CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mulberi

Rasa selamat tak dok kat rumah?

[Copy link]
 Author| Post time 1-11-2007 03:49 PM | Show all posts
Rumah mulberi, setakat grill, kunci je la.. Kalau hb takde @ balik lmbt, mulberi akan biar lampu bilik terpasang.. kalau blk kg, guna timer. Tapi biasanya pintu dapur tu, mulberi letak tin2 kosong.. deretkan tinggi2, so kalau ade tamu tak diundang bukak pintu dapur tuh, alamat tin2 tu akan jatuh & bunyi bising. At least ade masa nak tepon polis ke.. Tapi doa2 gak, moga2 pintu tu tak terbukak & takde sape2 yg cuba nak bukak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2007 04:04 PM | Show all posts
kekadang ada gak cam rasa x selamat jerk..
cam terasa2 org nk masuk umah..
jauh la hendaknya..aminnnn...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2007 04:16 PM | Show all posts
Masa mulberi bujang dulu.. company sediakan apt utk mulberi & 2 org rakan sekerja (Mulberi kasi nama A, & sorang lagi B). Mase tu mulberi & A blk kg. So yg tinggal, B sorang2 je kat rumah. Dia pun plan nak gi KL keesokan harinya.
Menurut cerita B.. Lebih kurang jam 4.30 pg, dia terjaga dr tidur & perasan lampu ruang tamu terpadam (biasanya kami memang biarkan lampu tu terpasang). So dia pun bangun nak carik lilin, igtkan black out. Tapi sebaik je dia bukak pintu bilik, terus kepalanya diketuk.
Rupa2nya ade org masuk, siap acukan pisau kat leher dia. Loghat suara, indon la.. Terus dia tolak B dlm bilik, ikat mata, mulut, kaki & tgn B & cakap macam2. Rupanya org tu tersalah rumah. Dia igt rumah tu rumah ex awek kawan dia yg dah cukur segala duit dia & tinggalkan kawan dia. Mujur gak B boleh cool hadapi situasi gitu. Mati2an dia pertahankan, dia bukan Indon. Last2 dia suruh mamat tu amik IC dia, cek sendiri nama & kewarganegaraannya. Nasib baik mamat tu percaya..
Yg kelakarnya lak, mamat tu pi masak air, tuamkan kepala B yg berdarah + bengkak kena pukul tu. Dia jugakla yg lap kesan darah atas lantai & masukkan kain tu dlm baldi. Kol 5.30 pg, ade motor dtg & lepas bukak ikatan tgn B, baru dia blah.
Siangnya baru B buat laporan polis & lepas tu barulah pihak company psg gril kat rumah tu
Kira B bernasib baik jugakla.. Mujur dia tak dibunuh dulu... atau dirogol..
Lepas blk dr kg & dgr crita B, langsung mulberi tak boleh tido mlm.. Takuttt.. Org lain yg kena, org lain yg trauma.. Apetah lagi tgk kesan2 darah.. & kesan tapak kakikat dinding (mamat tu masuk ikut tingkap bilik air)
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 08:06 PM | Show all posts
hishh..sib baik dia tak usik housemat mulberi ni..tp kan mulberi, bunyi2 bising ni tak work sebenarnya..kalau org tu nak masuk rumah kita, creative nak mampus..

my friend kena, masa hujan lebat..masuk ikut pintu belakang tu, guna tong gas pecahkan..lepas tu attack maid dia..dia cam dgr bunyi bising, so check..turun dh nampak 3 indon guys..lps tu, they all kejar dia ke atas dgn tong gas tu nak hempuk dia..she has  5 month old baby time tu, and hubby lak outstation ke UK..

sib baik tak usik dia gak..tp time2 camni, u baik camne ngan neighbors pun, neighbors tak dgr..hujan lebat kan..

my friend's cousin kena camni lak..the robbers played with the alarm for several nites..so tuan rumah igt alarm tu faulty. sbb dia check, takde org kan..so one nite tu, after the alarm dh berbunyi, he off the alarm, then time tu la the robbers masuk n ikat..

doa la byk2..i ni tgh paranoid so next week hubby outstation, nak gi lepak rumah inlaws..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 09:27 PM | Show all posts

Reply #64 Ariys21's post

TQ...playing with the alarm??? Itu taktik baru tu...terima kasih sebab
memaklumkan pada yang lain kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 09:39 PM | Show all posts
Asalamualaikum...
i tinggal kat lower ground flat so semua serba serbi senang kena..
waktu we all balik Mesia.. risau ati sesangat nak tinggalkan rumah..
so husband tulis surat kat housing association dan polis. Grill takder sbb klau nak pasang grill kena ada surat kebenaran dr housing n police..
dipendekkan citer.. jiran yg bagos2 semua dah pindah rumah.. kecuali yg tinggal kat sini semua jenis jiran bengong..
kami beli lampu bilik tido utk semua ruang... satu bilik satu lampu dan switch yg ada timer.. korang bleh dptkan kat tesco atau kat kedai electric..
so kami set jam.. yg bilik nie kol berapa lampu on.. semua lampu tu ada different time dia on n off..
so selama sebulan la my house terang benderang tanpa lampu..
mail pulak kami dah redirect ke pejabat pos selama sebulan. murah je service nie dlm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2007 10:21 PM | Show all posts
Originally posted by eva at 1-11-2007 08:39 AM
Asalamualaikum...
i tinggal kat lower ground flat so semua serba serbi senang kena..
waktu we all balik Mesia.. risau ati sesangat nak tinggalkan rumah..
so husband tulis surat kat housing as ...


kami kalau bercuti lama, me bagi kunci kat jiran me..
dialah siramkan pokok bunga, simpankan mail.
bukak lampu luar...
itu sebenar pasal ada bunga dalam rumah ni , kalau tak da bunga tu...
tinggal camtu aje, selamat alhamdulilah sbb laki me masa bujang
selalu tinggal rumah ni bercuti sampai 4 bulan camtu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 10:26 PM | Show all posts
Tadi baru helang perasan yang helang keluar rumah jalan2 ke kedai berdekatan without locking my pintu rumah! alhamdulillah tak jadi apa2. Tapi nasib baik jugak nak masuk apartment ni, kat luar ada pintu berkunci jugak. style apartment kat UK mmg camtu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2007 03:46 AM | Show all posts
myself pun rs xselamat je dlm umah sendiri.....tp always bawak spray nyamuk waktu tido.  kalau ada apa terus spray je muka org jahat tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2007 04:00 AM | Show all posts
Originally posted by faraway at 1-11-2007 10:21 PM


kami kalau bercuti lama, me bagi kunci kat jiran me..
dialah siramkan pokok bunga, simpankan mail.
bukak lampu luar...
itu sebenar pasal ada bunga dalam rumah ni , kalau tak da bunga t ...

did it before bagi kunci kat org hubby kenal..
dia dtg rumah time otak tak betul = mabuk..
so bila dia pulang dia terlupa kunci pintu kitchen
apa lagi... pencuri nampak pintu terbuka luas...
abis harta benda.. sib baik tu b4 kahwin ngan i
kalau ikut i.. every inch tingkat i nak bubuh broken glass..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2007 04:01 AM | Show all posts
Originally posted by HelangMerah at 1-11-2007 10:26 PM
Tadi baru helang perasan yang helang keluar rumah jalan2 ke kedai berdekatan without locking my pintu rumah! alhamdulillah tak jadi apa2. Tapi nasib baik jugak nak masuk apartment ni, kat luar ad ...

ic elok la tu helang....
sib baik dpt mat salleh baik ati..
kat my place nie mostly mat salleh iri hati
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2007 09:38 AM | Show all posts
dalam umah ni bahaya kiri kanan...

berhati2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2007 07:39 AM | Show all posts
Memangla kan.. org kate, kalau dh nak kena tu, kat mane2 pon boleh. Tapi kita sebagai manusia ni, kena la ikhtiar utk mengelakkan perkara yg tak diingini.

My sis dah 3 kali org pecah masuk rumah dia. Masa bujang 2 kali & masa dah kawen sekali. (Di rumah yg berlainan). Sian gak kat dia, sampai fobia lak. Kdg2 husben dia pegang dia tgh mlm pun dia leh terkejut.. Igt ade org masuk... Tapi so far yg dia kena, org tu tak pernah sempat amik ape2 tp of cos la terbayang2 susuk tubuh yg masuk dlm rumah dia..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2007 09:38 AM | Show all posts
huhuhu, bagus betul thread nih secara tak langsung emo dpt some ideas untuk prevent pecah rumah, rompak ni semua....

selain dari doa2 yang kawan2 kita cakap, ada lagi satu doa yang boleh diamalkan...al-kautsar...baca 10 x sebelum tido, waktu nak keluar rumah, waktu kunci kereta sbgai contoh...untuk pelihara keselamatan dan harta-benda...

teringat emo citer my sis....one day tu diorang keluar rumah, ntah macamana tak tahulah kenapa diorang boleh terlupa nak tutp pintu dapur.  Rumah my dad nih memang rumah sebijik yang ada laman...so memang obviously terbukak cenggitu je....diorang pergi anak beranak bercuti selama 3 hari.

bila balik rumah diorang jumpa sorang mamat india..bukak je pintu depan terus mamat india nih sujud2 kat my dad, mintak maaf...rupanya dia tak boleh keluar rumah...dia tak jumpa pintu rumah ....so, duduk dlm rumah tu tak makan tak minum sebab takut sangat  

kesian le pulak emo dengan sipencuri nih. Ceritanya, dia tk berniat nak curi sebenarnya, tapi masa dia lalu ikut jalan belakang, ternampaklah pintu tu terbuka, esok lalu lagi tengok pintu terbuka lagi...so dia dah tahu takde orang kat rumah, so masuk dlm rumah dgn niat nak curi apa2 yang patut...last2 terperangkap le pulak sampai my dad balik....sian gak bila fikir2 balik...

my dad ada amal doa-doa tertentu, al-kautsar nih antaranya....nanti kalo ada masa emo try dptkan doa yang diamalkannya...kongsi kat sini...InsyaAllah (emo bab hafal doa yang paling tak larat so me take yang simple2 je)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2007 11:55 AM | Show all posts

Reply #74 hemorion's post

Menarik emo. Pernah juga dgr cerita ada sorg pencuri ni dia berenang2 kat atas lantai seolah2 dia berenang2 kat sungai.
Setakat ni me cuma amal ayat Kursi je dan 4 Qul. Jgn lupa letak kat sini doa2 tu. Me dah lama cari.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2007 01:12 PM | Show all posts

Reply #74 hemorion's post

bagus la babe....lu cadang amalkan pembacaan....

ada separuh tu dok gantung ayat-ayat suci kat dinding...gua pernah dengar Ustaz Harun Din cakap masa rancangan Anita....ayat-ayat suci bukan untuk digantung sebagai hiasan...coz nama pun ayat-ayat suci Al-quran...taakan disama tarafkan dengan perhiasan dinding....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2007 02:37 PM | Show all posts
Antara amalan yang baik diamalkan utk keselamatan diri dan keluarga...

artikel ni saya dapat dalam forum ni gak..

apapun kita hanya berusaha.... Allah menentukan segalanya..


BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
i.    Al-Muawwizat
ii.   Ayatul Kursi
iii.  Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv.  Ayat Berkubu
v.  Ayat Penggerak



1.0  AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

BACAAN
Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas


CARA AMALAN
1.   Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2.   Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3.   Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
4.   Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5.   Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6.   Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari



2.0  AYATUL KURSI

BACAAN


Terjemahan;

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.  Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar (Surah Al-Baqarah ayat  255)

CARA
1.  Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2.  Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3.  Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2007 02:38 PM | Show all posts
3.0 AYAT  1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN

BACAAN


Terjemahan:

(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

CARA
1. Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2007 02:41 PM | Show all posts
4.0 AYAT BERKUBU

BACAAN


Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad Rasulullah.

CARA
1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
3.  Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4.  Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
5.  Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.



5.0  AYAT PENGERAK

BACAAN



Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA
1.  Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2.  Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2007 09:27 AM | Show all posts
Alhamdulillah..  Dpt byk ilmu.. TQ.. TQ...Kena amalkan nih..
Lagi, jgn lupa ayat 1000 dinar.. & mulberi sendiri selalu amalkan doa Abi Darda'  doa pelindung keluarga & harta dr kebakaran & malapetaka ( ada dlm buku manzil)

Ade sekali tu, mulberi & family blk kg 4 hari. Terlupa nak kunci & magga grill (pintunya mulberi kunci). Sape2 lalu depan rumah memang boleh nampak grill tu tak bermangga tapi Alhamdulillah.. tak ape2.. tapi lain kali hati2 gak.. jgn diulang kesilapan serupa.. Skali memang tak sengaja, tapi 2 kali sajeee mengundang bahaya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.104521 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list