|
[Pelbagai]
Promo & Aktiviti Dunia Buku/Sastera - 13 Apr : Bengkel Penulisan
[Copy link]
|
|
from my mail..
Hi all,
A new entertainment weekly is looking for a junior
writer. The person must like music and movies, is a TV
addict as well as a sport enthusiast (football,
especially). Would help if he/ she is a little crazy
too
Fresh grads encouraged. Pass the word around.
Interested, call Christine at 03-2092 2033 or email
her at [email protected] with the subject
"I'm interested to slave for you"
Hope to hear from some of you soon...
Christine |
|
|
|
|
|
|
|
Raja Ahmad Aminullah- Menyarung Jiwa...
Buat peminat sastera..genre- sajak...buku yg baru diterbitkan...
Raja Ahmad Aminullah started writing way back in 1972, but for reasons unclear even to himself, the poems have been set aside, hidden under the cover of time that is adept at the art of concealing.
Prior to this publication we have been denied access to them. These poems turn out to be sketches of a rather large space, within a time span that is equally long. This tireless poet has been jotting down his thoughts and feelings on paper for 30 years, from 1972 to 2004.
The breed of new Malaysians who write, first, in their village or city, then travel to far away continents, perhaps to study, or to search for meaning, are few in numbers. Though they may write on their local environments, they often sense the need to express the sufferings and anguish of those who reside far beyond their borders as well. Such a Malaysian poet is a citizen of the world even if his words and souls are locally rooted and nourished.
- Prof. Muhammad Haji Salleh |
|
|
|
|
|
|
|
Silverfish Holiday Lit Camp (New)
Silverfish Holiday Lit Camp for children, from the ages of 8-12 from the 19th Nov to 18th Dec. Our past experience (when we held a children's short story writng competition) shows that children this age are extremely creative. Silverfish Holiday Lit Camp hopes to introduce them to the world of creative writing and good reading with a touch of drama. The camp will be held on Saturday afternoons from 2.00-4.00pm at Silverfish Books, Bangsar Baru. There will be no fee charged but the camp will be limited to not more than 12 children to allow more focus and also due to lack of space.We would like to run this camp for children who are genuinely interested in reading and writing, and who would like to do something interesting during their school holidays.
Please call Yeoh Phek Chin at Tel: 228 448 37 or email her at [email protected] for enquiries. But we will require parents to register their children with Silverfish Books not later than Saturday, 13th Nov though the places could fill up way before that. (Please bring along a story or any composition written by the child so that we may assess his/her suitablility of the camp).
30 October 2004
Silverfish Literary News - 1st Nov 2004 (New)
Silverfish Literary News (click here) has been expanded this month to include new pages for Lit Events (please send us information by email if you want your events - anywhere in the world - to be listed) and New Books.
While the latest Lit News include New Book by Da Vinci Code author, Narnia the Movie, Garcia Marquez' last laugh, the 2004 Booker, the Super Booker and Bill Bryson's Aventis Science Prize, the Lit Events page has two announcements.
Firstly there will be a Book Discussion in USM, Penang on the 3rd Dec on Fatimah Busu's Salam Maria at the Women's Research Development Centre, Universiti Sains Malaysia, from 9am to 11:30am. The speakers are: Dr. Ruzy Suliza Hashim (Universiti Kebangsaan); Dr. Maznah Mohamad (Director, Women's Research Development Centre); Dr. Wong Soak Koon (Independent Scholar). The meeting will be chaired by Prof. Muhammad Hj. Salleh.
And secondly, The Alliance Francais Book Festival will be on from the 18th Nov - 8th Dec. Included in the programme is a Detective Story writing competition, French books into movies and an evening with Lat. And it is not just about books either! Check out the menu for the 1st Dec event, Evening of Gastronomy.
And on the New Books page we have over 40 titles but the best must be the the long awaited Malaysia: A Pictorial History. This book, at RM99.00, is an absolute steal.
http://www.silverfishbooks.com/Silverfish/Version3/News/news.asp |
|
|
|
|
|
|
|
Literary Events
(If you have Literary Events you would like to highlight on this page, please email them to us at [email protected]).
BOOK DISCUSSION AND BOOK LAUNCH 27 October 2004
SALAM MARIA by Fatimah Busu
There will be a discussion of Dr. Fatimah Busu's new novel, "Salam Maria" (2004) on 3 December at the Women's Research Development Centre, Universiti Sains Malaysia, from 9 am to 11:30 am. The speakers are: Dr. Ruzy Suliza Hashim (Universiti Kebangsaan); Dr. Maznah Mohamad (Director, Women's Research Development Centre); Dr. Wong Soak Koon (Independent Scholar). The meeting will be chaired by Prof. Muhammad Hj. Salleh. Dr. Fatimah Busu will also be present to answer questions and speak briefly about her work. Please RSVP to Puan Marina or Puan Nor at 04-65388 (Ext. 3436) by 15th November if you are interested in coming.
There will be a light lunch served after the disussion and launch. (Please RSVP by 15 November)
ALLIANCE FRANCAIS BOOK FESTIVAL, 18 NOV - 8 DEC 2004 29 October 2004
October 15
Launching of the contest "POLE ART"
This contest consists in writing a short detective story (1,000 to 1,200 words) in French using the following 10 words: soupcon, passion, charme, 間o飐me, rideau, fourchette, gare, t閘閜hone, portable, jalousie, ascenseur
The contest rules are available at Alliance Fran鏰ise, or by email [email protected]
Submission deadline: December 1, 2004
Thursday, November 18, 8.30 pm
Cinema & Literature
Venue: HELP Institute |
|
|
|
|
|
|
|
sesapa yg berminat nak beli buku/novel...kontek casio...
baca link ni...
http://forum.cari.com.my/viewthr ... d=bOkDRy#pid4211594
satu lagik...Sepupu Bulan nak terbitkan buku cerita English kanak2 utk Thn 6
kira2 20 buah buku...so sesapa yg berminat...sila pm Bulan ek...
Buku2 ni kalau seswai akan dijadikan teks bacaan sekolah2 Contemporary Readers
for Year 6 ...utk pengajaran lit...tq.. |
|
|
|
|
|
|
wordware This user has been deleted
|
Microsoft Office Specialist Annual Challenge 2004!
Hey guys!! Has anyone got this email?? Just to share.. ;)
The MOS Annual challenge is on again and this time promising exciting gifts and benefits!
Please find below the challenge details:
Coverage: Nationwide
Stage 1: December 9, 2004 |
|
|
|
|
|
|
|
JUALAN MEGA BUKU TEKS
Bermula 17 DISEMBER
PARCEL E PUTRAJAYA
Pelbagai pihak akan menyertai |
|
|
|
|
|
|
|
18 Disember hingga 23 Januari 2005...if I'm not mistaken...
kat STADIUM NEGARA... |
|
|
|
|
|
|
|
from my mail...
Microsoft Office Press Books Year End Warehouse Sale (Discounts of Up to 75%)
Dear All,
It's that time of the year again!
Wordware is please to invite you for our 2nd MS Press warehouse
sale. The Sale is as detailed below,
Date : 6 |
|
|
|
|
|
|
|
jualan dawama (dbp) kat keramat - till 22/1/05 (mostly buku teks la) |
|
|
|
|
|
|
|
dr bod mod...
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) merayu orang ramai menghulurkan bantuan kepada mangsa kejadian ombak besar di Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan kawasan lain yang terjejas di negara ini.
Ombak besar itu berlaku ekoran gempa bumi kuat yang berlaku di utara Sumatera pagi Ahad.
"Bersama-sama dengan Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC), PBSM mengalu-alukan semua bentuk bantuan, wang tunai atau barangan, untuk membantu mangsa," kata Pengerusi Jawatankuasa Media PBSM Datuk Ahmad A.Talib kepada Bernama Ahad.
Cek atas nama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan ditulis Mangsa Ombak Besar di belakang cek boleh dihantar ke NPC atau mana-mana pejabat PBSM.
Sila hubungi 03-42578122 untuk sebarang pertanyaan.
Dua minggu lepas, PBSM dan NPC melancarkan tabung untuk mangsa banjir. |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan dr. bod mod...
Nak selit sikit:
Sesiapa yg ingin menyumbangkan pakaian utk mangsa Tsunami di Utara Malaysia, boleh lah menghantar pakaian tersebut ke tempat letak kereta .. bersebelahan Dataran Maybank, Bangsar antara jam 4:00 ptg hingga 6:30 ptg hari Jumaat 31/12/2004. Organiser event ini ialah pasukan 4X4 yang akan menghantar pakaian yg didermakan ke Kuala Muda, Kedah pada malam itu juga. Ini ialah trip ke 2 mereka.
Thanx pearl..
MALAYSIAN OFFROADERS (MOR)
MALAYSIAN AMATEUR RADIO EMERGENCY SERVICE SOCIETY (MARES)
MENGUMPUL SUMBANGAN PAKAIAN UNTUK KELUARGA MANGSA TSUNAMI
Kami adalah NGO, sedang dalam usaha untuk menyalur bantuan kepada keluarga mangsa-mangsa Ombak Besar TSUNAMI yang melanda pantai barat di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia. Oleh yang demikian kesempatan ini diambil untuk menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyumbang PAKAIAN baru atau lama mengikut keikhlasan masing-masing bagi menampung kegunaan para mangsa sementara menunggu bantuan-bantuan susulan dari pihak yang berwajib. Semoga sumbangan anda mendapat keberkatan. Terima kasih.
JENIS PAKAIAN YANG DI PERLUKAN :-
1) BAYI
2) KANAK-KANAK
3) DEWASA
PERINGATAN :-
SILA BUNGKUS DAN ASINGKAN MENGIKUT KATEGORI YANG DISEBUTKAN DIATAS. PASTIKAN PAKAIAN MASIH DALAM KEADAAN BAIK DAN TELAH PUN DICUCI.
SEMUA PAKAIAN AKAN DIKUMPULKAN DI:
LAPANGAN LETAK KERETA TERBUKA
DI SEBELAH MAYBANLIFE TOWER -TOWER C
DATARAN MAYBANK
BANGSAR
TARIKH : 31HB DECEMBER 2004 ( JUMAAT )
MASA : 4.30 HINGGA 5.30 PTG
SILA HUBUNGI : - AMIR HAMZAH DI TALIAN 016-2933329 UNTUK KETERANGAN LANJUT.
MALAYSIAN OFFROADERS |
|
|
|
|
|
|
|
sambung...
ini pulak dari email dari seorang kawan....
Berita muka depan Utusan Malaysia malam tadi
melaporkan bahawa jumlah korban Tsunami yang melanda
Asia sudah pun mencecah angka 55,000, jauh melebihi
angka 31,000 korban gempabumi besar yang melanda
wilayah BAM di Iran pada tarikh yang sama tahun lepas.
Masing-masing orang punya pandangan tersendiri
mengenai malapetaka ini; ada yang berpendapat bahawa
ianya adalah Bala daripada Tuhan yang Maha Kuasa, ada
pula yang berpendapat kejadian ini berlaku secara
semulajadi dan hanyalah bencana alam semata-mata. Saya
pula berpendapat apa yang berlaku ini ada hikmahnya
yang tersendiri.
Saya pernah dengar orang alim kata, Tuhan timpakan
malapetaka ke atas sesetengah orang, seperti Tsunami
ini, Tuhan nak uji tengok sama ada mereka bersabar
atau pun tidak dengan ujian yang dikenakan. Dan, Allah
jadikan kita terselamat dan tidak terlibat dalam bala
berkenaan, Allah nak uji tengok sama ada kita
bersyukur atau pun tidak dan mahu membantu
mangsa-mangsa yang terlibat.
Ringkasnya, adalah dirasakan, dari satu sudut, melalui
bala Tsunami ini Allah memberi peluang kepada kepada
orang-orang seperti kita untuk membuat pahala, jika
itu yang kita suka. Kerana itu, semalam saya dan
rakan-rakan, kami mula mengwar-warkan kepada
rakan-rakan sekerja, siapa yang punya barangan ingin
disampaikan kepada mangsa tsunami di Kuala Muda, kami
menawarkan diri untuk tolong mengumpul dan membawa
barang-barang sumbangan tersebut ke sana.
Malam tadi, saya diberi peluang lagi untuk membuat
pahala. Kali ini, saya ditakdirkan bertemu dengan
seorang sahabat yang baru pulang dari Indonesia .
Beliau memang full time kerja di sana, iaitu sebagai
Project Manager di sebuah ladang Estate di Acheh, PT
Ubertraco yang dimiliki oleh anak Syarikat Pertubuhan
Peladang Kebangsaan (NAFAS). Menurut sahabat saya ini,
Tuan Haji Mat Sobree Bin Che Soh 42 tahun, suasana di
Acheh cukup kacau bilau. Kata beliau, gempa Tsunami
itu telah menyebabkan Acheh khususnya kawasan Banda
Acheh jadi macam padang jarak padang tekukur, mayat
bergelimpangan di mana-mana, hinggakan sesetengahnya
busuk berhari-hari kerana tidak cukup orang dan
kelengkapan untuk menguruskannya.
Memang benar kata Tn Haji Sobree; saya terbaca berita
terbaru dalam Internet; jumlah kematian di Acheh kini
sudah pun mencecah angka 7072 orang, boleh dilihat
mayat-mayat terburai di sini sana. Pihak pemerintah
menjangka angkanya akan meningkat kepada 25,000 orang.
Dalam Utusan Malaysia hari ini
29 Dis pula, boleh dilihat satu mukasurat penuh
gambar-gambar mayat bergelimpangan, tua muda anak-anak
kecil tak kira golongan.
Sahabat saya ini cukup emosional apabila menceritakan
mengenai suasana di sana; apa tidaknya beliau sudah
pun 9 tahun di Acheh, ramailah yang terlibat itu ada
kaitan dengan kenalan dan rakan setugasnya di sana.
Daripada 400 orang kakitangannya, lebih 80% adalah
orang-orang Acheh. Begitu dekat sekali beliau dengan
mereka.
Antara yang menjadi mangsa ialah adik kepada salah
seorang Pengurus Estatenya sendiri. Rumah mereka di
Banda Acheh yang terletak kira-kira 1 km dari tebing
sungai di sebelah tepi sini dan 4 km daripada pantai
di sebelah sana (tengah-tengah antara sungai dan
pantai) hancur diserang Tsunami yang masuk melalui
kedua-dua sisi, dari sungai dan juga dari pantai. Adik
sahabatnya itu hilang entah ke mana.
Seorang lagi Pembantu Pengurusnya iaitu Bapak Zulkifli
Seregar, anaknya yang menyewa rumah di Banda Acheh
juga turut disapu Tsunami, hanyut entah ke mana pergi.
Pengurus kewangannya pula iaitu Bapa Mawardi,
isterinya hilang begitu saja belum dapat dikesan.
Ratusan budak-budak Universiti yang menyewa
rumah-rumah papan di sekitar Banda Acheh itu, ramai
yang lenyap begitu saja ditelan gelombang.
Pendek kata, Banda Acheh sudah jadi padang tekukur,
kebetulan waktu bersembang dengan beliau itu, di
hadapan kami ada Berita Harian 28/12/04, muka depan
gambar kesan Tsunami di sekitar Masjid Baiturrahman di
Banda Acheh; kata sahabat saya ini, sekeliling kawasan
masjid itu penuh dengan sampah sarap, bangkai kereta
bercampur bauk dengan mayat-mayat manusia.
Ringkasnya, kesannya cukup tragis sekali, mungkin
gambar-gambar rintihan sanak saudara yang terselamat
ini mampu menjelaskan segala-galanya. Boleh dikatakan
setiap orang yang masih hidup pasti ada yang
kehilangan setidak-tidaknya seorang saudara mara.
Berat mata memandang berat lagi bahu mereka
memikulnya.
Setelah bersembang panjang, saya tanya apa yang
kawan-kawan kita di Malaysia boleh lakukan. Lalu
timbullah satu cadangan; dengan kebenaran Pejabat
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), atas nama
Pertubuhan berkenaan, Tn Haji Sobree dan
rakan-rakannya memutuskan untuk melancarkan Tabung
Sumbangan Pakaian Terpakai untuk mangsa-mangsa Tsunami
di Acheh sana.
Lagi pun, melalui pemerhatian saya di Pusat Pemindahan
di Kota Kuala Muda sana pada hari isnin yang lepas,
sumbangan pakaian terpakai di sana nampak sudah agak
berlebihan, Lalu, ada baiknya jika sekiranya sesiapa
yang ingin memberi sumbangan pakaian, jika ada
berlebihan, eloklah disalurkan sebahagiannya untuk
rakan-rakan seagama di Acheh sana.
After all, nasib baik ada Aceh; kalau tidak- bukan
kata Kota Kuala Muda atau pun Batu Feringgi, dan bukan
setakat Jambatan Pulau Pinang, silap-silap dengan
Feri-Feri Pulau Pinang itu sekali habis terpelanting
hanyut ke lautan Hindi. Sesungguhnya, kedudukan
geografi Acheh itu sendiri telah membantu kita,
mungkin tiba masanya pula untuk kita semua membantu
mereka; bukan minta duit pun cuma kain baju terpakai
saja.
Untuk itu, jika sesiapa yang ingin menyumbang pakaian
kepada mangsa Tsunami di Acheh, bolehlah serahkan
sumbangan kalian kepada:
KUALA LUMPUR:
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 9, Jalan 241, Seksyen 51A,
46100 Petaling Jaya Selangor.
Tel: 03-78766622 (Puan Rohana Ramli)
JOHOR
Ladang Urus Sdn Bhd,
Pertubuhan Peladang Negeri Johor,
No 15, Jln Persiaran Tanjung Susur 1,
Taman Bukit Alif, JB.
Tel: 07-2374100 (Haji Abd Rahim Said) or 012-7030161
(Hj Arif Kasim)
IPOH, PENANG, KEDAH
Tuan Hj Sobree Bin Che Soh,
Restoren AACS, Padang Serai. Kedah.
Tel: 012-4126864 atau pun hubungi saya seperti email
add di bawah, kami akan hantar pergi ambil sendiri
sumbangan berkenaan di tempat kerja anda.
Akhir kata, bantulah mereka setakat yang terdaya.
Walaupun cuma pakaian terpakai, tapi insyaallah ada
pahalanya. Lagi pun dalam kitab Sahih Bukhari sendiri
ada disebutkan bab bersedekah kain baju ini:
Sahih Bukhari Jilid II: Hadith 755.
Dari Zainab, isteri Abdullah r.a, katanya ketika dia
berada dalam masjid, Nabi SAW bersabda, maksudnya:
"BERSEDEKAHLAH WALAUPUN DENGAN PAKAIANMU".
Moga mendapat kerjasama.
[email protected]
29/12/04
n satu lagik..
pasal yang dekat aceh tu..boleh lah bagi sumbangan kat:
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 9, Jalan 241, Seksyen 51A,
46100 Petaling Jaya Selangor.
Tel: 03-78766622 (Puan Rohana Ramli)
kat sana totally lumpuh banda aceh!. |
|
|
|
|
|
|
|
dr. bod mod...cdgn mod Squall_Leonheart..(btoi ke ejaan? ehheh)
Proposal: Gath Khas Untuk Bantuan Mangsa Tsunami
Assalamualaikum semua,
Sempena untuk memperingati dan jugak untuk membantu keluarga mangsa Tragedi Tsunami Asia 26 Disember, aku bercadang untuk mengadakan satu gathering khas bertujuan untuk mengutip derma bagi membantu saudara-saudara kita di Penang dan Kedah yang kehilangan tempat tinggal dan mungkin juga kehilangan ahli keluarga ketika tragedi. Oleh itu, nie adalah cadangan-cadangan aku untuk gathering tu nanti:-
Tempat gath: Restoran Anjung Warisan, JB (pernah kuar kat Jalan-Jalan Cari Makan)
Masa: Pagi Sabtu (ikut undian majoriti)
Acara: Makan-makan, upacara kutipan derma... (yang lain korang buat cadangan laa)
Bayaran: Makan sendiri-sendiri kat situ tapi setiap orang derma sekurang-kurangnya RM5. Kalau korang nak derma baju ker, makanan ker, aper-aper ker pun boleh untuk ringankan beban keluarga mangsa.
Tetamu jemputan: Hopefully kita leh jemput wakil dari cawangan The Star ataupun Berita Harian untuk menerima hasil kutipan derma
Cadangan tambahan: Untuk membolehkan kempen gath nie lebih berkesan, aku bercadang untuk untuk buat joint venture antara board Johor dengan board Singapore (kalau board lain join pun okey gak) untuk menjayakan gathering nie.
Hopefully kita akan dapat confirmkan agenda untuk gath nie supaya kita dapat jayakan gath nie demi membantu keluarga mangsa untuk teruskan kehidupan diorang. Please, kita kena confirmkan awal supaya dapat confirmkan dengan wakil-wakil Berita Harian ataupun The Star untuk datang menerima hasil kutipan derma, okey...?
Terima kasih...!!! |
|
|
|
|
|
|
|
huyoo....kat JB. jauh tu. sorry, tak dapat nak join tapi kalau bleh provide account no sapa yg in charge nie, bleh le org2 yg takleh hadir bank in duit utk derma pada tabung. |
|
|
|
|
|
|
|
from my mail..
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sekali lagi menganjurkan program MPR
bagi membimbing bakat-bakat baru dalam bidang penulisan; khususnya
cerpen dan sajak. MPR kali dijadualkan selama seminggu mulai 28 Mei
2005 (cuti sekolah). |
|
|
|
|
|
|
|
dr Bod Current Issues...
from www.abim.org.my
Global Peace Mission (GPM) Lancar Tabung Anak Yatim Aceh
5 Januari 2005, Global Peace Mission Malaysia (GPM) telah mendapat maklumat daripada misi bantuan kemanusiaan GPM yang sedang berada di Banda Aceh mengenai puluhan ribu anak yatim piatu mangsa gempa bumi dan tsunami di Aceh.
Apa yang telah dimaklumkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah suatu yang amat mendesak pada waktu ini. Kenyataan Perdana Menteri selaku Pengerusi OIC agar OIC berperanan untuk menyelamatkan 35,000 yatim piatu di Aceh amatlah dialu-alukan dan perlu mendapat sokongan daripada semua pihak, kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan serta orang ramai.
Sehubungan itu, Global Peace Mission bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) serta Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah melancarkan Tabung Anak Yatim Aceh bagi tujuan membiayai keperluan setahun seorang anak yatim yang berumur 16 tahun ke bawah sebanyak RM 1500.
Orang ramai dirayu untuk membantu anak-anak yatim ini yang mana mereka ini sedang dikenalpasti oleh misi bantuan kemanusiaan GPM yang sedang berada di Banda Aceh sekarang ini. GPM sedang bekerjasama dengan Pertubuhan Islam Aceh bagi menjayakan projek anak angkat ini.
Sumbangan bolehlah dimasukkan ke akaun BIMB atas nama TABUNG KEAMANAN SEJAGAT-ABIM 14023010029224. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Pn Nordiran Idris ditalian 03-61880300. Sumbangan juga boleh dihantar ke Anjung Rahmat, Batu 6 Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.
AHMAD AZAM ABDUL RAHMAN
Pengerusi |
|
|
|
|
|
|
|
from my mail...
So you want to be famous?
Hear ye hear ye.
As some of you may already know, I started an independent imprint in November last year
with someone not terribly important to you, I'm sure. It's called Neohikayat. We're putting
the final touches to our first book right now, which is also not terribly important to you,
surely.
What might interest you is that we are now inviting submissions for our second book.
Tentatively called Aweks KL, it will be an anthology of stories about women.
The stories don't have to be written by women, they don't have to be about feminine
issues, and they don't even have to be stories. You can submit whatever you like: short
stories, poems, photo essays, illustrations, sketches, single-paragraph musings,
scribblings, ramblings... you know, stuff that women are good at. (And if you didn't know
that was a joke, then please try NOT to send anything in.)
Go to http://neohikayat.blogspot.com/ to see just how un-book-like this project is.
Our aim is to make reading fun and meet chicks. Not necessarily in that order.
The submissions don't even have to be written by you: please pass the word 'round to your
friends. Do write in Malay if you can, even rojak if you have to. But don't worry if you can't,
cos we have people who can translate from English.
Rules and regulations: don't gots any. Screw rules; creativity and language are belongs to
the people.
Closing deadline for submissions: 11 March 2005.
Send stuff to: [email protected] |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|