|
kat mana nak cari seafood yg sedap kat PD.. any suggestion.. |
|
|
|
|
|
|
|
Terumbu karang imej baru Port Dickson
Oleh Ahmad Naim Tahir
AKTIVITI melihat karang laut di pantai Port Dickson
semakin rancak ekoran persekitarannya yang bersih.
Dengan hanya beberapa meter dari pantai, pengunjung mampu melihat keunikan hidupan laut
TERUMBU karang yang cantik dan berwarna-warni biasanya dikaitkan dengan perairan Pulau Layang-Layang, Manukan, Tioman, Perhentian dan Langkawi. Namun, Selat Melaka turut menyajikan keajaiban dasar laut yang belum diteroka sepenuhnya.
KEINDAHAN karang setanding
pulau peranginan lain.
Di Port Dickson yang disajikan hamparan pantai sepanjang 40 kilometer, pengunjung tidak perlu bersusah payah melihat terumbu karang. Dengan hanya beberapa meter dari pantai, anda sudah mampu melihat keunikan dan tumbesaran karang laut yang terdiri daripada pelbagai spesies.
Terpegun rasanya kerana di pantai itu ada khazanah laut yang begitu indah, mampu menjadi satu lagi produk pelancongan berharga, terutama kepada penggemar aktiviti snorkling dan menyelam.
Keindahan kawasan terumbu karang, ikan dan makhluk lain yang mendiaminya sukar digambarkan. Ia seperti dipindahkan ke dunia baru yang penuh warna dan keajaiban alam apabila ikan pelbagai spesies menyentuh jari dan badan tanpa rasa takut. Untuk beberapa ketika, berada dalam dunia yang berbeza.
Ketika imej Port Dickson sebagai pusat perkelahan di Pantai Barat kian tertekan berikutan giatnya pembangunan destinasi pelancongan di Bagan Lalang, Morib atau Kelanang di Selangor, khazanah dasar laut di sekitarnya menjadi penyelamat untuk menggamit kedatangan pengunjung.
Di Tanjung Tuan, misalnya ada terumbu karang paling besar dengan ukuran 232 meter persegi, setanding terumbu di Langkawi, Tioman dan perairan Sabah. Malah bentuk karang sama cantik seperti di perairan Pulau Layang-Layang, Manukan, Tioman dan Langkawi.
Kajian menunjukkan ada 13 terumbu karang jenis Atol, 135 spesies karang laut hard coral dan soft coral seperti sarcophyton sp, euphyllia ancora, goniopora sp dan B-symphyllia radian. Malah pantai Port Dickson juga diserikan lebih 150 spesies ikan hiasan yang cukup cantik.
Lebih setahun lalu, penyelidik mengesan kewujudan semula karangan laut di perairan PD, sekali gus menarik perhatian Kerajaan Negeri Sembilan yang tidak mahu melepaskan peluang mengambil kesempatan itu untuk menarik lebih ramai pelancong.
Jika mengambil kira karangan laut hanya membesar beberapa sentimeter setahun, saiz yang dilihat kini menggambarkan ia sudah mula melata sejak lebih tiga tahun lalu.
Pensyarah Jabatan Biologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Ahmad Ismail yang menjalankan penyelidikan di situ, berharap karangan laut akan memenuhi semula perairan berkenaan seperti lebih 30 tahun lalu.
Katanya, kemusnahan khazanah marin terbabit di perairan itu sebelum ini antara lain disebabkan kurangnya kesedaran masyarakat yang sebelum ini bebas mengutip karangan untuk dijual, terutama kepada pelancong asing.
Fellow Institut Kajian Laut dan Biologi Akuatik Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem), Dr Zaleha Kassim, juga mempunyai pendapat sama dan berharap usaha pemuliharaan segera dilakukan.
Beliau yang turut menjalankan penyelidikan hidupan marin di perairan itu sejak 1995, berkata punca lain menyebabkan karang laut di perairan itu hampir pupus adalah kerana terlalu banyak aktiviti di kawasan perairan dan pantai.
"Kita perlu memulihara hidupan ini seperti mewujudkan habitat pembiakannya melalui tukun selain bergantung kepada rangka beberapa kapal karam sedia ada kerana karang laut amat bernilai tinggi dan berpotensi menjadi produk pelancongan," katanya.
Penggiat aktiviti menyelam merangkap Pengarah Operasi Ocean Element Sdn Bhd, Kamarul Arifin Zainal, juga yakin PD mampu menambah senarai lokasi menyelam untuk penggiat aktiviti berkenaan.
"Lokasi aktiviti ini selama ini hanya di sebelah Pantai Timur. Jika musim tengkujuh beralih ke Pulau Payar di Langkawi atau lebih jauh ke perairan sempadan antarabangsa.
"Jika PD mempunyai khazanah marin menarik, ia berpotensi menjadi tumpuan penyelam dari dalam dan luar negara. Dari Kuala Lumpur juga tidak begitu jauh," katanya.
Menyedari potensi berkenaan, Timbalan Pengerusi Portfolio Pelancongan Negeri Sembilan, Mohd Faizal Ramli menyarankan penubuhan jawatankuasa khas bagi memantau perkembangan karangan laut itu.
"Terumbu karang di sini pernah berjaya menarik pelancong asing ke PD lebih 30 tahun lalu, tetapi ia tidak begitu dipromosi dan perkembangannya juga tidak dipantau.
"Bagaimanapun, kerajaan negeri kini merangka promosi aktif berhubung kelebihan ini supaya dapat menyemarakkan lagi industri pelancongan di sini walaupun PD sudah popular," katanya.
Mohd Faizal, anak jati PD yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang, berkata karang laut memberikan pilihan kepada pelancong yang selama ini hanya berkelah seharian dan jarang bermalam di pantai peranginan itu.
Sementara itu, tinjauan ke beberapa lokasi antara 200 meter hingga 10 kilometer dari pantai Batu 9, PD mendapati karangan laut di situ menyediakan peluang untuk aktiviti snorkling dan menyelam.
Ketua Pegawai Eksekutif D'Pantai Resort, Mior Shariman Moksin, berkata kewujudan khazanah marin itu bakal memberi manfaat besar kepada pengusaha pusat peranginan di PD.
"Selain dapat menarik pelancong menginap untuk tempoh lebih lama, pengusaha sektor perhotelan dapat merangka aktiviti sampingan untuk pelancong ke lokasi terumbu karang bagi aktiviti snorkling dan menyelam," katanya.
FAKTA: Terumbu karang di Port Dicson
Kawasan paling banyak karang laut di sekitar Pulau Burung, Telok Kemang, pantai berhampiran Hotel Gouman, D'Pantai Resort dan Tanjung Tuan.
Terumbu karang di Tanjung Tuan paling besar dengan ukuran hampir 232 meter persegi dan setanding terumbu di Pulau Langkawi, Tioman dan perairan Sabah.
Karang sama cantik seperti di perairan Pulau Layang-Layang, Manukan, Tioman dan Langkawi.
Ada 13 terumbu karang jenis Atol, 135 spesies karang laut hard coral dan soft coral seperti sarcophyton sp, euphyllia ancora, goniopora sp dan B- symphyllia radian.
Pembentukan karang Atol kebanyakannya dipengaruhi arus lautan yang seragam dan sekala sepanjang tahun.
Ia juga terbentuk berikutan kandungan hasil nutrien air laut yang tinggi dari aliran Sungai Linggi di selatan dan Sungai Sepang di utara, sekali gus menjadikan kebanyakan karang berwarna coklat, hijau dan kekuningan.
Sekitar terumbu karang menjadi habitat 150 spesies ikan hiasan seperti clown anemone fish, golden trevally, razor fish dan kuda laut. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Haiwan jinak tarikan baru PD
Oleh Hussain Said
Ada 30 spesies burung termasuk merak, mas mongolia, burung kakak tua di ladang burung unta
PD lagi, bosannya! Itu mungkin kesimpulan sesetengah pihak yang beranggapan PD, singkatan popular Port Dickson hanya ada laut dan pantai, tiada yang lain daripada itu.
Salah tanggapan itu kerana daya tarikan PD sebenarnya menjangkau lebih daripada pantai dan laut, cuma perlu menghabiskan lebih sehari jika mahu meneroka semua keistimewaan itu.
Bosan dengan pantai, cubalah bermain paint-ball, menunggang kuda, melihat pelbagai haiwan liar seperti buaya dan monyet atau menyusuri Sungai Linggi melihat sang buaya berjemur.
Apa anda perlu lakukan ialah mendapatkan maklumat terperinci mengenai semua daya tarikan itu daripada agensi berkaitan seperti Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan (MTPNS) atau Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia.
Penginapan bukan masalah kerana puluhan hotel tersergam di sepanjang pantai PD, pilihan mengikut selera sendiri dari bertaraf budget hingga bertaraf lima bintang.
Antara pusat peranginan yang sering menjadi pilihan pelancong kerana keunikan reka bentuk dan dekorasinya ialah Selesa Beach Resort (SBR) yang diuruskan Johor Corporation.
Keistimewaan resort ini yang dulunya dikenali sebagai Regency Hotel & Resort ialah kerana reka bentuk bumbungnya berkonsep Minangkabau, lazimnya hanya boleh dilihat pada rumah tradisional di Negeri Sembilan.
Bentuk bumbung yang meruncing di bahagian atas seperti tanduk kerbau adalah identiti SBR sehingga menjadi tumpuan pelancong tempatan dan asing singgah sebentar mengambil gambar bangunan itu.
SBR menjadi tumpuan pelancong tempatan dan
asing kerana reka bentuk bumbung berkonsep Minangkabau.
Pengurus Besarnya, Mohd Ibrahim Kadir, mengakui reka bentuk Minangkabau itu menjadikan resort berkenaan popular dan unik berbanding kemudahan penginapan lain di kawasan peranginan itu.
揃agaimanapun, kita tidak hanya mempertaruhkan keunikan Minangkabau dalam memikat pelanggan kerana pelbagai keistimewaan lain ada di sini supaya sentiasa diingat pelanggan, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
mamakcute This user has been deleted
|
Saya bersetuju dgn apa yang di perkatakan oleh MF tentang kedaan pantai2 di PD. Ada beberapa perkara yang suka saya tambah lagi... kebanyakkan orang yang berkeluarga lebih suka berkelah di pantai batu 4 kerana keadaan pantai nya yang lebih landai dan sesuai dgn anak2 kecil. Manakala orang orang dewasa lebih suka mandi di Pantai Teluk Kemang (batu 8) kerana ia nya lebih curam dan dalam.
Tarikkan pada malam minggu ia lah pasar malam dekat batu 4 yang di kendalikan 100% oleh orang2 Melayu. Banyak makanan dan sayuran dari kampung yg di jual di situ.
Lagi satu perkara, di PD ada Muzeum Lukut(masuk percuma) yang mempamerkan banyak bahan2 berkaitan bijih timah. Di atas Muzeum Lukut pula terletak Kota Lukut.
credit : http://forum.cari.com.my/viewpro.php?uid=24547 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
mamakcute This user has been deleted
|
General route:
No matter where you are, first get yourself on the PLUS North-South Highway.
Exit from the highway at the Port Dickson Exit.
Follow road sign and go heading to Port Dickson.
After about 2km exit from PLUS highway, you will be on the Seremban Port Dickson Highway (SPDH).
You will be paying RM2.90 at the toll plaza when entering the SPDH.
You may then refer and follow this route map:
From KLIA:
If you are coming from KLIA, you should first find the way to Sepang. Sepang is about 20 km from KLIA.
When you arrive at Sepang, you actually arrive at a T junction, turn left heading to Port Dickson.
After about 20 km, you will arrive at another T junction at Lukut Town.
At this point, you may refer to the route map. |
|
|
|
|
|
|
mamakcute This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
mamakcute This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
mamakcute This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
rindu kat pd.....2 tahun duduk sana.....rindu....tengok gambar2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Percutian ala koboi
Oleh Ahmad Syahrul Derauh
[email protected]
KESERONOKAN menikmati percutian di sebuah resort yang berkonsep sebuah kawasan koboi serta dipenuhi aktiviti lasak adalah satu konsep percutian yang berbeza yang terdapat di Malaysia.
Malah, konsep sedemikian mungkin dianggap luar biasa bagi sesetengah orang, namun bagi mereka yang jemu dengan suasana resort yang dilengkapi kemudahan moden, percutian ala koboi adalah sesuatu yang terbaik untuk mencuba.
Konsep percutian ala koboi di Eagle Ranch Resort (Eagle Ranch) di Port Dickson, Negeri Sembilan bakal menjadikan percutian menyeronokkan kepada pengunjung yang meminati aktiviti lasak.
Terletak kira-kira 14 kilometer daripada bandar Port Dickson, ia mengambil konsep resort ala Koboi di Melbourne, Australia, Eagle Ranch dan menjadi satu-satunya resort berkonsepkan sedemikian di negara ini.
Eagle Ranch meliputi kawasan seluas tujuh hektar dan terpinggir daripada kesibukan kota menawarkan beberapa bilik berkonsepkan penginapan susana koboi iaitu chalet, kabin dan dorm.
Walaupun konsepnya tradisional barat, biliknya diubah suai bagi keselesaan pelanggan dan dilengkapi hawa dingin, televisyen dan air panas.
Paling menarik ialah bilik penginapan berbentuk khemah bulat yang dikenali 'tepees |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sapa nak jadi koboi, jemput dtg ke n9 |
|
|
|
|
|
|
|
PD Ostrich - Ada 30 spesies burung termasuk merak, mas mongolia, burung kakak tua
Ada 30 spesies burung termasuk merak, mas mongolia, burung kakak tua di ladang burung unta
PD lagi, bosannya! Itu mungkin kesimpulan sesetengah pihak yang beranggapan PD, singkatan popular Port Dickson hanya ada laut dan pantai, tiada yang lain daripada itu.
Salah tanggapan itu kerana daya tarikan PD sebenarnya menjangkau lebih daripada pantai dan laut, cuma perlu menghabiskan lebih sehari jika mahu meneroka semua keistimewaan itu.
Bosan dengan pantai, cubalah bermain paint-ball, menunggang kuda, melihat pelbagai haiwan liar seperti buaya dan monyet atau menyusuri Sungai Linggi melihat sang buaya berjemur.
Apa anda perlu lakukan ialah mendapatkan maklumat terperinci mengenai semua daya tarikan itu daripada agensi berkaitan seperti Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan (MTPNS) atau Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia.
Penginapan bukan masalah kerana puluhan hotel tersergam di sepanjang pantai PD, pilihan mengikut selera sendiri dari bertaraf budget hingga bertaraf lima bintang.
Antara pusat peranginan yang sering menjadi pilihan pelancong kerana keunikan reka bentuk dan dekorasinya ialah Selesa Beach Resort (SBR) yang diuruskan Johor Corporation.
Keistimewaan resort ini yang dulunya dikenali sebagai Regency Hotel & Resort ialah kerana reka bentuk bumbungnya berkonsep Minangkabau, lazimnya hanya boleh dilihat pada rumah tradisional di Negeri Sembilan.
Bentuk bumbung yang meruncing di bahagian atas seperti tanduk kerbau adalah identiti SBR sehingga menjadi tumpuan pelancong tempatan dan asing singgah sebentar mengambil gambar bangunan itu.
SBR menjadi tumpuan pelancong tempatan dan
asing kerana reka bentuk bumbung berkonsep Minangkabau.
Pengurus Besarnya, Mohd Ibrahim Kadir, mengakui reka bentuk Minangkabau itu menjadikan resort berkenaan popular dan unik berbanding kemudahan penginapan lain di kawasan peranginan itu.
揃agaimanapun, kita tidak hanya mempertaruhkan keunikan Minangkabau dalam memikat pelanggan kerana pelbagai keistimewaan lain ada di sini supaya sentiasa diingat pelanggan, |
|
|
|
|
|
|
|
alahai ... rindunya biler tengok gambo2 kat pd tu. selepas 20 tahun, tahun lepas baru lah
dapat pegi sana balik. banyak betul tempat yg berubah especially lukut. |
|
|
|
|
|
|
|
PD WORLD MARINA RESORT
Ada sesiapa yg pernah menginap kat resort ni tak?
Kalau ada , berikan komen anda mengenai tempat ini...
Pendapat dan komen anda amatlah dialu-alukan...
[ Last edited by hazak at 26-2-2007 04:47 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tempat ni dale sangat...tapi murah...MBF yang build buidling ni...most owners is singaporean....they bought this property for investment....no beach but most people go to swimming pool...yang cantik sikit PD Marina Condo 6...the rest hopeless |
|
|
|
|
|
|
|
pernah pergi kat sini .. apartment dia masa sewa aritu boleh la ...
RM160 camtu kot utk 1 bilik .. sebab gi masa peak time .. tak ada choice terpaksa gak sewa ...
tapi mam tersorok dan beach dia tak elok ... nak mandi kena gi kat teluk kemang ... |
|
|
|
|
|
|
|
pernah gak menginap di sini rege satu mlm RM120 bleh la utk tidur. swimming pool ok tp persekitan mcm tak terjaga. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Beyond at 22-2-2007 01:15 PM
pernah gak menginap di sini rege satu mlm RM120 bleh la utk tidur. swimming pool ok tp persekitan mcm tak terjaga.
aku setuju.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|