat kelulusan dulu. Salah satu tempat yang terkenal dengan pengeluaran tanaman dan produk2 Organik ialah dari Montana. Disini badan2 dunia telah mengiktiraf mengenai status organik yang dikeluarkan disini ( dipantau oleh jabatan pertanian US ) dan juga mendapat kelulusan USDA, serta berada dlm Akta Pengeluaran Makanan Organik 1990
CNI Organik juga di ambil dari ladang di Montana.

Produk CNI Organik jugak mendapat kelulusan dr Kementerian Kesihatan. Uni Putra Malaysia juga membuat analisis saintifik CNI life enzime,disamping dr unit2 penganalisa antarabangsa yg lain seperti di The Hong Kong Standards and Testing Centre Ltd, United States Department of Agriculture food safty and inspection Service dan byk lagi......

Cuba kita lihat org dulu2...yg bercucuk tanam, menggunakan baja dr najis haiwan, tanpa guna racun....lihat keadaan kesihatan mereka. Itu contoh yang ada dinegara kita.

kalau nak tau lebih lanjut tentang makanan kesihatan Organik, cuba rujuk :

-Guide to Diet & Detoxification, oleh Dr Bernard Jensen

-The Nourishing Conversion : The Organic Conversion Information Sheme in Wales, 1996-2001, oleh David Frost, ADAS Pwllpeiran, Cwmstwth,Wales.

-What motivate consumers to buy organic food in the UK? Result from a qualitative study, oleh Aikaterini Makatouni, Dept. of Agricultural and Food Economics, Uni of Reading,UK.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2005 03:35 PM | Show all posts

sinusitis,selesema(allergy?)

haku nak tanya skit,aper home treatment yg leh dibuat utk merawat sinusitis@resdung tuh?yg haku tau kalo bab makanan tuh mcm udang tuh kena pantang ler.lagik satu laki aku ni pun slalu gak le selsema.aku pun tak tau le sm ader selsema sb kena virus ataupun tersedut habuk ke haper.baru nih lak kena lak bengkak tonsil..dah le idung dah sumbat...ubat doktkor jgn ckp le...memcm ler...skang aku nak tau aper yg boleh dibuat selain mengharap ubatab tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2005 05:44 PM | Show all posts
hmm.. dulu
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2005 06:32 PM | Show all posts
honeybee, saya ada PM awak.
Reply

Use magic Report

riyad71 This user has been deleted
Post time 20-8-2005 10:51 PM | Show all posts
just take some anti histamine............and drink a lot of H2O
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.089509 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list