|
60# Fast-N-Furious
yg fire extinguisher mini tu rata2 dry powder kan? |
|
|
|
|
|
|
|
selingan....berita bln 7
Rentung dalam kereta
Oleh Abdullah Wahab
[email protected]
CYBERJAYA: Menyayat hati apabila seorang wanita yang cuba menyelamatkan diri keluar dari kenderaannya yang terbakar ditemui rentung selepas gagal berbuat demikian dalam kemalangan berhampiran persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Apec, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8.25 pagi, mayat mangsa, Nurzihanie Shafie, 27, ditemui rentung di pintu kanan tempat duduk belakang dipercayai cuba menyelamatkan diri.
Malah, lebih memilukan mangsa yang bekerja sebagai pembina laman web di sebuah syarikat yang terletak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian itu dikatakan baru habis pantang.
Ketua Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata siasatan mendapati mangsa yang memandu sebuah kereta Proton Gen.2 dari arah Sri Kembangan ke Cyberjaya terbabas ke kiri jalan dan melanggar pokok kelapa sawit sebelum berpusing beberapa kali dan masuk ke laluan sama.
“Pada masa sama sebuah Proton Wira dipandu seorang wanita berusia 30-an gagal mengelak sebelum merempuh kenderaan mangsa.
Akibat perlanggaran itu, kereta dinaiki mangsa terbakar dan orang ramai yang cuba menghulurkan bantuan kepada mangsa gagal,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Satu jentera Bomba dan Penyelamat turut dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.
Che Hussin berkata, mayat mangsa ditemui di tempat duduk belakang dan pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa cuba menyelamatkan diri sejurus nahas.
“Polis juga tidak menolak kemungkinan kenderaan itu dipandu laju sebelum terbabas berdasarkan beberapa kesan brek di tempat kejadian.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala pemandu Proton Wira dikejarkan ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) kerana trauma akibat kejadian itu,” katanya menambah mangsa tinggal di Seri Kembangan.
Akibat kemalangan itu, kesesakan teruk hampir lima kilometer berikutan kejadian berlaku pada waktu puncak dan orang ramai berpusu-pusu ke tempat kerja.
Sementara itu, dalam kemalangan berasingan kelmarin, Che Hussin berkata, dua lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas terbabit kemalangan di Kampung Sungai Buah, Jalan Kajang-Dengkil, Sepang (Jalan Bangi Lama).
Menurutnya, ketika kejadian kira-kira jam 11.30 malam semua mangsa yang juga warga Indonesia berusia 25 tahun dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah tidak jauh dari situ.
“Pemandu kenderaan terbabit dikenali sebagai Andisyah, 25, mati di tempat kejadian, rakannya, Penerangan, 25, mati dalam perjalanan ke hospital, manakala penumpang belakang, Syawal, 25, kritikal dan semua mereka dikejarkan ke Hospital Kajang.
extra:
2nd from left
takziah & alfatihah |
|
|
|
|
|
|
|
masyaAllah takziah utk keluarga mangsa,
dan AL-Fatihah utk mangsa,
pss:-
yang terlibat kemalangan keta Proton gak ye..
hu4..mesti kereta Proton..hurm..kena badi ke Proton nih? |
|
|
|
|
|
|
|
Empat sekeluarga terkorban
ANGGOTA bomba memeriksa kereta yang hangus dalam kemalangan di Kilometer 123 Jalan Jerangau-Jabor, Kemaman kelmarin.
Mohd. Syafiq Baharuden (kanan) menenangkan adiknya Mohd. Sufian dan Mohd. Suhaimi (kiri) yang sedih dengan kematian ibu bapa, nenek dan adik mereka ketika ditemui di Kampung Kesom semalam. Empat beranak itu maut dalam kemalangan jalan raya di KM 123 Jalan Jerangau-Jabor, Kemaman petang kelmarin. - Gambar AZLAN BAHARUM
KUALA TERENGGANU - Empat sekeluarga maut termasuk tiga daripadanya rentung, manakala tiga lagi anggota keluarga itu cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan sebelum terbakar dalam kejadian di KM 123, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Padang Kubu Kemaman kelmarin.
Mangsa yang maut ialah pemandu kereta Proton Saga Aeroback, Baharuddin Taib, 45, isterinya, Maimun Ibrahim, 40, anak pasangan itu Mohd. Nor Firdaus, 2, dan ibu Baharuddin, Esah Salleh, 80-an.
Tiga mangsa rentung akibat terperangkap dan terbakar dalam kenderaan manakala mayat Esah berjaya dikeluarkan oleh orang ramai sebelum api marak.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kemama,n Deputi Supritendan Abdul Marlik Hakim berkata, empat lagi anak pasangan berkenaan yang cedera parah iaitu Aidil Sahidan, 12, Aishah Nabilah, 10, Ekmal Rizal, 8, dan Aishah Natasya, 4, dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu. |
|
|
|
|
|
|
|
63# dune1989
ni pong proton gak.....risau gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau korang nak tau,
beberapa hari nih kan banyak kereta eksiden terbakar,
mostly proton, ada gak van terbakar,
asal proton je terbakar??
kalau orang tuh isi minyak full tank,
dan masa tuh dia kemalangan,
kebarangkalian kereta terbakar adalah tinggi ke?
sape leh terangkan secara am/saintifik kes2 kereta terbakar akibat kemalangan? |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu...takutnye.....x smua proton la...yang kat atas tu honda accord...... |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu...takutnye.....x smua proton la...yang kat atas tu honda accord......
220796 Post at 25-10-2009 07:30 PM
saya setuju kak,
takkan sume keta proton camtuh,
mesti ada penjelasan saintifiknye..
dulu pon penah gak toyota avanza terbakar..
masa tuh kat area jalan tun razak..
dekat je dgn rumah saya..
saya pon penah la google kat internet..
even kereta masserati ke ferrari collide ngan ape dah terbakar hancur..
kak tadi masa balik dari KL ke Ipoh,
ada beberapa kereta eksiden saya perasan,
area selepas flyover Rawang yg menuju ke KL,
ada kereta saga LMST tercium pagar besi lane kanan,
tergelincir kot,
masa tuh hujan kak area tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
memang lar tak semua, kalau semua proton asal eksiden jer terbakar, kaya lar proton, sale makin tinggi sebab kete banyak terbakar..
tapi majoriti semenjak dua menjak nie, kete cap Persona ngan Gen2 nie ler yg terbakar.. |
|
|
|
|
|
|
|
memang lar tak semua, kalau semua proton asal eksiden jer terbakar, kaya lar proton, sale makin tinggi sebab kete banyak terbakar..
tapi majoriti semenjak dua menjak nie, kete cap Persona ngan Gen2 ...
Fast-N-Furious Post at 26-10-2009 08:06
strategi bisnis nie |
|
|
|
|
|
|
|
nanti orang kata car from hell!! |
|
|
|
|
|
|
|
mati terbakar ketegori mati syahid gak... |
|
|
|
|
|
|
|
Keta local paling ramai dan banyak org mampu beli pasal tue banyak yg terbakar hehehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
aku penah baca dulu,
mati dalam kemalangan antara mati yang baik,
tapi papepon aku harap aku mati dalam keadaan yang baik,
cuaknye |
|
|
|
|
|
|
|
....nak buat camner dah ler murah...cikai pulak tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum raya hari tue kat TV berita sebiji Toyota apa ntah terbakar juga....
Keta sekarang besi lembut pasal target nak ringan dan jimat minyak serta pick-up kuat....
Mercedes sekarang pun tak keras mcm keta lama2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|