Originally posted by babygina at 9-11-2007 12:27 AM
Tulah org melayu lebih 'arab' dari org arab.
Bukan orang melayu "lebih Arab" dpd orang Arab. Orang Melayu (sebahagian) hanya mahu menghayati dan mengamalkan ajaran Islam lebih daripada (sebahagian) orang Arab . Berketurunan Arab tak bermakna "lebih Islam" daripada bangsa lain. Yang baru masuk Islam pun ramai yang lebih menghayati Islam daripada orang yang Islam keturunan.
Janganlah jadikan orang Arab yang hidup gaya barat ini sebagai contoh Islam sebenar! Islam bukan milik orang Arab dan Arab tak semestinya Islam. Ramai orang Arab sekarang ini lebih sekular dan lebih barat darpd orang barat sendiri