|
::Novel Muzikal Kaulah Segalanya:: ~episod 15 last part~ TAMMAT
[Copy link]
|
|
Balas #60 amandaatika\ catat
|
|
|
|
|
|
|
hmmm lme udah tk uplod.....
blk kmpg....
skang asy smbg blk... |
|
|
|
|
|
|
|
smbgn
kaulah segalanya
episod 5 part2
"Asy inilah, Hafiz Azimie boyfriend aku. "Anis memperkenalkan Asyrani kepada Hafiz. Asyrani terkedu apabila tekaannya tepat. Dia benar-benar tidak menyangka mereka dapat berjumpa lagi. Lelaki itu menghulurkan tangannya, Asyrani hanya menyambut hambar sahaja. "cepatnya kau berubah Hafiz."desis hatinya sendirian. Hafiz hanya memandang gadis di hadapannya itu. Penampilan Asyrani sudah berubah. Dia bukan lagi budak perempuan hingusan yang selekeh. Asyrani kelihatan cantik. Matanya asyik memandang kepada gadis itu. Asyrani agak kurang selesa dengan pandangan Hafiz itu. Kerap dia melarikan pandangan matanya tiap kali bertaut. "Fiz, Asy pernah cerita kat i, yang dia dulu pernah duduk kat Kuantan, sama perkampungan pulak tu, takkan you berdua tak kenal."tanya Anis. "tak pun Anis, I tak perasan la pulak."jawab Hafiz tergagap. Dia tidak mahu Anis mengetahui kisah silamnya. "a'ah, Nis, aku pun tak pernah perasan pun dia wujud, maklumlah aku ni tak ambil tahu hal kat sekolah tu. Kera sumbanglah katakan"sindir Asyrani. Anis yang tidak tahu apa-apa ketawa. Diikuti Hafiz yang ketawa paksa. Selepas itu, banyak mereka borakkan. Ibu dan ayah Anis hanya tersenyum melihat telatah mereka bertiga. Namun begitu Asyrani kurang bercakap malam itu. Sesudah makan, ayah dan ibu Anis meminta diri untuk keluar. Katanya mereka ada hal dengan persatuan. Tinggal mereka bertiga. Kemudian Anis meminta diri ke tandas. Tinggal Hafiz dan Asyrani sendirian. Hafiz memandang tajam membuat Asyrani tak keruan. Cinta pertamanya hadir kembali!. Masing-masing mendiamkan diri. "kau ke mana selama ni Asy? " tanya Hafiz. Suaranya jantannya memecah kesunyian malam. "aku tak kemana-mana Hafiz. Aku masih ada di bumi ini."jawab Asyrani acuh tak acuh. "kenapa kau hilangkan diri dulu? " tanya Hafiz lagi. "dah la Hafiz, tutuplah kisah lama kita. Dah lama sangat dah. Kau pun dah ada girlfriend, jaga dia elok-elok. Dia tu best friend aku tau."jawab Asyrani. Dia tidak mahu lukanya yang bersarang dijiwa berdarah kembali. "kau dah tak ada apa perasaan kat aku lagi ke?"tanya Hafiz. Dia ingin menduga hati gadis di depannya itu. Muka Asyrani kelihatan tenang. "Hafiz Azimie, cerita dah lama berlaku. Kau anggaplah ni cerita cinta monyet kita dulu. Kita masing-masing dah besar dan matang."jawab Asyrani lagi sambil melihat jam tangannya.
Tiba-tiba Anis pun keluar. "rancak berborak nampak. Hafiz ada mengumpat aku ke? " tanya Anis sambil mengenyitkan mata kepada Asyrani. "eh, taklah borak-borak kosong je. Nis dah dekat pukul 10.30 ni. Aku kena balik ni. Kang bising pulak ayah aku."kata Asyrani sambil bangkit dari kerusinya. "oh oklah, Fiz厃ou balik dulu ye. I hantar Anis balik hotel dia. Kalau you ikut, I takut dia tak selesa you ada."ucap Anis dengan manja. Anis bersalaman dengan Hafiz. Tampak mesra. Kemesraan mereka makin menambiah lohong luka Asyrani yamg hampir tertutup itu. "oh,ok I balik dulu ye, good night girls. Assalamualaikum."ucap Hafiz pula. Serentak mereka menyahut salam Hafiz tu. "best tak family aku Asy?"tanya Anis sambil meneruskan pemanduannya. "best, mak ayah kau baik."puji Asyrani. "apa pendapat kau tentang Hafiz? " tanya Anis. Soalan itu bagaikan halilintar menebusi jantungnya. Terkial-kial dia berkata kepada Anis "well, he's good and kind." Asyrani tidak pernah menceritakan kisah itu kepada Anis. Apatah lagi sekarang. Anis. Dia tahu Anis terlalu mencinta Hafiz. Bagi Anis, Hafiz merupakan sebahagian dari hidupnya. Asyrani tidak sanggup membunuh hati kawan baiknya sendiri dengan menceritakan kisah silamnya. Lagipun Hafiz adalah kisah lamanya. Kemudiannya, Asyrani sampai di hotel yang didiaminya. "ok, Anis thanks for everything ok."kata Asyrani. Anis hanya membalas dengan senyuman dibibirnya. Tiba di hotel, keluarganya baru pulang. "dah sampaikan salam kami kat Dato' ? " tanya umi. "dah umi mereka pun kirim salam."jawab Asyrani longlai bunyinya. Setelah dia membersihkan diri. Dia pun baring di hujung katil. Abangnya masih leka melihat televisyen. Kakaknya pula sudah pun tidur. Asyrani meletakkan kepalanya di atas bantal yang empuk. Dia teringatkan apa yang berlaku tadi. Dia benar-benar tidak menyangka Hafiz yang dimaksudkan oleh Anis ialah lelaki yang hampir menjadi miliknya pada suatu masa dahulu. Namun dia pasti Hafiz sudah menjadi kisah lamanya. Namanya sudah lama terkubur jauh. "ah, kenapa aku nak fikirkan pasal dia. Buang masa aje."desis hatinya sambil memejamkan mata. Dia teramat penat.
Shawal melihat di jendela cuaca hujan lebat di Kuala Lumpur. Sejuk dingin hingga ke tulangnya. "kenapa dia tak balas kad tu, atleast contact aku ke. Ini tidak diam aja. " desis hati Shawal. Sudah 2 hari Asyrani tidak menghubunginya. Petang tadi semasa dia bermain futsal, dia terlalu memikirkan tentang gadis itu hingga tidak menyedari bola menuju ke arahnya lalu terkena bahunya yang sudah tercedera sebelum ini. Rakannya, Ebi pantas menuju ke arah Shawal apabila Shawal terduduk menahan sakit. "eh, wal kenapa kau ni? Kau tak nampak ke bola tu? " tanya Ebi sambil melihat kondisi Shawal. Shawal hanya menggeleng kepala. Wajahnya menahan kesakitan. Selepas makan ubat dan diurut sedikit, dia merasa lebih sihat. Namun Ebi agak risau dengan keadaan Shawal. "Wal, sehari dua ni aku nampak kau ni lain macam je, kau ada masalah ke?"tanya Ebi. Shawal menghela nafasnya. Dikesat keringatnya dengan tuala. " aku adalah minat kat sorang gadis ni. Baru kenal. Aku rasa aku dah jatuh hati kat dia. " terang Shawal. Ebi melopong mendengar pengakuan Shawal. "ha!! Macam mana kau boleh jatuh hati secepat tu, lepas tu? " tanya Ebi. "aku bagi kad pada dia dan minta dia beri peluang kat aku, tapi dia tak balas-balas pun. " jawab Shawal lagi. "habis tu? Pergilah cari dia. Minta jawapan darinya. " kata Ebi. "dia tak ada kat sini, dia tengah cuti sem. Dia tengah holiday kat PD " jawab Shawal lagi. "habis tu, kenapa kau tak nak pergi sana? " tanya Ebi. Shawal terdiam. Dia membuka beg duit dikeluarkan sekeping tiket bas yang dibelinya semasa Asyrani dikejar penjahat itu. 揥al, kalau kau betul-betul sukakan dia, carilah dia jangan terlewat. Nanti macam aku menyesal tak sudah.攌ata Ebi berbaur penyesalan. Dia menyesal kerana walau sudah lama kenal dengan seorang gadis yang bernama Nadia namun tidak pernah diucapkannya. Nadia beranggapan Ebi pengecut dan mempermainkan hatinya. Akibatnya Nadia membawa diri ke Sabah dengan berkhidmat sebagai seorang guru sandaran. Ada ura-ura mengatakan bahawa dia bakal berkahwin. Yang menyesalnya Ebi. "patutkah aku datang? " tanya Shawal sendirian malangnya tiada siapa menjawab soalan itu.
Sedang dia melihat langit yang hitam pekat, dia dikejutkan dengan suara ibunya. "Shawal, apa yang kamu buat kat luar malam-malam ni. Sejuk tu lagipun dah lewat dah ni."kata ibunya. "saja ambik angin malam mak."jawab Shawal. "eh, ada ke hujan-hujan macam ni nak ambik angin nanti demam."kata ibu Shawal lagi. "kamu ni kenapa, mak tengok macam orang ada masalah aja."tanya ibu Shawal. Sebagai seorang ibu, dia mempunyai naluri keibuannya yang kuat dan dia sedar anak sulungnya agak murung. Puan Aishah memang menyedari sikap Shawal baru-baru ini. Dia menjadi agak pendiam. Rumah menjadi sunyi. "masalah negara aja mak."jawab Shawal sambil mengenyitkan matanya kepada ibunya. "hisy abang ni, dia loyar buruk pulak. Kamu risau pasal budak tu ke? " tanya ibunya lagi. Dia dapat mengagak fikiran Shawal menerawang kepada Asyrani.
"budak mana mak? " balas Shawal seperti tidak paham apa yang ibunya maksudkan. "Shawal匰hawal, kamu dengar sini baik, kalau kamu suka pada dia, kamu kena cepat-cepat bagitahu. Jangan pendamkan perasaan kamu nak. Takut nanti dia dikebas orang. " nasihat ibunya panjang lebar. Dia lebih makan garam. "aik, mak ni cam tau je apa dalam hati aku. " desis hatinya sendirian. "Wal, kena pikat dia sebelum orang lain pikat dia. Kami semua suka kat dia."ujar lagi Puan Aishah panjang lebar. Shawal hanya mendiamkan diri. Benar kata-kata ibunya itu. Ibunya lebih arif apatah lagi hati
wanita hanya wanita yang tahu. Akhirnya Shawal telah membuat keputusan. "mak, esok abang nak pergi PD boleh? Abang ada hal lah." tanya Shawal kepada ibunya. Ibunya berfikir lama. Dia mengangguk kepalanya. "pergilah, sampaikan salam mak pada keluarganya sekali ye."pesan ibunya. Shawal tersenyum. Dia berasa amat bahagia dan tidak sabar menunggu esok. Dia memejamkan matanya serta berharap hari esok lekas menjelma
[ Last edited by silent_kid at 22-9-2008 01:07 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #64 khaieza86\ catat
sori akak....
asy bru uplod...
blk kmpg.... ![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
smbgnnye ttp ade..actually novel neh dah setaun siap... |
|
|
|
|
|
|
|
nk ag...
![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
oh oh...mane satu pilihan hati...
cinta lama bersua kembali...huhuhu......
semua itu kenangan yg didepan adalah realiti...
asy, buat pilihan yg tepat..
jgn smpai ade yg makan hati berulamkan jantung ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tak sambung lagi ke..sambung la lagi plzzzzzzzzzzz |
|
|
|
|
|
|
|
smbgn
kaulah segalanya episod 6 part1
Pagi esok, Asyrani mengikut keluarganya melawat muzium yang berdekatan. Dia memang suka melawat muzium atau tempat-tempat yang bersejarah. Baginya ini akan menimbulkan semangat patriotik yang tinggi dalam diri masing-masing. Dia sebagai anak melayu bangga dengan pencapaian negaranya sekarang. Selepas melawat muzium, mereka pergi ke feri untuk menyewa
sebuah bot. Seharian mereka berjalan. Badan terasa amat letih. Tiba-tiba telefon bimbit Asyrani berbunyi. "assalamualaikum Asy " ucap suara yang amat dikenalinya."waalaikumsalam ..Nis. Ada apa hal ni?"soal Asyrani sambil menguap. "esok, aku nak ajak kau pergi lunch, jomlah."ajak Anis. "ala Anis, malaslah aku."kata Asyrani. Dia tahu Hafiz mesti ada sekali. "ala Asy, janganlah cam ni, kita lunch kat luar, parent aku tak ada. Mereka ada wedding party. Jomlah Asy."pujuk Anis lagi. Asyrani benar-beanr tidak sampai hati menolak ajakan kawan baiknya itu. Dia serba salah antara Anis dan Hafiz. Akhirnya Asyrani menyetujui ajakan Anis itu. Anis akan mengambilnya pada pukul 12 tengah hari. Asyrani telah meminta izin ayahnya untuk makan tengah hari bersama Anis.
Jam menunjukkan pukul 10. peluh dingin membasahi pakaiannya. Dia turun dari bas yang dinaiki awal pagi tu. "eh, jom kita minum air dulu."ajaknya. "Shawal, sampai jugak kat PD akhirnya. Bas tu slow gila." kata Ebi. Shawal hanya mengangguk sambil mengibas bajunya. Mereka berhenti di sebuah kedai mamak. Shawal memesan mi goreng dan teh o' ais. Ebi pula memesan mi goreng dan air sirap. "ah卨eganya minum air. Sejuk tekak aku." kata Shawal kepada Ebi sambil meneguk airnya. "kita nak kemana lepas ni? " tanya Ebi. "ermm kita pergi rumah kawan lama aku, Fahrin. Semalam aku dah call dia dah."ujar Shawal. Matanya melilau mencari kelibat sahabat lamanya itu. Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. Rupa-rupanya Fahrin dibelakang. "assalamualaikum bro."sapa Fahrin. "waalaikumsalam Fahrin. Terkejut aku. fullamak kau ni ada shape la sekarang, makin kacak aku tengok. " kata Shawal sambil memegang badan Fahrin. "ha, ni kawan aku Ebi."kata Shawal lagi. Mereka bersalaman. Fahrin mengajak mereka pulang ke rumahnya. "so, Shawal apa plan kau sekarang? " tanya Ebi semasa di dalam kereta. "a'ah Shawal sebenarnya aku pelik, kau ni jarang ambik cuti nak pergi holiday, kau ke sini tujuan apa? " tanya Fahrin yang sedang membawa kereta Mitsubishi Lancernya yang berwarna kuning itu. "mmm, aku ke sini nak cari orang. " jawab Shawal. "dia nak cari cinta dia."usik Ebi. "oh, jumpa awek la nih. Erm dia orang sini ke? Duduk area mana? " tanya Fahrin. "taklah dia orang Kuantan tapi dia holiday kat sini. Ni nama tempat dia."terang Shawal sambil memberi kertas yang mengandungi alamat hotel Asyrani. "fullamak, awek kau ni orang berada la, ni hotel mewah ni. Untung kau Wal."ujar Fahrin lagi. "dia anak orang kaya ke?"desis hatinya. Shawal memang tidak pernah mengetahui status keluarga Asyrani dan gadis itu tidak pernah memberitahunya. "aku ingat hari ini aku nak jalan-jalan kat tepi jeti. Kita makan kat tengah hari kat sana."ujar Shawal. Dia mengubah topik. "aku sokong kau."kata Ebi separuh menjerit. "aduh Ebi, kau nak bab makan nombor satu. Tapi bila depan perempuan terus jadi bisu."balas Shawal kembali. Ebi menarik muka masam. Fahrin hanya ketawa melihat sahabatnya itu.
Tengah hari itu, Anis mengambil Asyrani di lobi hotel. "amboi Anis, lawa kau hari ini. " puji Asyrani. "dah la Asy jom, Hafiz dah tunggu kat restoran tu."kata Anis. Asyrani hanya mendiamkan diri sahaja dalam kereta. Dia cuba menenteramkan dirinya. Anis banyak bercerita sesekali dia menyampuk. Dia berasa berdebar untuk bersua dengan Hafiz. Sampai di River World Restaurant, Hafiz sudah melambaikan tangannya apabila melihat 2 gadis genit itu. Hafiz sudah pun memesan lauk pauk. Makanan di restoran ini berasaskan makanan sungai seperti ikan, udang dan sebagainya. Cukup sesuai dengan kedudukan restoran terletak di atas jeti dan di atas air. Sesudah makan, Anis meminta diri untuk membuat panggilan sebentar. Tinggal Asyrani dan Hafiz berdua-duaan. Asyrani tak tentu arah apabila diperhatikan oleh jejaka di hadapannya. Kadang-kadang Asyrani membetulkan tudungnya apabila angin agak kuat ketika itu. "Asy, kenapa kau diam dengan aku?"tanya Hafiz sambil membuka sunglass yang dipakai sejak tadi. Terserlah ketampanannya. Dia memang lelaki yang kacak. "apa lagi yang aku nak cakap Fiz. Kau dah pun jadi milik orang."jawab Asyrani. Matanya tunduk dibawah, tidak mahu bertentang dengan Hafiz. "kau hilangkan diri terlalu lama Asy, kemudian Anis muncul. Dia benar-benar mengingatkan pada kau. " jawab Hafiz. Dia mahu wanita dihadapannya memahaminya. Asyrani kelihatan tenang tapi dalam hatinya yang bergelojak hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tiba-tiba Hafiz menyambar dan mengenggam tangannya. Asyrani tergamam sebentar. Hafiz meramas tangan gadis di hadapannya. Dia ingin Asyrani rasa apa yang dia rasa. Hati lelakinya merindui gadis di hadapannya kini. Hatinya masih lagi pada terikat pada Asyrani. Kehadiran gadis itu kembali membuat hatinya tertaut kembali. "Fiz, lepaskan tangan aku nanti orang lain nampak." rayu Asyrani. Dia tidak sangka yang Hafiz sanggup berbuat demikian. "Asy, bagi aku peluang. Terima aku."ucap Hafiz. Asyrani tersentap. "Hei Hafiz kau ingat aku ni anak patung ke boleh disimpan. Anis, kau nak letak mana? Dia tu kawan baik aku. kau nak aku betray dia? " ujar Asyrani separuh menjerit sehingga sekumpulan lelaki yang makan di belakang berpaling ke arahnya.
[ Last edited by silent_kid at 23-9-2008 04:21 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
same2lah kita nikmatinya..... ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mmm...tq asy![](static/image/smiley/default/smile.gif)
next time leh sambung panjang2 lagi..
hehe xsabo nak bace... |
|
|
|
|
|
|
|
mesti syawal nampak tue...pastu ada salah fahamkan...![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
smbgn
kaulah segalanya
episod 6 part2
"Sedapnya makanan kat sini Fahrin."puji Ebi. Mereka sudah selesai makan. Shawal hanya memandang ke sungai. Dia berasa tenang berada di situ. Tiba-tiba Shawal bangun. "eh, kau nak kemana Wal?"tanya Fahrin. "aku nak bayar sat."jawabnya. "eh, tak payah la biarlah aku yang bayar. Kau kan tetamu aku kat sini." sahut Fahrin. Belum pun sempat Shawal menjawab, perbualan mereka diganggu dengan suara orang bergaduh. Seperti pernah dengar suara gadis yang sedang betutur itu. Dipusingnya belakang. Alangkah terkejut, seorang lelaki sedang mengenggam erat tangan seorang gadis yang amat dikenalinya. Namun gadis itu sedang berusaha melepaskan genggam lelaki itu. Cemburu Shawal membuak. "Asy!!"ujar Shawal separuh menjerit. Jeritannya itu membuat gadis itu mengalihkan pandangannya. "Ya Allah, Shawal!!"jerit hati Asyrani. Jauh disudut hatinya, dia gembira kerana lelaki yang dirinduinya saban hari muncul dihadapannya. "Shawal, awak buat apa kat sini?"tanya Asyrani. Tidak semena-mena Hafiz melepaskan tangannya. "saya makan dengan kawan2 saya."jawab Shawal. Asyrani menggosok tangannya sakit akibat diramas oleh Hafiz. Asyrani berdiri berdekatan dengan Shawal menjauhi Hafiz.Tiba-tiba Anis datang menerpa mereka. "eh Shawal, awak ada kat sini. Macam janji aje korang ni."usik Anis. Hafiz hanya mendiamkan diri. "siapa Shawal?"soalnya kepada hatinya sendiri. Lelaki itu tinggi juga. Memang sepadan dengan Asyrani. Wajah lelaki itu seakan-akan bintang Korea yang menjadi kegilaan remaja kini, Kim Rae Woon. Asyrani tersenyum mesra pada Shawal. "erm Asy, aku rasa pak we kau ni nak balik dah, pergilah teman dia."usik Anis lagi. Pipi Asyrani menjadi bertambah merah. Hafiz hanya menahan geramnya. Rupa-rupanya Asyrani sudah ada penggantinya. Shawal hanya tersenyum. "oh, ni ke perempuan yang Shawal maksudkan tu?"tanya Fahrin. "entahlah aku tak pernah jumpa dia lagi. Agaknya dialah itu. Kalau tak, takkan Shawal beria-ia datang kat situ. Ebi berjalan menuju ke arah Shawal. "Wal, Fahrin nak ajak aku pergi jalan-jalan dulu. Kau pergilah jalan-jalan dengan Cik Asy kau ni."usik Ebi. Shawal hanya ketawa. "ha, tengoklah Shawal, kawan awak pun tak ada masalah pun. Pergilah Asy."kata Anis. Hafiz hanya melihat kelakuan pasangan itu. Hatinya dikuasai amarah. Namun dia hanya mampu melihat aja. Asyrani pun berlalu bersama Shawal sesudah membayar bil makanannya tadi.
Fahrin telah meminjamkan keretanya kepada Shawal. Shawal telah memberhentikan keretanya dihadapan benteng pantai. Suasana dalam kereta sunyi sepi. Shawal mengajak berjalan di susur pantai. Tidak mahu berdua- duaan di dalam kereta mengundang fitnah dan maksiat. Mereka duduk di sebuah bangku. Shawal tidak tahu apa yang harus diungkapkan kepada gadis yan disebelahnya itu. "err卻aya."serentak Asyrani dan Shawal berkata. Mereka tertawa. "well, ladies first."ujar Shawal. "tak apalah Shawal dulu." balas Asyrani. "emmm, siapa lelaki tadi? Pakwe ke?"Shawal serkap jarang. " taklah dia boyfriend Anis."jawab Asyrani. "habis tu kenapa dia pegang tangan awak?" tanya Shawal. Dia tidak berpuas hati dengan jawapan Asyrani. Masakan mereka tiada hubungan istimewa, siap berpegang tangan lagi. Shawal merasakan dadanya dicucuk berkali-kali. Namun tidak sampai hati untuk mendesak gadis itu. Asyrani kelihatan tertekan. Lama juga Asyrani mendiamkan diri. "sebenarnya saya memang dah lama kenal dia."terus terang Asyrani. Asyrani memulakan ceritanya. Bermula perkenalannya dengan Hafiz sehingga perpisahannya. Shawal berasa simpati mendengar cerita gadis itu. Dia dihina dan diperlekehkan. Maruah dirinya di awangan tika itu. Siapa yang sanggup melaluinya. "begitulah ceritanya. Tapi saya dan dia sudah tiada apa-apa lagi. Saya dah tak nak kena hina lagi."ujar Asyrani. Air matanya mengalir. Shawal berasa bersalah kerana telah membuka luka gadis itu. Ingin dirangkul gadis itu kalau itu dapat menenangkan perasaan gadis itu namun batasnya tetap dijaga.
Dada Shawal berombak kencang melihat air mata yang turun dari mata Asyrani. Segera dia mengelapnya. "Asy, saya minta maaf. Saya tak sepatut tanya soalan sensitif yang boleh melukakan hati awak. " ucap Shawal. Asyrani hanya tersenyum hambar. "saya tak kisah Shawal. Lagipun ini semua kisah lama saya. Cuma saya tak sangka dia muncul di depan saya. Perbuatan dia tadi benar-benar menakutkan saya." kata Asyrani yang sedang mengelap air matanya. Asyrani berasa lebih tenang apabila bersama dengan Shawal malah merasa lebih selamat. "tak apa Asy, kalau dia kacau Asy lagi, bagitau Shawal biar Shawal akan kasi warning kat dia sebab ganggu girlfriend Shawal. " usik Shawal. Shawal sudah selesa membahasakan Shawal dan Asyrani membahasakan diri sebagai Asy. Asyrani hanya melakar senyuman. Shawal mudah membuat hatunya terubat. "dahlah tu mengusik Asy ni, Asy kena balik ni dah lewat la."kata Asyrani sambil melihat jamnya. "mari tuan puteri. " usik Shawal lagi. Asyrani menjeling manja. Jelingan terpanah ke dalam hati Shawal. Arghh indahnya tika itu. Sampai di hotelnya, abangnya kelihatan sedang duduk di ruang lobi sambil membaca surat khabar. Shawal tidak sedar yang dia dan Asyrani diperhatikan abangnya. Abangnya berjalan meluru ke arah mereka. "eh adik, kata pergi lunch dengan Anis. Ni siapa pulak ? " tanya Khairul. Asyrani menggelabah. Abangnya mesti berfikir yang bukan-bukan. Muka abangnya terpamer serius. "erm bang, ni lah Shawal. Dia yang selamatkan adik time kat Pudu hari tu. Time makan tadi, kami terserempak. " jelas Asyrani. "oh, jadi kamulah laksamana adik saya ye."usik abangnya. "jadi tak muka garang abang."kata abangnya. Asyrani membeliakkan matanya tanda marah. Lantas lengan abangnya menjadi mangsa jari-jemarinya. Khairul Lukman mengaduh kesakitan. Shawal hanya senyum. Takut juga kalau tidak disenangi oleh abang Asyrani. "adik pergilah masuk bilik, abang nak cakap sikit dengan laksamana adik ni." kata abangnya sambil mengenyitkan mata. "oklah abang, jangan tanya dia pelik-pelik nanti lain jawapannya"jawab Asyrani. Mereka serentak ketawa.
[ Last edited by silent_kid at 24-9-2008 03:27 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|