|
JAC @ IKON MALAYSIA - [vids jac@pentas icon inside]
[Copy link]
|
|
aku merajuk NI!!
|
|
|
|
|
|
|
|
:pompom::pompom: yeah sgt gumbira ngan peformance jac smlmmmm... |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah jac, seperti biasa vokal ko mmebuatkan tlinga aku bedesing...tanda kemantapzan pesembahn ko |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru nak donlot.....
skarang dah ade hp...leh la vote jac..:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
btw CTA sudah pun direleasekan sebagai single baru..sekarang berada dalam carta baru ERA.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lawa tak?
:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #68 azmee's post
: waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa seronoknyeeeeeeeeeeeeeeeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #69 Rhyno's post
Lawa!~:clap:
Jedi, kumpulkan la banner2 jac kat ikon ni kat page first.... barula meriah sket thread ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #61 Revolution's post
errr.. sape dlm avatar ko tu??
:stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #75 shanew3stgalz's post
semehah bte omar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pencarian IKON Malaysia masih samar...
25-06-2007 01:42:45 PM
oleh WAHIDA ASRANI
Setelah menyaksikan sembilan kumpulan berentap pada Pentas Ikon Malaysia bagi kategori berkumpulan, Jumaat lalu berlangsung pula kategori solo di mana ia melibatkan penyertaan sepuluh penyanyi terkenal tanahair.
Disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), sepuluh artis terbabit iaitu Adam, Farah, Mawi, Daniel Lee, Dayang Nurfaizah, Dina, Ezlynn, Jaclyn Victor, Reshmonu dan Shanon Shah telah memperlihatkan kehebatan masing-masing di mana persembahan mereka telah diadili oleh tiga panel juri iaitu komposer terkenal Ramli MS, Jenny Chin dan Mac Chew sebanyak 70 peratus, manakala 30 peratus lagi akan ditentukan menerusi undian SMS.
Vokal yang 'biasa-biasa' saja daripada Adam tetapi jejaka ini bijak menggunakan kekuatan gerak tarinya untuk menjadikan persembahannya pada malam itu menghiburkan! (Foto The Star oleh Ricky Lai)
Secara peribadi, setelah melihat keseluruhan persembahan malam itu, masih sukar sebenarnya untuk menentukan siapakah yang layak dinobatkan sebagai IKON Malaysia, satu gelaran yang bukan calang-calang individu boleh mengisinya.
Tirai dibuka dengan persembahan oleh Adam yang membawakan lagu dari album terbarunya, Hi. Persembahan pembukaan yang menarik ditambah pula dengan showmanship Adam yang nyata bertenaga.
Melihat Adam sekarang jika ingin dibandingkan dengan kemunculan pertamanya dulu sebaik keluar daripada Akademi Fantasia 2, memang tidak dinafikan prestasi Adam telah jauh meningkat.
Vokal yang 'biasa-biasa' saja daripada Adam tetapi jejaka ini bijak menggunakan kekuatan gerak tarinya untuk menjadikan persembahannya pada malam itu menghiburkan!
Kemunculan Dayang Nurfaizah yang mendendangkan lagu barunya Hilang juga tidak menghampakan. Umum sudah sedia maklum dengan kekuatan Dayang yang terletak pada vokalnya, tetapi secara keseluruhan persembahan Dayang tidaklah begitu outstanding.
Shanon satu-satunya artis yang menampilkan kelainan dengan bermain piano, tetapi sayang sekali persembahan vokalnya kurang menyerlah (Foto The Star oleh Ricky Lai)
Jika hanya vokal menjadi ukuran untuk melayakkan artis itu bergelar IKON Malaysia, Dayang memang menepati kriteria tersebut. Tetapi jika keseluruhan pakej persembahan turut diambil kira, peluang Dayang mungkin tidak begitu besar.
Persembahan seterusnya oleh penyanyi baru Shanon Shah memang ada kelainan. Dialah satu-satunya artis yang tampil dengan bermain piano menerusi lagu Masih Aku Terasa.
Tetapi, sayang sekali persembahan vokal Shanon pada malam itu kurang menyerlah. Begitu juga dengan Ezlynn yang membawakan dua buah lagu secara medley iaitu Jikalau Aku dan Selagi.
Sukar untuk mencari kekuatan sebenar Ezlynn. Persembahan yang agak biasa daripada penyanyi ini, malah vokal Ezlynn juga tidak 'menyengat'.
Membawakan lagu Cinta Tiada Akhirnya, Jac diakui memang benar-benar 'power'! (Foto The Star oleh Ricky Lai)
Reshmonu mengambil alih pentas dengan rentak 'fusion'nya menerusi lagu Its You That Matters. Satu persembahan yang boleh dianggap menghiburkan daripada penyanyi ini dan vokal Resh juga tidak mengecewakan.
Seorang lagi bintang AF, Farah pula muncul dengan lagu Kau Yang Bernama Cinta. Seperti mana Dayang, Farah juga dilihat mempunyai mutu vokal yang baik. Tetapi, 'pesona'nya mungkin tidak sehebat Jac yang membuat persembahan selepas itu.
Tidak salah dikatakan, hanya Jac yang dilihat mampu menggalas gelaran IKON Malaysia. Dengan kelantangan vokal, ditambah pula Jac yang mempunyai attitude tersendiri ketika di pentas, juara Malaysian Idol musim pertama ini berjaya 'menggegarkan' dewan pada malam itu.
Membawakan lagu Cinta Tiada Akhirnya, Jac diakui memang benar-benar power!
Jauh berbeza dengan persembahan berikutnya daripada juara Malaysian Idol musim kedua, Daniel yang dilihat agak hambar! Menyanyikan satu-satunya lagu yang telah mempopularkan dirinya, Mimpi, persembahan Daniel nyata tidak begitu memberangsangkan.
Kemunculan Dina dengan lagu medley Setia Cintaku dan Cinta Datang Lagi pula tidak menghampakan. Tidak dinafikan Dina mempunyai vokal yang cukup baik.
Walaupun kurang sihat, Mawi tetap dilihat bersungguh-sungguh untuk memberikan satu persembahan yang menghiburkan (Foto The Star oleh Ricky Lai)
persembahan keseluruhan penyanyi ini memang tidak mengecewakan.
Pentas IKON Malaysia bagi kategori solo itu diakhiri dengan persembahan penyanyi sensasi Mawi menerusi lagu Angan Dan Sedar.
Dari segi vokal, persembahan Mawi memang agak mengecewakan, tetapi Mawi yang mengaku kurang sihat pada malam itu tetap dilihat bersungguh-sungguh untuk memberikan satu persembahan yang menghiburkan.
Bak kata Mawi: "Saya perlu buat semua ini kerana peminat, walaupun tidak sihat." Mungkin 30 peratus undian SMS akan menjadi milik penyanyi ini, namun daripada juri tetap, sukar untuk diramalkan.
Pengumuman khas siapa yang bakal mara ke peringkat separuh akhir akan dibuat pada 27 Jun ini di Planet Hollywood dan keputusan itu juga akan disiarkan di segmen Buzz IKON Malaysia di saluran Astro RIA yang dihoskan oleh Dynaz.
Selepas melalui peringkat saringan tersebut, lima artis dari setiap kategori yang mendapat pungutan markah tertinggi akan mara ke peringkat separuh akhir pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Hanya tiga artis solo dan tiga berkumpulan yang terus mendapat markah tertinggi pada peringkat separuh akhir 4 Julai nanti menerusi format penjurian itu akan ke peringkat akhir pada 28 Julai dan sekaligus berpeluang untuk bergelar juara IKON Malaysia.
IKON Asean pula akan diadakan pada 12 Ogos depan yang akan menyaksikan IKON Malaysia berentap dengan juara IKON Indonesia dan Filipina.
Peringkat akhir IKON Malaysia dan IKON Asean bagaimanapun akan dinilai sepenuhnya oleh juri tetap. |
|
|
|
|
|
|
|
review yg bagus untuk jac...gooooo jacccccccccccccc |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 25-6-2007 02:53 PM
Pencarian IKON Malaysia masih samar...
25-06-2007 01:42:45 PM
oleh WAHIDA ASRANI
Setelah menyaksikan sembilan kumpulan berentap pada Pentas Ikon Malaysia bagi kategori berkumpulan, Juma ...
aku rase tajuk artikel berita ni salah la... ape yg masih samar nya? dah sah2 la jac yg layak... :setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #79 fairytale's post
tgk la ayat die..berterabur sgt |
|
|
|
|
|
|
| |
|