|
Nak buka bakery?? .....lom level kita lagi la. Masih terkial2 tengok resepi...pelanggan pun setakat anak2 dan suami aje...![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #60 hairanaz's post
Thanks Hairanaz, tapi kalau guna butter je boleh tak? Kat sini tak pernah jumpa lemak sayuran selain dari margerine |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #62 Calim閞o's post
boleh jer gune butter kalau tader shortening....![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
cantik la roti platinum....cam kat bakery...
sy ada masuk blog kak Diana..... cantiklah roti dia buat...... rupa2nya tak susah eh nak bentuk roti2 yg lawa....dlm blog tu kak Diana tunjuk step by step cara buat.....![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #62 Calim閞o's post
Betul cakap Hairanaz. Butter/marjerin/vege shortening tu fungsinya lebih kurang sama je. Butter utk lebih lemak. Shortening rasanya utk lebih rapuh kot. |
|
|
|
|
|
|
|
plat........... cantiknya roti-roti itu ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #64 pinKy180's post
Mixed fruits bun I ikut style DianaA. Basic sweet bun pun ikut resepi dia jugak. Yg berpintal tu senang je buat. Sama macam kita jalin rambut. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam2 resepi I dah cuba. Lebih kurang sama je dan semuanya sedap2 belaka. Kalau tak jadi tu sebab kita salah adun dan bukan salah resepi2 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
1st time guna BM noxxa, as advised rin buat roti putih dulu..
ihiks...hodoh skit..tapi habis gak
![](http://i2.photobucket.com/albums/y45/fadzreen/a2-2.jpg) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
just to share ilmu dengan kengkawan, saya ambil dari blog chef farid...
http://cheffarid.blogspot.com/
thanks to internet chef...
TEPUNG - High Protein Flour
Tepung Roti(TR) berbeza dengan Tepung Kek(TK). Didalam kandungan TR terdapat bahan2 pelembut yang dikawal oleh KPDN & HEP, dimana pelembut ini akan membuatkan roti menjadi gebu dan lembut. Tetapi bahan tersebut kurang berkesan kerana pengguna perlu membuat penambahan bahan pelembut(Bread Improver) agar roti yang dibuat menjadi lebih berkualiti lagi. Di dalam pasaran sekarang terdapat beberapa jenis Cap TR yang digunakan dalam industri Bakeri. Antaranya:
- Cap Bangau
- Cap Timbang
* Biasa digunakan oleh kedai Bakeri (Harga pasaran RM 64/25kg)
- Cap Diamond
- Cap Gunung Mas
* Biasa digunakan dalam sektor perhotelan (Harga pasaran RM 66/25 kg)
- Cap Kuda (Untuk pasaran Sabah, Labuan & Serawak)
*Nota : kalau buat roti guna tepung selain dari yg terdapat diatas, roti akan menjadi keras.
GULA
Gunakan gula halus atau PX sugar, kalau rajin "Blender" gula tu agar semasa membuat adunan, gula akan hancur. Jika gula tidak hancur, dough roti akan jadi mengerutu dan apabila dibakar roti akan jadi keras.
YEAST (Ibu Roti)
Kebanyakan industri pengeluaran roti menggunakan Yis kering kerana senang dikawal proses pengembangan dough. Kalau guna Yis basah kena timbang 2 kali ganda berat dari Yis kering.
Kalau belajar di Bakeri Ria Academy, Yis keluaran syarikat Mauri akan digunakan
BREAD IMPROVER
Digunakan untuk melembutkan dan meringankan roti. Nama lain bagi Bread Improver adalah:
1. Bread Softner
2. Softner
3. Modular Softner
4. Magi Pro
5. S 500
6. Voltex (cecair)
Untuk makluman semua, pihak pembekal akan menjual Bread Improver dengan nama yang berlainan. Jadi pengguna boleh memilih senarai nama di atas, semasa membeli Bread Improver.
MARGERINE/BUTTER/SHOURTENING
Penggunaan bahan tersebuat adalah untuk menambat ikatan struktur dalaman dough, agar menjadi roti yang berkualiti apabila dibakar. Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan disini, mengenai roti jika menggunakan bahan2 tersebut:
* Margerine - kebanyakan pengusaha bakeri menggunakan margerine apabila membuat Bun dan menggunakan Shourtening untuk membuat Sandwich Bread. Jika menggunakan Margerine, pengguna tidak perlu menyapu telur pada dough sebelum dibakar, selepas dbakar, dimana Bun masih panas, sapukan Butter atau Appricot glaze, untuk mengilatkan Bun sebelum di pamerkan.
* Butter - Pastinya sedap dimakan Bun apabila resepinya menggunakan Butter, tetapi para pengusaha bakeri tidak menggunakan Butter kerana kos nya yang mahal. Anda boleh menggunakan Butter jika hasilan bakeri untuk kegunaan sendiri atau keluarga.
* Shourtening - Lemak Sayuran. Kebanyakan pengusaha bakeri menggunakannya apabila membuat roti besar seperti Potatoes Braed, Garlic Bread, Sandwich Bread atau Whole Meal Bread. Sebelum dibakar, hendaklah dough roti tersebut disapukan Telur agar hasilan nya tidak kelihatan pucat.
SUSU TEPUNG
Pengguna boleh menggunakan Susu Tepung anak seperti Dutch Lady, Lactogen dll, untuk menghasilkan Bun atau roti yang enak dimakan. Tetapi banyak pengusaha bakeri menggunakan Susu Tepung timbang dimana yang dijual pada harga murah. boleh juga menggunakan UHT Milk (Yg cair-sejuk) yang akan mengahasilkan Bun lebih sedap lagi
TELUR
Kebanyakan pengusaha bakeri menggunakan telur yang kulitnya berwarna putih. Untuk pengetahuan semua, telur jenis ini mengandungi kandungan air yang tinggi. dan dijual pada harga yg murah. Biasanya pengusaha bakeri menggunakan telur gred B, untuk membuat roti atau kek. Saya ada mengeluarkan artikel mengenai telur pada keluaran lepas (lihat "Keluaran Lalu")
AIR
Gunakan air sejuk untuk mengawal proses pengembangan dough. Jika menggunakan air yg tidak sejuk, dikhuatiri, pengguna tidak dapat mengawal pengembangan Yis kerana jika suhu yang panas, Yis akan kembang terlalu cepat, yg pada akhirnya akan menjejaskan kualiti roti.
Sekian sahaja untuk kali ini. Jika ada perkembanagan terbaru mengenai produk bakeri. InsyaALLAH akan saya kongsi bersama dengan puan2 semua. Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
mmm....very informative!!! thank u so much kak p-nut.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #66 shidaaziz's post
Tak berapa cantik la...kalau nak dibandingkan dengan roti sifu2 kat sini....![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Contoh bread improver dan yeast segera....
![](http://i66.photobucket.com/albums/h279/platinum8/She0108.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Roti
INGREDIENTS
90ml milk (saya guna susu segar)
90 ml water
50 g white sugar
3 g salt
1 eggs
10 g active dry yeast
310 g all-purpose flour
55 g margarine, melted
DIRECTIONS
In a medium saucepan over medium heat, warm milk, water, sugar and salt. Remove from heat, and mix in the eggs and yeast.
Measure flour into a large bowl. Make a well in the flour, and pour milk mixture into it. Do not stir. Cover with a lid, and let stand for 20 to 30 minutes.
Pour melted margarine into flour, and mix well. Add more flour if too sticky. Knead lightly. Cover, and let rise for 20 to 30 minutes.
Shape the dough into rolls, and place on a baking sheet. Let rise again for 20 to 30 minutes.
Bake rolls in a preheated 400 degrees F (205 degrees C) oven for 15 minutes, or until done.
ini resepi roti yg simple, utk org yg baru belajar buat roti mcm saya lah.
ada beberapa cara saya adjust skit.
jangan letak garam dlm bancuhan susu/air. adunan bagi suam2 kuku jer.
kalau adunan agak melekit jgn campur tepung. sebb nanti roti akan jadi keras. campur majerin jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu lagi soalan dari mak budak yang baru nak belajar buat roti kepada cikgu-cikgu kat sini:
1 - kalau saya takda high protein flour/bread softener/emplex semua tu, macam mana saya nak buat? Dah puas saya round satu Doha tapi tak jumpa pun. Teringin sangat nak buat white loaf macam kak Penyu tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #69 maRgeRin's post
Asalkan ada rasa roti, itu yg penting. Tapi your roti tak huduh la....![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #76 Calim閞o's post
Cali, bakers flour tak de kat sana? Cuba tgk betul2. I dulu tak tau yg tepung high protein ni tepung roti or bakers flour.....![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|