|
Originally posted by ally123 at 16-10-2006 05:50 PM
belum cukup yakin....anyway teruskan kempen dino....kena kuatkan kempen lagi
promote kat geng lelain.......percayalah w/pun sarungku pepel tp kite ikhlas nie....hikhik |
|
|
|
|
|
|
|
TAK TUTUP LAGI KER
MOD TUTUP JER THREAD BADUT NI :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dino at 16-10-2006 05:32 PM
Misi PAM
1. Mengumpulkan bahan aka news yg tak bias psl mawi psl wrtwn dah boikot....
2. Melahirkan peminat mawi yg bukan jenis angguk2 geleng2 (goyang bahu tdk dibenarkan)
3. Menghapuskan sisa2 parti GAM
4. Melahirkan peminat pompuan yg tak suke salam bile jumpe mawi
5. Mengurangkan obsesi makcik2.........
Bagus..bagus...
Aku suka yang no.4 dan 4 tu :clap:
No.3 tu perlu ke ? Takyah kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #53 dino's post
no 5 tu sukah sket la..mak cik2 aku pun suke mawi... |
|
|
|
|
|
|
|
Malam karang nak bagi 10 sebab THREAD APAM perlu dihapuskan :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dino at 16-10-2006 05:32 PM
Misi PAM
2. Melahirkan peminat mawi yg bukan jenis angguk2 geleng2 (goyang bahu tdk dibenarkan)
tp kita suka goyang2 bahu la abe dino :nerd:
tp masih nak join pam
amacam buleh dipertimbangkan lagi ker? |
|
|
|
|
|
|
|
TAK faham aaa PAM tu apa?
GAM tu lak apa? |
|
|
|
|
|
|
|
eiii ni thread balas2 pantun, kuiz trivia, dan chit chat release tension penat bekerja sesama mereka ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kekekek at 16-10-2006 02:04 PM
Ahli 2 orang jer kan? PM-memPM dahla.
mmg dok pm pm tu..tu ajal member2 kat bod lain masuk thread dia la tu...
ala tak kan tak biasa tektik depa masa dok vote forumner of the month dolu2 tu...abis satu kampung dia dok pm |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 dino's post
Sila nyatakan motto (bukan 'Saya menang MOTOR'), visi, misi dan objektif PAM ... ?? :nerd:
Pastu baru saya daftar ... (Sambil pegang borang mcm masa MAWI nak masuk AF dulu) ... :nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Ishhhhhh
Pening..........PAM? GAM? |
|
|
|
|
|
|
|
kepada PAM..
thread ni disediakan kepada anda untuk berbincang ape sahaja yang anda rase perlu pasal mawi...
dan oleh kerana thread BORAK di tutup buat sementara waktu..anda boleh berborak kat cn sepuas2nya..
tapi..jaga tatatertib adat sopan semasa berforum..
terime kasih...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tuan rumah baru terhegeh2 nak fikir pasai APAM :nana:
Orang nak raya, sibuk la sembang pasai kuih ka, baju baru ka, bini baru ka |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dino at 16-10-2006 01:53 PM
Sudah sepurnama lamanye hamba tak bukak thread baru. W/pun bukan keje gomen nmpknye ade gak sisa2 masa yg tlh dicompile bg memblhkan thread ini dibuka. Memandangkan PAM hanya terdiri dari dua org m ...
:lol mahap, aku tumpang gelak tuang presideng :lol |
|
|
|
|
|
|
aweXgiloz This user has been deleted
|
dino...
teruskan berkempen...
nampaknya hujah² dino tak kuat..
tak ramai yg nak mendaftar jadi ahli PAM
:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aweXgiloz at 17-10-2006 08:37 AM
dino...
teruskan berkempen...
nampaknya hujah² dino tak kuat..
tak ramai yg nak mendaftar jadi ahli PAM
:bgrin:
Awex, tiba2 lain macam jek udara kat sini. Ko perasan tak? |
|
|
|
|
|
|
aweXgiloz This user has been deleted
|
Originally posted by noneng at 17-10-2006 08:42 AM
Awex, tiba2 lain macam jek udara kat sini. Ko perasan tak?
lain.... ?
lain macam mana neng....
may be sebab thread borak tuh dak disejukbekukan kot...
ke sebab apa neng... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #78 aweXgiloz's post
Thread borak tu takpe lagi... masih boleh menyelit borak2 kat sini. Tp pasal.... jap!!
Eh, kalau sesapa join borak di sini, adakah dia dikira kumpulan PAM? |
|
|
|
|
|
|
aweXgiloz This user has been deleted
|
baca paper sat.... sambil cuci mata... gambar² mawi :bgrin:
-------------------------------------------------------------------------------
Mawi kena boikot?
16-10-2006 01:36:56 PM
Radin Sri Ghazali
Boikot?... Mawi bertekad untuk membetulkan keadaan dengan pihak wartawan
(Foto The Star Oleh Mohd Sahar Misni)
Satu ketika dulu berduyun-duyun wartawan akan menghadiri apa saja majlis yang dihadiri oleh penyanyi paling popular masa kini Mawi tapi kini lain pula ceritanya.
Ketika Majlis berbuka puasa serta terawih bersama Mawi yang bertempat di Palace of Golden Horses hari Ahad lepas, kedatangan pihak media amat menyedihkan, tidak seperti dulu lagi.
Melihat senario itu, hati berdetik membuat andaian mungkinkah Mawi diboikot oleh pihak media tempatan gara-gara salah faham yang membuatkan pihak wartawan menyisihkannya?
Laungan azan yang dilakukan oleh Mawi untuk menandakan masuk waktu solat Maghrib
(Foto The Star)
"Saya sudah menghantar jemputan kepada semua media. Terpulang kepada mereka untuk menghadirinya," ujar anak peneroka Felda ini yang kelihatan tidak gusar sedikit pun dengan sambutan hambar pihak wartawan.
"Mereka mungkin ada kerja lain kot...," kata Mawi memberi jawapan spontan cuba berbaik sangka.
Bahang konflik perhubungan Mawi dengan beberapa wartawan dari beberapa media cetak tercetus apabila Mawi dikatakan mengambil sikap endah tak endah terhadap seorang wartawan di salah sebuah majlis baru-baru ini. .
"Kejadian itu berlaku dengan begitu pantas sehingga saya sendiri tidak sedari. Pada waktu itu saya sedang melihat semula video rakaman persembahan saya menerusi telefon bimbit saya.
Mawi sempat melayan peminat cecil moleknya semasa Majlis Buka Puasa dan Terawih bersama Mawi di Palace of Golden Horses baru-baru ini
(Foto The Star)
Saya sedang menunggu wartawan tersebut untuk menghabiskan wawancaranya bersama Salima," jelas Mawi ketika diminta menjelaskan peristiwa yang berlaku itu.
Kekhusyukan Mawi menonton semula video rakaman tersebut membuatnya terleka dan tidak terdengar panggilan wartawan tersebut.
Kekusutan ini difahamkan akan berakhir sedikit masa lagi, insya Allah. Sebuah majlis khas bersama wartawan akan dianjurkan oleh pihak pengurusannya, Maestro tidak lama lagi bagi memulihkan semula perhubungan yang renggang di antara kedua-dua pihak tersebut.
"Terpulang kepada jadual saya namun saya akan pastikan bahawa majlis ini akan direalisasikan sebagai langkah untu membaik pulih serta memohon maaf kepada mereka," ujar Mawi lagi.
Isu pegang tangan pendapat peribadi saya
Sewaktu pengumuman keputusan Mawi yang bersetuju untuk berlakon filem pertamanya yakni 'Aduh Saliha', Mawi pernah menyatakan bahawa dirinya enggan bersentuhan dengan pelakon wanita.
Senyum... Antara peminat yang sempat mengambil gambar bersama-sama Mawi di atas pentas
(Foto The Star)
Sekali lagi, kenyataan tersebut mengundang kontroversi apabila pelakon tersohor negara, Rosyam Nor yang sensitif itu terhiris dan begitu terasa dengan 'sindiran' tajam Mawi yang diibaratkan mengutuk kerjaya para pelakon di Malaysia.
"Sebenarnya, itu hanya pegangan peribadi saya sahaja dan datang daripada hati saya. Saya tidak niat untuk mengguris hati mana-mana pihak," jelas Mawi yang kesal apabila ada yang mengambil hati secara peribadi dengan kenyataan tersebut.
Diddy dan Zila turut menyerikan majlis menerusi persembahan mereka
(Foto The Star)
Ketika ditanya apakah reaksi Mawi jika berjumpa dengan Rosyam, Mawi berkata, "Saya akan menegurnya seperti biasa. Tiada masalah."
Faizal tenggelam kerana populariti Mawi?
Ramai yang turut bersimpati dengan juara Akademi Fantasia 4, Faizal apabila gagal menonjolkan diri sebagai bintang baru sejak akhir-akhir ini.
Ini dikatakan gara-gara tempias populariti Mawi yang naik secara mendadak.
"Saya rasa Faizal pun ada kelebihannya yang tersendiri namun publisiti yang berkurangan mungkin merupakan antara sebab dia kurang menyerlah," kata Mawi yang turut mengikuti perkembangan 'adiknya' Faizal sejak dia dinobatkan sebagai juara rancangan tersebut.
"Saya harap peminat dapat menerima Faizal dengan seadanya," kata Mawi lagi yang berharap semua bakat baru diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka sebagai artis.
Mawi bakal beraya dengan sederhana di rumah barunya
(Foto The Star)
Mawi akan beraya secara sederhana
Mawi akan bercuti selama sembilan hari untuk beraya bersama famili mulai Oktober 21 sehingga hujung bulan ini. Mawi telah menyiapkan dua pasang baju Melayu berwarna hijau dan peach.
Rumah terbuka yang pernah dilakukan oleh Mawi pada tahun lepas telah menarik lebih 30, 000 orang peminatnya ke kampungnya di Felda Taib Andak.Namun pada tahun ini, kemungkinan besar Mawi tidak akan mengadakan rumah terbuka bagi menhormati arwah ayahnya Pak Ani yang meninggal dunia pada bulan Julai.
"Saya akan beraya di rumah baru yang akan siap, insya Allah dua tiga hari sebelum Raya," jelasnya lagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|