|
[Penulis]
Ahmad Patria Abdullah ~ Saga Artakusiad
[Copy link]
|
|
Reply #59 silencez's post
heheh takde memang pegi library pinjam buku...sebelah petang kan ada aktiviti sekolah so menyelam sambil minum air la |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #60 jujun's post
sis, cuba carik kat kedai2 yg jual buku2 lama. kot2 ada kat miri tu manalah tau, kan?
yg kat dawama tu tak usha ke? yg kembar artakus tu? yg org order kat dawama tu, mmg elok la. cuma kertas dah tukar kaler je. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #62 silencez's post
kena mengukur jalan la nampak nya
kat dawama tu lom cuba lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #63 jujun's post
amboi berkerja keras nampaknya
usaha tangga kejayaan
aku doakan ko jumpalah Saga
yg ko cari tu
 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #57 limau_nipis's post
wiot lama gila pinjam. aku ingat dah hilang dah buku aku...dari anak aku yang sulung tu tak sampai setahun, sekarang dah 3 tahun ni  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #66 mardhiah12's post
mau, esok nak pulangkan kat mar, kena sertakan ufti sekali |
|
|
|
|
|
|
|
nak cuba carik jugak!!!!................. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #68 ikz's post
carilah ikz, lain dari yang lain. ni gambaran untuk buku pertama..
permata aurorius
rizal, remaja biasa berumur sekitar 17-18 tahun. satu malam, dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai 1 perlawanan bola, terlibat dalam satu kemalangan. sebaik terjaga, segala2nya ganjil bagi rizal. ganjil disebabkan bukan keluarganya yg ada di sisi. tetapi 3 org asing - seorang tua (nazril), seorang gadis muda (laira) dan seorang wanita tua (fera). nazril seorang bomoh @ karman. menurut nazril, rizal berada di lembah takayyan, aurora. dan kesemua mereka mempunyai mata berwarna hijau. bak kata nazril, kerana lamanya mereka duduk di dalam hutan, membuatkan warna hijau dah berjangkit ke mata mereka.
nazril memanggil rizal, dengan gelaran `artakus'. ini berdasarkan kenyataan dalam kitab mereka, yg mana setelah kaum mereka dijajah, akan datang seorang pemuda bergelar artakus, apabila tanda2 tertentu telah muncul, iaitu lahirnya kuda berwarna putih dari kaum armorikus(kuda mereka kesemuanya berwarna hitam), dan bintang firus akan muncul dengan jelas pada waktu siang. setelah berlakunya dua tanda tersebut, mereka menjumpai rizal. itu yg menyebabkan nazril yakin, rizal itulah artakus yg ditunggu2.
sebenarnya, merkia yg membawa rizal datang ke dunia mereka. pada awalnya rizal berat hati. tambahan pula, datang dari dunia berbeza. merkia tidak mendesak. dan boleh menghantar rizal pulang ke dunia asalnya pada bila2 masa. tetapi pintu masa hanya boleh dibuka sebanyak dua kali. maknanya kalau hantar rizal balik, pintu masa tu takkan terbuka lagi. akhirnya rizal setuju untuk tolong merkia & bebaskan kaum aurora dari dijajah.
merkia ni, makhluk waktu siang. bermusuh dengan herakos, (makhluk waktu malam). herakos nak hancurkan waktu siang, supaya malam menguasai semuanya. semuanya akan tercapai dengan 1 cara - musnahkan permata aurorius (permata yg mengawal keseimbangan alam, antara siang & malam). merkia bekalkan artakus dengan sebilah pedang yg bernama arkus. arkus seolah2 sudah sebati dengan artakus. dan selalunya arkus tak pernah kecewakan artakus sewaktu berdepan dengan musuh.
nazril tak tahu mengenai urusan artakus dengan merkia. cuma dia dapat mengagak. dengan bantual nazril, dan seorang ketua puak armorikus yg bernama atinius, artakus dapat kepercayaan penuh dari kaum armorikus. mereka telah bersumpah untuk taat setia kepada artakus.
untuk membebaskan kaum aurora dari dijajah, mereka terpaksa menentang morrok. morrok juga mendapat bantuan dari jembalang2. juga dari herakos. menyebabkan keadaan menjadi sukar. juga dari puak2 aurora yg lain, yg kurang mempercayai dengan kitab id.
setelah memperolehi kemenangan di kolossus, merkia muncul di hadapan artakus, mendesak agar artakus segera dapatkan permata aurorius di kota arialun kerana masa terlalu suntuk. artakus bergegas ke kota arialun ditemankan adonis. menuju ke arialun bukan satu perkara mudah. mereta terpaksa berdepan dengan jembalang paya - orrok. dan untuk menyeberangi paya dengan selamat, mereka harus berjaya menjawab pantun yg diberi oleh orrok. antara pantun teka teki yg diberi oleh orrok;
ia mengambil tidak pernah memberi
datangnya tidak berjemput
perginya tidak dihalau
bertemu dengan segala yg bernyawa
berpisah dengan segala yg tidak
dan pantun yg diberi oleh adonis kepada orrok;
di mana-mana ia berdua
tidak pernah kurang tidak pernah lebih
tidak pernah berpisah
tidak pernah bertemu
seperti dijangka, artakus berjaya melepasi paya tersebut, juga berjaya mendapatkan permata aurorius. setelah berdepan dengan orang2 suruhan herakos, termasuk babusya yg pada awalnya berpura2 dianiaya oleh seekor jin, tetapi sebenarnya merupakan orang suruhan herakos. artakus juga telah terperangkap di dalam muslihat herakos, apabila herakos menyamar sebagai merkia agar segera ke kota arialun.
sekiranya nak lari dari novel-novel cinta yg banyak berada di pasaran, mungkin boleh mencuba membaca siri saga ni. pada awalnya mungkin sedikit pening dek kerana terlalu banyak nama2 yg di luar kebiasaan. tetapi sekiranya dah melepasi 3 bab pertama, semuanya bukan 1 halangan dan kemungkinan besar mampu membuatkan kita terikat untuk mengetahui kisah seterusnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #37 silencez's post
orait sil, thanks...aku tgh tunggu pindah umah baru nak order...kalau order sekarang kang byk pulak nak mengangkut  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #67 silencez's post
sil, betul cakap ko tu..aku mati2 ingat dah hilang
dahlah susah nak cari |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #66 mardhiah12's post
dia baru pinjam minggu lepas daa.. aku je buat pekasam je kat rumah  |
|
|
|
|
|
|
|
huish silencez...begitu terperinci kao punya sinopsis. aku pun dh lupa citer nih. buku pertama yg aku baca ialah Kembar Artakus. itu pun kakak aku punya. kmdn aku dpt tau dia beli the whole set drp ujana ilmu. ada versi fotostat sbb dbp dh tak cetak lg novel nih. apalah dbp. brg bagus lagi tak mau dipromosi...chittt!!!!
Saga Artakusiad ni boleh aku tafsirkan sebagai Lord of the Ring versi Melayu. Heee...kalau dpt dipilemkan alangkah bestnya!!!! Aku nk jadi Laira...
[ Last edited by d7angel at 11-7-2007 08:12 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #73 minahleter's post
minah, kalau disuruh bercerita, reti lah. tapi kalau kritik tu, kureng kot ehehe. hang lagi terror maa |
|
|
|
|
|
|
|
dulu masa sekolah terjumpa gak buku nih..dan dah baca pun..tp pinjam kat perpustakaan awam jer......itupun dalam 7 buku tu...tak semua dapat baca....so..nak contact ujanilah mcm nih...... |
|
|
|
|
|
|
|
kakak aku nyer koleksi 4 original. yg lain fotostat.
silencez
aku penah gak teringin nk jadi morrok  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #77 ikz's post
samalah ikz. dulu mula2 baca pun waktu sekolah2. alamat & email ujana ilmu ada kat depan2  |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|