|
Post Last Edit by highlander07 at 14-11-2009 12:41
iblis engkar akan perintahAllah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by highlander07 at 3-10-2007 10:44 PM
BERANI TAK KORANG MELEPASI TAHAP INI...NANTI BOLEH GILA. :kant: :kant:
Rahsia Iblis :
Ustaz dan ulamak kata Iblis itu kafir, tapi kadangkala ustaz dan ulamak itu sendiri yang menokok tambah cerita dan berdusta:
Maka Wonbin pon bangun lalu berdebat dengan Ustaz sehingga Ustaz yang berserban itu hampir terjatuh daripada korusinya dan lidahnya kelu tidak berkata apa-apa:
Wonbin bertanya kepada Ustaz/mufti/ulamak:
a. Macam mana Iblis boleh jadi kafir?
1) Iblis dahulu adalah penghulu kepada segala malaikat. mana boleh letak taraf kafir pada malaikat. kafir hanya pada hamba Allah seperti manusia dan jin. Kalau kafir pon, nak sandarkan kepada ugama apa? Dalam syurga pon kena ada agama ka? Orang lain kafir di atas bumi, tapi Iblis kafir di dalam syurga. Pelik tak dalam syurga pon boleh jadi kafir?
2) Orang kafir ialah orang yang mendustakan Allah dan tidak berugama. Sedangkan Iblis dahulunya berzikir memuji Allah bahkan Iblis bercakap dengan Allah in real time. Iman dan rahsia yang Iblis pegang adalah yang tertinggi sekali dikalangan ciptaan Allah. Manusia pon ada yang kata tuhan tidak wujud, tapi ini Iblis siap bercakap dengan tuhan. Nak kata Iblis syirik pon tak boleh sebab Iblis tak pernah sujud kepada tuan lain, bahkan sujud kepada Adam pon dia tidak mahu kerana dia hanya mahu sujud kepada Allah. Yang letak title kafir pada Iblis adalah Alah itu sendiri. kata Iblis, sujudk Ku hanya pada Allah dan aku tidak akan sujud pada sesama makhluk apatah lagi Adam. Adakah itu angkuh? Tidak, itu adalah iman. manusia yang bodoh dan kafir ini, batu tokong pon mereka sembah.
b. Adakah Iblis akan memohon ampun dan taubat kepada Allah?
Iblis tidak perlu memohon ampun kepada Allah kerana Iblis redha kepada takdir dan ketentuan Allah. Sesunguhnya kita perlu redha bahawa apa yang Allah buat dan takdirkan itu adalah yang terbaik, lengkap lagi sempurna. Dan sudah takdir bahawa tugas Iblis adalah berlainan daripada malaikat yang lain. Adakah Iblis mempertikai kepada Allah, " Ya Allah, aku sudah kena perangkap daaaa.....aku tak bersalah.....kau sengaja perangkap aku dengan cara suruh aku sujud kepada Adam, supaya korang semua boleh campak aku keluar daripada syurga. Ini semua konspirasi.....ini tak adil " Iblis tahu dan redha dengan tugasnya, dan tanpa Iblis, maka tidak lengkap takdir Adam dan kita semua sebagai manusia.
c) Iblis itu jahat dan menyesatkan.
Ulamak dan Ustaz anda tidak pernah menceritakan tentang dialog nabi Muhammad dengan Iblis? Apa yang nabi Muhammad tanya daripada Iblis? Apa yang Nabi Muhammad belajar daripada Iblis? Iblis itu banyak rahsia ketuhanan yang diketahuinya. Terimalah hakikat bahawa ada juga malaikat yang tugasnya untuk menyesatkan manusia, barulah balance sikit alam ini
Ulamak dan ustaz memandai tokok tambah kata Iblis itu sombong, angkuh, kafir. Sedangkan lamak/ustaz itu sendiri cuma hafal buku kemudian lilitkan serban kat atas kepala. Ulamak dan ustaz itu adalah pendusta menambah nokok cerita yang ustaz sendiri tak nampak kat depan mata. Saya bukan benci ulamak, tapi saya benci ulamak/ustaz yang pendusta tanpa mereka sedari.
Tapi saya minta anda jangan ambil kata-kata saya ini secara serius. Anda semua tertakluk pada syaraq.
Saya berpegang kepada Tauheed. orang syaraq selalu bergaduh dengan orang tauheed. tengoklah macam mana nabi Khidir boleh bunuh seorang budak? Terperanjat beruk nabi Musa melihatnya. Ya Allah, betul si Khidir ni seorang Nabi? jangan-jangan Nabi palsu kot macam Ayah Pin? . Kalau rujuk pada Al-Quran pun, sudah jelas bunuh orang itu berdosa. Bukankah bunuh budak itu berdosa dan Ustaz kata tak boleh cium bau syurga jika bunuh orang lain?
Jika diizinkan, akan aku kupas rahsia malakat dan rahsia ruh.
[ Last edited by WonBin at 6-10-2007 11:24 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Perbincangan menarik dalam bebenang ini. Banyak ilmu baru aku dapat. |
|
|
|
|
|
|
|
Konsep Langit 7 lapis...........................
Di mana tuhan berada..........
Nak tau ke? |
|
|
|
|
|
|
|
dari segi asas penciptaan mahkluk aku boleh kasifikasikan mahkluk ciptaan Allah kepada beberapa kategori:
1. Malaikat
2. Jin
3. Manusia
4. Alam (binatang, tumbuhan dan cakerawala)
dari 4 kategori mahkluk ciptaan Allah cuma 2 kategori saja yang disyariatkan untuk beribadat kepada Allah berdasarkan pilihan (samada mahu ataupun tidak) dan dijanjikan ganjaran iaitu Jin dan Manusia.
2 lagi kategori mahkluk iaitu malaikat dan alam pula disyariatkan untuk beribadat kepada Allah tanpa berdasarkan pilihan. maksudnya mahkluk dari kategori ini sudah diciptakan untuk sentiasa beribadat kepada Allah. mahkluk dari kategori ini tidak akan sama sekali dimasukkan ke dalam neraka kerana mereka tidak akan melakukan dosa kepada Allah dan itu merupakan Sunatullah yang ditetapkan kepada mereka.
Iblis bukan dari golongan malaikat kerana dia diciptakan daripada api dan itu merupakan asas penciptaan Jin. so kat sini kita boleh andaikan kenapa Iblis boleh enggan menurut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam. dan kita juga boleh andaikan kenapa Iblis boleh dimasukkan ke dalam neraka.
berdasarkan itu juga kita boleh membuat andaian bahawa Jin sebelom penciptaan manusia turut sama mendiami Syurga yang sama seperti Adam.
bagaimana Jin boleh mendiami Syurga sedangkan Jin meupakan mahkluk dari kategori yang disyariatkan untuk beribadat berdasarkan pilihan. ini bermakna Jin berupaya untuk ingkar perintah untuk beribadat seperti yang kita sekarang?
persoalan ini boleh dijawab jika kita kembali kepada asas perciptaan. boleh ke kita mencipta tulisan jika kita tidak memiliki bahasa?
begitu jugalah dengan keadaan Jin. boleh ke Jin melakukan dosa kepada Allah jika Jin tidak mempunyai sebarang kesempatan untuk melakukan dosa iaitu menghasut manusia menjadi lalai kepada Allah?
kewujudan manusia melengkapkan syariat dan sunatullah kejadian Jin. manusia dijadikan Allah untuk beribadat kepadanya berdasarkan pilihan. dan diberikan ganjaran terhadap ibadat yang dilakukan. pengerak kepada ibadat manusia ialah kemampuan manusia melawan hasutan Jin yang sentiasa mahu menjauhkan manusia dari Allah. dan pengerak kepada ibadat Jin pula adalah kemampuan Jin untuk tidak menghasut manusia menjadi lalai kepada Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #67 WonBin's post
Assalamualaikum wonbin,
Bersemangat sungguh anda. Memang betul apa statement anda & sebenarnye ilmu yg menjadi usul @ utama @ sebagai pemandu dr segala ilmu ialah mengenal Allah berlandaskan ilmu tauhid yg mantik. Dr situlah baru kite mencari ilmu2 lain termasuk pelbagai cara menyucikan diri( tasauf), beribadat, hukum feqah, kerohanian, kebatinan dll mengikut landasan yg betul.
Klau sseorg menganggap ilmu fekah terlebih utama dr tauhid, maka org ini akan jadi hakim yg sentiasa menghukum @ ahli hukum, beribadat kerana nak syurga & takut dimasukkan ke neraka. Dimanakah keikhlasan & keredhaan dlm melaksanakan perbagai ibadat jika syuga & neraka jd sbagai pengimbang yg sentiasa bermain di otak kita. Pernahkah kite terbaca kisah ahli2 neraka? Yg banyak mendiaminye adalah dikalangan hakim2 (ahli hukum), org kaya2, perempuan dll). Berbanding dgn org yg berlandaskan ilmu tauhid yg lengkap, mereka lakukan segala ibadat & suruhan dgn ikhlas & redha dikeranakan kenalnye & fahamnye mereka kpd Allah S.W.T. Perlu diingat, masuk syurga sseorg itu sbnarnye adalah diatas rahmat & redha dr Allah S.W.T. bukannye semata2 pahala je. Mungkin yg kita sangka kita telah mendapat banyak pahala rupanye semua pahala tersebut telah lama lenyap & terbatal akibat dr kesilapan yg x kite perasan. Hati2lah. Sekian Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya hanya memperkenalkan siapakah IBLIS berdasarkan pandangan ilmu makrifat.
Seorang ulamak mahupon mufti sekali pon tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang Makrifat kerana mereka berpegang kepada hukum syaraq.
Pertelingkahan antara Ulama Haqiqat dan Ulama Syariat telah berlaku sejak dulu lagi. Mereka sebenarnya "betul" dalam bidang masing-masing.
Seperti juga berlaku pada Halaj, seorang wali Allah. Ia dihukum bunuh kerana dikatakan mengaku dirinya Allah dengan berkata `Anal Haq'. Pada pandangan Feqah (ilmu syariat) beliau telah bersalah dan perlu dihukum bunuh. Setelah kepalanya dipancung, darah tersembur dan membentuk perkataan "La ila ha illa llah" dipermukaan tanah. Dalam hal ini, ahli Syariat yang menghukum tidak bersalah dan Halaj juga tidak bersalah. Halaj berkata demikian kerana terlalu 'Zuk" atau telah fana didalam kewujudan Allah SWT. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by WonBin at 6-10-2007 10:47 AM
Rahsia Iblis :
Ustaz dan ulamak kata Iblis itu kafir, tapi kadangkala ustaz dan ulamak itu sendiri yang menokok tambah cerita dan berdusta:
Maka Wonbin pon bangun lalu berdebat dengan ...
whoa, menarik...tp wonbin, ak kurg selesa bile ko samakan ustaz dgn ulama`....ulama` tu terlalu tinggi tarafnya dlm islam sbb nabi kata ulama` pewaris nabi.
...ustaz ni org yg mengajar agama/suke bcakap hal agama/.tau sket2 psl hukum/ nampk baik/pakai kopiah atau serban/kaki surau jer (ikut mentaliti org mesia, org mcm nipun dh dipanggil ustaz)...dlm islam xder pun istilah ustaz, kt malaysia jer istilah ustaz ni wujud...btw, ustaz=professor kt negara2 arab...org yahudi yg ajar sejarah arab pun dipanggil ustaz
hmm, pasal iblis dgn ketentuan Allah terhadapnya tu, ak rasa pyh nk explain, mmg bleh jadi bengong kite ni..ni berkaitan dgn If'alullah (perbuatan Allah), If'alul `ibad (perbuatan makhluk), ikhtiari dan ijbari yg ak sendiri xpaham....mungkin sesape bleh explain psl bab2 aqidah ni?bile ckp dah memang Allah takdirkan Iblis tu jadi 'jahat', mcm satu teori Qadariah pulak rasenye...sbab xder bezanya iblis dgn manusia2 yg jahat/kufur...kedua2nya adalah makhluk Allah yg xterleps dr tanggungjawab masing2...yakni menghambakan diri kepada Tuhan sbab Iblis dlm qur'aan disebut sbagai drpd golongan jin, bukannya malaikat...jin dan manusia perlu menghambakan diri kepada Tuhan yakni ikut jer suruhan Tuhan thadap mereka...kalau ada jin Islam, nape iblis xbleh masuk Islam?
kalau Iblis bleh dibiarkan 'tugasnya' utk menyesatkan manusia tanpa dianggap sbagai kufur dan sombong (kedua2 perkataan ni memang disebut dlm al-Qura'an, tapi ak x pakar....so mungkin adalah suatu yg literal atau tersirat,maka org yg mahir dgn ulum qur'an bleh explain), maka org2 kuffar kt dunia yg jahat n anti-Islam pun bleh ckp dah memang tugas aku diciptakan kt dunia ni utk jadi ujian kt manusia, nk wat camner...
ap2 pun, ak rasa mmg bagus topic ni, ak pun main ikut aper yg aku paham jer, aku xtau sgt pasal agama ni, nk ckp bab2 hebrew/yahudi/israel bolehlah...pasal ni ak juz beri respect kpd yg ahli dlm topic ni saje...
[ Last edited by migdal_bavel at 6-10-2007 01:03 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by WonBin at 6-10-2007 12:31 PM
Saya hanya memperkenalkan siapakah IBLIS berdasarkan pandangan ilmu makrifat.
Seorang ulamak mahupon mufti sekali pon tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang Makrifat kerana mereka berpegang ...
ak pernah dgr ceramah mufti kelantan, die kata setiap mufti kt mesia ni wajib mendalami ilmu hakikat sbab ilmu ni lebih tinggi drpd ilmu fiqh..dan utk membersihkan/menyucikan jiwa serta mengelakkan diri mereka drpd bersikap judgmental...
oh lupe nk bagitau, bukanke mufti perlis tu pnah ckp yg hadith bkenaan dgn dialog iblis-nabi tu adalah hadith palsu...kt dlm sisipan utusan-mega 3 bulan yg lepas kalo xsilap
[ Last edited by migdal_bavel at 6-10-2007 01:04 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
perkara yg dibincangkan di sini mmg menarik walaupun ade yg aku tak fhm dan ade yg aku tak setuju.. tp bila difikirkan, diteliti, dicerna dan diperhalusi, aku tak boleh buat kesimpulan dlm hal ini.. seperti yg dikatakan oleh wonbin, Pertelingkahan antara Ulama Haqiqat dan Ulama Syariat telah berlaku sejak dulu lagi..
pada highlander, bads, aiz, cipot cedot, wonbin, korang teruskan post kt sini.. aku nak tahu lebih lanjut.. mungkin kita boleh jumpa titik pertemuan di sini.. walaupun bidang aku hanya dlm ulumul hadis, tp aku teruja nak tahu perkara2 mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ilmu fiqh melibatkan perudangan Islam dlm kehidupan harian yg meliputi aspek ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat.. utk menguasai ilmu fiqh, seseorg itu perlu mencapai kualiti penguasaan ilmu tahap tertinggi dlm bidang ulumul quran, ulumul hadis, sirah, bahasa arab.. sekarang ni takde ulama fiqh yg bertaraf mujtahid mutlak, yg boleh keluarkan fatwa secara bersendirian seperti imam kpd 4 mazhab terulung..
jd saranan supaya ulama mendalami ilmu hakikat ni boleh diterima agar ulama fiqh ni tidak terlalu bersifat hakim..
tp bila menyebut ttg perkara hakikat, makrifat dan tarekat ni, ade segelintir golongan yg mencemarkannya dgn mencampur adukkan sehingga menjadi ajaran sesat.. mcm mane org awam nak elakkan perkara mcm ni??
byk btl dugaannya apabila kita ingin meningkatkan pemahaman dlm agama.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by highlander07 at 4-10-2007 02:48 PM
Penulis buku LOR mendapat ilham dan arahan utk menceritakan mimpi 'alam jin' atau underworld..bukan imaginasi
highlander yakin ker nie??ke encik highlander 'rase' mcm tue jek??
sy ade terbace penulis buku LoTR nih die dpt ilham dr 2nd world war..
1ring to rule them..means the power to rule the world..
satu kuasa baik..bangsa = negara..
n the other one kuasa jahat..
dont know which one btol mah..
nway nice one highlander |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #72 WonBin's post
Statement anda ade benarnye. Kbanyakkan ahli2 agama memang berlandaskan dlm keadaan yg betul mengikut pd aliran @ tahap martabat ilmu mereka. Klau di peringkat syariat, mereka akan sentiasa berlegar hanya di peringkat ini je. Klau di peringkat tarikat? Mereka akan lebih advance skit kerana mereka berupaya memahami mertabat ilmu 2 sampai 2 peringkat(lebih kurang gitulah). Klau di peringkat hakikat? Marifat? Lagi advance kerana mereka berada di puncak kepuasan yg mana mereka boleh mengerti & faham lenggok & ragam di 4 bertabat ilmu itu. Tp yg sering jadi perbalahan ialah peringkat syariat payah nk terima peringkat marifat. Mereka kurang memahami iktibar yg harus diambil berkaitan kisah Nabi Khaidir Ibnu Malkan dll. Yg diperingkat marifat pun sbnarnye kenalah bijak utk menjaga keharmonian & kesefahaman agar x timbul segala fitnah didlm mendokong ilmu ini. Setiap martabat itu adalah ketentuan dr Yang Maha Bijaksana.
Cth nye klau dah masuk zuk ( x kira zuk sifat ke atau zuk zat ke) memang basanye akan 'terlatah'. Dlm keadaan 'terlatah' ni lah merupakan perlanggaran di dlm hukum fekah akan berlaku (yg mana ilmu fekah juga dr Allah S.W.T & yg menjalankan hukum tersebut juga sedang mentaati hukum Allah S.W.T). Jd jln terbaik adalah kita digalakkan sentiasa berdoa agar kita sntiasa terpelihara dr segala fitnah x kira manusia @ iblis @ syaitan dllnye. Itulah salah 1 didikan @ guideline yg Allah S.W.T mahukan. Biarpun smpai peringkat maarifat, kena ade cara agar x menjadi telagahan di antara peringkat yg lainnye. Inilah baru dikatakan berilmu dgn langkah bijak. X salah klau kita merahsiakan martabat ilmu kita dgn sbb nk menjaga kedamaian sesama islam & utk mengelak dr terpakai sifat bangga diri @ sifat2 negatif. Klau kite berada di 1 majlis ilmu yg semuanye semertabat dgn kite, kite bebas utk berbicara mengikut level ilmu 2.
Klau diperhalusi lagi, Baginda Rasulullah S A W akan sentiasa beristighfar setiap hari walhal baginda memang tahu yg Baginda x menanggung apa2 dosa. Kenapa? Jwbannye adalah mungkin kerana ade beberapa ketika 'sir' Baginda terputus sedetik, so diatas kelalaian ini (Baginda menganggap ini adalah kelemahan diri Baginda sndiri walhal Baginda boleh dikatakan telah mencapai ke tahap 'sir baka') baginda terus beristighfar memohon keampunan dr Allah S.W.T. Sekian ulasan dr sy & maap bebanyak klau ade kesilapan & kekeliruan.
Wassalam.
P/s; kpd goldraja, sy pernah terbaca didlm kitab hadith sahih bukhari ttg seorg sahabat mengatakan lebihkurang mcm nilah kot;- 'pd ku umpama ada 4 karung hadith. 2 drpdnye telah ku bakar.' ...Nah disini ade yg menyatakan 2 karung yg dibakar adalah dr hadith2 palsu & ade yg mengatakan 2 karung tersebut merupakan hadith2 ttg ilmuan di peringkat hakikat & maarifat yg ditakuti akan menjadi kesesatan kpd org yg x mempelajari dgn mendalam. Entahlah...susah nak kompomkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by goldraja at 6-10-2007 01:25 PM
Ilmu fiqh melibatkan perudangan Islam dlm kehidupan harian yg meliputi aspek ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat.. utk menguasai ilmu fiqh, seseorg itu perlu mencapai kualiti penguasaan ilmu ...
ap yg ak nk ckp ni, off-topic je...
ak pnah belajar, seorg ahli fiqh x semestinya seorg ahli hakikat.
tapi, seorg ahli hakikat, adalah semestinya telah ahli/mahir/pakar/alim dlm ilmu fiqh (maksudnya, telah menjadi ahli fiqh terlebih dahulu)..
maka, ajaran2 sesat atau seseorg yg telah tersesat berkaitan dgn ilmu hakikat ialah apabila die telah melangkau ilmu fiqh ni...maksudnya die x belajarpun
ilmu fiqh tapi terus belajar ilmu hakikat, menyebabkan die menolak hukum2 yg termaktub, dan berhujjah dgn x bersandarkan al-quraan dan as-sunnah yg mana, ulum2 tersebut (ulum qur'aan sendiripun terdiri drpd 15 jenis ilmu berkaitan bahasa arab) sememangnya adalah teras terhadap ilmu fiqh...
sbab tu la nabi kata, tanda2 akhir zaman ialah org2 yg bukan ahli dlm agama cube tunjuk pakar dlm hal2 agama ni...mmg zaman skrg byk org yg x menghormati ulama...ak xnafikan mmg ada ulama` jahat tp bukan semua...sikit jer, dan mungkin maksud ulama` jahat tu sebenrnya merujuk kpd org2 yg bukan ahli dlm agama tapi cube berckp dlm hal tu...sehingga menyesatkan org lain..
kat kampus ak dulu, pnah ad typhoid outbreak dan salah seorg pembawa ialah makcik jual kuih n nasi kerabu kt cafe kitorg...nasi kerabu die mmg sedap gile...tapi, bile ivestigate, kantol yg makcik ni xjg kebersihan (x cuci tgn betul2) walhal ad bacteria-salmonella typhi dlm najis die....
persoalannya, kalolah mak cik tu kata basuh tangan betul2 tu xder kaitanpun dgn jangkitan typhoid ni, tapi bacteria tu dtg melalui angin atau cuaca.... yg mane xder kaitan dgn diri die....sedangkan si professor tahap PhD dlm Microbiology ni ckp antara cara merebaknya typhoid ialah melalui makanan yg penyedianya adlh manusia (pembawa) yg xmenjaga kebersihan...
maner kite nk pilih? nak ikut ckp mak cik pakar pembuat nasi kerabu ni ker atau si prof yg PhD dlm hal2 bacteria tu?mst org ikut ckp prof kan (mungkin kalo adepun si penyokong makcik tu adalah sedara mara die sendiri atau yg ad kepentingn peribadi)..
kalo renung balik, dlm hal keduniaan-politik,ekonomi,perubatan,udang2,sejarah,pertanian,perindustrian,etc kite bleh terima org2 yg ahli dlm bidang tu...kite respect giler dorg n bleh terima jer hampir sume yg dorg ckp...tapi dlm bab agama, kite anggap sume org berhak utk express pendapat masing2...bukankah ni merupakan suatu diskriminasi atau ketidakadilan yg xdisedari utk golongan ulama`?hanya sbab ad ustaz (mcm yg ak ckp, padahal org biasa je) yg wat salah,merogol,menipu,mencuri, kite dah lakukan hasty generalization kt semua ulama` bahawa dorg ni xleh dipercayai...
mungkin kite terpegaruh ngn bab zaman kegelapan dlm sejarah form 4 yg mana, golongan paderi ni menindas dan berbuat sesuke hati jer kt org awam...so kite igt ulama` dlm agama islampun sedemikian rupe...x terfikir ker yg Islam ni adalah agama yg dipelihara Allah...ker kite anggap Islam n Xtianity ni sama taraf jer...
apa2 pun,ikut pengalaman ak la,umat islam kt mesia ni ak tgk jauh beza ngan org2 yahudi kt us, uk n israel sendiri, yg mane...golongan2 sekular,reformist,reconstructionist salut/pandang tinggi kt rabbi2 yg bertaraf ultra-orthodox ni...mereka anggap diri mereka terlalu lemah utk terima keseluruhan ajaran judaism, maka mereka mengamalkan sekadar yg mampu dengan bermazhabkan reform atau reconstruction tapi xderpun dorg kutuk2 atau menuduh golongan2 hassidim n haridim (orthodox jews) ni jahat/sesat/penipu/memandai2 dlm wat hukum-hakam atau lain2... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #72 WonBin's post
WonBin...
satu pandangan yg berbeda dari org lain..
nak tanya laa..
anda pernah mempelajari mana2 tarekat ke..??
sepengetahuan selendang..
ilmu makrifat.. ilmu hakikat.. ilmu ehsan.. dan ilmu insan neh hanya dlm tarekat je... yg banyak ngajar..
sebab.. ilmu tu terlalu tinggi..
silap2 boleh jd isim kalo x paham konsep..
ilmu fiqh.. ilmu tauhid.. ilmu tasawuf.. (ada 2 3 lg yg aku x ingat) pun ada gak..
sumanya perlu sama2..
contoh.. ilmu hakikat kena sama2 ngan ngan ilmu makrifat.. baru leh imbang..
ada penah belajar kat mana2 ke..
interested ni..
sebab.. pengajian lama x abeh lg..
tergantung tgh jalan..
*PENCARIANKU BERMULA LG.. BERMULANYA DI SINI.. HARAP NANTI KETEMU DENGAN YG HAKIKI..
[ Last edited by selendangmerah at 6-10-2007 05:50 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #80 migdal_bavel's post
maaf ye tuan rumah.. post ni pun off topic gak.
sebenarnya aku tak berapa faham ttg tarekat / makrifat atau ape2 yg berkaitan dgnnya.. aku pun tak tahu mana yg perlu dikuasai dahulu sblm mencapai sesuatu tahap kerohanian.. jd sbg org awam, aku cuma membaca dan mencerna setakat yg aku mampu..
aku setuju ngn ko, setiap urusan itu perlu diserahkan kpd yg pakar..
sabda Rasulullah SAW:
"apabila suatu urusan itu telah diserahkan kpd org yg bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran (kiamat)."
hadis riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah, dimuatkan dlm Sahih-nya kitab al-Ilm.
aku hrp jgn ade yg salah fhm dgn statement aku "sekarang ni takde ulama fiqh yg bertaraf mujtahid mutlak". aku tak bermaksud merendahkan ulama skrg, jauh sekali menuduh mereka sebagai memandai-mandai membuat hukum. bukan itu maksud aku. semua org tahu, fatwa yg dikeluarkan skrg ini adalah berdasarkan jumhur (kesepakatan) ulama.
sape2 yg fhm akan usul fiqh mesti tahu, utk menjadi mujtahid mutlak bkn mudah. bkn sahaja seseorg itu perlu menghafaz al-quran dan ratusan ribu hadis, malah perlu menguasai setiap cabang disiplin ilmu berkaitan al-quran, hadis, tafsir, sirah, bahasa arab.. kalau nak nyatakan disiplin2 yg berkaitan mmg byk..
sbb tu sehingga skrg, umat Islam masih berpegang pada 4 mazhab yg terulung ini, kerana masih blm ade yg mampu menandingi keunggulan pencapaian ilmu imam-imam mazhab ini.. tp aneh ye, ade juga yg minta supaya 4 mazhab ini dikaji semula..
aku amat menyanjungi ulama (pembaca kena fhm btl2 maksud ulama di sini), sesuai dgn pengiktirafan yg diberi oleh Rasulullah kpd mereka. tetapi aku juga menentang sanjungan yg keterlaluan yg diberi kpd mana2 tuan guru, sheikhul dotdotdot, ustaz atau "bapaku".... |
|
|
|
|
|
|
|
Orang kafir ialah orang yang mendustakan Allah dan tidak berugama. Sedangkan Iblis dahulunya berzikir memuji Allah bahkan Iblis bercakap dengan Allah in real time. Iman dan rahsia yang Iblis pegang adalah yang tertinggi sekali dikalangan ciptaan Allah. Manusia pon ada yang kata tuhan tidak wujud, tapi ini Iblis siap bercakap dengan tuhan. Nak kata Iblis syirik pon tak boleh sebab Iblis tak pernah sujud kepada tuan lain, bahkan sujud kepada Adam pon dia tidak mahu kerana dia hanya mahu sujud kepada Allah. Yang letak title kafir pada Iblis adalah Alah itu sendiri. kata Iblis, sujudk Ku hanya pada Allah dan aku tidak akan sujud pada sesama makhluk apatah lagi Adam. Adakah itu angkuh? Tidak, itu adalah iman. manusia yang bodoh dan kafir ini, batu tokong pon mereka sembah.
.....Kalu betul IBLIS tu TAAT kepada ALLAH SWT....dia sepatutnya kena SUJUD la kepada ADAM kerana itu adalah arahan dari ALLAH SWT...ini bermakna IBLIS telah engkar kepada TUHAN yang diIMANInya...Jadi jelas bukan walau apapun IBLIS tak boleh ENGKAR kepada ALLAH SWT...
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #83 goldraja's post
tarekat neh .. org kata "road to ALLAH"..
dia macam pencarian @ perjalanan untuk mendekatkan diri dengan allah..
bila kita belajar tarekat.. kita akan rasa lain tau..
rasa macam minda kita terbuka dengan hebatnya ilmu allah..
tp.. jangan tarekat yg sesat.. lain jadinya..
contoh macam ayah pin..
ilmu dia tinggi tu..
tp dia dah tergelincir... tu yg jd macam 2.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|