|
Originally posted by benign at 8-10-2008 01:05 PM
Aku berpendapat bahawa banyak rehsia-rehsia Tuhan dia tak cakap dalam Alquran sebab Dia nak suruh manusia berfikir. Islam bukan agama taklid buta.
LIhat bagaimana Alquran menyarankan agar kit ...
Sesungguhnya, aku sgtlah bersetuju dgn pendapat di atas... |
|
|
|
|
|
|
|
mac, tentang apa nama malaikat yang diturunkan tu tak penting sangat, tentang siapa perempuan tu pun tak penting sangat, yang peting ialah mengetahui tafsiran yang betul tentang ayat alquran tersebut yang menceritakan mengenai malaikat yang diturunkan sebagai cobaan kepada umat dizaman tersebut.
Cerita yang lebih detail tak de dalam sejarah islam, tapi kalau nak cari jugak, kenalah cari dari riwayat israiliyat.
Yang saya baca mengenai dengan tafsiran ayat tersebut ialah, (lebih kurang), Allah menurunkan malaikat tersebut sebagai cobaan kepada umat zaman itu antara yang beriman dan patuh dengan mereka yang tidak beriman dan derhaka. Perlu diingat, zaman tersebut, kepercayaan kepada ilmu sihir adalah sangat berleluasa. Maka malaikat tersebut pun didatangi oleh orang ramai untuk belajar tentang ilmu sihir.
Dan malaikat tersebut akan memberitahu terlebih dahulu tentang risiko yang akan mereka tanggung apabila mengambil ilmu tersebut, ia itu hilang imannya dan menjadi orang yang derhaka kepada Allah. Maka, pada siapa yang tidak mengambil ilmu tersebut, terselamatlah imannya. Wallahualam.
Demikianlah seperti yang saya pernah baca, saya lupa tajuk buku tersebut, tetapi isinya menghuraikan firman-firman Allah yang tersilap tafsiran kerana mengambil cerita israiliyat, seperti, kisah Nabi Sulaiman, kisah Nabi Daud dan lain-lain lagi. Kalau saya salah, tolong betulkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #66 AwgSagi's post
saya setuju serta condong dgn pendapat tuan ..
sesungguhnya terdapat satu kesilapan kpd golongan yg suka mengkaji hal2 metafizik atau hakikat2 sesuatu perkara ...
yaitu mereka lebih mengutamakan dalil, bukti & fakta terhadap perkara2 yg bersifat ghaib sebagai syarat utk memperolehi KEYAQINAN tanpa ada sedikit pun kemusykilan ...
SEHARUSNYA MEREKA MENUNAIKAN SEGALA SYARAT2 KEIMANAN & KEYAQINAN TERHADAP PERKARA YG GHAIB KETIKA MENUJU KPD MATALAMAT KEUGAMAAN ...
TETAPI SEBALIK NYA MEREKA HANYA MEMPERMUDAHKANNYA ...
ADA PUN ORG YG MENGAKUI KEIMANAN KPD PERKARA2 YG GHAIB HANYA PD LIDAH SHJ DGN MENINGGALKAN SYARAT2 UTAMA KEIMANAN & KEYAQINAN, SEBENARNYA HANYA BERIMAN DGN AQAL DAN KEBIJAKSANAAN NYA SHJ ...
beriman kpd perkara yg ghaib itu wajib di ada kan ...
WALLAHU A'LAM .... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AwgSagi at 8-10-2008 03:36 PM
mac, tentang apa nama malaikat yang diturunkan tu tak penting sangat, tentang siapa perempuan tu pun tak penting sangat, yang peting ialah mengetahui tafsiran yang betul tentang ayat alquran ters ...
Mekasih atas huraiannya Encik Awg.
Tapi kan, pada aku, nama malaikat & nama pompan tu penting, sebab aku dapati ada bnyk versi berbeza tentang cite ni. So klu dpt nama yg betul, at least kita leh compare sumber & mgkn akan dpt sumber yg tepat utk cite ini. Disebabkan bnyk versi, so kita xleh 100% mengatakan bahwa surah yg ada dlm Al Quran itu ialah surah yg refer kpd cite ini. Mgkn cite ini BUKAN merujuk kpd surah dlm Quran psl Harut Marut tu. Mgkn juga ini adalah cite yg mmg xde dlm Quran. Surah yg disebut dlm Quran tu, mmg aku tau citenya, tapi ia x sebut psl malaikat yg jatuh cinta & dihukum hingga kiamat. Ia cuma menjelaskan tentang peranan Harut/Marut dlm menguji manusia berkaitan ilmu sihir.
So, lbh bnyk info, ia akan memberi lebih bnyk petunjuk. Tapi aku paham jika ada org yg x paham kenapa aku beria2 nak tau psl cite ni. But no problemo. To each, his own. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #63 benign\ catat
jangan hanya aktifkan akal dan pemikiran mu ..
AKTIFKAN SEKALI IMAN & KEYAQINAN MU TERHADAP PERKARA YG GHAIB ...
jangan biarkan iman dan keyaqinan mu menjadi sesuatu yg pasif ...
BARU LA SEIMBANG ... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #61 benign\ catat
memang betul wujud pertanyaan para malaikat ..
tapi jangan lupa dgn jawapan TUHAN yaitu :
" SESUNGGUHNYA AKU MENGETAHUI APA YG KAMU TIDAK KETAHUI ... "
TUHAN MENGUTAMAKAN KEIMANAN MANUSIA TERHADAP PERKARA2 YG GHAIB ...
inilah ujian TERBESAR bagi ummat manusia sejak para nabi AS diutuskan ke dunia ...
YAITU MEMBETULKAN IMAN & KEYAQINAN MANUSIA KPD ALLAH SWT & TENTANG PERKARA2 YG GHAIB ...
WALLAHU A'LAM ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sirri_khafi at 8-10-2008 05:33 PM
jangan hanya aktifkan akal dan pemikiran mu ..
AKTIFKAN SEKALI IMAN & KEYAQINAN MU TERHADAP PERKARA YG GHAIB ...
jangan biarkan iman dan keyaqinan mu menjadi sesuatu yg pasif ...
...
Aku rasa maksud encik benign tu ialah seimbangkan antara keduanya la.
Xde lah salah satu jer. Even Rasulullah s.a.w pun ada bersabda, 'Bersederhanalah kamu dalam segala hal.'
Yg ditekankan kat sini ialah, kdg2 manusia ni, especially umat Islam, terlalu PASIF dlm berfikir secara kritis.
Klu cite tu xde dlm hadis/Quran, terus dicop menyeleweng, xnak mengkaji dgn lebih jauh.
Apatah lagi ingin berbahas secara ILMIAH. Apatah lagi nak berbincang dari sudut fakta sprt bukti saintifik, etc.
Terlalu mudah menjatuhkan hukum tanpa mau menggunakan akal yg Allah bagi utk berfikiran lebih kritis lagi.
Terlalu mudah menyerah tanpa mau menggerakkan akal utk mengorek lebih dalam, mencari rahsia di sebalik rahsia.
Seumpama manusia yg seumur hidupnya hanya melihat apa yg ada depan mata saja.
Hanya tau makan, minum, keja, kawin, beranak & kemudian mati. X lebih dari itu.
Percaya kpd benda ghaib itu dah mmg menjadi salah satu rukun iman.
Ia bukan sesuatu yg harus didebatkan pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by muor76 at 7-10-2008 08:59 AM
kalo tak silap aku.. kat area laut yang luas... tapi secare detail aku tak ingat lerrr
aiceceh...ustazah ko ni suke benor ngan citer-citer mitos ni...ni kan termasuk dlm citer israiliyyat...tapi xleh nak salahkan ustazah ko sebab dia mengajar ko sebab dia mendapat ilmu tu daripada orang yang ajar dia...pemikiran masyarakat kat Malaysia ni amat mudah menerima cerita-cerita sebegini...so citer-citer camni seronok untuk dibaca tapi tidaklah sesuai untuk diteliti sangat kandungan isinya...ada sesetengah cerita-cerita seperti ini bukanlah datang dari Tanah Arab real pure tapi ianya datang dari Parsi (sekarang Iran) Parsi ni satu mas dulu tak le bangsenye seperti Arab dan berbahasa Arab.hanya raut wajah je cam Arab...aiseh dah masuk bab len lak...
kalo dalam bidang sejarah, israiliyyat tidaklah ditolak sepenuhnya tapi ianya diterima selagi ianya masih dalam keadaan logik. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AwgSagi at 8-10-2008 03:36 PM
mac, tentang apa nama malaikat yang diturunkan tu tak penting sangat, tentang siapa perempuan tu pun tak penting sangat, yang peting ialah mengetahui tafsiran yang betul tentang ayat alquran ters ...
saye setuju dengan pendapat yang ini yang mengatakan bahawa malaikat ini diturunkan sebagai ujian kepada manusia...
penceritaan atau kita katakan sumber lisan banyak menyebabkan berlakunya perubahan pda penceritaan...ianya terjadi kerana beberapa faktor
1. untuk kesesuaian masa dan tempat
2. untuk menarik minat pendengar
3. sebagai hiburan
4. standard lidah manusia la. kalo kat sini citer cenggini, kat tempat len berubah
5. perbezaan pemahaman dari sudut bahasa.
faktor-faktor tersebut menyebabkan cerita asaal berubah dengan berlakunya tokok tambah sedangkan main point dia adalah malaikat tersebut diturunkan sebagai ujian kepada manusia...
ade juga penyampaian atau perkembangan cerita ini menjadi lain...kenape? banyak sebab...
cerita camni? ianya pada saya sama saja dengan cerita bawang putih bawang merah, cinderella dll...kenape saye berkata demikian? sebab ianya tiada lagi keaslian
satu lagi berkaitan dengan sejarah :. ianya adalah sesuatu yang kita tak tahu kebenarannya kerana ianya berlaku pada masa lepas. hanya catatan dan artifak saja yang menjadi bukti kepada kewujudan sejarah dan inilah yang paling nyata. bahkan catatan yang ada pada buku-buku sejrah adalah sesuatu yang masih lagi kita perbincangkan hingga ke hari ini...kenapa meskipun ianya masih lagi tertakluk kepada penulisnya, sikap bias dalam penulisan dan suasana semasa...sedangkan bukti yang wujud dan zahir dapat dipertikaikan, inikan pula sumber lisan kan!
ok. its just my opinion...dan saye juga adalah manusia yang akan mengalir bersama sejarah...maka ada la juga 'kekurangan' dalam memberi tanggapan.
p/s: kecuali Al-Quran yang telah dinyatakan oleh Allah akan kekal sampai bila-bila... |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam OT, kitab raja-raja I; Pasal 11 ayat 1 hingga 10 menyatakan Nabi Sulaiman a.s. telah menyembah berhala kerana menurut kehendak isteri2nya yang banyak itu dan orang yahudi percaya bahawa Nabi Sulaiman a.s telah kafir. Kepercayaan ini telah disanggah oleh awal ayat 102 surah Al-Baqarah;
"Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya);..."
Selain menuduh Sulaiman a.s murtad, mereka katakan pula baginda banyak ilmu sihir dan kerajaan dan kekuasaannya dipelihara atas kekuatan sihir dan diceritakan (israiliyat) kepada umat Islam dizaman Rasulullah s.a.w
"kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon)......"
Dalam qira'at umum bagi Al-Quran disebut 'Malakaini' (malak,malaikat).. tapi qira'at Ibnu Abbas dan Abu Aswad disebut 'Malaikaini' (malik, raja).. ada ahli tafsir yang yang menurut bunyi malakaini, dua orang malaikat, mentafsirkan memang dua malaikat turun untuk mengajarkan sihir sebagai percubaan atau ujian bagi manusia.
"sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui."
Adakah dua Malaikat turun, mengingatkan tentang percubaan atau ujian, kemudian mengajarkan sihir yang merbahaya? Cara yang demikian bukanlah layak bagi malaikat melainkan tipu daya semata-mata. Tentulah 'Malaikaini' membawa maksud yang berlainan. Ahli tafsir yang lain berpendapat Harut dan Marut itu adalah orang yang baik dan terkenal solehnya hingga digelar malaikat dan mengajar pelbagai ilmu termasuk sihir satelah memberi nasihat terlebih dahulu.
Berkaitan Malaikat jatuh cinta dengan perempuan cantek hingga berzina dalam keadaan mabuk. Pentafsir As Sayuti menyalin juga riwayat ini tapi tanpa apa-apa komen, Ibnu Katsir.. walaupun menyalin riwayat ini tapi menolaknya sebab tidak ada hadith yang sahih rantaian hubungannya dengan Nabi s.a.w. Al-Qurtubi membantah keras riwayat ini dan satelah diselidiki bertemulah sumber riwayat ini iaitu Ka'ab al Ahbar, pendeta yahudi yang memeluk Islam. Walaupun beliau seorang yang soleh, tetapi suka dongengan seperti itu. Dialah sumber banyak penafsiran yang dinamai Israiliyat. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #74 Nazrulism's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #72 namharnimsak's post
mungkin dia mengadekan cerite... tu tak tau ler.. bese arr.. manusia bukannyer sempurna..
ermm cite pasal harut marut... dlm surah albaqarah ayat 102 sape yg pakar tafsir al quran boleh ler tafsirkan nyer
komen mengenai harut marut dlm satu web
n the name of Allah, the Most Merciful and Compassionate
Imam Laqani mentions in his primer in Islamic beliefs, Jawharat al-Tawhid ('Jewel of Divine Oneness'), that both prophets and angels are protected from sin. As such, it is sinful to believe that angels sin.
Harut and Marut were two angels that taught people magic. Their story is mentioned in verse 102 of Sura Baqara. Jewish scholars call these the sinful Angels (see the Midrash). We believe that they were commanded by Allah to teach people magic, and so not sinful in doing so. There are two opinions about why the angels were sent.
The first opinion, mentioned in the Tafsir al-Jalalayn, is that they were sent as a temptation and trial from Allah. Those who learned magic from them disbelieved, and those who did not, believed. This is why the angels warned the people before teaching them magic. The angels said, "We are only a trial; so do not disbelieve." (Quran 2:102)
The second opinion about why the angels were sent is explained by Shaykh Sabuni in his Safwat al-Tafasir. He says that during their time there were many magicians claiming Prophethood, and people needed to be able to distinguish between the miracles of Prophets and the magic of magicians. The magic they taught could have been used to do this, or, it could have been used for evil.
And Allah knows best.
link http://qa.sunnipath.com/issue_vi ... =6258&CATE=1412 |
|
|
|
|
|
|
|
Menurut al-Quran:
揫/td][td]Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihiryang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan NabiSulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yangmenyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitanitulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yangmengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat:Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidakmengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya denganberkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu),oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihiryang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahalmereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan)dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allahdan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakanmereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnyamereka (kaum Yahudiitu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itutidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnyaamat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah merekamengetahui." (Surah Al-Baqarah, ayat 102)
dari wikipedia
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #77 muor76's post
ermmm dlm wikipedia cakap digantung di dlm sebuah gua di babil |
|
|
|
|
|
|
|
Tumpang lalu...meow meow meow |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mac_taylor at 8-10-2008 04:28 PM
Mekasih atas huraiannya Encik Awg.
Tapi kan, pada aku, nama malaikat & nama pompan tu penting, sebab aku dapati ada bnyk versi berbeza tentang cite ni. So klu dpt nama yg betul, at l ...
Mac, kalau still nak cari jugak, tak salah ler. Bagus jugak untuk menambah ilmu. Tapi banyak ilmu yang mac kena pelajari, terutama ilmu sejarah dan arkealogi. Masalahnya, hendak membuktikan kebenaran cerita tersebut, secara peribadi, adalah menghampiri kepada mustahil. Lebih-lebih lagi cerita yang hendak kita buktikan tu ada berkaitan dengan malaikat. Cerita tentang orang melihat dan kawin dengan jin sahaja sudah sulit hendak dibuktikan dan ramai orang sukar mempercayainya.
Kalau kita lihat secara logik dan rasional, cerita yang berlaku di zaman dahulu, iaitu sebelum lagi kelahiran Nabi Isa AS adalah mustahil untuk kita membuktikan kebenarannya kerana sumber fizikal yang terhad. Apa yang ada hanyalah cerita yang dalam islam dikatergorikan sebagai riwayat israiliyat.
Mac, sebagai perbandingan, cerita tentang Hang Tuah, Parameswara, Penulis Sejarah Melayu dan pembunuh sebenar JWW Birch saja terdapat berbagai versi dan sulit hendak dibuktikan.
[ Last edited by AwgSagi at 9-10-2008 02:12 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
mac, sebuk kan lah diri mu dgn menguruskan hal2 keimanan & keyaqinan kpd ALLAH SWT ...
itu lebih bermanfaat dari mengkaji cerita2 mitos yg belum dapat di pastikan kebenarannya ..
lagipun ianya tidak menjadi kewajipan ummat islam .. oleh itu, utamakanlah hal2 yg fardhu & wajib ..
WALLAHU A'LAM ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 obelisk's post
menarik nya cerita harut dan marut nih....
kira mereka nih pandang rendah la..dugaan2 yg Allah beri pada manusia yek? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AwgSagi at 9-10-2008 02:10 PM
Mac, kalau still nak cari jugak, tak salah ler. Bagus jugak untuk menambah ilmu. Tapi banyak ilmu yang mac kena pelajari, terutama ilmu sejarah dan arkealogi. Masalahnya, hendak membuktikan k ...
Mekasih atas nasihatnya Encik Awg. Aku xde la nak jadik sorang pakar arkeologi/sejarah semata2 nak buktikan cite ni.
Cuma aku curious, sama cam ada org lain yg curious psl atlantis & bermuda triangle tu.
Mana la tau kan, ada org yg betul2 arif psl cite/sejarah malaikat tu..
Ini cuma salah satu dari bnyk lagik cite2 yg xde dlm hadis/quran tapi mgkn benar berlaku..
Aku teringat cite psl sorang pemuda yg tinggal di dasar laut/dlm sebuah kubah (hingga skg) dan dijaga malaikat kerana kebaikannya menjaga ibunya..
Dan ibunya mendoakan agar pemuda itu mendapat anugerah Allah, dan Allah makbulkan..
Sebenarnya ada bnyk cite2 zaman dulu yg kita x tau, dan mgkn ada kebaikan klu kita tau..
Sebab, dlm proses utk mencuba mengetahui tentang cite tersebut, mgkn kita akan dpt sesuatu iktibar/pengajaran yg blh kita jadikan panduan dlm hidup. Mgkn kita akan diberikan petunjuk & hidayah utk menjadi lbh baik drpd diri kita hari ini? Who knows? Tapi ye la, ini cara aku berfikir, lain org, lain cara berfikirnya. Apa pun, aku bukanlah jenis manusia yg akan membataskan pemikiran aku kpd setakat benda2 yg aku lihat dgn mata kasar jer. Hidup ini ada bnyk misteri yg blh kita rungkaikan. Aku xnak jadik sprt semut yg hanya hidup menghuni kotak & x pernah kuar dari kotak itu seumur hidupnya.
This is me. |
|
|
|
|
|
|
| |
|